tag:blogger.com,1999:blog-13617501686198592072024-03-13T19:26:23.557+08:00Muslimeen UnitedMuslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comBlogger12569125tag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-21706846558562401492013-06-14T08:55:00.004+08:002013-06-14T08:55:44.199+08:0060 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai
KUALA LUMPUR: 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat
dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) agak kelam-kabut dalam menjalankan tanggungjawab pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah
Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Md. Ramli, berkata keadaan itu juga
menunjukkan dakwaan bahawa SPR tidak menjalankan tanggungjawab itu
dengan baik memang berasas.

"Apabila banyak petisyen difailkan,
ia menggambarkan banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan pilihan
raya baru-baru ini. Sekaligus, rasa tidak puas hati itu serba-sedikit
ada kesan secara tidak langsung dengan peranan SPR," kata beliau ketika
dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau masih
banyak perkara yang membabitkan SPR yang dipertikaikan, tetapi tidak
dapat disertakan sekali bersama petisyen.

"Seperti contoh,
dakwaan berkaitan dakwat kekal, di mana kita mahu letakkan dalam
petisyen? Begitu juga dengan hal 'care-taker government'. Saya fikir,
jika perkara sedemikian boleh dimasukkan ke dalam petisyen, lebih banyak
agaknya petisyen difailkan," kata beliau.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun. -HrkhMuslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-47608446877144382492013-06-14T08:52:00.002+08:002013-06-14T08:52:48.673+08:00Pelantikan Tengku Adnan Mansor Sebagai Menteri Dipertikai

Datuk
Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan perlu
bersih daripada dakwaan terbabit dalam konspirasi skandal Datuk V K
Lingam berhubung pelantikan hakim.

Bagaimanapun, segalanya sudah terlambat apabila
beliau didapati bersekongkol merosakkan Perlembagaan Persekutuan apabila
terbongkarnya rahsia besar sepertimana pendedahan Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) yang mendapati beliau berkonspirasi mengatur pelantikan
hakim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata,
pendedahan RCI pada 2008 jelas menunjukkan bahawa menteri baru yang
dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadi satu
misteri.

“Saya hairan mengapa pemimpin seperti itu dilantik sebagai menteri kerana ia boleh dipertikaikan.

“Tengku Adnan sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan
Menteri sebelum ini berjanji akan “melindungi, memelihara dan
mempertahankan” Perlembagaan Persekutuan tetapi beliau sendiri
memusnahkan kredibiliti institusi keadilan negara,” katanya.

Justeru itu, katanya, pelantikan itu membuktikan Kerajaan Barisan
Nasional (BN) tidak mempunyai pemimpin berkarisma dan lebih baik.

“Ini membuktikan segala pembaharuan yang didakwa Najib tidak akan ke
mana. Malaysia tidak akan mampu mengeluarkan dirinya daripada gejala
rasuah dan salah guna kuasa selagi orang seperti itu, yang jelas
merosakkan perlembagaan dilantik ke jawatan menteri,” katanya.

Pada September 2007, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kebocoran rakaman
perbualan telefon selama lapan minit VK Lingam dengan seorang hakim
kanan membincangkan konspirasi jahat untuk menetapkan pelantikan hakim
kanan dalam badan kehakiman Malaysia.

Dalam rakaman selama lapan minit itu, nama Tengku Adnan disebut tidak kurang daripada 11 kali.-Roketkini
Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-587287541985927372013-06-14T08:51:00.002+08:002013-06-14T08:51:52.398+08:00Tiang penangkap kilat Menara Umno Penang runtuh

Lagi cerita kejadian runtuh. Kalau sebelum ini jambatan runtuh kali ini tiang penangkap kilat pula yang runtuh.

Tujuh pengguna jalan raya cedera termasuk 2 parah. Penangkap kilat sepanjang 15 meter di Jalan Macalister, Georgetown runtuh selepas kejadian ribut pada jam 7.10 petang semalam.

Tiang tersebut dipercayai terletak diatas Menara UMNO P.Pinang.
Bahagian bumbung Ibu Pejabat Umno Pulau Pinang setinggi 25 tingkat tumbang.

Impak struktur besi yang tumbang menggemparkan.
Sejak 6.00 petang, kejadian ribut dan hujan lebat telah melanda Pulau Pinang dan beberapa tempat banyak pokok yang tumbang. Kenapa Menara Umno yang dipilih?
Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-23713500706474566052013-06-14T08:49:00.000+08:002013-06-14T08:49:09.931+08:00Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya, Ku Li Ambil-Alih Jawatan PM?

Tengku
Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen
daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk
dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun,
kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja
Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di
Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup
angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib
Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan
bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi
masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk
menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh
menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat
tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera
raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada
pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya
mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140
dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi
Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon
gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon
kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk
jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li
atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi
Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.

“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber
kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua
Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir
Mohamad.

Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang
penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi
buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha
politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal
bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai
menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli
Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak
diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak
berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi
membincangkan pilihan masa depan mereka.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di
sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika
Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak,
menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222
jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan
timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti
seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang
empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen
mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran
Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan
Perdana Menteri. -TMI

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-12848689891108542632013-06-14T08:48:00.001+08:002013-06-14T08:48:10.192+08:00Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan

KOTA BHARU: Bekas Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kub (gambar) hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang baru.

Manakala Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Nama kedua-duanya dicadangkan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad
Yakob, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar
Abdullah.

Majlis angkat sumpah itu bermula jam 9 pagi dengan bacaan doa diketuai Setiausaha Dewan, Muhammed Imran Mansoor.

Kemudian Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan sebagai anggota tambahan Dun Kelantan.

Beliau kemudian mengambil tempat di kerusi Speaker selepas dipakai jubah khas dan songkok oleh Menteri Besar.

Diikuti pula Abdul Latiff mengangkat sumpah dan dipakai jubah khas sebagai Timbalan Speaker.

Imran turut memberitahu pihaknya sebelum ini telah menerima perakuan untuk berkhidmat sebagai Speaker daripada Abdullah.

“Cadangan perbahasan pemilihan Speaker juga tidak dibenarkan selepas pihak Dewan hanya menerima seorang sahaja calon,” katanya.

Selepas itu majlis angkat sumpah ahli-ahli Dewan dimulakan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS-Chempaka) mendahului
mengangkat sumpah bagi penyokong kerajaan, manakala Datuk Nozula Mat
Diah (BN-Paloh) pembangkang.

Zulkifli Ali (BN-Selising) merupakan ahli Dewan terakhir mengangkat sumpah hari ini.

Bagaimanapun sebelum itu Speaker mengumumkan tiga ahli Dewan tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mereka iaitu Datuk Husam Musa (PAS-Salor), Datuk Che Abdullah Mat
Nawi (PAS-Wakaf Bharu) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas).

Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas penghormatan diberi
sehingga dilantik sebagai Speaker.

“Oleh itu saya berharap mendapat kerjasama sepenuh ahli-ahli Dewan
bagi melancarkan perjalanan persidangan setiap kali diadakan,” katanya.

Turut menyaksikan majlis bersejarah itu anggota parlimen Kota Bharu,
Datuk Takiyuddin Hassan, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa
dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. -Hrkh

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-49248750894607876532013-06-14T08:47:00.001+08:002013-06-14T08:47:26.412+08:00Pembuat Kereta Nafi Dakwaan Utusan Mengenai Penurunan Harga

Pembuat kereta Volkswagen
dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini
seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot,
Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan
harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun
ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional
(BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam
manifesto Pilihan Raya 2013.

“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa
harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke
RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat
kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan
sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.

Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka
mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak
11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami
tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa
kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra-
facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari
Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model
facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya
dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah
RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.

Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi
kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya
dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model
versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini
berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat
tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza,
Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan
raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan
lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat
sehingga 2017.

Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk
Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan
harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun,
seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini
telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas
menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa
dilantik semula ke dalam Kabinet.

Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta
lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme
berbeza.

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-47703731913160788682013-06-06T07:06:00.003+08:002013-06-06T07:06:18.829+08:00Anwar Akan Buktikan Wan Muhammad Azri Itu "Papagomo"

Anwar beri keterangan saman ‘Papa Gomo’ 27 Jan

Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jan tahun depan untuk mendengar keterangan
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman beliau
terhadap penulis blog ‘Papa Gomo’ kerana didakwa menyiarkan perkataan
fitnah dan mengaitkan beliau dengan seorang lelaki dalam video seks.

Hakim Rosilah Yop turut menetapkan 28 Jan untuk mendengar kes saman itu.
Beliau menetapkan tarikh itu hari ini ketika kes berkenaan dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita
anak guamnya (plaintif) akan memanggil empat saksi manakala Wan Muhammad
Azri Wan Deris (defendan) dijangka memanggil dua saksi.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta dengan
mendakwa Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog www.papagomo.com
menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17,
19 dan 20 Mac lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya Anwar mendakwa defendan turut meletakkan
satu pautan web yang memaparkan siri imej dan defendan telah secara
nyata dan/atau tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej itu ialah
plaintif.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain
relif yang difikirkan wajar dan satu injunksi bagi menghalang defendan
daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej itu.

Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 20 Mei menafikan bahawa beliau pemilik blog ‘Papa Gomo’.

Beliau menegaskan alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman Anwar
itu bukan miliknya dan beliau tidak mengenali plaintif secara peribadi.

Anwar dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Wan Muhammad Azri itu
berkata beliau boleh membuktikan bahawa defendan adalah pemilik blog
‘Papa Gomo’.

Beliau mendakwa defendan turut melakukan serangan peribadi terhadap
parti pembangkang dan pemimpinnya tanpa membuat sebarang justifikasi. -
Bernama

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-3396777420448465492013-06-06T07:00:00.003+08:002013-06-06T07:00:26.759+08:00PANAS: Waytha SENYUM bila Uthaya kena JAILED

The Hindraf brothers: Uthaya jailed the day Waytha becomes senator

More than five years after he was first charged under the sedition act,
Hindu Rights Action Force de facto leader P Uthayakumar has now been sentenced to two-and-a-half years in prison.

As Uthayakumar was in court this morning, his estranged brother P, Waythamoorthy was being sworn in as a senator in parliament, taking on the position of a deputy minister in the prime minister's department

Uthaya dipenjara 30 bulan

Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar
dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah
membuat kenyataan hasutan pada 2007.

Beliau didakwa memuatkan bahan hasutan dalam surat yang ditulis antara
15 November hingga 8 Disember 2007 kepada perdana menteri British ketika
itu Gordon Brown, yang mendakwa terdapat pembersihan etnik India miskin
di Malaysia.

Dia juga memuatkannya di laman web Police Watch yang tidak lagi beroperasi.

Pada Isnin, Uthayakumar menolak untuk menyambung pembelaannya atas
alasan bahawa keadaan kes itu tidak membenarkannya untuk meneruskannya.
Dia juga enggan membuat penghujahannya pagi ini.

Kes itu dikendalikan oleh Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-84692238195260983872013-06-06T06:58:00.000+08:002013-06-06T06:58:07.721+08:00UMNO Baru Terjaga Ketika Matahari Sudah Tegak Di Atas Kepala - TGNA

Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan
Perdana Menteri mahu meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah
Jawatankuasa Khas Parlimen adalah bukti SPR sangat pincang sebelum ini.

"Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah
sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang
dikendalikan oleh SPR sangat pincang," kata beliau dalam kenyataannya
kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar
sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh
keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan
dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?.

Sehubungan itu beliau mengingatkan para pemimpin Umno dan lain-lain pihak jangan memperlekehkan pandangan rakyat.

"Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen," tegasnya.

Sementara itu, pandangan Tuan Guru Nik Aziz dikongsi oleh anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (gambar kanan).

"Saya berpendapat ini merupakan taktik terbaru Umno-BN untuk
menghalalkan sebarang tindakan SPR di masa depan bagi mengekalkan kuasa
mereka," katanya.

Jika Perdana Menteri betul-betul ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan
sistem pilihan raya, beliau menyeru supaya segera dilaksanakan tuntutan
Bersih 3.0 iaitu

1) melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0,

2) pimpinan SPR meletak jawatan segera kerana kehilangan keyakinan rakyat terhadap SPR, dan

3) membenarkan pemantau antarabangsa bebas untuk memantau pilihan raya.

"Jika ini tidak dilaksanakan terlebih dahulu, maka sebarang perubahan
hanyalah perubahan kosmetik dan bakal menjadi satu lagi projek penipuan
Barisan National," katanya.

Matahari Tegak dan UMNO Baru Terjaga

Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan
pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan
untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan
dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.

Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan
bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan
bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat
terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.

Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa
proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat
pincang.

Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah
saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu.

Jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa
yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari
bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan
pengumuman Presiden Umno itu sendiri?

Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen.

Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua
Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan
bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut.
Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang
lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada
'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?

Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan.

Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang
tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di
atas mandat yang tidak betul.

Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional.

Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang
bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu
diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan
PAS lebih banyak kalah daripada menang.

Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di
dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang
haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat
kelak!

Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.

Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya.

Sayangnya, Umno lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai
mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin Umno masih bermain madah
pujangga menegakkan benang yang basah.

Jika umpama orang yang tidur, Umno hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am,

Parti Islam Semalaysia (PAS)

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-23999372471625051812013-06-06T06:42:00.003+08:002013-06-06T06:42:36.546+08:00Perhimpunan aman 15 Jun di Padang Merbok

KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman Black505 bagi menolak
penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya akan diadakan di Padang
Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun ini bermula jam 2 petang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, lokasi itu dipilih
selepas mengambil kira pandangan pihak polis yang menggesa supaya
perhimpunan tidak melibatkan Dataran Merdeka.

“Pilihan utama kita semestinya Dataran Merdeka, tetapi buat masa ini
kita tetapkan dahulu Padang Merbok dan akan mendapatkan kebenaran dari
polis untuk menggunakan Dataran semasa menghantar surat makluman nanti,”
jelas Rafizi dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, surat makluman kepada pemilik Padang Merbok, DBKL dan
Balai Polis Dang Wangi akan dihantar pada hari ini sebagai memenuhi
peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman iaitu notis dalam tempoh 10 hari.

Surat tersebut ditandatangani Rafizi bersama wakil PAS iaitu Syed Azman Syed Nawawi dan Anthony Loke dari DAP.

“Kita harap tidak akan berlaku sebarang tangkapan lagi kerana kita
sudah memenuhi peraturan yang ditetapkan,” kata Rafizi dipetik KeadilanDaily.

Sementara itu, Pengarah Programm Datuk Johari Abdul berkata
keselamatan peserta yang mengikuti himpunan menjadi keutamaan penganjur.

“Paling penting adalah keselamatan peserta, berhimpun dalam suasana aman dan santai,” katanya. -Hrkh

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-21193324196941960892013-06-01T11:13:00.002+08:002013-06-01T11:13:24.163+08:00Rakyat Selangor mencipta sejarah

ULASAN Saya terasa teringin untuk
menulis sesuatu hari ini. Agak lama tidak menyatakan pandangan, mungkin
kerana terpaksa menahan diri dari melakukannya kerana ada tugas penting
yang perlu diselesaikan tanpa memberi peluang kepada mana-mana pihak
mentelaah secara negatif. Hari ini setelah semuanya selesai maka
sementara duduk di rumah elok dituliskan sesuatu agar mampu memberi
sedikit pencerahan.

Ramai melihat agenda melantik menteri besar
di Selangor dan barisan Exco dengan kanta pandang dekat. Ramai mungkin
yang mahu memberi pandangan walaupun dalam banyak masa mereka tidak
mempunyai sebarang maklumat tepat untuk membuat komen. Maka wujudlah
beberapa siri perbincangan panas antaranya Istana campurtangan dalam
pemilihan Exco, politik kuno berpaksikan kaum, politik order lama yang
tidak sensitif gender dan bermacam lagi.

Bila ada ura-ura
kononnya istana atau lebih khusus lagi DYMM Sultan cuba memberi nasihat
dan pandangan dalam pelantikan Exco maka terus sahaja kita membuat
kesimpulan bahawa Tuanku mahu campurtangan dalam pentadbiran negeri,
baginda seorang yang rasis dan hanya memihak kepada orang Melayu.

Tidak
sedikit yang menyatakan rasa marah dan tersinggung serta kesedihan
mereka dengan berita tersebut. Ramai kita terlupa bahawa politik Pakatan
Rakyat yang kita bawa adalah politik baru dengan semangat politik
inklusif, yakni ruang bersuara dan memberi pandangan terbuka luas kepada
semua pihak dan saya berpandangan ianya tidak terkecuali kepada pihak
istana.

Lebih malang apabila timbul cerita bahawa pihak istana
mahu formula 6:4 (Melayu: Bukan Melayu) digunapakai dan isu kaum terus
dimainkan tanpa cuba melihat mungkin ada sudut lain yang lebih positif
dan membina yang boleh dilihat. Bila kita lihat keputusan 15:15:14 PAS
DAP dan PKR, ini bermakna keputusan tersebut telah melonjakkan kerusi
PAS yang dahulunya hanya lapan kepada 15 kerusi.

Sedar atau tidak
dengan lonjakan tersebut telah sekaligus membenamkan tohmahan
Umno-Najib bahawa PRU 3 adalah Tsunami Cina hingga membawa kepada
keceluparan melampau apabila mereka mengatakan “Apa Lagi Cina Mahu”.
Kawasan majoriti Melayu di Sepang dan Sabak yang dimenangi oleh PAS
telah memusnahkan ego Najib dan kuncu utamanya Md Zin.

Justeru,
dengan memperolehi 15 kerusi amat wajar PAS diberikan penghargaan kerana
bukan sahaja memang mereka telah melonjakkan kerusi Pakatan Rakyat
hingga mendapat 3/4 majoriti di dalam Dewan, malahan telah menafikan
jolokan Tsunami Cina yang cuba dimainkan oleh Umno. Ianya saya lihat
telah menggagalkan usaha Umno untuk memalukan masyarakat Melayu di
Selangor hingga boleh mewujudkan ketegangan kaum.

Saya
berpendapat inilah yang cuba dibayangkan oleh Tuanku semasa membuat
keputusan untuk tetap memberi pandangan kepada MB bahawa rayuan MB di
saat akhir dengan tujuan memberi 4 kerusi Exco kepada DAP tidak boleh
dirai. Namun, benar percakapan umum bahawa politik terbaca atas persepsi
dan bukan dari niat sebenar. Maka persepsi menggambarkan Tuanku seperti
anti-Cina dan hanya mementingkan politik orang Melayu.

Bagaimana
pula hari ini? Setelah melihat pentadbiran PR Selangor dengan berani
mencipta sejarah melantik YB Puan Hannah Yeoh sebagai Speaker lantas
menjadi Wanita (Cina) pertama yang menduduki kerusi tersebut adakah
persepsi di atas masih terpakai? Terbukti hari ini politik Selangor
telah menjangkau ke hadapan - meninggalkan politik rasis dan gender ke
belakang. Tidak terfikirkah kita bahawa DYMM Tuanku juga memainkan
peranan besar di dalam sejarah yang kita cipta ini?

Sejarah mampu
dicipta di Selangor ekoran dari proses konsultasi, tawar menawar,
tikaman lidah hingga mewujudkan kerjasama erat dan kebijaksanaan Menteri
Besar, pemimpin Pakatan Rakyat hatta dari keperihatinan DYMM Tuanku
sendiri.

Sebenarnya saya tidak hadir pada majlis angkat sumpah
Exco yang penuh istidat dan bersejarah hari ini kerana khuatir kokokan
batuk yang saya alami sejak PRU dahulu akan mengganggu keharmonian
upacara. Meskipun saya dijemput sendiri oleh Dato Pengelola Istana tapi
saya terpaksa menolaknya walau dengan hati yang berat.

Biarlah
acara gemilang berlangsung cemerlang tanpa ada bunyi atau suara
sumbang-garau yang mencemar majlis. Cukup sekadar menyediakan teks
sembah ucapan Dato Menteri Besar kepada Tuanku menjadikan saya
seolah-olah berada di sana merai hari bahagia rakyat Selangor.

Memandangkan
saya ada kelapangan berada di rumah, saya mengambil kesempatan membuat
catatan ini dengan hasrat mahu mengimbangi keghairahan kita memberi
pendapat dengan harapan dapat mengecapi politik ideal. Ghairah
mengetengahkan harapan agar tiada campurtangan istana dalam pentadbiran
negeri.

Harapan agar politik tidak diukur dengan ras dan kaum.
Harapan agar politik kita terkeluar dari kekangan gender. Saya akui
semua harapan itu memang baik dan ideal; tidak keterlaluan jika saya
katakana itulah suasana politik yang didambakan oleh kebanyakan rakyat
Malaysia.

Namun pada saya, apa yang lebih penting ialah natijah
dan hasil dari proses yang kita ambil dalam berpolitik. Maksud saya,
apa yang kita lihat di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Pentadbiran Selangor membariskan barisan Exco yang mempunyai cukup
representasi dari Melayu, Cina dan India. Selangor lengkap dengan
reprentasi Wanita dalam Exco yakni sebanyak 40 peratus.

elangor
mencipta sejarah apabila buat julung-julung kalinya melantik seorang
Speaker wanita berbangsa Cina dan timbalan speaker termuda di dalam
sejarah politik negara. Pakatan Rakyat Selangor berjaya membariskan
barisan Exco profesional pelbagai bidang dan jurusan; Peguam, doktor,
arkitek, dentis hatta seorang ilmuan agama seperti Ustaz Solehin Muhyi.

Rakyat
Selangor pula semuanya berbangga menjadi rakyat di negeri Selangor yang
telah memilih pimpinan mereka yang pelbagai bidang. Cuma satu perkara
yang ingin saya ketengahkan, di sebalik kegembiraan dan kebanggaan yang
kita semua rasai ketika ini, harus diketahui juga ianya bukan datang
dengan sendiri.

Bukan juga dengan campurtangan mana-mana pihak.
Ianya adalah hasil dari proses bertikam lidah, konsultasi, perbincangan
serta tawar menawar yang dilakukan semua pihak; parti-parti politik,
pegawai eksekutif di pejabat Menteri Besar dan pegawai di istana.

Malah
yang lebih besar lagi apabila DYMM Tuanku sendiri yang ada ketika pada
siri menghasilkan barisan Exco dan speaker, telah sanggup mencemar
duli. Pada saya, sejarah hari ini telah dicipta semua orang baik dari
keturunan raja hinggalah pacal rakyat marhaen dan budak suruhan pejabat
serta para bentara di istana.

Syabas rakyat Selangor dan tahniah
kepada pimpinan yang dilantik menerajui pentadbiran negeri. Selamat
menjalankan tugas - bekerja demi rakyat tanpa memihak kepada sesiapa dan
tanpa rasa takut kepada manusia. Sesungguhnya rakyat hakim negara dan
Allah pemilik sekalian alam.

FAEKAH HUSIN setiausaha politik kepada menteri besar Selangor.Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-76773808721499627122013-06-01T11:11:00.002+08:002013-06-01T11:11:35.756+08:00Khir Toyo Selangkah Lagi Ke Penjara, Mengadu Dikambinghitamkan Najib

Khir Toyo dakwa dijadikan ‘kambing hitam’ dalam perang anti-rasuah Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo
mendakwa dirinya menjadi mangsa “kambing hitam” dimanipulasi untuk
kepentingan politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.

“Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk
memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah,” kata beliau
dalam tulisan di blognya www.drkhir.com.

“Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya,” tambah beliau lagi.

Menurut Dr Mohamad Khir, beliau didakwa melakukan Criminal Breach Trust
(CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan
rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya
menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama.
Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa
teknikal.

“Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah
amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya
menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti
kerajaan serius membanteras rasuah,” katanya.

Semalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan
tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusan berhubung kes
rasuah bekas menteri besar Selangor itu.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun
membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar
menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan
Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir
dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali
telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk Mahkamah Rayuan
mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim
mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.

Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada
kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat
keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad
Khir dengan pertuduhan itu.

Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23
Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah
banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di
pasaran.

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar
untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3
juta lapan tahun lalu.

Peguamnya, Muhammad Shafee memberitahu pemberita semalam beliau akan
memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan hari
ini. TMIMuslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-23234325498499973802013-06-01T11:10:00.003+08:002013-06-01T11:10:50.687+08:00Mahasiswa tunjuk perasaan desak Zahid letak jawatan

PUTRAJAYA: Sekumpulan mahasiswa berhimpun di depan
pejabat Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan
aktivis yang bermotifkan politik.

Kira-kira 30 mahasiswa berkumpul berhampiran pintu masuk utama KDN,
dengan membawa kain rentang bagi menunjuk perasaan secara aman selepas
solat Jumaat.

Ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang yang baru
dibebaskan dengan ikat jamin hari ini turut turun padang dan dengan
lantang mendesak Zahid letak jawatan kerana mencemar profesionalisma
Kementerian Dalam Negeri.

Beliau ditahan Rabu lepas dan disiasat dibawah Akta Hasutan 1948
berhubung ucapannya pada program Malam Anak Bangsa Malaysia di Dewan
Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu, yang didakwa
berbaur hasutan.

“Kita rasa Datuk Seri Zahid Hamidi perlu berundur, letak jawatan sekiranya beliau masih gagal untuk menangani isu ini.

“Yang kedua, yang cukup jelas dan terang beliau juga telah
menyalahgunakuasa apabila mengarahkan polis untuk membuat tuduhan secara
berpilih dan itu yang kita rasa beliau telah menggunakan jentera
kerajaan untuk motif politik,” kata Safwan.

Mahasiswa juga menuntut KDN dan polis dibebaskan dari campurtangan
politik yang bagi mereka telah menyebabkan dua badan tersebut bersikap
berat-sebelah.

Selain Safwan, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim juga ditahan
dan disiasat dibawah akta yang sama kerana kenyataan beliau di forum
yang sama.

Turut ditahan dan didakwa di bawah akta dan sebab yang sama adalah,
Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan pemimpin NGO
anti-Umno Haris Ibrahim. -HrkhMuslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-12306134596048954982013-05-31T14:18:00.004+08:002013-05-31T14:18:54.246+08:00Safwan Anang Dibebaskan Jam 10.20 Pagi Tadi

Aktivis pelajar yang enggan diikta jamin, Safwan Anang telah dibebaskan tepat jam 10.20 pagi tadi.

Beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin.

“Safwan bersetuju untuk tanda tangan ikat jamin. Dia akan dibebaskan jam
9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh,” kata Presiden Kumpulan Aktivis
Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath membuat pengesahan, lapor
Keadilandaily.

Pada 29 Mei lalu, Safwan menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada
kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik.
Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya
di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu.

Turut didakwa ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras
Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, aktivis Pas, Tamrin Ghafar,
aktivis sosial Hishamuddin Rais dan pimpinan mahasiswa Adam Adli.

Kesemua mereka diikat jamin dengan jumlah RM 5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Julai bagi pendengaran kes.

Sementara itu, Khalid Ismath memaklumkan, satu serahan memorandum
bantahan akan dibuat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya jam
2.30 petang ini.

“Kami mendesak Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Zahid Hamidi
menghentikan tangkapan bermotif politik yang melampau,” katanya.

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-79015520029783770792013-05-31T14:16:00.003+08:002013-05-31T14:16:48.687+08:00UMNO/BN Semakin Fobia Dengan Pimpinan PR

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu,
pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang
mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua
menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN"
tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk
ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua
disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad
Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila
ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen
berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali,
juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli
jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau
tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen
Sabah menaiki kapal terbang. -mk

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-79474590717229998662013-05-31T14:13:00.002+08:002013-05-31T14:13:42.997+08:00Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS

KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang
biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. -Hrkh

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-67695772036129277152013-05-31T14:12:00.000+08:002013-05-31T14:12:14.459+08:00‘SPR Bukan Parti Politik, Wan Ahmad Pun Bukan YB’

Bekas
Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim
membidas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan
Ahmad Omar yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memboikot parlimen
jika benar-benar yakin berlaku penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei
lalu.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya datang dari seorang Timbalan Pengerusi SPR.

“SPR bukan parti politik dan Wan Ahmad tidak sepatutnya bertindak seolah beliau seorang wakil rakyat.

“(Dan) SPR sepatutnya bertindak secara berkecuali dan profesional dengan
menangani segala kritikan dan dakwaan dari mana-mana pihak sekalipun
secara berhemah dan mengikut prosedur undang-undang.

“Mereka sepatutnya mampu mengawal diri dalam apa jua keadaan dan tidak
melenting seperti cacing kepanasan apabila dikritik keras,” kata Mat
Zain dalam suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
hari ini.

Salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun.

Ahli SPR dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong

Setiap ahli SPR dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut
Perkara 114 Perlembagaan untuk mengendalikan pilihan raya Persekutuan
atau Negeri dengan bersih dan adil mengikut prosedur undang-undang.

Menurut Mat Zain, sekiranya benar pihak SPR sebuah badan berkecuali dan
profesional, mereka sepatutnya boleh membuat siasatan sendiri bagi
mengesahkan sama ada benar atau tidak, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-6 pada 3.April 2009.

Katanya, ini kerana sumpah itu dengan tidak mengikut Jadual Keenam Perlembagaan seperti yang didakwa.

“SPR hanya perlu menonton semula rakaman upacara mengangkat sumpah
jawatan Perdana Menteri oleh Najib di-hadapan Yang di-Pertuan Agong
Ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 3 April 2009, serta membandingkan
apa yang dilafazkannya dalam upacara tersebut, dengan perkataan sumpah
yang wajib beliau angkat sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Keenam
Perlembagaan.

“Verifikasi ini boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai 5 minit
pun. Malahan orang ramai juga boleh membuat semakan sendiri dengan
menggunakan kaedah yang sama,” kata Mat Zain lagi.

Beliau juga menyarankan SPR mendapatkan kerjasama Menteri Komunikasi dan
Multimedia yang baru Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek untuk menyiarkan
acara angkat sumpah Perdana Menteri pada 3.April 2009 itu.

`Filem Tanda Putera’

Ini supaya lebih ramai rakyat yang tidak mempunyai ekses kepada
internet, peluang untuk membuat verifikasi yang sama serta sekaligus,
dapat memahami isu yang dibangkitkan ini.

“Jika Menteri Penerangan telah menunjukkan keghairahannya untuk filem
Tanda Putera ditayangkan kepada umum,maka saya yakin beliau tidak
keberatan menayangkan rakaman majlis angkat sumpah yang ringkas itu,”
katanya lagi.

Beliau menambah, rakyat boleh membuat penilaian samada Perdana Menteri
dan Jemaah Menteri-nya memang sentiasa menghormati dan mematuhi
peraturan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti yang mereka
sering laungkan, atau ianya sekadar retorik.

Katanya, beliau yakin rakyat akan lebih menyanjung Menteri Penerangan
yang baru ini, jika beliau dapat menyiarkan proses perlantikan Menteri
dan Timbalan Menteri Persekutuan di kalangan Ahli Dewan Negara yang
belum dilantik sebagai Senator seperti kekalutan yang berlaku baru-baru
ini, sebagai penambahan ilmu kepada rakyat.

Menurutnya, penerangan seperti ini-lah yang akan dialu-alukan oleh
segenap lapisan rakyat khasnya masyarakat luar Bandar dimana mereka
boleh menilai sama ada Menteri dan Timbalan Menteri mereka itu jujur
ataupun mereka sekadar kaki temberang sahaja.

Mat Zain berkata, persoalan undang-undang melibatkan Perlembagaan
hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sepertimana yang
dinyatakan dalam Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, (Akta 91.

Harap SPR nyatakan pendirian

Untuk itu beliau berharap SPR dapat menyatakan pendirian mereka secara
terbuka sama ada mereka bersedia merujukkan perkara dalam persoalan ini
kepada badan tersebut atau sebaliknya.

Dalam isu berkaitan, bekas pegawai kanan polis itu mengulas mengenai
dua menteri dan tiga timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di
hadapan Yang di-Pertuan Agong tetapi belum dilantik sebagai Senator.

Kata Mat Zain ia perbuatan yang sangat biadap terhadap Yang Di Pertuan
Agong kerana telah meletakkan susunan keutamaan Baginda, di-belakang
kedudukan Yang Di-Pertua Dewan Negara.

Sekiranya perbuatan ini bukan suatu pengkhianatan dan penghinaan serta
mencemarkan keadaulatan Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, Mat
Zain berkata, Najib wajar menjelaskan kepada rakyat apakah maksud
tindakan beliau.

Perdana Menteri, tambahnya juga wajar menjelaskan kepada rakyat sama ada
dua orang menteri dan tiga orang timbalan menteri tersebut layak
melaksanakan fungsi jawatan masing-masing setelah peruntukan
Perlembagaan Persekutuan ditunggang-langgangkan.
Jika di kalangan sejumlah 61 orang menteri dan timbalan menteri yang ada
sekarang ini,terdapat lima orang atau lebih 8% daripada jumlah itu
adalah “ahli haram”, maka keseluruhan Kabinet itu juga terpalit menjadi
haram.

Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga, kata Mat Zain. -FMT

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-63773011003681281282013-05-30T09:18:00.000+08:002013-05-30T09:18:06.975+08:00Isteri Safwan Berdiri Teguh Dengan Pendirian Suaminya

Suami
saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami
diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa
terkejut diserbu seolah-olah penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau
didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak
hilang.

Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan
fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik
mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan
berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu
wani'mal wakeel.

"Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang
jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku
dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima
keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.

Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.

-JANGAN BIARKAN SAFWAN KESEORANGAN-

Safwan Anang enggan diikat jamin

Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam,
Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat
jamin.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan,
Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja
berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini
telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional
(BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:

* Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini
sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa
untuk kepentingan hayat Umno-BN.

* Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.

* Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius
perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar
sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!

Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di
Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela
berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.

Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan
Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen
Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung
dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13
Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca
pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing
dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 -FMT

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-76754076132346856152013-05-30T09:16:00.004+08:002013-05-30T09:16:59.345+08:00Zambry Kadir Akan Bubarkan DUN Dalam Tempoh 6 Bulan Lagi?

Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga petisyen dari PR Perak
yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi, DS Zambry Kadir
mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.

Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan
baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan
Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.

UMNO sekali mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka. -Addin

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-77066926151239964672013-05-30T09:13:00.000+08:002013-05-30T09:13:08.727+08:00Empat Exco Selangor Dari PAS Sedia Berkhidmat

Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehin Mokhyi dan Iskandar A. Samad.

Pesuruhjaya
Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menyatakan keyakinan empat calon Pas
yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dapat
menjalankan tugas Exco dengan baik.

Menurutnya, empat calon yang terpilih sebagai
Exco ialah Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, Adun Sijangkang, Dr Ahmad
Yunus Hairi, Adun Sabak, Sallehin Mokhyi dan Adun Cempaka, Iskandar A.
Samad.

"Sultan guna formula 6:3, enam Melayu di mana Pas empat, PKR dua, dan empat bukan Melayu, iaitu tiga DAP dan satu calon PKR.

"Saya diberitahu oleh setiausaha politik menteri besar tadi (semalam).

"Pas menyambut baik walaupun tak menang di Putrajaya, kita akan tumpu
bagi khidmat kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, DAP Selangor menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan
senarai Exco yang diserahkan kepada Sultan dan menggesa untuk mengadakan
perbincangan semula mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, mengikut laporan media Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada senarai calon Exco bagi penggal 2013-2018.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata: "Saya telah
menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini (kelmarin) dan
Tuanku bersetuju menamakan ahli-ahli Exco yang telah dikemukakan.

“Insya-ALLAH pada Khamis ini jam 9.30 pagi, di Istana Alam Shah, Klang,
akan diadakan upacara angkat sumpah dan ikrar oleh semua ahli Exco yang
dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rani juga berkata dakwaan sebelum ini yang
menyatakan perlantikan Exco Selangor mempunyai masalah tidak berbangkit
lagi.

"Insya-ALLAH, Sultan sudah putuskan, kita terima.

"Tak ada yang dipertikaikan lagi, tak ada soal DAP tak puas hati, semua OK," katanya.

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-38048597216904319842013-05-29T08:54:00.001+08:002013-05-29T08:54:26.029+08:00Tamrin, Haris ditahan semula
Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan
Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas
dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang
sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada
kira-kira jam 7.15 petang.

"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam
Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7
petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.

"Kami
boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula
mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tamrin
dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian
Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal
mendapatkan perintah reman.

Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.

"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.

"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya. -M'kiniMuslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-57001182276429174752013-05-29T08:53:00.000+08:002013-05-29T08:53:05.379+08:00Dr Agus : Himpunan 505 Kerajaan Tidak Perlu Ugut Rakyat

SHAH ALAM, 29 MEI : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad
Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505
secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.

Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka
untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan
Persekutuan.

Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan
perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun
secara aman dan tanpa senjata.

“Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini
dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan
yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.

“Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka
peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh
sistem demokrasi dan undang-undang negara kita,” katanya.

Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana
menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada
Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta
Himpunan Aman 2012.

Bagi menyelesaikan perkara ini beliau menyarankan agar Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengadakan dialog untuk menyelesaikan kemelut ini.

Tulisnya lagi, berkenaan sistem pilihan raya di negara ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengikut perlembagaan.

Maka jika didakwa berlaku ketidakpuasan hati dalam pilihan raya, SPR perlu bertanggungjawab untuk menjawabnya.

Tegasnya lagi demokrasi di negara ini tidak boleh subur sendirian
sebaliknya memerlukan pembangkang dan kerajaan sama-sama memahami dan
meraikannya./~selangorkuMuslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-85783694775735847222013-05-29T08:52:00.003+08:002013-05-29T08:52:32.201+08:00Terbaekk..Apabila PAS Sudah Tersasar..??

Sebagai
sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama (1951), PAS
mengharungi liku-liku perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang.
Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam
politik negara.

Tatkala DAP mendapat sokongan besar
rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS
mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada
PRU13, Pas sudah tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road
Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem
PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali
muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di
kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.

Kehilangan
Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas
semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan,
kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan
memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun
dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang
sangat pahit untuk ditelan.

Apapun yang kita perkatakan mengenai
penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus,
kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini,
BN adalah pemenangnya!

Setelah PR mengadakan road tour Blackout
505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu
lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?

Sementara menantikan petisyen
difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan
rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah
masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang,
Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.

Notis
mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha
Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan
koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau
pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih
baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi
melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria
dan track record lalu.

Menuding jari mencari kesalahan
dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan
pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yang berjuang
atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru...
itulah keyakinan atas kemanisan iman!

Kalah dalam pilihanraya bukan bererti
tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, sahabat dan
pejuang terdahulu yang jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi
berguna.

PAS telah melalui tempoh-tempoh pilihanraya yg panjang
dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk
meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita,
blogger-blogger pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat
kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.

Bagi saya
pimpinan tertinggi PR harus bertemu dalam masa terdekat untuk jernihkan
suasana. Bincang hala tuju parti dan buat rumusan serta tentukan
keutamaannya bagi hari-hari yang mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan
AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yang tidak
sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual
masing-masing. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat
diri dengan kenyataan yang penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.

Selaku
AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas
kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK
mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses
penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada
pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan
tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin
lain yang lebih berwibawa.

ANAK mesti diperkasa seperti NGO-NGO
lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan,
fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah
kita yang silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan
kita di tengah masyarakat.

Insya Allah, PAS akan terus berada di
persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk
kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yang menerajui parti khususnya
selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan
yang suci dan murni ini...

Daripada terus membicarakan polemik
ulama atau profesional, yang kadang kala perdebatannya jadi kasar dan
hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat
bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati
pandangan pihak lain.

Mudah-mudahan kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masa depan.

PAS FOR ALL

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-21575735635592768102013-05-29T08:51:00.001+08:002013-05-29T08:51:37.428+08:00[BERGAMBAR] Apa Yang Muslimat Yang Tutup Aurat Tak Boleh Lakukan?

Muslimat Kung-Fu TETAP tutup aurat.

Muslimat dan pelajar sekolah Umum Bad-Assery

Gambar-gambar berikut telah diambil dari esei foto dalam China Daily:
Mereka sangat mahir dan tangkas. Mengagumkan,
perkara ini bukan baru di rantau ini, warga India-Muslim di rantau
selatan biasanya melibatkan diri dalam pembelajaran pelbagai seni
mempertahankan diri.

Sekolah muslimat Islam dari Pengajian tinggi Maaz di India mengamalkan,
wushu-Cina seni mempertahankan diri di dalam kawasan sekolah di bandar
selatan India Hyderabad. Muslimat dari umur 10-16 mengambil bahagian
dalam sesi mingguan semasa sesi sekolah - (Agensi)

Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1361750168619859207.post-68124352655127457382013-05-28T14:59:00.002+08:002013-05-28T14:59:39.018+08:00Setelah cubaannya memperbodohkan rakyat Kantoi.. Ini dalih Timbalan Pengerusi SPR

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar
dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam
semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu
adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan
raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan
kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira
kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam
sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,"

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan
terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan
undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat
tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang
ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah
terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak
matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang
SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut
SOP SPR," katanya.

Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat
berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata
fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan
polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika
lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis,
tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet'
mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab,
kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita,
Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak
ada apa-apa," katanya.

Itu adalah kata-kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang
dilaporkan oleh Bernama Jumaat lalu.. kononnya kesimpulan itu dibuat
hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

Bagaimanapun setelah pembohongannya itu disangkal oleh ADUN Seri Serdang (baca di SINI ) dan Rafizi Ramli pula mendedahkan laporan Polis yang telah dibuat mengenai insiden Black-out di Kulim (lihat di SINI ).. Ini pula dalihnya...

Tanpa sebarang rasa bersalah kerana telah memfitnah penyokong Pakatan
Rakyat yang telah bertugas pada hari pengundian itu.. beliau berkata..

“Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya.
Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah
yang mungkin terjadi.

“Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk
kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan
bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian
‘lampu padam’ di Parlimen Kulim Bandar Baharu,
Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis
bagi menyiasat perkara itu.

“Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia
untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada
26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian
tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah
berdasarkan laporan 24 jam yang diterima selepas hari pengundian.

“Sebarang kenyataan saya sebelum ini adalah berlandaskan laporan selepas
hari pengundian berlaku, kita hubungi petugas kita, polis dan Tenaga
Nasional Berhad (TNB), dan tiada laporan (lampu padam) diterima.

“Kalau bukan pada sumber ini, kepada siapa kita mahu percaya. Jadi bila ada laporan polis kita minta polis siasat,” katanya ~ Sinar Harian..

Sudah-sudahlah jangan nak spin dan perbodohkan rakyat lagi.. macai UMNO bolehlah diperbodohkan sebab mereka memang bodoh...

Letak jawatan adalah cara paling baik..
Muslimeen-Unitedhttp://www.blogger.com/profile/06778123352855811069noreply@blogger.com