Sabtu, Februari 11, 2012

Umno Terus Ugut, Anak Muda Terus Berjuang !!

Umno tidak pernah meraikan demokrasi. Ketika setiap saluran media arus perdana berada di pihak mereka, memberi ruang untuk Umno membuat tohmahan hingga ke ruang tamu setiap rumah dalam negara ini, sedikit ruang untuk membalas hujah tohmahan itu juga turut dinafikan.

Ceramah penerangan, pidato pencerahan, itu sahajalah ruang yang dipunyai oleh pejuang-pejuang kemerdekaan (sebenar) selain akhbar yang diluluskan sekitar 2 kali sebulan. Kita seolah-olah hidup di alam sebelum merdeka, tidak dibenarkan bebas bersuara, tidak langsung diberi ruang apabila sejak akhir-akhir ini banyak ceramah yang diganggu.

Namun ingin aku ingatkan di sini, ganggulah macamana pun, buatlah ugutan apa pun, anak muda dan pimpian Pakatan Rakyat akan tetap teruskan siri-siri penerangan dan kempen-kempen kesedaran betapa Umno itu adalah legasi penjajah dan perlu ditumbangkan bagi kemerdekaan sebenar. Barulah demokrasi itu benar-benar dapat diraikan !

Malam ini di Dewan Kg Idaman Klang ada ura-ura akan berlaku kekacauan. Itu sahajalah modus operandi yang tinggal buat Umno mempertahankan ketuanan eletisnya. Mereka tiada hujah, hanya menghalang kebenaran itu sampai kepada rakyat. 

Pelbagai gerakan akan diteruskan tidak kira siapa pun penghalangnya. Gerakan ABU juga telah melepasi fasa pemanas badan dan akan menyerang seluruh negara dalam masa terdekat. Serangan berpelurukan maklumat dan fakta, serangan yang menyedarkan semua orang bahawa Umno retorik itu perlu ditumbangkan demi Malaysia yang lebih terjamin, bukan sekadar retorika!

Ayuh malam ini bersama anak muda dan mahasiswa. Inilah masa depan negara, tanggungjawab kita bersama untuk pastikan demokrasi sebenar diraikan !!

Malaysia negara kita, selamatkanlah! Sudah sampai masanya untuk kita bergerak dengan lebih mapan dengan penuh keberanian. Asalkan Bukan Umno ! ABU adalah Jawapan !!