Ikuti Blog ini

Kelantan paling selamat, Khalid MB terbaik - Guan Eng


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, negeri Pakatan yang paling selamat adalah Kelantan diikuti oleh Selangor dan selepas itu baru Pulau Pinang.

Ini kerana Kelantan sudah 22 tahun berada di bawah pentadbiran PAS, kata Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider.

Selepas ketiga-tiga negeri itu, beliau meramalkan Kedah kerana negeri itu dilanda krisis baru-baru ini.

Bagi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor adalah menteri besar yang terbaik.

"(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya.

“Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng.

Beliau berkata demikian bagi menolak andaian sesetengah pihak bahawa Pulau Pinang yang beliau pimpin adalah deposit selamat untuk Pakatan Rakyat.

Anggota Parlimen Bagan itu diserang hebat oleh ahli politik dan blog BN apabila dia dikatakan berkata Barisan Nasional boleh memakan 'telur' di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak kata mereka akan makan 'telur'. Saya kata, jika kita kerja kuat dan kita dapat 90 peratus undi bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu, barulah mereka 'makan telur'. Tetapi itu agak sukar," kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata, wartawan telah melaporkan kenyataannya itu di luar konteks kerana dia juga berkata kepada penyokongnya dalam majlis kutipan dana itu, "jangan ambil mudah yang kita akan menang kerana tiada jaminan dalam politik."

"Saya bagi senario terbaik dan senario paling buruk.  Untuk senario paling buruk kita akan kalah, untuk senario terbaik, kita akan menang semua.

"Tetapi adakah anda fikir kita akan dapat yang terbaik atau terburuk. Saya rasa tidak. Kita akan dapat yang pertengahan antara kedua-duanya tetapi kerja kena buat untuk mencapai yang terbaik," jelasnya.

Banyak pihak memuji pencapaian Pulau Pinang tetapi bagi Guan Eng, Selangor juga membuat pencapaian yang baik.

Beliau juga menolak dakwaan Umno kononnya rakyat Kelantan sudah bosan dengan kekurangan pembangunan di Kelantan di bawah PAS.

"Mereka lebih letih dengan rasuah," katanya dengan memberikan contoh kes ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang menyalahgunakan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk kepentingan keluarganya. -Hrkh

Pakatan dedah bagaimana daftar pemilih 'dimanipulasi'

NONEKetua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.

"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/563950_10150619519851510_153563841509_9524191_322103294_n.jpg


Sombong Dan Angkuh; 3.7 juta Rakyat Malaysia Telah Tolak Umno

KEMAMAN – Ahli-ahli dan penyokong Umno d negeri Terengganu dan seluruh negara, tidak perlu bimbang dan takut untuk menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang  kerana seramai 3.7 juta rakyat Malaysia telah menolak parti Umno dan BN.

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan Pahang, Dato’ Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut adalah termasuk lebih 1 juta ahli Umno sendiri, berdasarkan statistik pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

Katanya, rakyat menolak Umno dan BN kerana keangkuhan pemimpin parti tersebut yang disifatkannya, kini tidak lagi memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan Negara.

“saya nak beritahu tuan, perjuangan Umno dulu memang betul Alif, Ba, Ta….. perjuangan agama, bangsa dan tanah air, tetapi hari ini terutama selepas Dr Mahathir mengambil alih dan mencipta satu parti baru, Umno baru, perjuangan sudah menyimpang jauh,

“sekarang Umno tidak memperjuangkan apa-apa perjuangan, nak mewakili orang Melayu pun tidak boleh (kerana) dalam tahun 2008 semasa pilihanraya jumlah orang Melayu keluar mengundi adalah ialah 5.7 juta, calon-calon umno hanya mendapat 2 juta (undi),

“bermakna 3.7 juta orang Melayu  menolak Umno (kerana) menyampah dengan tabiat pemimpin, menyampah dengan kesombongan mereka,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis ceramah isu-isu semasa di Kampung Semayor, Kemasik, dekat sini, pada Selasa 20 Mac.

Turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak yang juga wakil rakyat DUN Bukit Tunggal Kuala Nerus serta Ustaz Alias Abdul hamid, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Kemasik.

Dato’ Ariff atau dikenali melalui penulisan yang bersandarkan fakta yang tepat dan jitu dalam blognya ‘Sakmongkol AK47’ menjadi Ketua Penerangan Pekan, Bahagian Umno yang diterajui Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak,  pada tahun 2000 hingga 2004.

Beliau juga dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis  Pahang, pada pilihanraya ke-11 tahun 2004.

Beliau secara rasminya keluar Umno dan menyertai DAP pada 8 Januari lalu, bersama seorang lagi tokoh veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias. -BO




Najib diminta nyatakan bila ISA mahu dimansuh


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan.


Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Md Ramli pada persidangan Dewan Rakyat, yang  bermula jam 10.00 pagi ini.

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJKT bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun.

Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan mahu memperkasakan semangat dan falsafah 'Global Movement of Moderates' di negara kita sendiri yang sedang menyaksikan pertentangan kaum dan ketajaman perselisihan agama yang semakin meruncing dan kritikal mutakhir ini dengan pihak tertentu dan badan NGO tertentu berasa di kedudukan diserang, di bawah pengaruh pemikiran 'siege mentality'.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha terkini yang dijalankan untuk menarik kunjungan pelancong dari negara jiran Thailand.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kerugian yang dialami akibat hakisan pantai sepanjang 2011 dan apakah langkahlangkah pencegahan dalam menghadapi masalah fenomena ini pada masa depan.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia menyokong hak Iran untuk mempunyai teknologi nuklear.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA bercadang menyemak dan mengkaji semula Kos Tanam Semula di bawah Technoplant yang begitu tinggi pada waktu ini.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap surat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2007 yang menyatakan terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Tajudin Ramli, Wan Aisyah Wan Hamid dan Ralph Gotz berikutan kerugian MAS yang berjumlah berbillion ringgit.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah MAIWP memberhentikan pemberian RM5000 kepada pelajar lulusan Darul Quran sejak 2009 walaupun sebelum ini MAIWP berjanji pelajar yang lulus dari Darul Quran akan menerima RM5000 semasa graduasi sebagaimana sebelum 2009.


Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Koperasi Permodalan Felda tidak dibenarkan memegang secara langsung saham miliknya di dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) selepas FGVH disenaraikan. -Hrkh

Logo "1Malaysia" Ganti "Alif" Dalam Perkataan "ALLAH". Apa Kata JAKIM & Mufti?

Terlalu Taksub atau dah Gila nih? Huruf ‘alif’ pada satu asma’ Allah digantikan dengan logo 1Malaysia..

Aku kurang pasti samada yang melukis didinding dalam Surau Al-Badar, bersebelahan dengan pondok PEKIDA kawasan Lembah Pantai ini terlalu taksub atau sudah gila.

Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk.

Huruf ‘alif’ pada satu asma’ Allah digantikan dengan logo 1Malaysia, yang diakui oleh Najib sebagai idea beliau padahal ianya diciplak dari 1Israel.


Nak dikatakan kerja budak-budak nakal tak mungkin kerana ianya dilukis dengan teliti di dalam sebuah surau.

Pasti ianya memakan masa untuk dilukis, jadi mana sempat budak-budak nakal nak melukis sebegitu cantik..

Yang hairannya tidak ada pihak yang menegur kerja gila itu..

Nak jatuhkan hukum.. aku pun kurang ariff.. jadi korang klik pada imej di bawah dan lihat apa hukumnya menggantikan Huruf ‘alif’ pada satu asma’ Allah digantikan dengan logo 1Malaysia..

Yang ni aku ambil dari AmenoWorld



Aku yakin puak-puak yang melukis tu, kalau kita kutuk Najib didepan mereka gerenti kena belasah punyalah..

Nak bodekpun agak-agak lah sedara... -ASD

Bodek Najib, Rafidah idamkan jawatan ketua wanita semula?

Bodek Najib, Rafidah idamkan jawatan ketua wanita semula?
Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan yang bergelumang rasuah berkata adalah sesuatu yang benar dan betul bila beliau menyeru rakyat memilih kerajaan yang mempunyai rekod yang terbukti.Tapi yang sedihnya, beliau memerangkap dirinya dan ketidakyakinan nya bila beliau menggunakan contoh yang salah untuk menerangkan maksud kata-katanya.

“PM (Najib) boleh mentadbir, dan telah membuktikan kebolehan nya,” beliau dilapurkan berkata demikian kepada media kerajaan..

Jika ada seseorang yang boleh membuktikan dirinya ialah pemimpin yang tidak peka dan tanpa sebarang idea bagaimana hendak mentadbir negara,pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah PM Najib Razak.

Membodek


Bukan satu yang memeranjatkan bila dengan segera Rafidah menjadi sasaran kritikan beliau cuba membodek Najib. Sokongan nya mengimbas kembali kenangan tentang rekod buruk beliau sendiri, bagaimana kukuhnya akar rasuah yang membuatkan Badawai mengambil masa bertahun tahun sebelum berjaya mengenepikan beliau.

Sekarang beliau cuba menumpang tuah Najib-mungkinn risaukan nasib kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dipegangnya.Adakah Najib akan memberi ruang kepada beliau yang berusia hampir 70 tahun untuk mempertahankan kubu kuatnya di KK atau menjadi ketua Wanita sekali lagi? Hakikatnya Rafidah ialah ‘lanun’ Umno sebenar-terma yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merujuk pemimpin parti yang oportunis yang sentiasa dalam mengikis antara satu sama lain.

Apapun yang beliau katakan, Rafidah sendiri digugurkan dari kabinet oleh mantan Perdana Menteri Abdulah Badawi kerana desakan rakyat berkenaan cara beliau memilih menantu lelakinya untuk mendapat permit impot kenderaan motor dan juga berkenaan beberapa saham di firma tertentu.

Serahkan ke tangan yang salah


Mari kita kaji apa yang Najib buat setakat ini bagi mengiyakan komen yang dibuat oleh beliau? Adakah Rafidah hanya beri komen sewenangnya tanpa berfikri dan mengambil kira semua fakta? Adakah beliau telah menjadi terlalu naif atau tidak berpijak di bumi nyata?

Sesuatu yang perlu kita pertimbangkan kerana bila seseorang pemimpin sewenangnya berpandangan sedemikian, ini menunjukkan pemimpin tersebut tiada hak atau keupayaan untuk dipilih atau dilantik ke jawatan tinggi/penting. Beliau mungkin hanya akan jadi pak turut ,dan sudah tentu tidak berguna kepada rakyat Malaysia.

Terbukti Najib sudah berkali kali membuat helah dan putar belit. Terbaru ialah isu-isu penting termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Bill Perhimpunan Aman, skim saraan baru kakitangan kerajaan dan pertukaran saham MAS-AirAsia, juga kegagalan Skim Rumah Pertama.

Tahap ekonomi tiada peningkatan dan situasi sangat buruk sehingga Najib tiada ilham bila kan beliau patut mengumumkan pilihanraya umum kke 13 walaupun hanya tinggal 1 tahun sebelum tempoh penggal pemerintahan kerajaan BN tamat.

“Jangan serahkan negara ke tangan yang salah kerana anda akan susah,” kata Rafidah, sambil menambah bahawa jawatan PM tidak seharusnya diberikan kepada seseorang yang”hanya ingin menjadi PM,”.

Mulut yang celupar


Rafidah sendiri ialah tangan yang ‘salah’, sebagaimana yang beliau sendiri gembar gemburkan. Dan Najib sendiri sanggup bersusah payah untuk menjadi PM.Sehingga hari ni, kata-kata jelas isteri Rzak Baginda ketika kes bunuh Altantuya menjadi peringatan tentang usaha Najib dan isterinya Rosmah sanggup lakukan bagi menjamin jawatan PM. “Bukan suami saya yang ingin jadi Perdana Menteri,” kata isteri Razak.

Jelas,Najib ialah tangan yang ‘salah’ Begitu juga kuasa besar UMNO seperti Mahathir Mohamad,Abdullah Badawi,Isa Samad ,Shahrizat Jalil.Semua pemilik tangan yang salah ini ada dalam kapal lanun UMNO.

Tidakkah Rafidah baca apa komen terbaru Shahrizat.”Beritahu saya siapa dalam UMNO yang tiada masalah..?” apabila beliau ditanya tentang peranannya dalam kes salahguna RM250juta NFC. Sepatutnya Rafidah menutup mulutnya dan [ulangkan semuala semua harta kekayaan yang di ambil secara salah dan tidak bermoral dari orangramai.

Bahan jenaka


Beliau bukan hanya menjadi bahan jenaka , malahan beliau juga menunjukkan kejahilan dalam arena antarabangsa –satu yang memeranjatkan bagi seorang yang luas pemandangan seperti beliau.” Kita perlu sebuah pentadbiran yang terbukti boleh berurusan dengan isu serantau,dalam negeri dan global,” tambah Rafidah lagi.

Sudah la Rafidah.Takkan lah kamu tidak baca akhbar atau menonton BBC,yang dipaksa memohon maaf kepada penonton global mereka kerana usaha memalukan Najib menonjolkan publisiti media yang baik untuk dirinya. Kita kena akui Najib gagal membentuk imej baik bagi dirinya walaupun setelaah berbelanja jutaan duit rakyat untuk perunding dari UK,FBC Media.

Sehingga kan Ratu England sendiri mempersendakan Najib bila Queen memakai pakain warna kuning ketika Najib melawat nya, beberapa hari selepas arahan membenteras penunjuk perasaan dalam Bersih 2.0 yang menganjur untuk pilihanraya adil dan bebas.

Terlalu dangkal fikiran nya sehingga melarang pemakaian warna kuning di Malaysia untuk menakutkan rakyat dari menyokong pilihanraya adil dan bebas.Bagaimana ini boleh membuktikan Najib ialah pemimpin yang baik? Bagaiman nak buktikan Rafidah tidak berbohong bila beliau memuji Najib? Bagaimana nak buktikan beliau tiada motif disebalik komen bodeknya ini?

Ucap selamat dan selamat tinggal untuk Rafidah!


Masih samar bila Rafidah berani berkata –“Malaysia ialah destinasi pilihan untuk berbagai operasi dan perniagaan terkini,jadi jika keadaan berubah-maka selamat lahkepada kamu!”

Haha! Beliau tidak membaca komen sahabatnya Ng Yen Yen,menteri pelanconagn dalam akhbar bahawa sebab orang luar tidak berminat menjadikan Malaysia rumah kedua mereka ialah kerana mereka tidak melihat Malaysia sebagai aman atau stabil.Ini berlaku selepas 5 dekad pemeritahan berterusan UMNO-BN.

Pada masa sekarang pelaburan terus secara langsung di Malaysia kebanyakan nya ke negeri2 Pakatan Rakyat, dan ini bukti pemerintahan yang baik. Jika Rafidah, berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya. Tidak cukup professional untuk mengetahui hal tersebut ,dan memilih untuk berbohong kepada rakyat,maka beliau tidak sepatutnya diberi peluang kedua oleh rakyat.

Rasuah dalam apa bentuk telah berakar dalam jiwanya, dan beliau akan jadi ancaman sebaik saja beliau berkuasa semula. Lebih baik beliau ditempatkan di muzium dan baik untuk Umno membina muzium berhampiran padang dimana Tunku Abd Rahman mengisytiharkan kemerdekaan. Dan lain-lain pemimpin UMNO yang patut menyertai beliau termasuklah Mahathir,daim,Shahrizat,Najib dan lain-lain lagi.

UMNO –BN, dengan semua skandal dan salah urus termasuk lebih RM1 trillion yang mengalir keluar negara secara haram, peningkatan hutang negara RM450 billion,tidak layak untuk menjadi sebuah kerajaan.

Malaysia Chronicle
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .