Ikuti Blog ini

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita. Masjid Bandar Bukit Puchong

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA

ANJURAN BIRO WANITA

MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG

TEMPAT : MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG

JAM : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TARIKH : 8 NOVEMBER 2008

UNTUK PENDAFTARAN SILA HUBUNGI

USTAZAH WAN NOR ‘AINI

013-3543484

Penyertaan adalah PERCUMA

Makanan disediakan oleh pihak Masjid.





Awas, rakyat diingatkan propaganda media arus perdana


JERANTUT, 2 Nov - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mengingatkan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak mempercayai sama sekali laporan media arus perdana.

Katanya media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan lainnya mendokong aspirasi Barisan Nasional dan menjadi alat propaganda parti itu. Media berkenaan mempunyai agenda politik di dalam setiap laporannya.

Secara sinis Husam berkata, adalah wajar jangan membaca media jenis berkenaan bagi mengelakkan 'pening kepala' atau 'naik darah'.

"Buat apa kita mengeluarkan wang untuk membelinya kemudian kita menjadi pening kerananya. Elok jangan baca atau menonton media berkenaan.

Image"Media berkenaan sama ada berbahasa Malaysia, Inggeris mahu pun Tamil mempunyai agenda tertentu,"beliau berkata demikian ketika berdialog dengan para penyokong Pakatan Rakyat di Kompleks Imam Syafie, dekat sini.

Menjawab isu yang ditimbulkan, Husam mengatakan rakyat pelbagai bangsa bersetuju kuasa politik negara kekal ditangan orang Melayu dan parti politik Melayu ialah PAS dan Umno. Umno sering memomokkan jika Umno jatuh kononnya kuasa politik Melayu akan jatuh, itu tidak benar.

Menurut Husam, Umno kini sangat bermasalah sehingga ketahap ada pemimpinnya memberi kenyataan untuk melelong parti itu ditambah pula dengan isu ekonomi yang semakin meruncing sedangkan dalam pilihan raya lalu kekuatan Umno tidak tergugat kerusi Umno masih utuh tetapi Umno berada dalam keadan lemah ditambah pula dengan masalah ekonomi, jika tidak ditangani dengan berkesan boleh menyebabkan rakyat menderita.

ImageSenario yang berlaku meyakinkan Husam gelombang perubahan akan berlaku sehingga ke Johor negeri kelahiran Umno.

Bagaimanapun Husam bimbang gelombang perubahan tidak berlaku di Pahang.

Katanya Pahang perlu menang sekurang-kurangnya enam kerusi parlimen bagi membolehkan PAS mensasarkan 40 kerusi parlimen sebagaimana disebutnya sebelum ini.

Menurut Husam beliau lebih suka jika perubahan kuasa berlaku melalui pilihan raya walaupun tidak menolak peralihan kuasa boleh berlaku melalui cara lain tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjatuhkan Umno yang telah berkuasa lebih 50 tahun itu.

Jelas beliau, plan peralihan kuasa Abdullah-Najib juga mungkin merubah pendirian ahli parlimen BN, begitu juga kawalan terhadap anggota parlimen BN juga semakin meningkat berikutan kebimbang dan khuatir terhadap adanya anggota parlimen BN ingin berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

ImageHusam yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa daripada BN antara perkara utama yang akan diperbaiki ialah Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan pilihan rakyat berjalan mengikut lunas demokrasi serta memperbaiki sistem pengurusan ekonomi.

Turut hadir pada majlis itu termasuklah Pesuruhjaya PAS Pahang,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh; Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Abdul Majid Hassan; Dr Hamzah jaafar dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang N. Balasubramaniam .

Ustazah Noridah dalam majlis tersebut telah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat kaum India sempena Hari Deepavali.


Kes Rompakan, Anak Sendiri Terlibat Tapi Adnan Masih Belum Buat Laporan Polis !!

Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes rompakan di rumah MB Pahang Adnan Yaakob. Kejadian yang berlaku beberapa hari selepas sambutan Aidil Fitri itu cukup membuatkan Adnan begitu marah dan teruja. Maklumlah, kami difahamkan wang tersebut telah diberikan oleh "orang-orang tertentu" ikut jalan belakang bagi tujuan meraikan majlis perkahwinan Anak MB itu hari semalam. Kecurian yang disedari oleh Adnan itu ternyata satu tamparan hebat buat dirinya, ini kerana kehilangan wang tersebut adalah dalam nilai yang banyak bahkan wang yang diambil oleh perompak itu pula adalah dalam satu karung guni yang terdapat dalam sebuah bilik khas dirumah MB itu. Di sini, jelas sekali kepada kita bahawa Adnan Yaakob telah terlibat dengan rasuah dan penyelewengan secara nyata. Memang kita tahu, wang tersebut mungkin sebagai hadiah hari perkahwinan anakandanya. Namun beliau juga harus sedar yang pemberi hadiah terbabit sudah pasti akan mendapat projek "sorong tarik" antara mereka. Maknanya Adnan akan termakan budi dengan pihak terbabit buat selamanya selagi beliau menjadi MB.

Pendedahan kami tentang hal ini, sedikit menggemparkan Wisma Sri Pahang baru-baru ini. Ramai yang tertanya-tanya apakah berita ini benar atau palsu. Mereka juga terkejut dan tidak menyangka yang Adnan tergamak menerima dan menyimpan wang yang banyak didalam rumahnya. Kenapakah beliau tidak menyimpan wang tersebut di bank ataupun mana-mana agensi yang berkaitan. Tambahan pula Adnan sehingga ke hari ini masih belum membuat laporan polis atas kehilangan wang tersebut. Siasatan kami sebelum ini mendapati bahawa kecurian wang tersebut ada kaitan dengan "orang dalam". Rakyat Pahang masih ingat tentang penemuan wang dalam guni atas syiling rumah MB di zaman Khalil Yaakob dulu. Maka itulah agaknya perompak "bertopeng" yang bertugas dalam rumah MB kali ini, merasa terlalu rugi jika tidak mengambil wang tersebut. Tambahan pula, difahamkan Adnan menyimpan berguni-guni wang yang nilainya pasti jutaan ringgit dalam bilik tersebut.

Al-Kisah, laporan polis tidak dibuat dan kejadian ini tidak didedahkan kepada media arus perdana. Namun, akhirnya media alternatif seperti Pahang Daily telah berjaya menyelongkar perkara ini. Sesungguhnya pembongkaran kami itu telah membuatkan Adnan Yaakob sedekit gementar dan gusar dengan apa yang berlaku. Beliau sangka kes rompakan itu adalah isu kecil dan hal dalaman. Tambahan pula dipercayai perompak terbabit adalah merupakan kakitangan yang bertugas dalam kediaman beliau. Maklumat diterima, semua kakitangan yangbertugas telah diberi cuti dan disiasat oleh pihak mereka secara "off record". Tiada laporan polis dan tiada pihak yang tampil membuat kenyataan kes ini kepada media. Hasilnya, ramai lagi rakyat Pahang yang masih "menghormati" dan kepada MB Pahang itu. Adnan merupakan exco Agama, namun sikap dan keperibadiannya jauh sekali dari sepatutnya. Beliau bukan sahaja digelar "tunduk kasih""MB Samseng" malahan juga merupakan MB yang telah menyebabkan negeri Pahang bakal muflis akibat saman RM60 juta yang dikenakan oleh sebuah syarikat pembalakan baru-baru ini.

Gempar: Anak MB Sendiri Terlibat Rupanya

Maklumat terbaru yang kami terima tentang isu rompakan ini ialah seorang "dalang" yang terlibat dalam kes ini kini sudah "diasingkan" atau "dikuarantin" kerana ia melibatkan pekerja yang baru bertugas secara rasmi di kediaman MB itu. Manakala itu, semua pekerja senior yang turut disiasat kini sudah memulakan tugas mereka seperti biasa. Namun, perkara ini tidak boleh Adnan selesaikan begitu sahaja tanpa membuat laporan polis. Ini kerana kes rompakan itu melibatkan satu jumlah wang yang besar. Pekerja yang terlibat itu, sudah pun membuat pengakuan. Namun, satu berita gempar yang kami terima rupa-rupanya rompakan ini turut melibatkan anak MB sendiri yang baru melangsungkan perkahwinannya semalam. Beliau adalah "master mind" dalam merompak harta dan wang rasuah "bapaknya" itu.

Kami difahamkan anak MB yang berkahwin semalam itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Dia hanya "makan tanggung" hasil ikhsan bapanya yang bergelar MB Pahang itu. Maka itu, kemungkinan besar beliau mencaturkan rompakan ini bagi membolehkannya mendapat sejumlah wang yang besar untuk berbulan madu dan menyara kehidupan selepas mendirikan rumahtangga nanti. Justeru itulah beliau terpaksa merompak duit ayahandanya sendiri, yang beliau tahu adalah duit "rasuah" ataupun "duit haram". Mungkin juga ia mahu digunakan juga untuk berpoya-poya dengan teman wanita oleh salah seorang lagi anak Adnan yang masih bujang. Anehnya, hanya pekerja yang bersubahat itu sahaja yang menerima hukuman. Sebaliknya Adnan tidak langsung menghukum anaknya bahkan membiarkan ia bebas sebebasnya beliau pun telah melakukan rompakan itu. Mungkin juga Adnan menganggap "anaknya itu tidak bersalah" agaknya. Tambahan pula wang yang dikatakan berjumlah mencecah RM2 juta itu adalah wang "bapaknya" sendiri. Maka itu ia adalah hal keluarga, pada pandangan Adnan.

Anakku Sazali: Bapa Borek Anak Rintik

Misteri yang perlu dibongkarkan ialah dari mana Adnan memperolehi wang sebanyak RM2 juta itu secara tunai?. Kenapa wang tersebut tidak disimpan dimana-mana bank? Apakah ia memang benar "wang haram" dan "wang rasuah". Jika ini berlaku, ternyata Adnan adalah "pengkhianat". Beliau hanya bertopengkan "kealimannya" untuk mengaburi mata rakyat Pahang. Sebaliknya beliau juga adalah perompak seperti anaknya itu sendiri. Ini bermakna Adnan rompak wang rakyat dan anaknya rompak wang Adnan. Makanya inilah dia yang dinamakan "bapa borek anak rintik". Inilah dia juga saling tak tumpah seperti apa yang berlaku dalam filem P.Ramlee "Anakku Sazali" dulu. Kami difahamkan juga pekerja terbabit dan anak MB itu banyak menyimpan rahsia tentang penyelewengan dan wang yang disimpan dalam rumah kediaman Menteri Besar Pahang itu.

Sah ! Sudah Ada Pimpinan UMNO Menyertai Pakatan Rakyat

Sunday, 02 November 2008
http://buletinonline.net/images/berita13/tgahadiijtima%5C%27ikpnt12.jpg
Kemaman - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan hari ini, sudah ada pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diwar-warkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

“Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku,

“walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada UMNO sekarang,”kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke 12 yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam.

http://buletinonline.net/images/berita13/tgahadiijtima%5C%27ikpnt121.jpgMenurutnya perubahan kerajaan pernah berlaku dalam (keputusan pilihanraya) tahun 1990 ekoran perpecahan yang berlaku dalam UMNO akhir tahun 1980-an dan telah berlaku perubahan (dalam pilihanraya) tahun 1999 kerana masalah yang sama berlaku dalam UMNO.

“Sebagaimana perubahan boleh berlaku pada akhir tahun 80an bila Tengku Razaleigh keluar dari UMNO, dan berlaku lagi pada 1999 bila Anwar dipecat (dari UMNO),

“dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan (dalam UMNO) yang berlaku sekarang, bahkan Musa Hitam berkata UMNO sudah dihinggapi penyakit tua,” tegas beliau yang masih yakin perubahan boleh berlaku dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat.

Bagaimanapun apabila diminta untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang telah menyertai Pakatan Rakyat, beliau menjawab “bila tiba masanya” beliau akan mendedahkannya. (Gambar - Hj Hanafiah Mat mengiringi Presiden PAS untuk jamuan teh selepas perasmian Ijtima' Kepimpinan PAS semalam)

Dalam perkembangan yang sama beliau yakin PAS berupaya untuk kembali memerintah negeri Terengganu apabila berlaku perubahan dan undi sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat sebanyak lima peratus.

“Pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu dan undi penentu biasanya (adalah) undi atas pagar atau undi orang-orang yang tidak ber’parti’,

“Sebenarnya 40% lebih undi yang kita capai adalah undi PAS samada ahli atau penyokong, dan kita dapati PAS mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Terengganu,

“Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pengundi hantu yang dibawa daripada luar
yang dilakukan dengan politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama SPR dan pendaftaran Negara,”kata beliau.

Dengan itu, katanya keadaan itu menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat (bersandar) kepada cara-cara tersebut.

Beliau berkata dalam pemilihan parti, UMNO telah dipengaruhi dengan politik wang, apatah lagi dalam pilihanraya umum.

“Kita boleh membuat perubahan dalam (pada) rakyat negeri Terengganiu sendiri (dan) dengan sedikit perubahan itu (peningkat undi 5%) akan terlaksana apa yang disebut tadi,

“(rakyat) mesti sedar bahawa kalau pemilihan UMNO, mereka dipengaruhi oleh politik wang, maka pilihanraya umum politik wang berlaku (dengan) lebih-lebih lagi,”tambahnya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .