Ikuti Blog ini

JOM DENGAR LAGU Q-HAR



Dapatkan Album Amal Q-Har untuk mengisi tabung Blogger Pas Perak...Lawati politikbanjar.blogspot.com utk melanggan bermula MAC 2010 dengan harga RM19.90.

Album Amal (Artis - Q-Har) berkonsepkan KeTuhanan dan Kemanusiaan. Dahulu bersama Kumpulan SPINNERS sekitar tahun 1996 - 1997.

# Sedia menerima undangan/ jemputan untuk persembahan , hubungi Promoter Show: En Mohamad bin Kusman di talian : 0192355441 atau Q-Har - 0193888127

Sidang Dun Kelantan lulus usul royalti sebulat suara

KOTA BHARU, 1 Mac: Usul agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuklah tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi disokong sebulat suara termasuk oleh pihak pembangkang Dun Kelantan.

Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara.

Adun BN, Aziz Derasid (BN-Kuala Balah) antara yang bangkit dan berkata "sokong" ketika speaker minta ahli-ahli dewan lain memberi sokongan terhadap usul itu.

Speaker, Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kedua, bagi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Sebelum itu beliau menanyakan sokongan terhadap usul tersebut.

Ekoran itu kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepadal usul terbabit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN–Kuala Balah).

Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri iaitu Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN–Bukit Bunga), manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN–Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa Dun memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Abdullah berkata, sebanyak 13 negeri di negara ini telah menandatangani penyerahan hak pada 1975 dan 1976 kepada Petronas bagi membolehkan carigali minyak dijalankan tanpa mengambil kira jarak kedudukan lokasi minyak.

Oleh itu katanya, mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 sebagai balasan terhadap penyerahan kepunyaan dan hak-hak kuasa dan keistimewaan itu, Petronas hendaklah membuat bayaran tunai kepada negeri.

Cadangan tersebut disokong Datuk Omar Mohamad (PAS – Perupuk).

Ekoran sokongan padu itu Speaker menerima dan meluluskan cadangan tersebut dan kemudian dibuka kepada perbahasan.

Zulkifli Mamat (PAS–Pulai Chondong) ketika mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut berkata, biar pun beliau menyokong penuh usul tersebut namun cukup sedih apabila ada pihak gagal memahami perjanjian yang dibuat pada 1975.

“Saya cukup sedih apabila Peguam Negara, menteri-menteri dan timbalan menteri gagal untuk memahami perjanjian yang telah ditandatangani.

“Sedangkan semangat atau moral perjanjian itu Petronas perlu membayar wang tunai kepada negeri berdasar kepada petroleum yang dijumpai di negeri terbabit,” ujarnnya.

Menurutnya, suatu kezaliman telah berlaku di mana kerajaan pusat lebih mengutamakan politik apabila cuba menafikan hak yang sepatutnya diperolehi kerajaan Kelantan.

Kata beliau, amat mudah untuk memahami semangat perjanjian tersebut, di mana Pak Mat dan Pak Leh di kampung pun diyakini boleh faham.
Beliau berkata, tuntutan royalti sebenarnya tidak perlu dibawa ke mahkamah sekiranya kerajaan pusat menunaikan tanggungjawab mereka seperti terkandung dalam perjanjian.

Beliau juga mencadanngkan supaya kerajaan negeri mengkaji semula setiap perjanjian dengan mana-mana pihak dalam tempoh 10 tahun sekali.

Zulkifli juga berhujah sekiranya kuasa carigali diberi kepada syarikat asing Kelantan mampu menikmati royalti sehingga 25 peratus.

“Perkara itu pernah berlaku di mana Sarawak sebelum ada PDA telah menandatangani perjanjian dengan Shell, di mana syarikat tersebut memberi royalti antara 8 hingga 12 peratus kepada negeri berkenaan,” tambahnya

Harakahdaily

Program Tahun Baru Cina PR Bukit Gantang - Banyaknya SB


Rakyat mendengar ucapan DS Nizar ,antaranya beberapa orang SB.DS Nizar tetap dihati rakyat ,tidak kira tua dan muda.

Khemah ini juga terdapat SB yang selalu mengikuti DS Nizar .

DS Nizar berucap dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Adun Kuala Sapetang. Kelihatan beberapa SB berketurunan Cina dan Melayu mencatat."Catatan Buat Zambry".


Program DS Nizar di mana-mana terdapat SB.Pagi tadi di Padang Taman Kota Jaya banyaknya SB .

Dari gerai tepi jalan ,hinggalah kawasan sekitar.Terdapat yang merakam gambar,merakam suara,merakam video dan berborak sakan dengan rakyat.

Seorang itu kita kenal SB dari Bukit Aman .Kita kenal semasa PRU 12 lagi.Mereka yang lain, SB bangsa Cina ada dan SB India pun datang juga!

DS Nizar tetap berucap penuh bersemangat.DS Nizar tetap menyatakan UMNO parti perkauman.Bagi DS Nizar 52 tahun merdeka UMNO masih membincangkan satu fahaman perkauman,ketuanan Melayu sedangkan Malaysia terdiri rakyat pelbagai kaum.Tugas SB tetap mencatat dan mengambil gambar DS Nizar.Hendak kenal mereka,SB tidak ketawa dan diam sepanjang program.Jikalau kita ambil gambar SB,mereka orang tempatan tutup muka tetapi SB luar buat muka sardin sahaja!.

Tok Guru Nik Aziz ikon ulama – Amy Search

PETALING JAYA, 1 Mac: Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi.

Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda.

Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama.

Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam.

Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik.

“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya.

Wajah sebenar Fairus

SIDANG MEDIA

Pertamanya AMKPP ucapkan tahniah kepada UMNO yang berjaya mengutip dan memungut Fairus mantan TKM 1 P.Pinang untuk kembali ke lubuk asalnya iaitu UMNO.

AMKPP sedikitpun tidak terkejut malah sudah menduga dan menghidu lebih awal serta mengetahui wajah sebenar Fairus, sebab itu tahun lalu kita mendesak supaya Fairus digantikan.

Fairus dalam ucapannya semalam berkata bahawa beliau masuk umno atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia.

Hari ini AMKPP mendedahkan wajah sebenar Fairus. Beliau sebenarnya tidak layak langsung menggunakan alasan ‘demi kepentingan islam’ walhal sewaktu beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap Exco Agama, 7 kali beliau TIDAK PERNAH LANGSUNG menghadiri mesyuarat dengan JAKIM sehingga menimbulkan kemarahan Presiden PKR & pimpinan negeri termasuk Y.A.B Lim Guan Eng. Inikah yang dikatakan nak membela agama Islam?


Jika benar dengan penyertaan beliau ke dalam UMNO bagi mempertahankan isu ‘ALLAH’, bagaimana pula dengan kenyataan YB Datuk Seri Nazri Aziz penggunaan perkataan ‘ALLAH’ ini boleh digunakan di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang & Wilayah Persekutuan? Apakah perkara ini beliau tidak sedar?

Bagi AMKPP, penyertaan beliau ke dalam UMNO akan terus menjadi liability kepada parti itu yang semakin mereput dan ditolak rakyat.

Amizudin Ahmat

Ketua AMK Kepala batas

Exco Angkatan Muda Malaysia

Royalti Minyak Kelantan: 2 ADUN BN Sertai Taklimat Khas

Majlis Taklimat Tuntutan Royalti Petroleum ADUN-ADUN dan juga Ahli Parlimen Negeri Kelantan di Bilik Gerakan Negeri yang telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan petang tadi berjalan dengan lancar.

Kehadiran 2 orang ADUN UMNO/Barisan Nasional iaitu ADUN Nenggiri, YB Mat Yusoff bin Abd Ghani dan juga ADUN Paloh, Datuk Norzula Mat Diah turut dipuji ADUN-ADUN, Ahli Parlimen-Ahli Parlimen dan tetamu Kerajaan Negeri Kelantan yang hadir kerana berani memenuhi jemputan dan juga berani tampil bagi mendapatkan maklumat dari ke 2-2 belah pihak dalam isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Majlis Taklimat dimulakan lebih kurang jam 2:40 petang. antara yang memberikan Taklimat kepada semua yang hadir ialah YB Tan Sri Abd. Aziz bin Abd. Rahman (Antara yang terlibat dalam menggubal Akta PDA), YB Tuan Nik Saghir bin Nik Ismail (Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas), YB Tuan Tommy Thomas (Peguam) dan YB Dato' Haji Husam Musa (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan)

Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, YB Tuan Nik Syaghir Nik Mohd Nor (gambar bawah) dalam taklimatnya melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas Royalti Minyak.
Beliau menganggap pemimpin-pemimpin terbabit telah mentafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Akta tersebut telah menyebut dengan jelas perkataan On-Shore iaitu daratan sehingga 3 batu nautika (diukur pada paras surut air laut) dan Off-Shore (perairan negeri/laut lepas).

"Saya merasa amat hairan mengapa mereka-mereka ini termasuk yang bergelar Professor di Universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut. saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat, sedangkan pada tahun 1975, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir telah menandatangani 1 perjanjian memberi hak kepada Petronas untuk kerja-kerja carigali minyak di kawasan On-shore dan juga Off-Shore", katanya dalam taklimatnya.

Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar berkenaan dengan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan adalah semata-mata untuk menegakkan kebenaran setelah ada pihak yang bertindak mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu, sebelum PDA digubal dan ditandatangani, Kerajaan Sabah dan Sarawak sudah pun menandatangani perjanjian dengan Shell.

Ketika itu, Shell dikehendaki membayar Royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 8 hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi carigali dengan pantai.

"Mengambil kira perkara tersebut, saya yang pada ketika itu dipertanggungjawab untuk merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan bahawa Petronas perlu membayar 10% Royalti dari setiap hasil carigali yang diperolehi dimana-mana negeri dan ianya perlu dibahagi 2 dari 10% tersebut, 5% kepada pusat dan 5% lagi kepada negeri.

"Saya masih ingat lagi kata-kata Tun Razak apabila saya mengajukan soalan - "adakah apa-apa perbezaan dalam perjanjian antara negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang mahu digubal dan ditandatangani?

Kata Tun Razak - "Kita tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA, tidak ada perbezaan antara mana-mana negeri. kesemua negeri mempunyai hak yang sama".

Itu kata Tun Razak berkenaan dengan keistimewaan di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan sejak dari awal lagi seperti digambarkan pihak tertentu", ujarnya.
Bekas Peguam Kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (gambar atas) pula menegaskan bahawa pembayaran Royalti kepada Negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diwar-warkan pemimpin yang mewakili Kerajaan Pusat sekarang.

Pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan kepada istilah On-shore (daratan) dan Off-Shore (perairan) serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.

"Kalau ada pendapat menyebut Royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah. Kerajaan pusat, Negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5% tidak kira dilokasi mana carigali dilakukan.

Tidak benar sama sekali ada perbezaan Royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri di Semenanjung dalam soal ini", ujarnya.

Peguam Kerajaan Negeri Kelantan, Thomas pula menjelaskan biar pun isu Royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan dan tidak timbul isu "subjudice".

Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan kerana sistem kehakiman di Malaysia tidak mengamalkan sistem "Juri", apabila mahkamah tidak mengamalkan sistem "juri", maka tidak akan timbul isu "subjudis".

"Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar, begitu juga dengan isu perbicaraan kes DSAI, semua pihak bebas bercakap dan melaporkan didalam mana-mana media, mana ada subjudice?" ujarnya.
Sementara itu EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa pula berkata, Kelantan akan menggunakan rundingan bagi menuntut Royalti manakala mahkamah merupakan jalan terakhir sekiranya semua rundingan tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun, kita akan mendapatkan pandangan semua ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen-Ahli Parlimen Negeri Kelantan dahulu sebelum kita membuat apa-apa keputusan dan tindakan.

"Ini urusan besar, Negeri ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebenarnya kuasa memberi hak kepada Petronas adalah DUN dan bukannya kuasa Kerajaan Negeri.

Mengikut Perlembagaan Negara, kuasa ini adalah kuasa DUN sama ada mahu menerima pakai Akta Petroleum atau yang lain-lain. Oleh kerana itu, sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) memutuskan sesuatu perkara, ianya akan menjadi lebih kuat".

Semua wakil-wakil rakyat, Anggota Parlimen, Penyelia Dun dan Parlimen termasuk 2 ADUN UMNO/BN telah mengikuti taklimat khas petang tadi.
ADUN Paloh, YB Dato' Norzula duduk bersebelahan dengan YB Haji Abdul Fatah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan)
ADUN Nenggiri mengajukan soalan kepada Peguam Tommy Thomas berkenaan dengan Akta Darurat 1969

Sumber - :: Selamat Datang @husammusa.com

Setpol MB Terengganu Ahmad Said Buat Hal Lagi

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/madnizam.JPG- Cekik orang dan tunjuk pistol


Chukai, KEMAMAN – Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (Mad Nizam) yang juga bekas ADUN Air Putih dilaporkan buat hal lagi.

Sikap ‘pongoh’ dan ‘gelojoh’ Mad Nizam kini menjadi ‘topik panas’ perbualan dikedai-kedai kopi dan warung sekitar bandar ini.

Peristiwa Mad Nizam menunjukkan pistolnya kepada seorang siswa sebuah IPTA disebuah kedai kopi tersebar luas.

Menurut Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, siswa IPTA tersebut sedang menjalani latihan amali sebagai pelayan di kedai berkenaan.

Katanya, malang menimpa siswa tersebut, apabila sudu yang dibawa terjatuh ketika beliau menghantar minuman kepada Mad Nizam.

”Mad Nizam dikatakan berang dan memarahi siswa itu dan berlaku pertengkaran diantara mereka,

”beliau tidak dapat menahan kemarahannya, lalu bangun mencekik leher siswa itu,”kata Haji Hanafiah ketika dihubungi.

Kerana mahu menjadi ‘cerita besar’ katanya, siswa tersebut telah pulang ke rumahnya yang terletak berdekatan dengan kedai kopi tersebut.

Beberapa ketika kemudian, siswa tersebut kembali semula ke kedai berkenaan dengan sebilah ‘golok’ dan berdepan dengan Mad Nizam.

”Ketika itulah, Mad Nizam terlupa bahawa beliau adalah ahli politik bahkan orang yang paling rapat dengan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said,

”beliau menunjukkan pistolnya bagi menakutkan siswa yang sedang mencabarnya,”terang Haji Hanafiah.

Selepas itu, Hanafiah berkata, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis, namun mereka telah menarik balik laporan masing-masing.

Sebelum ini, pada 3 Februari lalu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menyifatkan Ahmad Nizam bertindak kurang sopan dan memalukan rakyat negeri Terengganu.

Ketika mahu menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar, Mad Nizam telah menyindir serta memperlekehkan seorang anggota rombongan ANAK, Ismail Harun (Yang DiPertua PAS Kemaman) dikhalayak ramai.

“Malangnya bagi rakyat Terengganu kerana mempunyai seorang pegawai seperti Ahmad Nizam ‘menghodoh dan mengherdik’ dengan suara agak tinggi dan ‘keras’ kepada ahli rombongan ANAK,”kata Mazlan.

Mad Nizam dipetik sebagai berkata, “Apalah Abang Weil (Ismail Harun) ini, hal (Peneroka Felda) ini pun hendak main politik. Sekarang baru hendak tolong rakyat…kenapa dulu tidak tolong.? Memorandum apa…dok payah serah kepada MB, serah kepada saya sudahlah”.

Suasana Tamrin Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor 2010.

Alhamdulillah Jabatan Amal Negeri Selangor telah selamat mengadakan Tamrin selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Belia Kem Bukit Lagong Selangor pada 26/2 hingga 28/2/2010.

Jabatan Amal adalah satu Jabatan sukarelawan yang menjadi badan penting di dalam memasyarakatkan PAS. Ia juga dikenali dengan jolokan "tentera merah" di atas khidmat-khidmat sukarelawan yang diberikan oleh anggota-anggotanya yang penuh ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran di atas gerakerja yang diberikan seiring dengan slogannya 'Beramal Kerana ALLAH".

Menjelang sedekat usianya pada tanggal 16 Februari 2009, Jabatan Amal Selangor mengorak langkah untuk mengadakan tamrinnya bagi membuat check and balance untuk memantapkan lagi anggota-anggotanya.

Pendaftaran para peserta Tamrin Jabatan Amal pada petang 26/2/2010


Makan Malam

Solat Maghrib

Tazkirah Maghrib disampaikan oleh Ust. Mohd Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda Pulau Pinang)


Ust. Nasaruddin Mat Isa (Timb. Presiden PAS) merasmikan Tamrin Jab. Amal Selangor





Ceramah & Amanat oleh Ust. Salehuddin Mohd Nasir (YDP PAS Gombak)
bertajuk Amanat & Pesanan Buat Amal.


Senaman pagi 27/2/2010


Kertas Kerja bertajuk Pengenalan, Halatuju & Cabaran disampaikan oleh Tuan Johari Osman (Pengarah Jabatan Amal Malaysia)


Hj. Jamuliddin Elias (Timb. Presiden Yayasan Amal)

Ust. Abu Bakar Chik (AJK PAS Pusat) juga menyampaikan amanat.


Hj. Hussin Ismail (Presiden Yayasan Amal Malaysia) jaga membentangkan kertas kerja bertajuk Memantapkan Halatuju dan Memasyarakatkan Amal.

Kuliah subuh oleh Ust. Lutfi Ariffin (Pemuda Pnggerak Masa Depan)


Flying Fox & Rock Climbing.




Kuliah Dhuha oleh Ust. Azman Shapawi (TK DPP)




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .