Ikuti Blog ini

Rosmah Jadi 'Kaduk Naik Junjung' Lagi..


Belum pernah dalam sejarah negara ini sejak merdeka, isteri perdana menteri mendapat publisiti meluas setaraf suaminya sendiri, hingga kadang-kadang melebihi batas sehingga ada kalanya menimbulkan rasa meluat yang teramat sangat.
Hatta, Siti Hasmah Mohd Ali yang menjadi isteri perdana menteri paling lama iaitu 22 tahun pun tidak pernah mendapat publisiti berlebihan daripada suaminya sendiri, Mahathir Mohamad!

Semasa membelek akaun laman sosial Twitter beberapa penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) malam tadi, saya terpandang sekeping gambar yang dirakam seorang pengikut BN semasa perdana menteri Najib Altantuya mengadakan lawatan sehari ke Terengganu beberapa minggu lalu.

Najib Altantuya yang merasmikan program bersama rakyat yang diadakan di kubu kuat PAS dalam DUN Batu Burok itu seperti biasa turut ditemani isterinya, Rosmah Mansor dan disertai menteri besar, Ahmad Said, isterinya Norliza Mahmud dan exco kerajaan negeri.

Apa yang menghairankan, nama Najib Altantuya hanya ditulis YAB Perdana Menteri sedangkan nama penuh Rosmah siap dengan gelaran kebesarannya sekali turut tertera di bawahnya.

Sepatutnya nama Najib Altantuya ditulis penuh dan nama Rosmah tidak perlu diletakkan kerana ia melibatkan majlis rasmi tetapi seperti biasa rejim Najib Altantuya telah menyalah gunakan kemudahan kerajaan (rakyat) untuk kepentingan parti Umno dan BN.

Sedangkan, semasa zaman pemerintahan mana-mana perdana menteri sebelumnya, nama isteri masing-masing tidak tercatat di papan rentang belakang (backdrop) sesuatu majlis kecuali perasmi majlis adalah isteri sendiri dan perdana menteri hanya mengiringi isterinya merasmikan sesuatu majlis.

Kurang pasti sama ada perkara ini disengajakan atau tidak, ataupun tujuan penganjur majlis hanya untuk mengampu Rosmah berlebihan atau memberi isyarat halus kepada Najib Altantuya bahawa Umno negeri bakal mensabotaj mana-mana pemimpin pilihan mereka yang tidak tersenarai dalam pilihanraya umum akan datang.

Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rosmah seringkali membayangi pergerakan suaminya sendiri demi mendapat publisiti dan glamor termasuk kununnya menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Hilir Perak, Jumaat lalu.

Yang pasti, jika Abdullah Badawi ditendang kerana melindungi menantunya Khairy Jamaluddin, satu lagi cerita hampir serupa bakal berlaku terhadap Najib Altantuya kerana dianggap lemah mengawal tindak tanduk isterinya sendiri! ~jalanpulang
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .