Isnin, September 12, 2011

Sekat Pelajar berpolitik; Umno-BN bimbang kebangkitan pelajar

MARANG - Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang memberi amaran kepada pelajar supaya jangan melibatkan diri dengan politik disifatkan berunsur 'ugutan' dan bersifat jahat.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sepatutnya seorang pemimpin sebuah negeri tidak berhak mengugut rakyatnya.

"Kenyataan Dato' Seri Menteri Besar Terengganu meminta pelajar khususnya luiar negara agar jangan terlibat dengan politik adalah berunsur ugutan dan bersifat jahat,

"sepatutnya (sebagai) seorang pemimpin serbuah negeri (beliau) tidak berhak mengugut rakyatnya dan menakut-nakutkan para pelajar,"ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka PAS DUN Bukit Payong, disini Sabtu 10 September.

Menurutnya, tindakan Ahmad Said itu akan menyempitkan perkembangan pemikiran para pelajar,

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Payong meminta rakyat menilai sikap kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang sering mengugut dan menghalang kebebasan rakyat.

Beliau berkata, sebenarnya, kelab-kelab Umno luar negara menimbulkan masalah bdan menimbulkan perpecahan dikalangan pelajar diluar negara.

"yang menimbulkan permasalahan dan perpecahan di kalangan pelajar di luar negara adalah kelab-kelab Umno,

"(mereka) yang menimbulkan gejala sosial (dan) bahkan pemimpin Umno yang terus memperkembangkan kelab-kelab Umno,"jelasnya.

Oleh itu, menurut beliau, sekiranya mahu dilaksanakan arahan Ahmad Said itu, kelab Umno yang bersifat politik mestilah dihapuskan dan para pelajar yang terlibat dengan kelab tersebut mestui diambil tindakan terlebih dahulu.

Beliau menegaskan terdapat perbezaan diantara 'pelajar berpolitik' dengan pelajar yang terlibat secara langsung dengan parti-parti politik.

Katanya, usaha mana-mana pihak, menyekat para pelajar berpolitik adalah sebenarnya menyekat minda dan intelektual para pelajar.

"Usaha untuk menyekat pelajar berpolitik adalah usaha menutup minda intelektual para pelajar, kerana mana-mana tokoh pemimpin besar dalam negara ini (bakat dan kepimpinannya) sebenranya berkembang hebat,

"dengan sebab mereka sudah dibentuk dengan pemikiran berpolitik dimasa mereka belajar,"katanya.

Menurutnya, latihan berpolitik di pusat-pusat pengajian tersebut telah memberi kemahiran pentadbiran dan pengurusan kepada para pelajar.

"mereka memiliki kemahiran untuk mentadbir, memiliki kemahiran untuk mengurus, memiliki kemahitran untuk memimpin, memiliki kemahiran untuk menyelesaikan permasalahan hasil daripada pengalaman-pengalaman mereka dalam persatuan-persatuan pelajar yang mereka hadiri (sertai),"jelasnya.

Justeru, beliau berkata, sikap kerajaan Umno-BN cuba menyekat para pelajar berpolitik sebenarnya adalah kebimbangan mereka terhadap kebangkitan anak-anak muda dan para pelajar.

Menurutnya, berlakunya kebangkitan diseluruh duniai adalah dicetuskan oleh para pelajar yang didedahkan dengan isu-isu politik tentang penyelwengan-penyelewengan kerajaan melalui media baru masakini. -BO