Ikuti Blog ini

Apa Cerite Tok Mufti Perak takkan diam je...kami nak tau juga


Salam Tok Muftiku tolong bercakap sikit jangan jadi bisu mengenai cadangan judi oleh menteri umno yang beragama islam ini, iaitu satu cadangan untuk mengeluarkan lesen perjudian semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Alasan kerajaan UMNO jika tidak mengeluarkan lesen judi kepada pihak yang memohon, maka aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Mintak Tok Mufti bagi sikit Fatwa dan Tazkirah pada kami rakyat yang dahaga ilmu dari Tok mufti jangan jadi orang bisu , tegur dan nasihatkan lah menteri ini walaupun pahit untuk ditelan..jangan nampak kuman diseberang sedangkan gajah depan mata Tok Mufti tak berani tegur,

Sebab muktakhir ini bila puak pembangkang diprovok oleh media gila kerajaan tentang isu berkait dengan agama dengan sepantas kilat Tok Mufti memberi pandangan dan teguran walau pun tak tau hujung pangkal ceritanya...tolonglah beri penjelasan kepada kami apakah hukum dalam isu ini, kerana rakyat nak dengar ulasan dari sohibusamaha tuan mufti..adakah
Halal , Haram atau HARUSS ......


Inilah budaya kerajaan Umno tak kira haram atau halal alasannya mereka negara ini masyarakat majmuk ramai orang bukan islam kita kena toleransi...cis...


Tag line baru kerajaan Malaysia
"menghalalkan yang haram, demi keuntungan".
JANJI MASYUK



awang adek pencetus idea lesen judi FIFA 2010






yang ini semua tau halal kerana ada lesen ...judi yang Haram ialah yang bawah pokok kerana tiada lesen


sumber cerita

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia



Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek memohon agar lesen judi HALAL dikeluarkan oleh kerajaan agar rakyat jelata boleh berjudi secara sah kerana khuatir rakyat jelata akan berjudi secara haram sekiranya lesen tak diberi. Lepas ini, mungkin lesen pelacuran halal juga akan dikeluarkan untuk mengelak rakyat berzina secara haram.

PRK Sibu : Pelancaran Pusat Operasi Rajang Park




Launching of DAP Rejang Park Operation Center

Himpunan Perdana Palestine : Lifeline4Gaza

Pada hari Sabtu 8hb Mei 2010 bertempat diStadium Malawati, Shah Alam Selangor akan diadakan Himpunan Perdana Palestine ; Life Line For Gaza yang berthemakan "BERSATU UNTUK PALESTINE".
Pihak penganjur mensasarkan "Semua Rakyat Malaysia" tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan Parti politik "Bersatu Untuk Palestine"

Diantara objektif penganjuran Himpunan ini adalah :-
  1. Memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Konvoi Menerobos Tembok Kematian di Gaza
  2. Menggabungkan NGO-NGO yang prihatin dengan Palestin
  3. Menjadi Majlis Kemuncak Projek Pengumpulan Dana untuk Konvoi Life Line 4 Gaza
Autrcara Majlis
  • 0900 Uji Suara Artis & Pendaftaran Urusetia
  • 1100 Rehearsal JK Program
  • 1500 Jualan Gerai Bermula
  • 1700 Konsert ShouHar & Grup Nasyid
  • 1830 Konsert Tamat & Persediaan untuk Perhimpunan
  • 1930 Solah Maghrib Berjamaah & Doa
  • 1945 Peserta & VIP Mengambil Tempat
  • 2000 Pembukaan Alu-Aluan oleh MC & Alu-Aluan bagi Pihak Penganjur – al Fatihah
  • 2010 Muadz & Hafiz – Nasy
  • 2017 Ucapan Perasmian
  • 2030 Tayangan Multimedia – “KONVOI III & IV
  • 2040 Pidato Konvoi – HALUAN Palestin
  • 2050 Raihan – Nasyid
  • 2100 Raihan – Nasyid
  • 2110 Pidato Wakil NGO – Dr Hafidzi Md Noor (JIM)
  • 2120 Muadz – “Stand up”
  • 2130 Pidato Wakil NGO
  • 2140 Multimedia Presentation
  • 2150 Fund Raising
  • 2200 Pidato Wakil NGO –
  • 2210 ShouHar – Nasyid
  • 2245 Simbolik Penyerahan Sumbangan KONVOI GAZA & Pelancaran Sumbangan RM10/sebulan untuk Palestin
  • 2255 Resolusi –“Palestin Sentiasa Bersama kita” – HALUANSISWA
  • 2310 Nasyid Beramai-ramai – “Gelombang Keadilan
  • 2320 Doa – Imam Besar

Manohara Gembira Fakhry Ditahan, Anggap Suami Penjahat


Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong ,Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin di kampung Kota , Kota Bharu pada April tahun lalu.

MODEL cantik Indonesia Manohara Odelia Pinot mengaku senang hati apabila mendengar berita penangkapan suaminya, Tengku Fakhry pada Selasa lalu. Meski penangkapan itu tidak berkaitan dengan kes penganiayaan terhadap dirinya, wanita yang mesra disapa Mano itu gembira kerana akhirnya Fakhry dihadapkan kepada polis.

Fakhry ditahan polis kerana terlibat dalam cubaan membunuh. Lantas Mano menggelarkan suaminya sebagai penjahat.

"Mano kata dia (Fakhry) penjahat. Dia mengaku sangat gembira kerana akhirnya suaminya berjaya ditangkap," kata Farhat Abbas ketika berbincang dengan detikhot semalam.

Tambah Farhat, penangkapan Fakhry membuktikan Tengku Temenggong Kelantanitu memang salah dan harus diadili. Dia juga menyentuh tentang pemerintah Indonesia yang ragu-ragu meneruskan kes Manohara.

"Pekara ini sekaligus membuktikan baginda yang selama ini dikatakan baik, ternyata adalah penjahat. Ini juga sebagai petunjuk kepada kes sebelum ini," jelas Farhat.

Mano juga berharap pihak polis tempatan akan menyiasat Fakhry atas kes penganiayaan terhadap dirinya.

Tengku Fakhry ditangkap oleh sekelompok orang bertopeng dan polis pada Selasa lalu. Penangkapan itu didakwa kerana Fakhry terlibat dalam komplot pembunuhan abangnya, Tengku Muhammad Faris Petra.

Namun suami Manohara itu tidak dipenjarakan dan telah dibebaskan pada malam itu. Namun polis telah menyita senjata api yang dibawa Pangeran Kerajaan Kelantan, Malaysia itu.

Sementara itu, perbicaraan kes cerai Fakhry dan Mano belum selesai sehingga ke saat ini kerana Fakhry enggan menceraikan Mano.

sumber: mstaronline

Apa Pasal Polis Itu Pegang Gergaji Yang Jadi Bahan Bukti Tanpa Sarung Tangan?

Polis tahan 2 lagi remaja kes samun kafe siber

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi remaja yang terbabit dalam kejadian cubaan samun sebuah pusat internet 24 jam di Jalan Genting Klang di sini oleh lapan remaja awal pagi semalam, menjadikan semuanya tiga remaja ditahan berhubung kes itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mat, berkata kedua-dua mereka yang berumur 17 tahun itu ditahan petang dan awal pagi ini selepas mereka menyerah diri kepada polis.

Beliau berkata, remaja pertama menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam selepas tamat waktu persekolahannya.

"Remaja kedua pula ditahan di rumah keluarganya di Keramat kira-kira pukul 1 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan sempena Hari Polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati remaja pertama bertindak sebagai penyamun dan penunggang motosikal dalam kejadian semalam manakala suspek kedua adalah pemandu kereta yang berada di luar premis berkenaan, dan kedua-dua suspek tidak mempunyai lesen memandu.

Abu Samah berkata, polis percaya kumpulan ini terbabit dalam beberapa kes di sekitar Lembah Klang dengan modus operandi mereka adalah dengan menyamun pusat internet di awal pagi.

Dalam kejadian awal pagi semalam, tujuh lelaki bersenjatakan pedang, gergaji dan pisau menyerbu pusat internet itu dan mengugut pengunjungnya supaya menyerahkan wang manakala seorang lagi rakan mereka menunggu di dalam sebuah kereta di luar premis berkenaan.

Seorang daripada tujuh suspek itu ditembak di bahagian kaki selepas cuba menyerang anggota polis dengan melibaskan gergaji.

Abu Samah berkata, suspek yang sedang menerima rawatan di HKL itu berada dalam keadaan stabil dan polis sudah mendapatkan perintah reman untuk menahannya sehingga 11 Mei ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang penyelia wanita sebuah stesen minyak di Wangsa Melawati, dekat sini menemui sepucuk pistol semi automatik yang dipercayai diletakkan di dalam tandas wanita stesen terbabit tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian itu pekerja wanita berkenaan menemui satu bungkusan plastik semasa membersihkan tandas Isnin lalu dan beliau menyerahkan bungkusan itu kepada penyelianya.

"Kira-kira 9 pagi ini penyelia itu membuka bungkusan plastik berkenaan dan terkejut mendapati ada sepucuk pistol di dalamnya. Polis yang tiba selepas dimaklumkan mengenainya mendapati ia pistol semi-automatik 9mm jenis Sigsauer yang dilaporkan hilang di Ampang oleh sebuah sebuah syarikat keselamatan pada 30 April lalu," katanya. - Bernama

Jadi, apa yang tak kena?

Perhatikan gambar yang GB lampirkan betul-betul.

Jika gergaji itu digunakan suspek untuk menakut-nakutkan atau menyerang polis sehingga dikatakan polis melepaskan tembakan ke arah mangsa demi untuk menyelamatkan diri, kenapa pula Ketua Polis Sentul itu, ACP Zakaria namanya, memegang gergaji itu tanpa beralaskan apa-apa, malah tidak lansung memakai sarung tangan?

Bukankah gergaji itu bahan bukti dan bukankah cap jari di gergaji itu penting untuk menyatakan bahawa mangsa melakukan serangan menggunakan gergaji itu jika sekiranya mangsa tidak membuat pengakuan melakukan aksi tersebut?

Di dalam banyak kes yang jenayah, sepatutnya bahan bukti tidak dicemari dengan kesan-kesan pegangan dan lain-lain daripada mereka yang tidak terlibat termasuklah pihak yang menyiasat.


Jadi timbul persoalan, kenapa ACP Zakaria melakukan aksi melibas-libas sambil memegang gergaji dengan mempertontonkannya di sidang medianya?

Jangan marah pula bila masyarakat yang menonton di kaca TV melihat hal tersebut dan mengeluh: haiya, macam sandiwara.-GB

Bentang kehilangan dua telaga minyak di Parlimen

TEMERLOH, 7 Mei: PAS terus mendesak kerajaan supaya membentangkan laporan secara terperinci di Parlimen bagaimana negara boleh kehilangan dua blog telaga minyak kepada Brunei Darussalam yang secara jelas merugikan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) yang ditemui selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pahang ke-22 di Darul Amin, Sungai Gau sebentar tadi mahukan kerajaan mendukung sikap telus kepada rakyat dan tidak menyembunyikan perkara besar yang ada kepentingan negara.

Isu negara kehilangan dua telaga minyak di blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei menjadi hangat apabila ia dicetuskan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad, baru-baru ini.

Tambah Tuan Ibrahim, isu kehilangan telaga minyak adalah perkara besar yang perlu diketahui rakyat apatah lagi ianya sudah menjadi perbincangan umum yang melibatkan maruah dan kedaulatan negara.

“Kerajaan tak boleh terus membisu dari persoalan besar yang ingin diketahui rakyat. Isu ini membabitkan maruah dan kepentingan negara. Tak boleh diam sahaja.

“Kita desak kerajaan bersikap jujur dan telus. Isu ini mesti diambil tanggungjawab sepenuhnya dan kerajaan kena bentangkan laporan penuh ke Parlimen, rakyat nak tahu,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mengesa kabinet yang meluluskan pemberian dua blog telaga minyak itu meletakkan jawatan bagi memerlihara maruah dan integriti negara.

“Kabinet yang meluluskan pemberian dua blog telaga minyak itu patutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah demi menjaga integriti negara,” katanya. -Hrkh

Krisis Istana Kelantan: Hanya Lima Individu Dibenarkan Ziarah Sultan


KOTA BHARU: Hanya lima orang sahaja buat masa ini yang dibenarkan menziarahi Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian dekat sini.

Bagaimanapun nama anakanda Sultan yang ketiga iaitu Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry tidak terdapat dalam senarai tersebut.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah berkata semalam, lima individu yang dibenarkan menziarahi Sultan ialah Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid; anakanda baginda, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Amalin A'ishah Petra serta dua ahli keluarga terdekat.

Amir Hamzah berkata, dakwaan yang mengatakan Tuanku Sultan sedang ditahan di dalam wad adalah tidak benar sama sekali sebaliknya kawalan keselamatan yang ketat dikenakan berikutan insiden seorang pengawal Istana ditembak baru-baru ini.

Polis katanya sekadar melaksanakan titah perintah pemangku raja.
Semalam juga, ayahanda saudara kepada baginda Sultan Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah yang juga merupakan abang kepada Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan kenapakah keluarga diraja negeri tidak dibenarkan menziarahi baginda.

Bagaimanapun berdasarkan titah Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris, mereka yang ingin melawat Sultan perlulah mendapatkan kebenaran daripada baginda terlebih dahulu.
-Posted by RAKYAT MARHAEN

Bangkitkan 13 Mei : Pemuda Pakatan Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR : Pemuda Pakatan Rakyat(PR) Pulau Pinang hari ini bersama-sama membuat laporan polis bagi menyiasat kenyataan berbaur hasutan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar(Gambar) dalam Sidang DUN.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS(DPP) Pulau pinang, Mohd Nor Harun dalam kenyataan medianya juga mahu pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak ke atas kenyataan Azhar Ibrahim yang berbaur hasutan.

Beliau yang juga yang mewakili Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang(SPPRPP) juga mendakwa ketua pembangkang itu telah melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.


walaupun Azahr telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasab Dewan, namun SPPRPP tetap mahu Azhar disiasat dan dibawa ke muka pengadilan kerana sidang DUN tersebut telah diikuti secara langsung oleh seluruh rakyat Pulau Pinang dan tindakan beliau dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan kaum.

"Kami tetap menghargai akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak polis dalam menjaga keselamatan rakyat, namun dalam masa yang sama kami mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan beliau kerana siri-sri kegagalan beliau dalam mengurustadbir pasukan polis dan menangani jenayah di negara ini," kata Mohd Harun kepada erapakatan.com

Terdahulu, Azhar Ibrahim yang mendapat peluang mencelah untuk membahas Ucapan Penggulungan Ketua Menteri telah membangkitkan sentimen perkauman dengan memberi amaran kepada rakyat, 13 Mei akan berlaku jika rakyat menafikan peranan polis.

Beliau juga seakan-akanmengugut rakyat Pulau Pinang agar menerima tentera menjaga keselamatan mereka jika rakyat sudah tidak mahukan polis lagi dan yang paling mengecewakan beliau berkata adalah lebih senang jika suasana Mageran diwujudkan kembali. - Erapakatan

Peguam Minta Siasat Dakwaan Polis Cuba Bunuh Saksi Utama Kes Aminulrsyid

Peguam mewakili Azamuddin Omar, rakan Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak awal minggu lalu, menuntut siasatan khas berasingan diadakan berhubung dakwaan cubaan mahu membunuh dan serangan polis ke atas saksi utama itu.

“Satu siasatan berasingan mesti dimulakan berdasarkan pengakuan dia tentang apa yang berlaku pada hari kejadian,” kata peguam N. Surendran yang mewakili saksi berusia 15 tahun itu.

Setakat ini, Azamuddin telah disiasat tiga kali oleh pasukan siasatan selain menunjukkan sendiri lokasi dan detik-detik yang membawa kepada kematian Aminulrasyid.

Siasatan setakat ini tertumpu pada kematian Aminulrasyid ketika cuba melepaskan diri daripada dikejar polis dan sekumpulan penunggang motosikal awal pagi 26 April lalu.

Menurut Surendran, Azamuddin mendengar seorang anggota polis menjerit ke arahnya agar berhenti dan apabila dia terus cuba mahu melarikan diri, dia ada mendengar anggota berkenaan mengira satu hingga tiga.

Katanya, apabila menoleh ke belakang dia ada melihat anggota polis berkenaan mengacu senjata dan bersedia untuk melepaskan tembakan.

Hanya selepas apabila satu kereta polis tiba, anggota berkenaan menurunkan senjata, sekali gus Azamuddin terlepas daripada tembakan.

Saksi itu telah menceritakan detik-detik hari kejadian itu kepada Surendran dan seorang lagi peguam

Latheefah Koya walaupun ia tidak disebutkan dalam laporan polisnya.

Bagaimanapun menurut Surendran, beliau akan meneruskan tuntutan aspek itu turut disiasat.

Surendan berkata Azamuddin tiada sebab untuk berbohong.

Kebanyakan kandungan pengakuan Azamuddin selari dengan dengan apa yang diperkatakan oleh saksi-saksi lain.

“Ia juga membuktikan Azamuddin tidak bersalah,” kata Surendran. -TMI

RM4 juta fitnah, tabung RM20 juta tawan Putrajaya - Husam

KOTA BHARU, 7 Mei: Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya.

“Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi.

Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya.

Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS.

Sambungnya, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka.

“Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini.

Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana, kerana ada yang memberi sumbangan.

“Ianya berlarutan sewaktu saya menjadi anggota Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat.

Katanya, PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen, sebaliknya hanya menceritakan kebaikan PAS, agar rakyat sedar.

“Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan turut menjelaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, Global Media Channel (GMC) hanyalah ditubuhkan sebagai PR media.

Katanya lagi, sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ianya lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti.

“GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.

“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam buku tersebut dan ianya diedarkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Tuan Guru sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini.

“Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.

Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa.

“Kalau berfikir dengan otak PAS, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan fisabillillah dengan berlipat kali ganda dengan tidak menzalimimu.

“PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” ujarnya.

Kerana itu, tamabhnya mereka sering membantu PAS dalam sumber kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Katanya, peruntukan yang dikatakan RM4 juta memang besar sebab dikira dengan perbelanjaan sewa bangunan berkenaan.

“Nasib baik sewa bangunan di Kelantan, kalau sewa di Putrajaya lagi besar perbelanjaannya, kita ni kena kira biar betul dan jelas,” ujar Husam lagi. -Hrkh

Polis Bersikap Double Standard, Biarkan Demo Haram Pembela Negara Dan Perkasa

Balai Polis yang terletak bersebelahan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Petaling Jaya dianggap sebagai tunggul kayu yang tidak berfungsi apabila gagal bertindak terhadap kumpulan yang mengaku mewakili Majlis Gabungan NGO Pembela Negara dan Perkasa yang berhimpun dan menunjuk perasaan sambil membakar patung Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim.

Sehubungan itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan pihak polis yang tidak profesional apabila gagal menghadirkan dan mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut.

"KEADILAN menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman tetapi kumpulan tersebut bertindak biadap.

"Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat dan beraksi lucah yang boleh disifatkan sebagai provokatif dan ianya boleh mencetuskan kacau bilau ketenteraman awam," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, KEADILAN telah memaklumkan kepada pihak polis untuk sekurang-kurangnya menempatkan anggota polis untuk mengawal dan memerhati keadaan.

Namun katanya pihak polis yang kebetulan mempunyai balai di sebelah ibu pejabat parti mengatakan mereka tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian.

"Perkara seperti ini tidak mungkin berlaku jika perhimpunan ini dibuat di hadapan pejabat Umno-Barisan Nasional.

"Institusi polis sekali lagi menunjukkan sikap "double standard" dan hanya mengikut telunjuk kerajaan Umno-BN," kata Saifuddin lagi.

Pemuda PAS DUN Paka Bantah Promosi Arak

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/DSC00391.JPGPaka, DUNGUN – Seramai kira-kira 40 orang pemuda PAS Dun Paka telah berkumpul dihadapan sebuah kedai yang baru dibuka dibandar ini awal pagi semalam.

Mereka berhimpun dihadapan premis tersebut bagi membantah secara aman tindakan pemilik perniagaan ‘Poly CafĂ©’ mempromosikan jualan arak secara terbuka.

Ketua Penerangan DUN Rantau Abang, Shafie Agil, memberitahu Buletin, kedai tersebut terletak berhampiran Restoran Nasi kukus 3, baru dibuka dalam beberapa hari ini.

Menurutnya, tindakan menaikkan kain rentang promosi arak tersebut menimbulkan rasa tidak senag dikalangan orang Melayu Islam sekitar Bandar Paka.

Katanya, selain Ketua Pemuda DUN Paka, Ramzi Abdullah turut bersama bantahan itu adalah Setiausaha Dewan Ualamak PAS Dungun Ustaz Azizzul.

Menurut catatan dalam laman sosial ‘facebook’ Ustaz Azizul, bantahan itu diadakan kira-kira jam 12.45 pagi.

”Ketua Pemuda bersama dengan 40 orang pemuda PAS, berjaya menurunkan Kain Rentang Yang Berbunyi "TIGER BEER, BUY 4 BUCKETS, FREE 1 BUCKET".catat Ustaz Azizul.

Menurut Ustaz Azizul, beliau telah berbincang dengan pemilik perniagaan itu dan beliau bersetuju supaya penjuualan arak tersebut hanyalah kepada orang-orang bukan Islam sahaja.

Sehubungan itu, Shafie turut kesal kerana pemilik peniagaan itu tidak 'sensitif' langsung keadaan persekitaran yang rata-rata adaah penduduk Islam dan orang Melayu.

"Kalau promosi macam itu dibuat di Kuala Dungun atau di kawasan majoriti bukan Islam tak ada masalah, tapi bandar Paka berbeza,"katanya ketika ditemui. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .