Khairy mendakwa penulis buku itu, Yahya Ismail, pernah menemuinya sebelum ini dan meminta bayaran RM100,000 bagi
menghentikan niatnya mengeluarkan buku itu.
Kebiasaannya apabila seorang Menteri Besar kemana-mana sekalipun, sudah pasti akan disambut ramai serta diberi penghormatan untuk kehadapan didalam sesuatu majlis.
Berlainan pula yang terjadi kepada seorang yang mengaku dirinya sebagai menteri besar yang sah apabila tidak dihirau dan dipedulikan orang ramai apalagi untuk menghormatinya.
Kejadian yang dilaporkan dibawah amat menggelikan hati dan tidak pernah berlaku kepada mana-mana menteri besar sebelum ini.
IPOH, March 22 - He leans over two rows of men, on tip-toes to view the body being prepared for its final resting place.
Like him, they are all dressed in their Friday prayer garb. Like him, they do not behave as if the mentri besar of Perak is in the house.
If they had known who was standing behind them, they would have parted like the Red Sea to let Datuk Zambry Abd Kadir in for a closer look as most Malaysians do when political leaders are in attendance.But Zambry goes about nearly unrecognised at the funeral of a local Umno branch leader and village chief here in Kampung Matang.
There was nobody to announce his arrival, nor anyone to introduce him to the family of the deceased.
Instead, he leaves as quietly as he arrived, the only fuss being the four vehicles - his own government-issue Proton Perdana, an SUV containing his police bodyguards and two traffic police cars to ensure speedy progress - that came and left with great urgency.
“I want to do away with all this protocol,” Datuk Zambry Abd Kadir told The Malaysian Insider over lunch by a muddy river in Kampung Matang, where he is being hosted by a few local Umno strongmen.
“Mereka sangat sopan dan profesional. Kami juga makan malam bersama ketika mereka merakam keterangan saya.
“Selepas itu, mereka meminta kebenaran untuk ke rumah saya dan saya bersetuju. - Azalina Othman Said
Sepuluh pegawai SPRM kemudiannya tiba dan menghabiskan masa kira-kira sejam di rumahnya.
“Mereka tidak mengambil apa-apa. Saya memberikan sepenuh kerjasama kepada pegawai SPRM.
“Sekarang terpulang kepada Suruhanjaya dan saya percaya mereka akan menjalankan siasatan tanpa prejudis,” katanya.
Sudah pekena baik punya makan malam, masih boleh dipercayai lagike siasatannya? Menjamu makan malam pegawai penyiasat, bukan RASUAH ke Azalina oi? Nak siasat, dalam tugas rasmi, boleh berjamu selera lagi? Apa punya hampak SPRM? Kita tunggu apa jawapan Ahmad Said (Bapa kepada budak yang seludup bahan lucah di Australia). Pasti jawapan: Tiada bukti kukuh…!!!.
IPOH : Acara lelongan 5 keping serpihan plak demokrasi yang berlangsung dibawah pokok sena tersebut telah berjaya mengutip melebihi RM42,000.
Lelongan yang dibuka untuk bidaan bermula daripada RM500 untuk satu serpihan plak tersebut telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Hampir 200 orang telah berkumpul dibawah pokok demokrasi tersebut untuk menyertai lelongan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.
Kehadiran Menteri Besar DS Nizar menyerikan lagi acara lelongan tersebut. DS Nizar menyatakan didalam ucapan ringkasnya bahawa demokrasi perlu sentiasa ditegakkan seluruh rakyat Perak.
Acara lelongan plak diadakan bagi mengutip sejumlah wang untuk mendirikan sebuah plak demokrasi yang lebih besar dan teguh dibawah pokok sena setelah pihak yang tidak bertanggungjawab memecahkan plak tersebut dan seterusnya diruntuhkan sepenuhnya oleh MBI.
PETALING JAYA: Selepas spekulasi sejak Disember lalu, Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco negeri di sebalik siasatan isu dakwaan rasuah aktiviti kuari.
Keputusan itu berkuat kusa 8 April ini - sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.
Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Fairus mengambil keputusan tersebut di sebalik siasatan berhubung isu rasuah berkaitan dengan aktiviti kuari di Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, dalam surat letak jawatan yang dikemukakan hari ini ada disebutkan bahawa Fairus mahu melanjutkan pengajian ijazah lanjutan.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, Fairus telah meminta cuti untuk memikirkan kedudukannya dalam kerajaan selepas mendapat tawaran belajar.
"Dia telah pilih untuk teruskan pelajaran dan hal itu menyukarkan beliau untuk teruskan tugas sebagai Exco dan Timbalan Ketua Menteri," katanya.
Difahamkan beliau telah menerima tawaran untuk belajar di luar negara.
Najib sudah menang tanpa bertanding. Maka dia tidak mengeluarkan posternya sendiri. Poster diatas akan diedarkan bagi menyambut bakal PM Malaysia yg ke-6 ini di PWTC minggu depan. Seorang pemimpin yang disangkakan 'Penyelamat UMNO' bagi pengikut2 yang setia semata-mata demi Ringgit Malaysia !!!
“Tema kepada kempen pilihanraya pada pilihanraya kali ini adalah ‘Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat’,
“Bagi memastikan para pengundi akan memihak kepada kita (PAS dan Pakatan Rakyat) ialah dengan strategi 3M iaitu, ‘Menerang, Mendampingi dan seterusnya Menawan’ hati para pengundi,”kata Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi dalam sidang media yang di adakan di markaz Air Kuning hari ini.
Dalam sidnag yang dipancarkan secara langsung itu, beliau turut memaklumkan pihak media, Majlis Pemasyhuran Calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat dari PAS adalah pada hari Isnin, di Padang Taman Kota Jaya, dekat sini.
Katanya Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon dalam majlis pada malam itu.
“Kami telah pun mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Taiping, bagi majlis tersebut yang akan diiisytiharkan sendiri oleh Dato’ Presiden (PAS),”tambah beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Oleh itu katanya, kami mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Taiping yang memberikan kebenaran tersebut.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Haji Mustafa Ali.