Ikuti Blog ini

Wakil Kedutaan Amerika menemui DS Nizar

al-Husseyn punya
Ipoh 1 Feb : Kunjungan hurmat Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan Amerika ke Pejabat PAS Perak pagi ini merupakan satu penghormatan oleh sebuah kerajaan besar dunia terhadap keupayaan kepimpinan PAS Perak, khususnya terhadap DS Ir Nizar Jamaluddin.

Turut mengiringi beliau menemui Majlis Dewan Harian PAS ialah Setiausaha Politik Kedutaan Amerika, En Ravi Manickam.

Tetamu dari Kedutaan Amerika tersebut berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin PAS Perak hampir satu jam lebih.

al-Husseyn punya
Selain DS Nizar, turut hadir ialah Pesuruhjaya Negeri, Ust Abu Bakar Hussin, Timb 3 PJ, Ust Mustaffa Shaari,YB Zainuddin,Misbahul Munir dan beberapa yang lain.

Ditanya oleh wartawan samada kunjungan beliau menemui PAS Perak ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang akan memutuskan kedudukan DS Nizar sebagai Menteri Besar pada 9 Februari nanti, Jeremy menyatakan bahawa kunjungan ini sebenarnya telah lama dirancang dan hanya kali ini beliau ada kesempatan.

Beliau menjelaskan tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dan bertanya tentang peluang pelaburan yang ada di Perak.

“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelasnya lagi kepada pihak media.

Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes DS Nizar yang dijangka diputuskan menjelang 9 Februari ini.

UMNO Kelantan Gerun Untuk Bertindak Ke Atas Ku Li

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hanya majlis tertinggi parti yang boleh mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Barisan Nasional Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.(gambar Ku Li turut mengamin doa yang dipohon oleh TGNA )

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ceramah yang disampaikan oleh Ku Li pada Khamis lalu di Kota Bharu mengenai tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan yang bercangggah dengan pendirian Kerajaan Pusat.

"Perkara ini bukan di bawah bidang kuasa Umno Kelantan," katanya dan menambah "hanya Majlis Tertinggi boleh membuat keputusan terhadap tindakan yang hendak diambil terhadap Tengku Razaleigh."

Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ditanya sama ada Umno Kelantan akan bertindak terhadap Ku Li kerana berkata Kelantan harus diberi royalti minyak dan bukan wang ihsan.

Berikutan kenyataan itu, Perdana Menteri dan juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak berkata pimpinan parti akan meneliti ucapan Ku Li ketika perhimpunan raksasa menuntut royalti minyak di Stadium Sultan mohammed ke IV di Kota Bharu.

Pada mesyuarat dengan Umno Bahagian Pasir Puteh kelmarin, Mustapa berkata Jawatankuasa Perhubungan Umno akan bertemu Najib untuk memberi cadangan tentang projek-projek yang akan dibiayai dengan wang ihsan.

Mustapa, sebelum ini berkata Kerajaan Pusat akan menyediakan peruntukan RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan, iaitu lima peratus dari hasil pengeluaran minyak dan gas di pesisir luar pantai Kelantan untuk tahun 2008. – Bernama

Kenyataan Zambry sombong, dangkal dan bodoh

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar Mahkamah Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.

Di dalam satu portal berita, Zambry dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.


"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.

Menurut Ustaz Misbah, Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.

Inilah yang Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.

“Sepatutnya Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.

“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.

Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.

Berita Angin: Pilihanraya serentak Perak dan Sarawak.



Register today, vote for your future!

Dengar khabarnya di kedai2 kopi, di warung2, di kopitiam2 dan di restoran2 nasi kandar DUN Sarawak dan DUN Perak akan dibubarkan serentak.

Strategi ini untuk menumpulkan tumpuan kempen parti2 PR. Kalau DUN Perak saja bubar, semua jentera parti2 PR akan tertumpu ke Perak.

Begitu juga kalau DUN Sarawak saja dibubar.

Pihak BN tak ada masalah tentang jentera, infrastruktur dan logistik berkempen. Semua jentera negara dan negeri akan dikerahkan untuk berkempen dan bekerja bagi pihak BN.

Begitu juga dengan kewangan, BN banyak pemodal-taukey yang sanggup beri subsidi. Wang negara pun akan kena pau.

Ini terutamanya berkempen di Sarawak. Negerinya besar, lebih luas daripada Tanah Semenanjung. Bagi satu kawasan DUN, untuk logistik dan berkempen, memerlukan RM200,000.

Ada 71 kawasan DUN. RM200,00 x 71 Berapa da?

BN akan belanja tak kurang dari RM 1 juta untuk satu kawasan DUN. Untuk politik wang!

Oh ya, bila?

Desas desusnya ialah pada bulan Mei. Bulan Jun pesta Gawai di Sarawak. Jadi kata Orang Iban tak sesuai buat pilihanraya.

Hujung bulan Februari ini AGM parti PBB - parti pemerintah Sarawak. Ranking parti itu akan diputuskan di situ. Calon2 juga akan dikenalpasti kat situ.

Masa aku pegi kat Sarawak, kuat sekali lobi melobi calon ni. Sudah ada yang mengenalkan diri sebagai calon dan mula berkempen.

Sarawak dan Perak, BN rasa mereka boleh menang. Apa khabar PR?...

DS Anwar Nyatakan Sokongan Kepada Tengku Razaleigh


Umno mungkin akan mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana menyokong rayuan royalti minyak rakyat Kelantan.

Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu.

Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan.

Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu.

“Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri,” kata Anwar.

Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku.

“Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR,” katanya.- TVS



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .