Ikuti Blog ini

BUKIT SELAMBAU : BN Terpukul Masyarakat Siam Sokong PR

BBerpuluh tahun masyarakat siam Kampung Tanah Lincin, Bukit Selambau menderita bagai menunggu buah yang tidak gugur. Pelbagai janji manis kerajaan BN kononya akan membela nasib mereka hanya tinggal sebagai janji.

Pembangunan yang mereka harapkan tidak kunjung tiba. Sebuah jambatan. Itu sahaja permintaan masyarakat kampung Siam tersebut untuk membolehkan mereka berhubung dengan masyarakat luar.

Tetapi hajat mereka yang satu ini tidak sekelumit pun mendapat perhatian kerajaan BN.

"Kampung ni sekarang masa hujan, masalah banjir, dua penggal dah kita undi BN dulu masih tak buat, jembatan merupakan isu di sini," kata Chang Long Aichuan, Jurucakap Keadilan masyarakat Siam di Bukit Selambau.

"Masalah kedua ialah taraf hidup, taraf hidup macam 30 tahun dulu. Rumah masih usang. Kalau ada rumah baru pun hanya rumah Ketua UMNO sahaja yang baru, rumah kroni sahaja baru, rumah orang lain mana ada, papan buruk, zink buruk, bocoq sana bocoq sini, apa ke jadah menda ni, hanya ketua UMNO saja rumah yang baru, yang duduk bawah ketiak UMNO saja yang baru," katanya berang.

Kunjungan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini membawa satu harapan baru kepada masyarakat Siam.

"Kita berbangga kerana ketua parti membagi sokongan, orang kampung harapkan PKR sahaja yangg menolong orang kampung Siam di sini," kata Sang Wan, Ketua Kampung Lincin.

Masyarakat Siam telah berpusu-pusu menyambut ketibaan Anwar dan ada yang mengakui yang jauh pun sanggup balik mengambil cuti untuk bertemu dengan Anwar, didedahkan oleh Wegan Akiang, seorang penduduk Siam Bukit Selambau.

Apa yang jelas kini laporan BERNAMA seperti yang dilaporkan hari ini yang mendakwa kononnya kesemua 340 pengundi masyarakat Siam dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau berikrar untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk S.Ganesan pada pilihan raya kecil Selasa ini adalah pembohongan besar agensi berita nasional itu.








Bukit Gantang - lebih 3 ribu warga cina hadir ke Majlis Nizar di Kuala Sepetang

Jika minggu lalu, Jamuan Makan Malam bersama Nizar anjuran DAP berjaya menarik khalayak bukan melayu di Bandar Taiping lebih 2 ribu orang, sebentar tadi Jamuan Makan malam yang lebih besar telah diadakan di Kuala Sepetang. Berdasarkan dari sumber krew Blognet@Perak yang membuat liputan di sana, dianggarkan lebih dari 3 ribu rakyat berbangsa cina hadir ke majlis makan malam bersama MB Perak Sdr. Nizar Jamaluddin.

Nizar Jamaluddin ialah calon dari Pakatan Rakyat. Jamuan Makan Malam ini diadakan di dalam khemah yang cukup besar. Soal sokongan dari bukan melayu, kini tidak lagi menjadi masalah besar kepada Nizar. Beliau adalah pemimpin yang diterima oleh semua kaum.

Sekitar Majlis Makan Malam bersama Nizar minggu lalu

Memang ramai, dari nenek tua sampai ler kepada anak dara (amoi), aura Nizar dapat dilihat ketika beliau tiba dimana semua yg hadir berebut-rebut mengambil gambar, penuh keterujaan

Beginilah gegak gempitanya sewaktu Nizar tiba di Majlis terebut selepas Isyak.

Majlis Makan Malam juga turut diadakan oleh Mr. Lau, seorang penyokong kuat BN malam kelmarin di Kuala Sepetang. Dari pengamatan mata, majlis anjuran BN itu juga turut berjaya menghimpunkan lebih separuh daripadanya adalah dari penyokong DAP.

Gambar Yang Menggugat UMNO/BN Bukit Gantang

Gambar dekat bawah ni aku ambik dekat Pejabat MCA Cawangan Trong maa aku dok ronda-ronda petang tadi.

Jam 3:51 kami lalu depan Pejabat MCA ni, ada sorang apek dok melanguk atas kerusi roda dia... dalam hati aku terasa nak snap gambaq apek ni tapi aku tak tau pasai apa.


lepas aku snap sekeping, apek ni reverse masuk kedalam. aku ingat dia nak menyuruk sebab tak nak gambaq dia kena rakam, rupanya dia pi ambik satu "benda" dekat dalam, lepas tu dia keluaq balik sambil dok tunjuk "benda" tu dekat aku..!

Apa "benda" yang apek tu ambik dekat dalam dan apa "benda" yang apek tu tunjuk dekat aku???

Dan inilah dianya "benda" yang apek tu tunjukkan dekat aku... aku tak tau nak kata apa... hangpa pikiaq la sendiri.

Macam mana UMNO/BN nak menang kalau dah orang dalam Pejabat MCA Cawangan sendiri pun (walaupun warga emas) tak segan silu menyatakan sokongan secara terbuka kepada Calon dari Pakatan Rakyat..?

Please everybody... giva a big clap to our special guest today... our otai from MCA Cawangan Trong..!

Sepanjang aku dok di Bukit Gantang... banyak kali dah aku lalu dekat Pejabat MCA Cawangan Trong dan tiap kali aku lalu, memang sunyi-sepi tempat tu dan adakah kejadian hari ni memberi gambaran awal bahawa MCA Cawangan Trong juga menyokong calon dari Pakatan Rakyat?

UMNO/ BN Berpakat Dengan Kongsi Gelap

http://buletinonline.net/images/stories/berita3/bacarisalah.jpg
Bukit Gantang – UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah terlalu terdesak dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang (PRK Bukit Gantang) sehingga terpaksa berpakat dengan ‘kongsi gelap’ bagi mengugut dan menakut-nakutkan pengundi (Gambar-Seorang pengundi membaca risalah yang diedarkan oleh petugas Pakatan Rakyat di Par Minggu Simpang)


“Satu pertemuan telah diadakan antara Dato’ Zahid Hamidi dengan satu kumpulan kongsi gelap di sebuah hotel di Taiping baru-baru ini,

“ia bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi terutamanya dari kaum Cina, supaya tidak turun mengundi,

“ia satu tindakan yang tidak beretika, tidak bermoral dan merupakan ‘politik lama’ yang masih diamalkan oleh UMNO/BN,” kata Pengarah Operasi Pilihanraya PAS bagi PRK Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi.

Beliau berkata pihaknya ada perincian pertemuan Dato’ Zahid dengan kongsi gelap tersebut masa dan tarikh serta individu yang ditemui.

Sehubungan itu beliau mencabar pihak UMNO/BN dan Dato’ Zahid sendiri untuk membuat penafian secara terbuka sekiranya perkara tersebut adalah sesuatu yang tidak benar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata PAS telah menyatakan persetujuan menyahut seruan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jamaie untuk menyertai satu debat terbuka mengenai isu “derhaka kepada raja-raja Melayu”.

“Salah seorang speaker PAS insyaAllah Datuk Paduka Husam Musa, setakat ini, UMNO masih belum menyatakan komitmen menyertai debat tersebut,

“ini membuktikan UMNO tidak berani berdepan dengan rakyat bagi membuktikan siapakah sebenarnya yang derhaka,”katanya dalam sidang media yang diadakan di Markaz Air Kuning hari ini.

Hj Asmuni turut menyatakan keyakinan rakyat dan pengundi Bukit Gantang bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya usaha kempen akan ditingkatkan dalam tempoh 72 jam akan datang menjelang hari mengundi pada 7 April, selasa ini.

“Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) akan melipatgandakan majlis ceramah dan penerangan 30 siri secara serentak di seluruh Parlimen Bukit Gantang mulai hari ini,

“kita yakin, rakyat akan mengundi kita dengan pakej kempen ‘politik baru’ yang menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa,

“dan (rakyat) akan menolak UMNO/BN dengan politik lama yang mengugut dan menakut-nakutkan pengundi serta fitnah dan perkauman yang sempit,”jelasnya.







Bukit Gantang - Kronologi Kekecohan di Trongate subuh tadi.

JAM 2:00 pagi tadi saya cuba melaporkan satu kejadian yang nyaris-nyaris mencetuskan perbalahan besar antara kedua para penyokong dan pekerja jentera kempen pilihan raya Pas dan BN di Bukit Gantang. Sekiranya tidak ada tolak ansur dan campur tangan segera polis pasti kekecohan malam tadi membawa pergaduhan yang akan mecemari perjalanan pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang.

Kerana tidak ada kemudahan internet maka laporan berkenaan terlewat diposting. Namun saya percaya sudah ada blogger atau pun protal berita lain memberi laporan terperinci mengenai kejadian malam tadi dari detik ke detik.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12:45 minit tengah malam, di Kepala Bukit, Batu 8, di simpang ke Changkat Ibol. Kawasan ini dikenali sebagai kubu kuat Pas sejak lama dulu dan UBN dikatakan sukar untuk menembusi kubu ini.

Sesampai di simpang itu pagi tadi sekembali dari menghadiri ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tebok dalam DUN Trong, kelihatan ramai penyokong Pas dan pekerja pilihan raya berdiri di tepi jalan. Mereka dalam keadaan siapa siaga dan seperti ada sesuatu yang berlaku.

Kerana mengsyaki sesuatu saya bersama Pak Abu, dua orang rakan lain berhenti untuk meninjau dari dekat apa yang berlaku sebenarnya.

Sangkaan kami benar, ada sedikit kekecohan berlaku antara penyokong dan pekerja pilihan raya Pas dan UBN.

Jumlah penyokong dan pekerja Pas ketika itu kira-kira 100 orang. Semua mereka terdiri daripada anak-anak muda dan mereka adalah orang-orang tempatan Bukit Gantang.
Menurut maklumat kekecohan itu berlaku apabila pekerja UBN tidak menghormati "persetujuan" berhubung pemasangan poster dan banner di sekitar kawasan itu yang telah dibuat sebelum ini.

Katanya pihak Pas tidak membenarkan poster atau banner UBN ditampal di kawasan itu. Ianya boleh dibenarkan sekiranya orang UBN tempatan sendiri yang akan melakukannya. Mereka melarang mana-mana orang luar untuk menampal poster di situ. Larangan itu bukan saja kepada pekerja luar UBN saja, tetapi pekerja luar Pas juga.

Persetujuan itu telah dibuat di hadapan pihak berkuasa di situ dan kedua pihak akan mematuhinya.

Tetapi 'perjanjian' itu cuba dinodai pada malam itu. Penyokong sudah mendapat tahu yang ada pihak luar dipanggil untuk pasang poster di situ. Gara-gara itu para penyokong Pas bersiap sedia untuk menghalanginya berdasarkan kepada pesetujuan dibuat itu.

Sekumpulan para penyokong UBN juga terdiri dari orang tempat berada di tempat itu yang dijarakkan kira-kira 100 meter sahaja. Kedua pihak kelihatan dalam keadaan tegang dan siap sedia untuk bertindak antara satu sama lain.

Jam 1:10 malam sebuah lori membawa bendera UBN memasuki ke kawasan itu dan diletakkan berhampiran simpang berkenaan. Kedatangan lori itu sudah ditunggui dan tidak menyenangkan para penyokong Pas menyebabkan mereka terus menyerbunya.

Mulanya mereka melarang dari jauh tetapi setelah mendapati pekerja dari atas lori itu enggan berbuat demikian menyebabkan mereka menyerbu sambil melaungkan meminta supaya lori itu dibawa keluar dari kawasan itu kalau tidak mahu ianya diapa-apakan.Jumlah para penyokong Pas juga bertambah dalam sekelip mata saja.

Setelah lori itu berdegil dan cuba mempertahankan untuk memasang bener menyebabkan penyokong Pas naik bereng. Ketika ini kekecohan berlaku di mana berlaku tolak menolak. Kekeras juga mula digunakan di mana ada yang menepuk lori dengan tangan dan mengancam untuk bertindak ke atas lori berkenaan.

"Siapa yang bertanggungjawab dan suruh kamu bawa bendera ini. Mana, tujuk kamu dari mana??" kata seorang penyokong Pas dan diikuti oleh beberapa yang lain. Keadaan sudah mula panas apabila mereka menyedari lori dan pekerja berkenaan datang dari Gerik.

Pekerja UBN itu tidak berbuat apa-apa dan mereka panik dengan apa yang berlaku. Kira-kira 50 orang pekejera UBN yang ada di situ juga tidak apat berbuat apa-apa kerana bilangan penyokong Pas semakin bertambah.

Melihat keadana sudah seperti tidak dapat dikawal dan kemarahan sudah membuak akhirnya lori berkenaan berundur. Sebaik lori itu berundur penyokong Pas bersorak dan takbir.
Ketika ketegangan ini berlaku terdapat tiga buah kereta trafik polis berhampiran tempat kejadian itu. Beberapa anggota FRU dan dua buah land rover juga ada di situ. Lebih 20 SB juga turut sama berada di situ.

Apa yang agak menghairankan polis seakan tidak bertindak segera dan seperti mahu memerhati saja apa yang berlaku. Cuma salah seorang anggota polis sibuk cuba menenangkan keadaan. Dua toiga orang anggota FRU yang berada di atas land rover pula diminta turun setelah suasana susah hampir tenang.

Selepas lebih setengah jam keadaan tegang itu berakhir. Selepas keadaan tenang saya meninggalkan tmpat itu untuk mencari makan.

Jam :45 selepas memakan dibatu 10, kelihatan beberapa buah trak FRU siap dengan bunyi siren menghala ke arah tempat kejadian. Lebih lima buah trak yang padat dengan anggota FRU sempat dilihat menghala ke tempat kejadian itu dengan diikuti beberapa buah kereta polis. Sebelum sempat menghabiskan makanan yang dipesan saya, Pak Abu dan dua rakan bergegas semula ke tempat kejadian.

Di simpang Kepala Bukit, Batu 8 itu keadaan sudah jam. Trak FRU dan kereta polis memenuhi di sepanjang jalan. Keadaan tidak ubah seperti dalam kecemasan. Anggota FRU dianggarkan 150 orang sudah siap sedia untuk bertindak. Kereta yang menghalang dari Batu 10 ke batu 8 di arah berputar balik.

Rupanya selepas saya meninggalkan tempat tadi, meletus semua kekecohan yang menyebabkan FRU dipanggil ke situ. Kekecohan kali ini berlaku apabila penyokong Pas menyedari ada pihak tertentu telah memasang banner menghina Pas yang tertulis "Rukun Islam dan Rukun Iman Pas".

Banner menghina Pas ini dipasang selepas kekecohan selesai. Pemasangan disedari oleh kumpulan pekerja dan penyokong Pas tadi menyebabkan mereka meminta ianya diturunkan.

Kesemua banner itu yang dipasang diturun dan disimpan semula oleh pihak UBN. Kedatangan FRU menyebabkan timbul rasa cemas. Para penyokong Pas yang berkerja dari luar yang bertugas di beberapa pos berhampiran nampak seakan terkejut dan menanti tindakan FRU setrusnya. Ada yang sudah bersiap sedia untuk melihat FRU bertindak ganas.

Beberapa ketika keadaan penuh suspen dan menjaditanda tanya. Para petugas Pas kelihatan berbincang dengan pihak polis. Syukur Alhamdulilah kira-kira sejam FRU yang sudah siap sedia dengan perisai dan cotal di arah kembali ke kem mereka semula untuk tidur sebelum digerakan lagi.

Ketika ini juga Ketau Pemuda Pas Perak, Azli datang menenangkan keadaan dengan meminta orang ramai bertenang dan bersurai.


Sivakumar bermotor Kempen Bantu Nizar

S. Sivakumar menunjukkan isyarat ” bagus” sewaktu memulakan perjalanan rumah ke rumah untuk kempen pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang bagi membantu calon PAS, DS Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang

Sivakumar bermotor untuk dekatkan rakyat - Masyarakat India berikan sokongan yang padu



Simpang Halt-5 April, Hero Perak dalam Sidang Dun, S. Sivakumar, bermotor beramai-ramai dengan bebarapa orang penduduk India dalam sesi kempen dari rumah ke rumah. S. Sivakumar yang berbaju hitam merupakan Speaker DUN Perak telah turut sama berkempen bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk Malaysia yang telah lama berkampung di Parlimen Bukit Gantang bagi membantu jentera pilihanraya PAS-Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.


PAS yang diwakili oleh pemimpin berjiwa rakyat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah menggunakan pendekatan dari rumah ke rumah untuk mendekatkan lagi dengan penduduk dan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat yang sudah berpuluh tahun dipinggirkan oleh UMNO.

Bermotor bersama rakyat.
Beberapa orang penduduk bersiap sedia dengan motor masing-masing untuk kempen rumah ke rumah bersama-sama dengan S. Sivakumar di Simpang halt semalam.


Selain ceramah dan risalah-risalah, pendekatan rumah ke rumah ini adalah salah satu kaedah yang paling baik dan mesra kerana mampu bertemu muka. Kempen yang masih lagi berbaki beberapa hari lagi akan digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan dan memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang mana selama ini masyarakat India telah dipesongkan oleh UMNO -BN melalui berita-berita dan maklumat yang tidak tepat yang disalurkan melalui Media massa milik kerajaan BN.


BUKIT GANTANG : UMNO Terlopong Bila Konsert Yasin Sokong Pakatan

Berbanding dengan konsert tarian separa-bogel BN yang dihadiri oleh Menteri Agama Datuk Zahid Hamidi, Pakatan Rakyat pula menampilkan sebuah konsert Santai Anak Muda anjuran bersama AMK dan Gerakan Mansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) di Simpang, Bukit Gantang dengan kehadiran penyanyi terkenal Yasin dan Juara Akademi Nasyid, Azhan Atan.

Malaysiakini melaporkan Yasin, bersama gandingan lamanya dalam kumpulan Brothers, Salleh berpadu suara dengan penyanyi rap Akhbar dilihat beberapa kali memberikan ingatkan kepada kira-kira 150 peminat dan penyokong Pakatan di konsert santai di Simpang itu.

"Jangan lupa, Selasa ini, undilah calon Pakatan Rakyat," disambut tepukan dan sorakan penonton di pentas terbuka di kawasan rehat R&R di situ.

Mereka menyampaikan lagu-lagu terkenal yang pernah menjadi kegemaran ramai, antaranya, Satu Perjuangan, Teman Sejati dan Alhamdulillah.

Membuat persembahan terakhir, Azhan menyampaikan lagu Iqra' yang pernah dipopularkan papa rock Malaysia Ramli Sarip, sambil menyatakan mesej sama kepada penonton.

Radio TKO.fm sering menyiarkan lagu-lagu penyanyi Yasin dan Azhan Atan semenjak ia diterbitkan dua tahun lalu di dalam rancangan Isu Semasa dan Irama Malam bersama GB yang ke udara pada setiap malam bermula jam 9.30 malam.

Yasin berkata ini merupakan "perjuangan kecil-kecil tetapi konsisten" untuk menggalas "harapan perubahan untuk Malaysia". Beliau bagaimanapun menafikan menganggotai PKR tetapi hanya penyokongnya sejak peristiwa reformasi 1998.

Ditanya sama ada beliau menghadapi masalah akibat kehadirannya ke pentas pembangkang, Yasin berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah: "Setakat hari ini tidak ada," katanya yang mendakwa sudah lebih sepuluh kali hadir di pentas pembangkang.

Beliau menyifatkan tindakan Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA sebagai "reaksi semata-mata dan tidak berasaskan prinsip".

Selain itu, tambahnya, beliau yang membuat laporan polis terhadap Najib berdasarkan pendedahan tergempar akhbar Perancis Leberation - yang mengaitkannya dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu - berkata telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporannya itu.

Dalam masa yang sama, tambahnya, Najib sebaliknya tidak pun dipanggil polis memberikan keterangannya.

Beliau juga mendakwa, terdapat pihak menggunakan SMS palsu kononnya daripada pemimpin utama Hindraf P Wathamoorthy dari London meminta sokongan pengundi selepas Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.

Walaupun program tersebut anjuran bersama GMP, namun tiada sebarang risalah berhubung dasar kontroversi PPSMI diedarkan.



13 Tahanan ISA Telah Dibebas

13 tahanan ISA dibebas Najib, sudah keluar pusat Kamunting

DIBEBASKAN… Ahli Darul Islam Sabah (DIS) Idris Lanama antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan hari ini.
BEBAS…Pemimpin Hindraf, R. Kenghadharan dibebaskan pada pukul 1.20 tengah hari tadi.

TAIPING: Selepas lebih 40 jam diumumkan pembebasan oleh Perdana Menteri baru Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, kesemua 13 tahanan ISA keluar daripada Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini menjelang 1.30 tengah hari tadi.


Tiga orang tahanan - rakyat asing, dipercayai telah keluar seawal 10.43 pagi tadi manakala yang lain sebelum 1.30 tengah hari.


Baki 10 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf yang telah diharamkan dibenarkan keluar pusat tersebut antara pukul 1.15 dan 1.20 tengah hari tadi.


V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan dibawa keluar dengan kereta Proton berasingan manakala lapan tahanan lain keluar seorang demi seorang melalui pintu kecil lalu menaiki dua buah van yang disediakan di luar pusat tahanan Kamunting.


Kenderaan polis yang membawa Ganabatirau dan Kenghadharan kini sedang dalam perjalanan membawa mereka ke rumah masing-masing di Shah Alam dan Kelana Jaya.

DIBEBAS…Dua pemimpin Hindraf dan 11 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan hari ini.

Mereka antara lima pemimpin Hindraf ditahan pada 13 Disember 2007.


Isteri Ganabatirau ketika dihubungi sebentar tadi berkata, dia sedang mengekori kereta polis yang membawa suaminya.


“Saya belum sempat bercakap dengan dia lagi… saya sedang mengikuti kereta yang membawa suami saya, saya tidak tahu sama ada saya boleh menemui suami dalam pertengahan jalan ke rumah kami,” katanya.


Selain pemimpin Hindraf, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.


Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006. Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.


Tiga rakyat asing pula ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.


Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.


Pusat Kamunting menjadi tumpuan orang ramai termasuk penyokong dan anggota keluarga tahanan-tahanan tersebut.


Bagaimanapun angggota keluarga Darul Islam dan Jemaah Islamiah tidak kelihatan.




Tok Guru Nik Aziz: Najib perlu bersih imej.



P.59 Bukit Gantang: Jangan terperangkap lagi! - Tokguru Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat Malaysia khususnya pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang agar tidak terus terperangkap dengan gimik politik yang sedang dimainkan oleh Umno-BN.

"Saya ingin ingatkan kepada semua rakyat khususnya pengundi di Bukit Gantang agar tidak terperangkap dengan kata-kata pemimpin Umno-BN," ujarnya pada sidang media sebaik ceramah kempen selesai di Kampung Tebok malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu membuat ingatan tersebut sebagai mengulas soalan pemberita mengenai 'kejutan' yang dibuat Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Razak menerusi ucapan sulungnya baru-baru ini.

Ujarnya, sejak 52 tahun yang lalu setiap kali perlantikan perdana menteri Umno-BN pasti akan ada 'gula-gula' yang diberikan rakyat sebagai menggambarkan imej beliau yang bersih serta baik.

"Setiap kali perdana menteri baru naik, mesti ada benda baru yang diumumkan sebagai membeli sokongan rakyat selain memberi persepsi yang baik-baik belaka.

"Tetapi saya ingin ulangi sekali lagi di sini bahawa jangan terperangkap dengan permainan Umno-BN buat kali ini selepas lima kali dipermainkan oleh Umno-BN," katanya memandangkan anak beliau, Nik Adli juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.

Dalam ucapan sulung tersebut, Najib telah mengumumkan penarikan semula arahan terhadap penggantungan Harakah dan Suara KeADILan serta
membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada Penjara Kamunting.

"Umno tiada tunjang dalam berfikir dan mempertimbangkan keperluan rakyat kerana ia telah lama disunguti oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Walaupun ia perkara baik tetapi akhirnya mereka gagal jadi pemimpin Melayu kerana kalau nak berpolitik mesti bertakwa kepada Allah," ujarnya.

'Cahaya Kegembiraan' peneman sepanjang kempen DS Nizar


Sungguhpun rutin seharian DS Nizar yang amat ketat dan penuh untuk berkempen bagi kerusi P059 Bukit Gantang, tentu ada sesuatu yang bisa membuatkan letih tidak terasa dan masa berlalu begitu pantas.

Kini, dengan hadirnya cucu pertama semasa hangat berkempen, sekeping gambar cukup meredakan segala masalah dan kerumitan memenuhi jadual harian.

Nuur Insyiraah Binti Hazimin nama diberi. Maksudnya cahaya kegembiraan. Peneman kempen DS Nizar setiap hari. Semoga kegembiraan sentiasa mengiringi.

Biarpun baru menatap hanya sekali, namun wajah comel senang melekat disanubari.

Semoga kemenangan datuk sebagai hadiah buat sang puteri.

Gambar eksklusif buat tatapan pengunjung blog ini.



PRK BUKIT GANTANG : PENGUNDI DUN TRONG SUDAH BERUBAH


[BUKITGANTANG.jpg]


Dari tinjauan petugas PAS di DUN Trong terbukti penerimaan orang Melayu kepada calon PAS Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semakin meningkat.

Antara Peti Undi yang jelas akan memihak kepada PAS ialah Peti Undi Kampung Tebok, Temerlok dan Kuala Terong. Malah di Sungai Tinggi PAS dijangka mendapat undi yang jauh lebih tinggi dari PRU 2008 lalu.

Ramai penyokong Umno sendiri yang menyatakan kesanggupan untuk mengundi Nizar kerana terbukti Nizar berjaya membawa perubahan kepada penduduk miskin walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama 11 bulan, kata mereka. Program kebajikan seperti air percuma, bantuan kepada orang miskin dan sebagainya benar-benar diingati oleh mereka.

Selain itu menurutnya sejak PR memerintah Perak perpaduan penduduk kampung juga semakin erat disamping masjid-masjid semakin diimarahkan dengan hebat dengan kelas pengajian dan lain-lain. Namun begitu selepas kerajaan Perak dirampas keadaan kampung mula berpecah dan kembali seperti dahulu.




Najib Umum Dasar Lapuk

http://buletinonline.net/images/stories/berita3/TGNikAzizBktGantang.jpg
Bukit Gantang – Dasar yang dicanangkan oleh Perdana Menteri baru sebagai 'One Malaysia' atau 'Malaysia Satu' adalah satu dasar yang ketinggalan zaman.


Sekaligus dasar tersebut telah menafikan dasar-0dasar yang dibawa oleh beberapa Perdana Menteri sebelum ini umpamanya Wawasan 2020 dan Islam Hadhari.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian dalam cermahnya yang diadakan di Kampung Tebok, dalam DUN Terong dekat sini.

“Maknya 50 tahun sebelum ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah memerintah dengan tidak betul,”katanya dihadapan lebih 2,000 hadirin yang menunggu-nunggu kehadiran beliau dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Beliau bekata, PAS yang memerintah diKelantan sejak tahun 1990 telah mempelopori usaha memerintah dengan sistem Islam.

Katanya perlaksanaan sistem bank Islam di negara ini adalah berpunca dari kerajaan PAS Kelantan menolak untuk menyimpan wangnya dalam bank-bank konvensional (ribawi).

“Bila saya (PAS) mula memerintah Kelatan pada tahun 1990, saya telah memanggil Pegawai Kewangan negeri supaya membawa keluar wang kerajaan negeri dari bank-bank ribawi dan menyimpannnya dalam bank Islam,”katanya.

Justeru, semua bank-bank di Kelantan telah berubah dan melaksanakan sistem bank Islam sehingga kini, tambahnya.




Naib presiden PPP sertai PKR



Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.


nagarajan joining pkr 050409Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.


Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.


Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.


Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Nagajaran memberitahu pemberita kemudiannya bahawa hari ini beliau menyerahkan 300 borang keahlian manakala bakinya akan diserahkan selepas pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.


ceramah anwar bukit selambau 050409Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR.


Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat siam.


Dalam ucapannya, Anwar berkata beliau akan membuat satu lagi pengumuman penting pada 7 April depan.






Reaksi Spontan Dato' Seri Ir Nizar

Malam tadi kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan calon menuju ke beberapa tempat ceramah di Bukit Gantang.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta calon. Hj Nizar meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.

Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .