Ikuti Blog ini

PRK Galas : PAS Umum Calon Pada 24 Oktober


PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 24 Okt, kata Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun. Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Dewan Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.

"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Okt ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN (Barisan Nasional), ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada Bernama di sini Isnin. Beliau yang juga anggota DUN Bukit Tuku berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

"Mereka akan turun ke bawah untuk memastikan calon yang paling sesuai dan memenuhi ciri-ciri kriteria yang dikehendaki sebelum membuat keputusan muktamad," katanya. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan bahawa Orang Asli adalah antara senarai nama calon yang dicadangkan oleh parti kawasan berkenaan untuk diserahkan ke peringkat pimpinan parti itu.

Mengenai pelancaran jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera pilihan raya itu pada 19 Okt ini. "Tarikh itu dianggap sesuai sebagaimana dipersetujui Menteri Besar Kelantan itu sendiri," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov jika ada pertandingan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Che Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkann hari penamaan calon ialah pada 26 Okt.

- Bernama

Datuk Seri Abdul Hadi - Majlis Kutipan Dana Kompleks Pendidikan & Dakwah Islamiah Besut






Banyak projek pembangunan pendidikan yang wujud pada hari ini gagal berperanan sebagai kilang untuk melahirkan manusia yang mengikut acuan Allah.

Justeru, masyarakat perlu memberi sokongan kepada usaha untuk mewujudkan pusat pendidikan Islam bagi membetulkan kehidupan manusia.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana ilmu Islam datangnya dari al-Quran yang membetulkan segala ilmu yang lain.

Sehubungan itu, katanya peranan untuk mewujudkan pusat pendidikan Islam adalah suatu perkara yang besar.

Ini, katanya kerana selama ini pusat ilmu Islam sering ditindas dan ditekan oleh pihak-pihak berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, mereka yang membantu usaha tersebut mendapat sumbangan yang besar di sisi Allah.

Abdul Hadi menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perdana bagi mengumpul dana Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Kodim) berkenaan di pekarangan Masjid Kota Damansara, malam semalam.

Beliau mewakili Menteri Besar Kelantan selaku penaung Kodim, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak dapat hadir pada majlis berkenaan. Hadir sama ialah Penasihat Kodim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Pengerusi Kodim, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mewakafkan sumbangan sendiri atau waris.

Katanya, kompleks tiga tingkat itu dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan seluas tiga ekar di Kampung Tok Has, Besut.

“Kompleks yang dianggarkan berharga RM3 juta ini dibina berasaskan sumbangan derma orang ramai yang dijangka dapat disiapkan dalam masa lima tahun,” ujarnya

Beliau menambah, kompleks Kodim mengandungi Masjid al-Hidayah di bahagian paling bawah yang dianggarkan dapat memuatkan makmum seramai 1,500 orang pada satu-satu masa, selain sebagai tempat halaqat menghafal al-Quran dan hadis.

Maktabah pula, ujarnya terletak bersama masjid yang akan menempatkan berbagai jenis kitab serta kemudahan internet, e-kitab dan peralatan dakwah kepada bukan Islam.

Qa’ah kuliah, katanya berada di tingkat 2 dengan bilik-bilik kuliah yang akan dapat memuatkan 40 orang setiap bilik.

Tambahnya, di tingkat tiga pula terdapat dewan tertutup yang dianggarkan boleh memuatkan 3,000 orang bagi satu-satu masa yang dilengkapi dengan pentas dan ruangan untuk tetamu VVIP.

Dewan itu juga, ujarnya dapat memuatkan empat gelanggang badminton dan sukan yang lain selain tempat untuk muslimat beriadah.

Menurutnya, matlamat Kodim adalah untuk mengembalikan keagungan keilmuan Islam, mewujudkan sebuah pusat dakwah Islamiah kepada masyarakat non muslim.

Di samping itu, katanya, Kodim juga bertujuan memperkenalkan biah Islamiah sebagai satu cara hidup kepada masyarakat, melahirkan generasi al-Quran dan al-Hadis di samping mewujudkan satu medium dakwah yang baru bagi pengembangan Islam di Terengganu dan Malaysia amnya.

Justeru, katanya orang ramai yang ingin menyumbangkan boleh berbuat demikian atas nama Kompleks Pendidikan Islam Besut melalui akaun BIMB bernombor 13035010044424 atau Maybank 563046101804.

Majalah Forbes Berbohong pasal Rosmah..!!!

"Terkejut aku membaca surat khabar arus perdana pada 8 Okt 2010 lalu. Petikan berita dari Washington, majalah Forbes meletakkan Michelle Obama sebagai wanita paling berpengaruh dan berkuasa di dunia. Pemilik syarikat makanan Kraft Food, Irene Rosenfeld menduduki tempat kedua dalam senarai tahunan majalah tersebut.

Manakala pengacara terkenal, Oprah Winfrey di tempat ketiga, Cancelor Jerman, Angela Merkel dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menduduki tangga keempat dan kelima. Penyanyi flamboyant, Lady Gaga dan Beyonce Knowles berjaya menduduki senarai sepuluh teratas, manakala Queen Elizabeth II menduduki tangga ke 41. Menurut Forbes, senarai ini dipilih berdasarkan pengaruh kreatif dan budaya keusahawanan yang ditunjukkan oleh wanita-wanita tersebut.

Berita ini mungkin betul. Michelle Obama mungkin betul wanita paling berpengaruh dan berkuasa di dunia kerana suami beliau adalah orang paling berpengaruh di dunia. Pemilik makanan Kraft Food do tangga kedua paling berpengaruh mungkin betul. Begitu juga kedudukan Hillary Clinton dan Oprah Winfrey, mungkin betul. Tapi aku rasa majalah Forbes berbohong dari segi yang lain. Mengapa Datin Seri Rosmah yang amat berpengaruh tidak tersenarai, sekurang-kurangnya kedudukan 50 tertinggi. Siapa kata Rosmah tiada pengaruh? Kalau Michelle Obama berpengaruh kerana suaminya, apa kurang suami Rosmah Mansor. Bukankah Najib sendiri mengaku Obama meminta nasihat Najib mengenai 1Malaysia? Bukankah Najib sendiri mengaku semasa satu sidang baru-baru ini, Obama ada meminta Najib datang lebih awal sedikit untuk satu sesi perbincangan, dan Najib juga menawarkan kepada Obama untuk memberi tunjuk ajar kepada Amerika mengenai ajaran Islam untuk menghilangkan Islam fobia yang melanda Amerika? Malam ini, masuk berita TV pula, dicanang oleh orang kanan Najib yang penuh dengan kontroversi iaitu Jamaluddin Jarjis, bahawa Obama mahu Najib ketuai ASEAN. Wah hebatnya PM aku ni.

Kalau itupun tidak cukup, cuba pertimbangkan yang ini pula; bukankah Rosmah berjaya melepaskan seorang penuntut Malaysia yang ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir kerana terlibat dalam tunjuk perasaan menentang sikap bongkak Israel yang enggan membenarkan aktivis-aktivis Viva Palestine menghantar bantuan makanan kepada penduduk Pelastine yang hampir kebuluran? Hanya dengan satu panggilan telefon kepada isteri Presiden Mesir, keesokannya penuntut Malaysia berkenaan dibebaskan. Rosmah sendiri mengaku akan hal ini di TV. Ini bukti Rosmah berpengaruh. Apa kelas Malaysia ada Menteri Luar seperti Anifah Aman yang tidak tahu buat kerja? Mana Anifah waktu itu? Sibuk sangatkah beliau waktu itu hingga memerlukan campurtangan Rosmah untuk membebaskan penuntut berkenaan. Kalau macam tu, eloklah Anifah balik ke Sabah saja jaga team bolasepak Sabah yang malam ini gagal ke suku akhir saingan Piala Malaysia. Itu taraf Anifah Aman. Mana ada kelas beliau jaga hal ehwal luar Malaysia. Beliau tidak buat kerja. Dulu Pak Lah bagi dia jadi Timbalan Menteri, jual mahal kerana beliau nak jadi menteri, itu mungkin taraf beliau. Kalau abang belia boleh jadi Menteri Besar, kenapa beliau tidak boleh jadi menteri? Tapi bila dilantik jadi menteri, kenalah pandai buat kerja.

Balik kepada Rosmah, apa lebihnya aktris seperti Beyonce yang terkinja-kinja di pentas, atau penyanyi gila-gila sepeti Lady Gaga yang baru-baru ini memakai baju yang dibuat dari daging binatang,ada kedudukan dan berpengaruh dari Rosmah? Aku tak percaya langsung Rosmah boleh kalah dengan Lady Gaga. Aku tak percaya Rosmah boleh kalah dengan Beyonce. Bukankah baru-baru ini Rosmah ke Belgium untuk melawat sekolah hamil di sana? Tugas seperti itu sepatutnya dijaga oleh Sharizat Jalil, seorang menteri yang kalah dengan Nurul Izzah di Pantai Dalam. Patutpun Shahrizat kalah di Pantai Dalam, kerja yang sepatutnya beliau buat pun, kena dibuat oleh Rosmah. Habis apa Sharizat buat? Nak tunggu ada budak kena dera, baru nampak buat kerja? Nak tunggu ada orang perempuan kena bunuh, baru nampak muka dalam TV? Nampaknya sekarang makin banyak kes buang bayi, bukan makin kurang. Makin banyak kes kehamilan luar nikah, bukan makin kurang. Dulu mana ada sekolah hamil, tapi sekarang dah ada, kerana kes hamil luar nikah semakin menjadi. Rakyat dah beri amaran tukar menteri Sharizat ini. Rakyat dah tak pilih dia, tapi Najib tetap pilih menteri yang ditolak rakyat ni, maka sebab tu lah kes buang bayi ni tidak berkurangan. Semuanya nak tunggu Rosmah buat. Tengok majalah hari ini, Rosmah dikurniakan darjah utama sempena harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang dulu terkenal dengan kes skandal balak di negeri Pahang iaitu Tan Sri Khalil Yaakub.

Minggu depan, ada sidang kemuncak Wanita Pertama, atau First Ladies Conference di Kuala Lumpur. Belum pernah ada lagi seminar seumpama itu di dunia. Malah inlah kali pertama isteri Perdana Menteri Malaysia digelar First Lady. Bukan orang lain yang gelarkan, tapi Rosmah sendiri yang menggelarkan diri beliau First Lady. Dalam perlembagaan Malaysia menyebut, bahawa ketua pertama adalah Yang Dipertuan Agong. Kalau macam tu siapakah sepatutnya yang digelar First Lady? Mengapa isteri Tengku Abdul Rahman tidak digelar First Lady. Toh Puan Rahah, Toh Puan Norashikin, Dr Siti Hasmah, kenapa mereka ini tidak digelar First Lady Of Malaysia tetapi Rosmah boleh? Itulah tanda kehebatan Rosmah. Jadi sekurang-kurangnya kalau tidak ada dalam senarai lima teratas, biarlah ada dalam 50 teratas. Mana boleh Rosmah kalah dengan Lady Gaga. Malu rakyat Malaysia kalau macam tu. Sebab tu aku yakin majalah Forbes berbohong. Sebelah pagi aku dengar ada 20 First Ladis setuju datang. Aikkk.. takkan 20 saja? Berapa banyak negara yang ada dalam dunia ni? Seratus lebih ahli PBB, kenapa 20 saja yang datang. Eh eh, malam ni aku dengar tinggal enam belas saja nak datang? Enam belas atau enam puluh? Mungkin aku silap dengar.. mungkin enam puluh. Tapi aku dengar lagi, yang datang tu dari negara ketiga yang mundur. Betulkah? Kenapa Mrs Obama tak datang? Kenapa bini Sakorzy yang cantik molek tu tak datang? Susah nak jawab ni. Mungkin First Ladiesyang nak datang tu, semata-mata nak bershopping kat KL? Boleh melawat kilang buat pinggang mangkuk? Boleh melawat kilang buat kain batik. Seronok la mereka...

Mana PERKASA? Esok akau nak jumpa Ibrahim Ali, nak tanya bila nak buat demo, protes majalah Forbes ni. Kalau Ibrahim tak mahu jumpa aku, aku nak jumpa dua orang yang sudah hilang dalam politik negara tetapi ditimbulkan kembali oleh Ibrahim Ali melalui PERKASA iaitu Ruslan Kassim yang pernah mengaku berbohong menfitnah Rahim Tambi Chik, dan juga Zahid Mat Aris yang mengaku cucu saudara Tun Ghafar Baba. Ini peluang baik kedua-dua ini untuk kembali dalam carta politik UMNO setelah tenggelam sebegitu lama. Rosmah tentu buka mata luas-luas jika Ruslan Kassim dan Zahid Mat Aris dapat membuka kembali mata majalah Forbes untuk memilih Rosmah sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh di dunia.

Oleh charlie

Orang Asli Dlm Senarai Calon Galas -Tuan Ibrahim



KL : Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Daripada senarai tersebut, dua nama terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan selebihnya kalangan pemimpin dan aktivis masyarakat tempatan.

"Kesemuanya memang dikenali oleh orang Gua Musang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang disenaraikan itu. Senarai berkenaan juga belum dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat, katanya. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, nama-nama berkenaan dicadangkan bagi memenuhi kemahuan akar umbi.

Ditanya mengenai pertimbangan yang akan digunakan dalam memilih calon kali ini, Tuan Ibrahim berkata: "Kita pilih calon yang boleh bergelumang dengan rakyat di situ." Mengulas kesediaan PAS untuk menurunkan wakil daripada masyarakat Orang Asli di situ, Tuan Ibrahim berkata, pertimbangan tersebut dilakukan berdasarkan keputusan pilihan raya umum sebelum ini.

Sokongan daripada kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli terhadap PAS meningkat meningkat sehingga 20 peratus dalam pilihan raya lalu di enam peti undinya Belatim, Bihau, Balar, Sungai Ber, Lojing dan Hau. Selain itu, Galas juga mempunyai bilangan pengundi Cina paling ramai berbanding kawasan lain di Kelantan - seramai kira-kira 1,900 orang di peti undi Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru Hilir.

Kawasan selebihnya, Sungai Terah, Kampung Batu Papan, Kampung Pulai dan Lepan Tupai menempatkan majoriti pengundi Melayu di Galas, seramai kira-kira 6,200 orang daripada keseluruhan lebih 11,500 pengundi. Tindakan PAS mengambil kira calon daripada kalangan masyarakat Orang Asli itu kelihatan konsisten dengan kenyataan timbalan pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa untuk mengambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.

Antara wakil masyarakat Orang Asli yang dikenali di kalangan masyarakat Gua Musang ialah Pandak Panjang Ey, yang kini dilihat mesra dengan PAS Kelantan. Beliau hadir bersama sekumpulan masyarakat Orang Asli Temiang Gua Musang dalam satu program ramah mesra anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi menteri besar Selasa lalu, lapor Harakahdaily.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakub; speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan exco kerajaan negeri. Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Mazlan Jaafar berkata, beliau mengambil sikap terbuka sekiranya PAS mengambil pendirian untuk mencalonkan wakil Orang Asli. "Kalau dia berkebolehan, maksudnya dia boleh berkhidmat, kita akan sokong. Tapi, setahu saya PAS belum putuskan sesiapa untuk jadi calon," kata Mazlan, seorang kakitangan Majlis Daerah Gua Musang.

Tambahnya, Orang Asli pada masa kini tidak lagi boleh dipandang rendah kerana terdapat di kalangan mereka yang berkebolehan. "Orang Asli sekarang bukan macam dulu, ramai yang berkebolehan. Mungkin tidak ramai yang masuk universiti tapi mereka berkebolehan," katanya lagi.

Ketika ditanya lanjut, Mazlan berkata, beliau lebih cenderung untuk memilih calon dari kalangan orang Melayu kerana golongan berkenaan membentuk majoriti di kawasan tersebut. "Tapi kalau sesiapa pun calon itu, kalau berkebolehan, kita akan sokong," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.(AK)

Berita bergambar dan video kemalangan ngeri









ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI DAN DISINI

35,000 kes orang hilang memalukan

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa kira-kira 21,000 kes dapat diselesaikan daripada 35,000 lebih kes orang hilang suatu yang memalukan, bukan membanggakan.

Khalid mendakwa demikian sebagai respons kepada jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di dalam dewan bahawa pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.

"Cara beliau memberikan jawapan dalam dewan tadi seolah-olah beliau bangga dengan pencapaian ini Ini bukan tahap pencapaian yang kita seharusnya rasa bangga.

"Kemungkinan daripada 21,000 kes yang selesai itu, bukan semuanya diselesaikan oleh pihak polis sebaliknya orang yang hilang itu sendiri yang kembali selepas tiga hari. Tapi polis mengaku mereka yang selesaikan," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Khalid juga berkata, beliau bimbang sekiranya pencapaian sedemikian menjadi kebanggaan KDN, prestasi pihak polis akan terus merosot.

"Kita khuatir kalau inilah tahap pencapaian yang dibanggakan oleh pihak KDN, da merupakan satu KPI yang boleh diisytiharkan dengan penuh bangga dalam Parlimen, kita huatir prestasi polis akan semakin merosot kerana tidak ada satu standard atau tahap pencapaian yang lebih tinggi ditetapkan," katanya.

Menurutnya juga, jawapan Hishammuddin itu menunjukkan sikap acuh tidak acuh kerajaan Barisan Nasional.

"Ini menunjukkan sikap acuh tak acuh kerajaan BN dalam semua kes termasuk kes orang hilang rasuah, jenayah dan lain-lain lagi," katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan isu itu di Parlimen selain mendesak satu siasatan awam diadakan bagi mencari penyelesaian kepada kes jenayah terutamanya dalam kes orang hilang ini.

"Ahli parlimen Pakatan Rakyat akan menjadikan ini satu isu yang akan terus dibangkitkan dan kita akan mendesak diadakan satu siasatan awam, kajian atau jawatankuasa khas untuk mencari punca sebenar kenapa begitu besar rakyat Malaysia hilang," katanya.

Terdahulu, Hishammuddin dalam sesi soal jawab menjawab soalan ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang megenai laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tindakan-tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan. -Hrkh

Info Tak Enak Dato' Rahman Palil, Suspek Terbaru Kes Bunuh Sosilawati

Abdul Rahman Palil..tiba-tiba namanya jadi gah hari ini. Gah bukan kerana apa, tapi gah kerana kes bunuh. Dia dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai individu yang melindungi suspek kes bunuh Sosilawati. Lagipun dia merupakan pengarah syarikat yang dibawahnya turut disertai oleh suspek. Kalau nak tubuh syarikat, mesti ada kenal satu sama lain. Jadi nampaknya si Rahman Palil ni kena bebenor dengan suspek pembunuh ini.

Dan sebelum ini pun, bekas Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor yang mula jawat jawatan sejak 2004 ini seringkali terpalit dengan kes roswah dan penyelewengan. Antaranya :

Didapati bangkrap kerana menipu dalam urusan jual beli tanah (sini)

Skandal PKFZ. Beli RM 3 sekaki, jual pula RM 29.. (sini)

Bahkan dia sebenarnya menang free dalam Pilihanraya Umum lalu kerana ada seekor mamat PKR yang tak hadir hari penamaan kerana pergi 'bercuti' di Port Dickson. Bahkan dikatakan mamat berudu yang cepat sangat bertukar katak ini sebenarnya dibeli oleh adun umngok sementa ini..

Apalagi polis, jadikanlah dia ni sebagai suspek juga. Sebab nampak sangat si suspek pembunuh ini dilindungi oleh orang 'besar' yakni orang politik. Untung-untung kalau mahkamah dapati dia bersubahat dalam pembunuhan bersiri peguam itu, maka ber'PRK' lah kita buat kali ke-14. Ye lah, dia pun pernah kata tak nak bertanding PRU 2008 lepas (sini)..tut, tup..dia bertanding juga sebab tahu dah menang free..

Isu Air : PEMUDA PAS dah buat laporan kat SPRM

Sahut cabaran: Setiausaha Politik MB lapor SPRM isu pembinaan loji air

http://www.wartakedah.net/images/stories/OGOS2010/sprm%20air.jpg

ALOR SETAR, 11 Oktober - Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar, Encik Muhammad Sanusi Md. Nor bersama Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan berhubung dakwaan penyelewengan dalam kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan terdahulu.

Pengarah SPRM Kedah baru-baru ini dipetik sebagai berkata, apabila laporan dilakukan barulah SPRM akan melakukan siasatan kerana SPRM tidak akan berbuat demikian berdasarkan laporan media.

Menurut Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya laporan itu dibuat di hadapan Pengarah SPRM sendiri Datuk Idrus Jaafar dan terserahlah kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

Katanya, laporan yang dibuat itu berdasarkan penyelewengan yang berlaku berkaitan pemberian kontrak pembinaan loji air di Padang Sanai di Daerah Padang Terap dan loji air Lubuk Buntar dalam Daerah Bandar Baharu.

Sebelum ini Menteri Besar telah mendedahkan bahawa harga loji pembersihan air di Padang Sanai yang diluluskan oleh kerajaan lalu berharga RM155 juta sedangkan harga sepatutnya mengikut piawaian hanya antara RM50 juta hingga RM60 juta sahaja. Begitu juga loji di Lubuk Buntar yang berharga RM65 juta, sedangkan harga sepatutnya antara RM25 hingga RM30 juta sahaja.

Berhubung isu dakwaan penyelewengan yang berlaku semasa kerajaan terdahulu, sebanyak dua kali laporan polis dan SPRM dibuat iaitu dakwaan pecah amanah yang berlaku dalam Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd dan Kedah Communication & Events.

Turut serta mengiringi Sanusi dan Ahmad Yahya ialah Ahli Dewan Undangan Bukit Lada YB Ahmad Izzat Mohamad Shauki dan Pegawai Khas Belia Ustaz Rusli Azmi.

Dewan Pemuda PAS Kedah Buat Laporan SPRM Berhubung Isu Air

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/ahmad_ketuapkedah.jpg

ALOR SETAR: Dewan Pemuda Pas Kedah pada Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berkaitan isu bekalan air di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya berkata laporan itu dibuat adalah atas inisiatif pergerakan itu dan bukan kerana arahan daripada mana-mana pihak.

"Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini Isnin.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, Pegawai Khas Menteri Besar Rosli Azmi dan Anggota Dewan Undangan Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki.

Ahmad berkata laporan sebanyak dua muka surat itu diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Baru-baru ini Idrus meminta kerajaan negeri Kedah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai apa yang didakwa sebagai penyelewengan berhubung isu air di negeri itu supaya membuat laporan.

Beliau dilaporkan berkata tanpa maklumat lengkap pihaknya tidak boleh menjalankan siasatan kerana kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengenai perkara itu menerusi media adalah terlalu umum.

Sebelum itu, Azizan mendedahkan pihaknya sudah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod dan beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasatnya. - BERNAMA

Jangan Makan Coklat Crispy...!!!

Salam,


Coklat jenama Crispy di dapati mengandungi Emulsifier (E476) iaitu kod untuk Lemak Babi.
Yang jelas....ianya Haram dimakan oleh Umat Islam.

Sila lihat gambar di bawah.



Ada logo halal lagi...heee

Nampak tak kod E476

Kalau tak berapa jelas, boleh belek sendiri di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit.

Di bawah ini saya sertakan code-code makanan yang mengandungi lemak babi. Kalau boleh ”print lah” dan simpan ke dalam dompet. Sangat bermanfat di zaman kita ini. Apabila membeli barang-barang makanan, boleh segera rujuk kepada code-code ini jika datang keraguan. Ini yang saya lakukan ketika keluar membeli barang keperluan harian dan snek untuk anak-anak.

Panglima7


Kenaikan Tarif Air Keputusan Kabinet, Bukan Negeri

ALOR SETAR : Kenaikan tarif air adalah keputusan Kabinet dan bukannya kerajaan negeri tetapi media arus perdana memberi gambaran salah dalam hal berkenaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar.

"Yang ni semua diputuskan di peringkat Kabinet, lepas itu diturunkan kepada semua negeri di Malaysia. Cuma kenapa negeri Pakatan Rakyat diminta buat dulu?" katanya kepada TV Selangor.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memutar belit fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus.

Sehubungan itu, Manikumar meminta rakyat Kedah supaya bersabar kerana pembekalan air melibatkan pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan tiada jurisdisi kerajaan negeri.
"Saya ingat rakyat perlu bersabar sedikit, kita nak tgk hal ini dan kaji semula kerana melibatkan banyak entiti-entiti seperti SPAN, PAAD dan akta 155 dan 156 dan kita tak boleh buat sewenang-wenangnya,"kata beliau.

Dalam pada itu, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata beliau tidak mengetahui berlaku kekecohan di Pejabat Menteri Besar hari ini, sebagaimana laporan Bernama yang menerbitkan berita demontrasi sekumpulan pihak yang didakwa ahli Pas di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini.

"Tak taulah, pejabat saya dekat dengan pejabat menteri besar tapi saya tak dengar apa-apa pun," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah itu.

Isa berkata kenaikan tarif air itu berlaku kerana Syarikat Pembekalan Air Kedah (KADA) tidak lagi memegang monopoli pembekalan air tetapi diurus Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pembekalan Aset Air Berhad (PAAD).

"Kerajaan Negeri tidak pernah berniat menaikkan tarif air dari awal tapi keadaan memaksa.
"Kenaikan air mahu diselaraskan di seluruh negara dan lima negeri iaitu Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menjadi negeri yang awal. Jadi nasib tak baiklah sebab kita kena umum dahulu," kata beliau.

(Radzi Razak)
tvs

Tanam semula: Ahmad guris perasaan peneroka

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Datuk Ahmad Maslan diminta menghentikan segera pembohongan dan dolak dalik berhubung isu Felda khususnya wang tanam semula kepada peneroka persendirian.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman merujuk kepada beberapa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dianggap bukan sahaja cuba memperbodoh peneroka malah tidak wajar keluar dari mulut seorang menteri.

Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang.

Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah.

"Saya gesa beliau menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,00 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera.

"Jika tidak, laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara," kata Mazlan pada sidang media di parlimen hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut, wakil-wakil peneroka yang menanam sendiri dan bekas kakitangan yang bekerja hampir 30 tahun Felda.

Selain itu beliau turut mempersoal adakah Felda memberi kebebasan kepada peneroka untuk mengurus kebun secara persendirian, sedangkan pada masa yang sama Felda juga mengeluarkan pekeliling melarang peneroka berbuat demikian.

"Kalau tiada paksaan, kenapa Felda mengeluarkan pekeliling mengugut peneroka agar mencabut anak sawit yang telah ditanam secara persendirian?" soalnya.

Menurutnya lagi, terdapat peneroka yang telah menanam sendiri hampir 10 tahun, namun wang tanam semula yang dijanjikan Felda tidak diperolehi.

Sehubungan itu, beliau juga mendesak Ahmad dan Felda jangan berdolak dalik, sebaliknya menjelaskan bayaran wang tanam semula dalam masa tiga bulan.

"3,000 peneroka di Pahang sekarang ini masih lagi menunggu wang tanam semula mereka.

"Jika gagal berbuat demikian, Anak akan atur rombongan peneroka setiap minggu ke Ibu Pejabat Felda di jalan Semarak setiap minggu," katanya lagi.

Kumpulan pertama yang akan dihantar adalah dari Felda Gugusan Sungai Dusun Ulu Selangor yang dijanjikan wang tanam semula oleh Felda pada pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

"Jika tidak dapat wang tanam semula, peneroka tidak teragak-agak membawanya ke mahkamah.

"Peneroka pilih mahkamah sebab itu jalan terakhir setelah perundingan dibuat begitu lama namun Felda belum bayar," jelasnya. -Hrkh

UMNO terpaksa guna jenama KU LI di Galas..!!

Setelah jenama Umno merudum, jenama Ku Li dipilih


http://mybloghub.my/wp-content/uploads/A3.jpg

Pecah cawan, pecah gelas. Siapakah yang akan menang kerusi di Galas?

Jawapannya akan diketahui pada malam 4 November nanti, tetapi buat masa ini percaturan politik di Galas, Kelantan telah bermula. Bagi pihak Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li telah diberi tugas sebagai pengarah kempen dan ramai pula yang mencadangkan nama beliau sebagai calon. Ku Li telah diberi peranan yang amat besar dalam pilihanraya kecil ini walaupun sebelum ini ramai dalam parti Umno yang tidak suka kepadanya sebab beliau memihak kepada Kerajaan PAS Kelantan dalam tuntutan royalti minyak.

Tetapi sekarang ramai dalam Umno yang berpusu-pusu memujinya sebagai seorang tokoh Umno yang berwibawa yang telah memberi sumbangan jasa yang besar kepada Umno. Dapat dilihat di sini bahawa dalam dunia politik, dalam masa sekelip mata sahaja keji boleh berubah menjadi puji dan sebaliknya.

Dalam cerita Galas ini, saya berpendapat bahawa Ku Li mungkin akan 'dijerat' oleh Umno yang sangat licik dalam percaturan menjerat musang. Di sini saya merujuk kepada musang yang sebenar dan bukan Ku Li.

Untuk pertandingan di Galas, apa yang sebenarnya akan berlaku ialah PAS lawan Umno dan bukan PAS lawan Ku Li. Cuma kerusi Galas terletak di kawasan Parlimen Gua Musang sahaja. Tidak kurang dan tidak lebih dari itu.

Umno pula akan meletakkan Ku Li di pentas depan untuk memberi gambaran bahawa ini adalah pertandingan di antara PAS dengan Ku Li supaya dapat meraih sokongan dan undi kaum Melayu dengan mudah. PAS perlu berdepan dengan ilusi yang ditonjolkan oleh Umno.

Apa yang PAS perlu lakukan di sini ialah untuk memberi penerangan yang terperinci kepada para pengundi bahawa ini adalah pertandingan di mana PAS akan bertentangan dengan Umno dan bukan Ku Li.

Nama Umno sudah tiada kekuatan lagi, jenama Umno sudah lemah. Oleh itu Umno terpaksa menggunakan jenama Tengku Razaleigh Hamzah-nama itulah yang mempunyai kuasa. Selain dari itu, politik perkauman Umno telah ditolak bulat-bulat oleh bangsa bukan-Melayu. Nasib baik untuk Umno tidak terdapat ramai orang Cina dan orang India di Galas. Jika ramai, Umno perlu berhempas-pulas untuk menggalaskan ceramah mereka dengan lebih banyak lagi ungkapan yang manis untuk meminang hati pengundi Cina dan India.

Jika calon Galas bukan Ku Li, Umno menghadapi peluang yang cerah untuk mengalami kekalahan. Walaupun begitu, Umno yang sangat licik itu juga mempunyai banyak taktik yang 'canggih' dan 'menakjubkan' untuk mendapat sokongan para pengundi. Satu daripada taktik yang telah dibuktikan amat berkesan ialah memberi gula-gula dan nasib mereka juga baik dalam hal ini kerana pengundi Melayu akan lupa bahawa janji-janji yang lama di Manek Urai tidak ditunaikan.

Perlu diungkitkan hal jambatan yang telah dijanjikan oleh Umno kepada para pengundi di Manek Urai. Satu keping papan pun tiada, apa hendak dikatakan lagi?

Secara terus-terang saya ingin mengatakan bahawa pengundi Melayu mudah terpedaya oleh Umno, contohnya wang ehsan dari Kerajaan Pulau Pinang itu. Telah dikatakan seribu satu kali oleh Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang bahawa wang ehsan untuk orang Melayu ialah hasil dari penjimatan wang dari langkah-langkah jimat-cermat yang diamalkan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan bukan dari Kelab Lumba Kuda tetapi orang Melayu percaya pula cakap orang Umno. Akan sampai bila orang Melayu akan diperdayakan lagi? Dari dulu hingga kini dan buat selama-lamanya?

Perlu ditekankan di sini bahawa Umno ialah parti berteraskan bangsa Melayu, oleh itu orang Melayu yang pentingkan keMelayuannya akan mengundi Umno. Orang Melayu yang pentingkan ugamanya akan mengundi PAS sebab PAS ialah parti yang berteraskan Islam. Itu logik, dalam bahasa Inggeris kita kata 'simple and straightforward' dalam bahasa Melayu kita kata 'mudah dan terang'. Oleh itu, di Galas PAS dan Umno akan cuba baca 'iklim' pengundi, sama ada mereka lebih memberi tumpuan kepada bangsa atau ugama.

Saya ingin berganjak topik sedikit dan memberitahu pembaca bahawa sekarang ada ramai orang Cina dan orang India menyokong PAS. Ia adalah kerana PAS adalah adil kepada semua dan tiada satu pun orang PAS yang rasis. Keadilan Islam merangkumi semua, oleh itu PAS adalah parti untuk semua orang, tidak kira bangsa atau ugama manakala Umno ialah parti untuk orang Melayu sahaja.

Ramai orang Melayu yang berpendapat PAS telah tunduk kepada DAP dan ini tentu akan menjadi topik hangat di Galas. Saya ingin menyangkal pendapat itu dengan sekeras-kerasnya sebab dalam Pakatan Rakyat semua adalah selaras kuasanya iaitu 1/3 kuasa kepada PAS, 1/3 kuasa kepada DAP dan 1/3 kuasa kepada PKR. Tidak seperti di Umno yang telah menjadi 'big brother' dalam Barisan Nasional sehingga MCA dan MIC yang menjadi komponennya adalah untuk memberi satu ilusi keharmonian dan semangat muhibah sahaja. Semuanya adalah ilusi. Semua pengundi mesti jangan terpedaya dengan ilusi ciptaan Umno. Umno ialah BN dan BN ialah Umno. Noktah.

Saya tahu pertempuran akan sengit di Galas. Hanya saya berharap semoga Tuhan akan memberi ilham kepada para pengundi dan membuka mata mereka supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam lagi nilai-nilai murni Islam yang sebenarnya dan membuat pilihan yang cerdik dan berwawasan masa depan supaya kemakmuran negara dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan ugama.

--------------------------------------------------------

Selena Tay adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS, Titiwangsa.

Walaupun Guna Rahimi Umno-BN Tidak Mampu Sekat Kemaraan PR

Oleh Fazli Othman
johari1SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman dipaksa menandatangani akuan bersumpah kes Fitnah II sebagai terlalu kerdil untuk menyekat gelombang kemarahan rakyat terhadap Umno-Barisan Nasional.

"Bagi saya, ini lebih merupakan serangan politik dan bukannya pertuduhan jenayah.

"Apa yang terjadi adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan taktik dan skrip yang sama yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa konspirasi menjatuhkan timbalannya ketika itu.

"Dr Mahathir menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk pihak polis dan peguam negara untuk bersengkokol dengan beliau," ujar beliau. Menurut Johari, serangan politik itu telah menyebabkan Umno-Barisan Nasional kehilangan lima buah negeri serta dua pertiga majoriti di Parlimen.Tindakan serupa yang dibuat Najib akan menyebabkan Umno-BN akan kehilangan satu Malaysia.

"Najib nampaknya tidak belajar daripada kesilapan. Kehidupan manusia ini singkat tetapi nilai kemanusiaan itu akan berkekalan. "Rakyat akan terus bercakap dan perkara yang difikir secara logik akal dan tidak boleh diterima akan ditolak," kata Johari kepada Suara Keadilan

Dun Galas: kemenangan dijangka tercapai kerana kita tidak gentar- DS Nizar


KUALA TERENGGANU – Pakatan Rakyat (PR) akan bekerja keras dalam memastikan kemenangan calon pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November nanti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemenangan akan dipastikan milik calon yang dipilih PR kerana di kawasan itu terdapat lebih 20 peratus pengundi Cina selain 11 peratus Orang Asli.

“Hasrat ini dijangka tercapai kerana kita tidak gentar dengan calon yang bakal diletakkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Galas nanti.

“Saya menyatakan sedemikian kerana kemenangan di Sibu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 Mei lalu memang di luar jangkaan dan menunjukkan penduduk di situ sudah muak dengan politik BN," katanya.

Sehubungan itu katanya, tidak mustahil penduduk di kawasan Galas boleh terus mengekalkan kerusi milik Pas daripada jatuh ke tangan BN walaupun pelbagai agenda politik bakal dimainkan sepanjang kempen pilihan raya akan datang.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan sesi dialog sempena dana pilihan raya di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Nizar berkata, desas-desus menyatakan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi calon di Galas hanya tawaran daripada pucuk pimpinan UMNO, namun belum ada kata putus.

“Kemungkinan beliau (Ku Li) akan menolak tawaran itu dan perkara ini telah pun dinyatakan dalam Parlimen oleh beliau sendiri.

“Sekarang, PR menunggu siapa calon yang bakal diletakkan oleh BN di sana dan kita yakin tidak memberi masalah kepada jentera PR untuk meyakinkan penduduk di kawasan itu," katanya.

Apa yang penting katanya, setiap calon yang dipilih PR akan disokong dan cuba membantu sedaya upaya agar kemenangan terus berpihak kepada calon mereka.

“Hasrat ini penting bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR bukanlah satu parti yang mensia-siakan rakyat, tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum di Malaysia,” katanya - SinarHarian

Kemalangan Ngeri Babitkan 6 Kenderaan, 12 Maut

12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan

Gambar: Kemalangan membabitkan dua bas ekspres, satu van dan tiga kereta di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam tadi dipercayai meragut 11 nyawa. - Foto Jaafar Mulup/BH

REMBAU - Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka. - BERNAMA


Kemalangan maut di Alor Gajah.

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumpang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya itu.

"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya," beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya. -Hrkh

Umno Bukannya Melayu Yang Takut Hilang Kuasa Politik

Oleh Suara Keadilan
pic-nurul1SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata Umno sebenarnya resah dan takut dengan senario kehilangan kuasa politik pada pilihan raya umum ke-13 dan bukannya mengenai masa depan politik orang Melayu.

Merujuk kepada tulisan yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia bertajuk “Kuasa Politik Penentu menjelaskan fitnah paling besar yang disebarkan oleh Umno di dalam perjuangan bangsa adalah Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno.

"Oleh demikian sebenarnya ia bukan mengenai kehilangan kuasa politik kaum Melayu tetapi keresahan mengenai kehilangan kuasa politik Umno itu sendiri.

"Penentu sebenar masa depan bukan sahaja orang Melayu dan masa depan seluruh Malaysia bukanlah berdasarkan kepada kuasa politik sahaja tetapi sebenarnya kepada kontrak politik," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan beliau semalam.

Beliau berkata kontrak Politik adalah satu perjanjian melibatkan semua rakyat untuk mencapai satu matlamat bersama yang berpandukan kepada syarat-syarat kuasa atau peraturan yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan.
ibrahim_ali_perkasa

"Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik adalah seperti permainan bolasepak tanpa peraturan atau tindakan polis tanpa undang-undang.

"Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik akan menjadi alat kepentingan golongan elit dan bukan penterjemah kehendak rakyat," jelasnya.

Tambah beliau, ketika ini Politik Ketakutan (politics of fear) yang penuh dengan retorik politik hasutan termasuk ancaman ‘perang saudara’ dan akan berlakunya kucar-kacir seperti yang dilaungkan oleh Perkasa dan Tun Dr Mahathir sedang digunakan untuk mempertahankan kuasa politik Umno dan bukan kuasa politik Melayu.

"Sebaliknya, Nngara memerlukan budaya politik harapan dan kebebasan (politics of hope and liberation) untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara secara adil dan saksama.

Katanya, Kontrak Politik mesti bermula dengan permulihan Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk asal dengan memansuhkan undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan serta mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan termasuk menarik balik perisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

"Selain itu proses dan peraturan pilihan raya mesti dipulihkan agar ia adil dan telus. Masanya telah tiba untuk semua lapisan rakyat menuntut diwujudkan kembali Kontrak Politik yang akan menentukan agar Kuasa Politik itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kekayaan Umno," ujar Nurul Izzah.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .