Ikuti Blog ini

MB Kedah - Generasi muda jangan tiru budaya buruk dari luar

SUNGAI PETANI – Ketibaan Menteri besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak pada sambutan Karnival Belia Sejahtera Negeri Kedah 2012 amat dinanti oleh penduduk di sekitar Sungai Petani khususnya, dan juga seluruh negeri Kedah yang berkunjung ke karnival tersebut.

Sesampainya penulis ke karnival tersebut seawal jam tiga petang, orang ramai mula beratur di sepanjang karpet merah laluan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan bagi mengambil peluang keemasan ini bersalaman dengan beliau, atau setidak-tidaknya melihatnya dari jerak dekat.

Setelah 20 minit menunggu, orang yang dinanti telah tiba. Sejurus itu pihak penganjur memasangkan laungan Allahuakbar, maka orang ramai berebut-rebut mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau, sama ada tua dan juga anak-anak muda.

Penulis yang berada di situ merasa meremang bulu roma apabila melihat sambutan orang ramai terhadap YAB Menteri Besar. Ini menunjukkan mereka telah menerima pemimpin yang menjalankan pemerintahan berteraskan ajaran Islam dan mengutamakan kepentingan rakyat. Beliau dijemput ke karnival ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup.


Karnival yang diadakan dua hari di Taman Jubli Perak, di sini bertujuan meraikan para belia dan beliawanis negeri Kedah dan berkonsepkan santai yang mana kos perbelanjaan dapat dikurangkan.

Maka, bersesuaianlah pada ucapan perasmian penutup, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan lebih menjurus kepada para belia.
“Yakinlah bahawa anda semua para belia mampu memikul tugas berat iaitu untuk mengekalkan warisan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian berteraskan ketaatan kepada perintah Tuhan.

“Kejayaan generasi muda bukan diukur dari sejauh mana anda berjaya meniru budaya orang luar, tetapi kejayaan anda adalah sejauh mana anda berjaya mengekang dan menghindari semua perlakuan yang buruk dan tidak mengikut hawa nafsu dalam setiap tindak tanduk anda.

“Jadi, saya nasihatkan kepada anakanda semua, lakukanlah segala persiapan diri untuk memperbaiki diri sendiri, keluarga, bangsa, negeri, negara dan agama, semoga kita sentisa dalam rahmat Tuhan,” antara petikan nasihat berguna yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan kepada para belia.
Bagi menghargai jasa para belia dan beliawanis, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menyampaikan Anugerah Khas Belia 2012. Sebanyak tiga kategori dikhaskan, iaitu keusahawanan, kemasyarakatan dan kesukarelaan serta pendidikan. Mereka berjaya pulang wang tunai RM500, plak penghargaan serta sijil.

Bebalnya Ahli Parlimen UMNO ni...

MP Seri Gading Perlu Dikutuk

Kita Gantung Pembunuh, bukan Gantung yang Berbeza Pendapat!

Kita gantung yang membunuh Altantuya. KIta gantung pengedar dadah. Kita gantung yang menjual Kad Pengenalan. Kita gantung yang menjual rahsia tentera laut. kita gantung yang menjual kerakyatan. Kita tak gantung orang yang berbeza pendapat dan pandangan. Hanya untuk sekali sahaja- pemimpin UMNO gunalah otak kamu.

Pemimpin2 United Munafik National Organization( UMNO) bersikap macam burung ostrich yang menyorokkan kepala dalam lubang tanah. Dia ingat kalau dia tak nampak musuh pemangsa, maka musuh pemangsa atau binatang lain tidak nampak akan dia. Hendak kita ketawakan dan kritik mereka, kita serba salah- maklum sahajalah, mereka berotak burung. Kita jadi pandir jika melayan puak UMNO. Tak setuju- tarik kerakyatan! Tak setuju- kita gantung. Tak setuju kita jel!. Inilah kualiti pemimpin UMNO. Hendakkah kita amanahkah negara kepada orang bermutu rendah dan selekeh otak macam ini?

Dr Mahathir sendiri yang kata- memang pemimpin UMNO yang sekarang ini orang2 bodoh dan half past six. Yang cerdik sudah masuk PAS, yang bijak sudah masuk PKR dan yang pandai dah masuk DAP. Yang tolol dan bahlul dan mengeluarkan bahan yang patut keluar dari dubur, di keluarkan ikut lubang mulut sahaja yang tinggal dalam UMNO. Sebab itu Dr Mahathir kata, UMNO sudah busuk sampai ke usus. Kalau kita hendak selamat, maka kita amanahkan negara kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang suruh.

Mahukah kita amanahkan pentadbiran negara kepada barisan pemimpin yang tolol lagi bahlul, perasuah dan pembuli? Bagaimana negara hendak maju dalam tangan orang UMNO yang tolol wa bahlul? Rosak dan punah negara kita.

Orang tolol dan kurang akal sahaja yang mengatakan kalau UMNO tidak ada, orang Melayu akan mati, kalau UMNO tidak ada, agama Islam akan hancur dan kalau UMNO tidak ada, Raja Melayu akan lenyap.

Takde orang Melayu mati di Kelantan bila UMNO kalah. Tidak ada orang Melayu yang sengsara bila UMNO tewas di Pulau Pinang- bahkan orang Melayu lebih sengsara di bawah pemerintahan UMNO dan geng jahat nya Gerakan di Pulau Pinang dahulu. Islam tidak hancur ketika PAS memerintah Kelantan dan Kedah. Raja Melayu adalah raja keatas SEMUA rakyat bukan raja untuk UMNO sahaja. Jika Raja Melayu berlagak sebagai Raja untuk UMNO sahaja, maka nanti jika UMNO tiada, raja Melayu lenyaplah. Bersikaplah sebagai raja untuk SEMUA rakyat, baharulah Raja Melayu akan kekal. Bergantung kepada UMNO bererti pendek umur untuk semua orang Melayu.

Mari kita lihat lagak pemimpin berotak burung ostrich ini. pemimpin gerombolan UMNO rasa memadai dan mencukupi hanya dengan mengeluarkan penafian. Bila di tuduh ada skendal rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, maka pak menteri yang bertangung jawab merasakan cukup dan padan hanya dengan mengeluarkan kenyataan menafikan nya. Orang kata ya- dia kata tidak. Ini kualiti pemimpin UMNO yang mengatakan ‘come on give him some humanity’.

Yang terlebih bodoh antara pemimpin UMNO ialah mereka yang enggan menggunakan bahan yang ada antara dua telinga mereka. Dan saya tidak bercakap mengenai hidung mereka. Jadi apabila otak tidak di gunakan( sebab mungkin tidak ada lansung), pemimpin UMNO menganjurkan jalan pintas.

Bila Ambiga menjuarai suatu aliran yang menyusahkan UMNO, maka mereka berteriak tarik balik kerakyatan Ambiga. Habis Ambiga hendak di hantar di mana? Bukankah kerakyatan itu sesuatu yang di jamin dan di lindungi oleh undang undang negara bukan undang2 UMNO? Ambiga itu lahir di mana?

Yang lebih dasyat, ada wakil rakyat UMNO yang terkurang cerdik di Malaysia menyarakan agar Ambiga di gantung. Bukankah ini suatu ugutan bunuh dan jika ugutan bunuh, polis kita nanti report di buat kah? Satu Malaysia dah baca ugutan bunuh ini, maka polis patut tangkap siapa yang bercakap mengenai perkara itu. Undang2 kita ini mob rule kah?

Apabila isiu demi isiu di timbulkan- pemimpin UMNO merasionalkan ia sebagai cubaan mencermarkan imej pemimpin negara? Hendak cemar apa jika sememang dan sebermula nya imej sudah tercemar?

Jika isiu yang di timbulkan terhadap semua pemimpin UMNO adalah usaha memburukkan nama orang UMNO menjelang PRU, maka apa pula kita hendak klasifikasikan isiu2 yang di timbulkan terhadap pemimpin pembangkang? Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu jangan di perbodohkan oleh UMNO lagi. Jika kita bersedia mengutuk isiu2 yang di timbulkan terhadap UMNO sebagai mainan politik semata2- maka kesediaan serupa mesti di beri keatas segala isiu terhadap pemimpin parti pembangkang.

Semua isiu terhadap Anwar Ibrahim misalnya adalah gimik politik UMNO yang kian terdesak. Pengkudaan institusi Raja2 Melayu adalah gimik politik UMNO. Hanya kali ini sahaja UMNO menunjukkan merekalah yang menjuarai Raja2 Melayu terhebat dari orang lain. Di masa yang lain, UMNO lah yang hendak gantung raja2 Melayu.

Saya sarankan, kalau kita nak gantung, kita gantung semua pegawai imigresyen, pegawai jabatan pendaftaran yang membiarkan orang asing mendapat kad pengenalan dan kerakyatan segera. Ini terang2 pengkhianatan dan pengkhianatan terhadap Raja dan Negara di hukum gantung. Kita gantung orang yang menjual rahsia tentera laut Malaysia. Komisyen yang dia dan sahabat2 pengkhianat nya terima adalah hasil pengkhianatan dan pengkhianat semua nya mesti di gantung.

Kita gantung semua yang mencuri perbedaharaan negara. Yang membawa lari duit gelap sebanyak RM 1.3 trillion dalam tempoh 10 tahun, di tangkap semua dan di gantung.

Oleh: sakmongkol AK47

Pantas SPRM siasat Rafizi isu Projek LRT 1Billion



Dalam masa beberapa jam SPRM terus menyoal siasat Pengarah Strategi Parti Keadilan, Rafizi Ramli.

               
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.
Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.
Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini.

Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent yang membida dengan harga lebih tinggi.



"Ini bertentangan dengan keputusan JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 yang bersidang pada 25 Januari 2012".

JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.
JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Korsortium Balfour Beatty-Invesys pada harga RM1,012,910,000.

Kesukaran Pihak Pengawal Menjaga Morsi



BAYANGAN 'UMAR BIN ABDUL AZIZ?

Sumber "Masr Al-Youm" melaporkan dua 'cabaran utama' pasukan polis dan pihak keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir, Dr.Muhammad Mursi:

1) Suka menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid

2) Enggan menutup lalulintas jika kenderaannya berada di jalan raya kerana tidak mahu menyusahkan rakyat

Menurut pihak keselamatan, mereka tidak terbayang Presiden akan meminta untuk menunaikan solat di masjid, bukan di rumah yang memaksa mereka untuk menjaga keselamatan Presiden yang menjadi tanggungjawab utama mereka.

Menurut sumber, Presiden juga telah mengimami solat kakitangan istana yang berada bersama-sama beliau semalam dan hari sebelumnya.

Selain itu, Presiden juga tidak suka pegawai keselamatan berdiri di panas terik bagi mengawalnya. Beliau bertanya kepada pengawal, "Mereka berdiri sudah berapa lama?" Jawab pengawal, "Sudah lebih dua jam". Presiden kemudian memarahi dan menyuruh mereka beredar.

Anda tahu jam berapa waktu solat Subuh di Mesir musim panas sekarang? Pukul 3.05 pagi -sumber FB Abdul Malik

Mahathir Kini Takut Nasib Mubarak Bakal Menimpanya!



Takut dipenjara, Mahathir dibayangi Hosni Mubarak – Anwar

AMPANG 27 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih dibayangi nasib yang menimpa kawan baiknya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kerana takut berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengulas dakwaan Mahathir kononnya Pembangkang berminat untuk menjatuhkan kerajaan ala ‘Arab Spring’.

Menurut Anwar, Mahathir begitu risau jika hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak turut dirasainya.

“Kita tengok Dr Mahathir masih lagi mewakili pandangan mereka. Dia sebenarnya masih merasai kehilangan Hosni Mubarak.


“Dr Mahathir mewakili zaman lampau, dia mengikuti pandangan Hosni Mubarak, (Presiden Zimbabwe) Mugabe, dan kita sedang melihat sekarang tamatnya pasca Mugabe, Mubarak, tetapi kebangkitan rakyat,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil di sini malam semalam.

Anwar berkata, sikap Mahathir itu seolah-olah beliau tidak gembira dengan kebangkitan rakyat, sebaliknya masih mempertahan pentadbiran kuku besi Mubarak.

“Rakyat Mesir berasa lega dan syukur kehilangan Hosni Mubarak,” katanya.

Beliau yang bangga dengan kejayaan parti Ihkwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya di Mesir itu turut mengucapkan tahniah.

“Kita sambut baik kemenangan Mohamed Morsi dan partinya, kita bangga majlis tentera juga mengiktiraf.

“Ini menunjukkan suara rakyat itu harus dihormati. Beliau (Morsi) telah dipenjara, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi masih ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat,” kata Anwar.

Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu. -KD

Dr M: Tak perlu jatuh k'jaan ala 'Arab Spring' di M'sia


Usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya ketika menjawab soalan di Majlis Bicara Bersama Negarawan bertajuk 'Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara', di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan Dekan Fakulti Perubatan yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali. Kira-kira 700 pelajar UKM daripada pelbagai jurusan hadir pada majlis anjuran bersama Kolej Tun Dr Ismail, UKM dan JASA.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata 'Arab Spring' mendedahkan pemerintah negara tidak demoratik, memerintah secara autokratik hingga menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan.

"Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?

"Kita buat perbandingan dengan negara Arab yang agak berlainan dengan Malaysia, justeru tidak perlu untuk kita bertindak di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Dr Mahathir berkata seharusnya rakyat sedar, usaha menjatuhkan kerajaan adalah agenda pihak yang tidak yakin akan kemampuan untuk memenangi pilihan raya.

"Saya faham perasaan mereka yang tidak dapat menjadi kerajaan, mereka berfikir jika bertindak secara 'Arab Spring' dapat menjatuhkan kerajaan tanpa bergantung kepada proses pilihan raya," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat bahawa penilaian menggunakan akal fikiran yang waras perlu sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Sementara itu, mengulas isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR Selangor, Dr Mahathir berkata PKR Selangor sebenarnya dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan.

"Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang Umno, dan memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu, dia masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa.

"Dia ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana dia bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.

Beliau berkata pergolakan tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun meminta Barisan Nasional (BN) untuk tidak terlalu gembira dengan situasi tersebut.

"Sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku akan menjejaskan PKR, namun BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh, dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya.
- Bernama

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.

Che Det kata: "Kita di sini ingin 'Arab Spring' tapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?"

Kalau kami hendak catatkan kezaliman dan salahlaku kerajaan UMNO BN selama ia memerintah Malaysia tidak cukup ruangnya di blog ini. Tetapi Gb cuba mengimbau SATU sahaja iaitu selepas pilihanraya 1999, sewaktu PAS berjaya memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, kamu yang bernama Mahathir Muhammad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu telah menukarkan "royalti" kepada wang ehsan", malah kamu nafikan pemberian wang ehsan itu kepada Kelantan dan Terengganu semata-mata kerana ia diperintah oleh PAS.

Kamu sanggup membatalkan perjanjian royalti tersebut dengan membelakangkan konsep federalisma yang tercatat di dalam Perlembagaan dan kemudiannya PM-PM selepas kamu mengikut jejak langkah kamu menyekat pembangunan khususnya di kelantan apabila Kelantan masih terus diperintah oleh PAS.

Bukankah itu ZALIM namanya?

Kamu manusia, tetapi manusia yang tidak berhati perut menzalimi rakyat Kelantan yang majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam sendiri.

Allah tetap Maha Mengetahui hati busuk kamu dan kamu akan tetap menerima balasan di sisiNya dan Allah memperpanjangkan umurmu untuk kamu lihat sendiri kejatuhan parti kamu dengan digantikan oleh parti yang pemimpinnya taat kepada Allah dan RasulNya! -GB

MP PKR: Saya ditawarkan RM5j untuk sertai BN


NONEAhli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa beliau telah ditawarkan lebih RM5 juta untuk lompat parti menyertai BN pada tahun 2010.

Beliau bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Azan memberitahu pemberita hari ini bahawa ia berlaku pada 27 Januari 2010 di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur di mana "ejen terbabit telah mengatur satu siri pertemuan".

Beliau mendakwa, mereka mewakili seorang pemimpin yang sangat dihormati, yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berkata Azan adalah "saksi utama" untuk membuktikan bahawa sememangnya ada operasi rahsia untuk memujuk ahli parlimen PKR melompat parti. -M'kini

Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita!


Ribuan rakyat Mesir melakukan sujud syukur di Dataran Tahrir selepas pengumuman Dr Muhammad Mursi menang sebagai Presiden Mesir.













Tak mampu untuk GB menahan air mata melihat rakyat Mesir yang begitu gembira sehingga mmereka sujud syukur tak kira di mana mereka berada sewaktu Dr.Mursi diumumkan sebagai Presiden baru mesir. -GB

Percaya atau tidak, suka atau tidak, detik yang sama akan berlaku di negara kita, tidak berapa lama lagi. Rejim "Mubarak" di negara ini akan tetap hancur binasa! Ya, sepastinya dengan izin dan kuasa Allah swt! Kerana begitulah janjiNya di dalam Surah Al-A'raf :128


إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ


Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.

Esok parlimen bubar?


Semua pihak tertunggu-tungguh bila Najib nak bubar parlimen. Bukan saja Pakatan Rakyat sebagai pembangkang tertanya-tanya bila parlimen nak dibubarkan tapi aku yakin pemimpin tertinggi Umno macam Muhyiddin Yasin pun sama jugak tertanya-tanya. Pasainya aku cukup yakin dengan Muhyiddin Yasin yang jadi TPM dan juga Timbalan Presiden Umno pun Najib tak kongsi pasai tarikh pilihanraya ni.

Ada yang kata tak berapa tepat kata Najib bubar parlimen tapi kena kata Agong bubar parlimen. Memang la secara tersuratnya Agong yang kena bubarkan parlimen tapi secara tersirat dan realitinya Najib yang berkuasa bubarkan parlimen dengan menasihat Agong yang cuma jadi tukang angguk saja.

Mungkin ada yang akan kata Agong berkuasa untuk nak ikut atau takmau ikut nasihat Najib sebagai Perdana Menteri tapi berani ka Istana Negara nak 'derhaka'.

Apa pun, aku cukup suka pendekatan yang Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz cuba terapkan:
[Sumber: Sinarharian]

"Hingga ke hari ini, tiada kepastian bila PRU13 akan diadakan, tetapi saya yakin Pas bersedia jika PRU13 diadakan pada bila-bila masa.

Gerakan jentera di semua peringkat sudah lama bersiap siaga. Sebab itu saya minta kita andaikan esok adalah PRU13, jika esok tidak bubar Parlimen, kita andaikan esok lagi, hingga tiba tarikh sebenar,"
 - Mahfuz.
Cuma masalahnya, kalau betul parlimen bubar esok jentera PAS dah betul-betul bersedia ka?

Kalau esok parlimen bubar, maknanya nak tak nak hari ni kita dah kena bersedia. Kalau cula belum siap, hari ni jugak kita kena siapkan, kalau bilik gerakan belum bergerak hari ni jugak kita kena mula gerakkan, kalau plan kempen belum siap hari ni jugak kita kena siapkan, kalau saraf belum mula hari ni jugak kita kena mulakan.

Aku yakin kalau semua orang boleh benar-benar andaikan yang esok parlimen bubar dah tak timbul lagi soal upu masih tidur, malah ada MTD pun macam hidup segan mati takmau.

Dan yang paling penting sekali, kalau kita andaikan esok parlimen bubar patutnya hari ni dah kena selesai bab pemilihan calon. Kalau soal pemilihan calon pun pimpinan tak boleh nak selesaikan jangan marah kalau ahli dan penyokong di peringkat akar umbi pun rileks lagi, pasainya depa pun gunakan andaian yang sama, lambat lagi parlimen nak dibubarkan.

[BERGAMBAR] Ceramah Nizar - Dalam Kebun Getah Pun Orang Datang





"Kenapa bawa Dato Seri Nizar ke kampung kamu..??? kamu tahu..!! kalau Nizar turun kesesuatu tempat... maka habislah UMNO" - kata YB Rosli Terong kepada salah seorang penduduk kampung di Parlimen Bukit Gantang Perak.








Samseng SEDAR Dicari.. Sila Sebarkan Maklumat Ini..

Samseng SEDAR...

Sesiapa ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages






Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir



Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir


Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Hizbut-Tahrir.)

Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk.

"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi


Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden."

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.


Jika dahulu tempat itu diletak gambar Presiden Husni Mubarak, namun selepas revolusi, ia diletakkan dengan kalimah yang Maha Agung Allah semulia-mulia nama.


Demikian sikap seorang "pemimpin Islam" lebih kurang sama kisahnya dengan MB Kelantan dan Kedah. Itulah "wasatiyyah".

Mungkin Najib, Jamil Khir dan lain-lain pemimpin UMNO perlu belajar lagi apa itu wasatiyyah dengan mengunjungi Presiden baru Mesir selepas ini jika malu dan enggan untuk belajar dari MB Kelantan dan Kedah. -GB

'LEFT ADNAN' JUMPA TOK GURU NIK AZIZ



Pelakon Hairie Othman yang baru mengumumkan menyertai PAS mengunjungi Tok Guru Mursyidul Am di hotel penginapan Tok Guru di Shah Alam hari ini.

Jelas terpancar wajah ceria dan gembira Hairie apabila dapat bertemu dan mencium tangan Tok Guru yang disanjungi kawan dan lawan.

Hairie baru-baru ini mengumumkan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang keahlian PAS pada satu program 6 Julai akan datang.

Menanti Natijah Tahrir Square Di Dataran Merdeka

Pengesahan secara rasmi Dr Mohamed Morsi,61 sebagai presiden baru Mesir beberapa hari lepas disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan laungan Allahuakbar oleh umat Islam bukan saja 26 jaziah Mesir tetapi di seluruh dunia. Mereka yang berjiwa Islam akan emosi dengan kemenangan itu.

Pergumuman itu yang hakikatnya kemenangan Ikhwan Muslim dianggap sebagai satu kejayaan besar umat di seluruh dunia yang mencintai tertegaknya hukum Allah dan syariah Muhammad di atas muka bumi ini. Ini kerana Ihwan Muslim dianggap sebagai siasah politik Islam yang bukan saja diterima pakai di Mesir tetapi diseluruh dunia. Jauh dari itu diharap perubahan atau kejayaan Islam di Mesir akan menjadi penyuntik semangat gerakan Islam di tempat lain termasuk Malaysia juga.


Dr Mohamed Morsi
Apa lagi di Nusantara ini, Malaysia dan Indonesia, semangat jihad Ikhwan Muslimim sudah lama terhimbau ke mari, di bawa oleh pemuka-pemuka Islam Melayu yang menuntut di Timur Tengah tahun-tahun 30an hingga 50an. Keberanian orang Melayu melawan kolonialisme sedikit sebanyak dipandu oleh semangat Ikhwan Muslimim. Justeru kemenangan di Mesir itu juga dirai atau dirasakan kemenangan bersama harakah Islamiyah di Malaysia terutamanya mereka yang intim dan akrab dengan Ikhwan Muslimim.

Dari sisi lain kemenangan Ikhwan Muslimim dan pemilihan Dr Mohamed Morsi itu menjadi ubat kedukaan dan kekecewaan umat Islam di sebelah sini yang masih belum menggenggam kemenangan sebenar? Umno walaupun ianya ditunggaki Melayu namun kerana perjuangannya tidak berasaskan kepada Quran dan Hadith secara holistik, tepatnya sekular, sekular maknanya jahiliah, tidak dianggap sebagai gerakan dan siasah Islam.

Walaupun ada cendekiawan dan ulamak cuba mempertahankan Umno sebagai perjuangan Islam dan UBN kerajaan Islam namun penemuan dan bukti-bukti kemungkaran, rasuah, penyelewengan, politik fitnah dan sebagainya yang dipraktik oleh UBN menafikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan Islam.

Sejajar itu maka harapan yang membunga akan berlaku perubahan di Malaysia sudah berputih dengan kejayaan induk mereka itu. Timbul harapan tinggi menggunung di dalam dada para mujahidin di sini yang gerakan Islam di Malaysia terutamanya badan siasah seperti Pas, Ngo seperti Abim, Jim, dan lain-lain mengimpikan kemenangan itu dan ia akan juga akan tergapai.

Teori domino akan berlaku, yang dimulakan di Mesir itu. Atau kejayaan muqadimmahnya lebih awal dari itu ia bermula di Tunisia apabila diktator Zainal Abidin Ali dijatuhkan, ia merebak ke Mesir menumbangkan Hosni Mubarak kemudian ke Libya meranapkan kerajaan 'kuffar' moden Muhammar Ghadafi. Kejayana awal Ikhwan Muslimim ialah apabila berjaya menumbangkan Hosni Mubarak menerusi tunjuk perasaan besar-besar selama 18 hari di Tahrir Square. Kejatuhan Hosni memberi signifiken besar kerana Ikhwan Muslimim itu sendiri ditubuhkan di Mesir, 1928 M.

Himpunan di Tahrir Square itulah terilhamnya Berish 3 di Kuala Lumpur? Ia menggerakkan semangat anak-anak muda untuk berhimpun dan membuat penentangan secara agresif dan terbuka. Pemerhati dan pemimpin politik kita juga percaya penyakit di Mesir itu akan berlaku di sini. Bukan saja pemimpin pembangkang melaungkan serunai itu semerdunya, tetapi pemimpin UImno juga naik menggeletar menyaksikan ledakan himpunan itu. Apa tidaknya Perdana Menteri Najib Razak sendiri bermimpi ada darah merah di Dataran Merdeka bakal menyumbatkan hidungnya lantas itu tunjuk perasaan yang dijanjikan secara aman, duduk dan bantah dilarang keras.

Kejayaan calon Ikhwan Muslimim dipilih sebagai presiden Mesir itu menyemarakkan lagi semangat umat Islam dan Islam di Malaysia untuk menumbangkan kerajaan UBN yang dilihat tidak Islamik. Ini menyebabkan orang-orang di sini merasakan semangat Medan Tahrir dan aura perjuangan Ikhwan Muslimim itu sedang mara ke Malaysia. Gema perjuangan menuntut hak dan keadilan di Khairah sedang terbang ke Kuala Lumpur. Semua pihak peka dan bangkit melambai kedatanagnnya. Persoalan kini apakah keadaan di Mesir itu akan berlaku di sini?

Jika dilihat secara fizikal dan geografi politik memang ada kemungkina itu. Secara alminya sesuatu kebangkitan itu akan berjangkit ke sebuah negara ke sebuah negara lain. Negara lain dijadikan cermin oleh rakyat negara lain untuk ditiru segala-galakannya baik politik, budaya, fesyen dan sosial. Kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat persis penyakit atau wabak yang cepat menular, seperti Aid, ataupun wabak selesema burung atau H1N1 dan sebagai. Kelupaan atau kegagalan menyangkal menyebabkan penyakit akan mudah berjangkit dan akan akan berlakukan kematian.

Justeru mereka atau individu kurang daya tahan, kurang anti bodi akan cepat disinggahi penyakit. Soalnya apakah kita rakyat Malaysia mengalami kekurangan daya tahan dan mengalami sindrom untuk sedia menerima; kemarahan dan kemaraan rakyat seperti di Medan Tahrir?

Saya ada pandangan dan simpulan-simpulan sendiri di dalam soal ini. Secara adilnya saya bersetuju kalau berlaku kebangkitan yang kemudian merubah dan menggantikan apa yang ada. Lagipun sudah lebih setengah abad kerajaan yang bertakhta hari ini bermain dengan kuasa kotornya. Dalam kata lain kalau kerajaan ini adalah sultan atau raja ia sudah zalim yang tidak lagi wajar disembah tetapi patut disanggah.

Kita tengok apa yang berlaku di Mesir dahulu kemudian kita bandingkan kemungkin-kemungkin yang akan terjolor mari. Hanya perasamaan suasana, persamaan keadaan, persamaan perasaan, persamaan tuntutan, persamaan kerjasama, perasamaan keyakinan (tauhid) saja yang boleh memungkinkan itu. Tanpa persamaan-persamaan atau ruang-ruang itu ia tidak akan mudah terjadi, atau pun kalau ia marak, kemarakannya mudah ditangani.

Perkara pokok yang wajar direnungi apakah tapak perjuangan bangsa atau rakyat negara ini sama dengan tapak perjuangan Ikhwan Muslimim di Mesir itu. Apakah kebenaran ada dalam perjuangan rakyat negara ini sama dengan kebenaran dalam badang perjuangan Ikhwan Muslimim? Kita perhatikan ini secara ringkas pada perkara-perkara pokok.

Perjuangan di Mesir ialah menuntut agar syariat Islam dilaksanakan di atas muka bumi ini. Intipati perjuangan itu diterima oleh umum. Lantas itu Ikhwan Muslimim diwujudkan untuk menyediakan tentera atau pejuang-pejuang, para mujahid yang berani menuntut hak dan kewajiban itu. Dalam erti kata lain Mesir sudah ditabur dengan pejuang menegakkan Islam sejak lebih 80 tahun. Gerakan Ikhwan Muslimim yang diasaskan oleh Hassan Al Bana lah bertanggung jawab menyemaikan benih ini.

Apakah keadaan sama wujud di negera kita? Kalau pun ada benih-benih yang menyamai di Mesir itu ianya dilakukan oleh Parti Islam Se Malaysia (Pas). Dalam masa sama pula Pas menghadapi tentangan hebat dari Umno untuk membangkutkan benih yang Pas selam dalam baja itu selama ini. Usia benih yang disemai Pas baru berusia 60 tahun. Mungkin ia sudah pra matang tetapi Pas atau benih Islam menghadapi beberapa hambatan-hambatan lain yang tidak dialami oleh Ikhwan Muslimim.

Dari kira-kira 27 juta rakyat negara ini tidak sampai 5 juta yang tersemai dengan benih Islam itu. Ia berbeza dengan di Mesir dari 74 juta penduduknya 90% adalah beragama Islam dalam erti kata lain mempunyai agenda dan kepercayaan yang sama. Ertinya dari jumlah kualiti dan kuantiti benih Islam di Mesir yang ditanam Ikhwan Muslimim jauh lebih besar dari apa yang wujud di Malaysia. Selain itu juga konsep, semangat dan roh Ikhwan Muslimim itu terhimbau dan dikenali di seluruh dunia, sebaliknya Pas masih bergelewatan di bumi sendiri.

Perkara lain yang perlu difikirkan ialah mengenai keadaan sosial, jenis-jenis (kaum) rakyat negara kita dengan Mesir. Di Mesir negera itu tidak ada masalah kerana majoritinya bangsa Arab beragama Islam yang mempunyai akidah dan mazhab yang sama. Jadi kedudukan ini mudah untuk diuruskan kerana ia tidak ada pertikaian kepentingan dan konflit sesama sendiri.

Di Malaysia umat Islam hanya 15  atau 17 juta sahaja. Itu pun ia terbahagi kepada dua bahagian besar yang dipisahkan oleh fahaman dan mazhab politik Pas dan Umno. Walaupun kedua-duanya Islam tetapi mereka diasingkan atau terasing dengan ideologi politik di mana ideologi politik dilihat berada di atas dari kepercayaan agama. Ini tidak termasuk lagi perpecahan-perpecahan kecil yang membentuk dari sukuan fahaman Islam yang tidak sekata dengan kedua kelompok besar itu, Umno dan Pas.

Suasana atau perbezaan yang tidak seharus berlaku ini menjadi masalah dan sekaligus menjadi penghalang.  Realiti ini boleh dilihat bila mana Pas ingin melaksanakan Islam syumul, Umno hanya menerima Islam sebahagian saja atau dari aspek atau juzuk-juzuk yang meyelesakan kehidupan atau mengemukkan amarah mereka. Dalam soal menamakan Islam pun wujud perbezaan di antara Pas dengan Umno. Umno kata Islam Hadhari (kini tukar kepada Islam Wasatiyah) Pas kata Hadarah Islamiyah. Dari sudut bahasa dan istilah pun masih belum berlaga.

Perbeszaan dan ketidaksekata inilah yang menjadi penghalang dan dosa-dosa terhijap yang menyulitkan kepada pembentukan Islam syumul di Malaysia.

Hanya berdasarkan kepada dua faktor ini saja meletakkan sukar untuk Malaysia mewujudkan Tahrir Squarernya sendiri. Selain itu sedar atau tidak, bahawa mereka tidak beragama Islam terus berjuang menghalang tertegaknya Islam di negara ini. Golongan ini menyelit menjadi kawan baik dengan Islam menerusi parti-parti politik atau persepakatan politik yang tidak memberi untung dari konteks agama.

Selain dari perbezaan itu masih ada perbezaan lain yang tidak mudah untuk berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu. Seperti diketahui sistem ekonomi dan politik di Mesir sudah lama menekan rakyat bahawan. Penekanan itu sudah sampai peringkat zalim yang perlu diperangi hatta sampai nyawa tergadai. Kadar kemiskinan dan kemeranaan hidup rakyat begitu teruk sekali. Manifestasi kezaliman Firauan yang memerintah Mesir kuno telah terbawa ke zaman Mesir moden.
Para ulamak Al Azhar mengunjungi Morsi.

Kerajaan moden Mesir tidak ada program untuk memajukan rakyat seperti mana berlaku di Malaysia. Pembangunan tanah, DEB, pendidikan dan sebagainya tidak diwujudkan di Mesir. Berlainan di Malaysia, kerajaan melakukan apa saja terfikir untuk memajukan rakyat. Dalam kata lain kepedulian kepada rakyat dan nasib rakyat ada di sini tetapi tidak di Mesir.

Justeru tahap kemarahan rakyat negara ini kepada kerajaan kerana kemeranaan dan kemelaratan hidup tidak sampai seperti di Mesir. Rakyat di Malaysia masih boleh berbangga bahkan pencapaian kemajuan infrastruktur dan sisitem pentabdiran jauh lebih baik dari Mesir. Realiti ini sekali lagi akan tidak menjadi faktor penyebab untuk rakyat bangkit seperti di Medan Tahrir itu atas asas-asas dan faktor yang berlaku di Mesir.

Tegasnya berdasarkan kenyataan dan suasana itulah maka saya berpandangan pembangkitan seperti di Medan Tahrir itu tidak mungkin akan berlaku di Malaysia ini. Kita hanya boleh mengangan-angankan tetapi tidak boleh mengharap ia akan berlaku. Kalau pejuang Islam termasuk Pas di Malaysia menunggu akan berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu, ia satu penungguan yang sia-sia sahaja persis mengharapkan air dari fotomargana. Melainkan sudah ada penyatuan zahir dan batin dari kalangan umat Melayu dan Islam dari semua cabang ideologi politik, dari semua aliran dan mazhab barulah kita akan menerima natijah seperti dari gelora di Medan Tahrir itu.

TG Nik Aziz Tak Ambil Kemudahan MB - Itu Pun UMNO Dengki & Sakit Hati


TG Nik Aziz: 'Saya tak ambil kemudahan MB'

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Gambar: Kesederhanaan (wasatiyyah) kehidupan TG Nik Aziz. Menikmati mee celup sendirian tanpa berpengawal dirakam di sebuah warung.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

“Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.

Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.

“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.

Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.

“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.

Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan. -SH

Perbelanjaan Berhemah Punca Kelantan Bebas Rasuah


SHAH ALAM 26 JUN : Tiada pegawal peribadi, memakai hanya satu kereta rasmi, mendiami rumah sendiri dan memakai perabot yang tidak ditukar selama 20 tahun.

Ini antara langkah yang diambil Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menerapkan amalan hidup sederhana bagi memerangi rasuah selama lebih 20 tahun beliau mentadbir Kelantan.

“Selain mengamalkan cara yang dianjurkan Islam, kecekapan menguruskan wang juga penting demi memastikan setiap perbelanjaan itu tidak sia-sia.

“Wang rakyat mestilah dibelanjakan secara berhemah dan perbelanjaan perlu dilakukan secara berjimat-cermat tetapi tidak sampai dilihat seperti kedekut,” Nik Aziz berkata ketika mengulas langkah-langkah yang beliau amalkan sehingga Kelantan dinobatkan sebagai bebas rasuah.

Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media sejurus selesai ucaptama Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, bangunan SUK pagi tadi.

Dalam sidang media yang sama, beliau yang juga Mursyidul Am PAS mengkritik amalan demokrasi Malaysia yang dilihat tidak adil.

“Contohnya dalam isu royalti minyak di Kelantan, walaupun Tuanku Sultan Kelantan sendiri sudah titahkan dalam Dewan Undangan Negeri namun perkara itu langsung tidak diperdulikan Kerajaan Pusat.

“Sehingga kini, rakyat Kelantan tidak merasa walau seringgit pun hasil minyak yang diambil dari Kelantan,” luahnya dengan kecewa.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr. Halimah Ali menjelaskan program hari ini diadakan khusus untuk berkongsi pengalaman dan kecemerlangan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri Kerajaan Pakatan yang bebas rasuah.

“Kita ingin memastikan bahawa negeri-negeri Pakatan bebas rasuah dan kita serius bekerja untuk menghapuskan gejala tidak sihat ini di negeri Selangor pula.”

Beliau berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM 15 juta di bawah Geran Selangorku untuk diberi sebagai insentif kepada rakyat bagi membantu memerangi rasuah.
-selangorku


Haji, pilihan raya dan Um


Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun.  Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.
Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN  walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi  sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.

PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.

Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Firman Allah:
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19
(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan Allah (menegakkan agamanya )? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ).

Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.

Firman Allah:
إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا  . (النساء ).
Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.)

Maka pilihanraya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat Allah menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati Allah dan Rasul.

Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.

PAS hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. PAS tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya, kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap PAS melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.

Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.

Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh  alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar.

Presiden PAS

Ops 2020: Komplot Setpol Najib, SB, BTN untuk singkirkan ProM

Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Saya pernah membongkarnya tujuh tahun lalu semasa menjadi Ketua Pengarang akhbar Siasah. Ada komplot membabitkan Pemuda Umno (dan juga sayap Puterinya) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 17 IPTA, yang turut dihadiri para pelajar kumpulan Aspirasi pro-Umno.

Pertemuan diatur pegawai khas Kementerian Pengajian Tinggi, yang dipinjamkan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (juga seorang pengetua kolej kediaman), serta didalangi Dr Adham Baba, bekas Setiausaha Parlimen KPT. Menteri ketika itu Dr Shafie Salleh.

Tujuannya, untuk memenangi dengan mudah pilihan raya kampus (PRK) dengan mengetepikan cabaran kumpulan pelajar Islam yang dilihat bebas dan lebih dekat dengan pembangkang (kini dikenali Pro-M).

Mereka bertemu secara tetap, mulanya dalam kekerapan mingguan, di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia. Bayangkan, Umno dan sekutunya dalam BN (melalui biro pendidikan masing-masing) berkomplot dengan HEP 17 IPTA seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak, bagi memenangkan kumpulan Aspirasi dalam PRK.

Mesyuarat turut meminda dan memanipulasi peraturan PRK bagi menyukarkan percubaan seteru Aspirasi. Bayangkan, pihak berkepentingan, seperti calon yang bakal bertanding PRK, iaitu daripada kumpulan Aspirasi dapat mengatur strategi, sekali gus membentuk helah untuk mengalahkan saingannya, di Ibu Pejabat Umno, bersama sekumpulan Timbalan Naib Canselor dan pegawai HEP, yang sepatutnya bertindak bebas dan adil sebagai pengadil pertandingan.


Bukan itu saja, dalam satu pertemuan yang dipindahkan dari Ibu Pejabat Umno di PWTC (selepas didedahkan Siasah) ke Kolej Kediaman Pelajar Keris Mas, UKM, pada 13 September 2005, wang tunai RM10,000 diagih-agihkan kepada setiap wakil universiti untuk digunakan dalam kempen mahasiswa pro-Umno.

Selepas tujuh tahun, rupanya kisah tersebut belum berakhir. Situasi politik ketika itu memang menyebelahi Umno-BN, yang menang besar dalam pilihan raya 2004. Namun, ia tidak menghalang mereka "bermain kotor" bagi menghapus terus elemen propembangkang di kampus. Ironinya, yang tersisih akhirnya adalah Dr Shafie dan Dr Adham sendiri!

Kini, berdepan PRU13 yang mencemaskan, pimpinan Umno makin resah dan gelabah. Kampus juga tidak terlepas daripada tumpuan perancang politik di Pejabat Perdana Menteri. Kalau dulu, ia hanya berlegar di kalangan KPT tetapi sekarang membabitkan pegawai kanan Najib.

Melalui Ops 2020 (jangan silap faham maknanya; ia bermaksud mahu memastikan kumpulan Aspirasi berjaya memenangi semua PRK 20 IPTA), Shahlan Ismail dan Irmohizam Ibrahim, masing-masing Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Perdana Menteri, bersama "strategis" lainnya, berpusat di bilik operasi, Rumah Meranti 1, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur, mempunyai perancangan besar.

Nama-nama lain yang terbabit sama ialah Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif Raja Ali; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Razali Ibrahim; Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi Abd Malik; SAC Mohd Sofian Md Makinuddin, Cawangan Khas PDRM bersama tiga pegawai polis Bukit Aman; Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia; serta sekumpulan pegawai KPT, BTN dan pemimpin Pemuda-Puteri Umno.

Menerusi dokumen yang didedahkan, Ops 2020 "berperanan untuk memastikan pemilihan kampus kali ini (sesi 2012/13) tidak memberi sebarang KEBANGKITAN MORAL kepada parti pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13". (Anda sendiri boleh tafsirkan apa definisi terbaik kepada "kebangkitan moral kepada parti pembangkang").

Justeru, PRK yang sepatutnya perlu dijalankan selepas minggu kedua Mac 2012 ditangguhkan ke tarikh yang belum dipastikan. (Ini bermakna, untuk kebanyakan kampus, sudah empat bulan Majlis Perwakilan Pelajar-- MPP -- tidak lagi berfungsi). Daleh penangguhan itu berbeda-beda di antara universiti. Apabila diajukan kepada KPT, jawapannya, tarikh PRK diserahkan kepada setiap kampus bagi menentukannya.

Sedangkan Sekretariat Kampus yang dipengerusikan Shahlan inilah yang akan menentukan tarikh paling sesuai PRK, seperti dinyatakan dalam objektif keempatnya, iaitu bagi "memastikan mahasiswa yang menyokong kerajaan memenangi semua pilihan raya kampus 20 IPTA di seluruh negara".

Dalam mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA, pada 25 Januari 2012, di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, dicadangkan tarikh PRK dilewatkan ke bulan April "bagi memastikan segala persiapan ke arah kemenangan dirancang dengan rapi".

Setpol Menteri Pengajian Tinggi menekankan agar perlu diberikan tumpuan yang lebih kepada empat IPTA, yang dikatakan "sangat bermasalah", iaitu Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Pertanian dan UKM.

Saya tidak berhasrat untuk memperincikan kandungan minit mesyuarat yang sudah terbongkar itu. Prinsipnya tetap sama, seperti tujuh tahun lalu. Pihak Umno, seperti juga parti-parti politik lain, boleh saja melakukan proses perkaderan di kalangan mahasiswa, hatta untuk memberi sumbangan dan sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding dalam PRK.

Masalah besar timbul apabila Umno memperalatkan kemudahan awam dan jentera kerajaan, seperti Cawangan Khas Polis, BTN, KPT dan lebih dahsyat lagi apabila membabitkan Sekretariat Hal Ehwal Pelajar, termasuk Timbalan Naib Canselornya, di semua 20 IPTA.

Bukankah HEP itu sendiri berperanan sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya dalam PRK, yang sepatutnya bertindak bebas dan berkecuali? Begitu juga dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang merupakan bapa atau penaung kepada semua mahasiswa, termasuk kumpulan-kumpulan pelajar yang menyertai PRK.

Lebih mengaibkan apabila Najib sendiri merestui penangguhan PRK semata-mata kerana Sekretariat Kampus yang dipengerusikan Setpolnya masih belum dapat menemui satu tarikh paling sesuai, agar "pemilihan kampus tidak memberi sebarang KEBANGKITAN MORAL kepada parti pembangkang sebelum PRU13".

Dengan itu, saya percaya PRK hanya akan diadakan selepas PRU13. Juak-juak Najib bimbang, jika diadakan sebelum pilihan raya umum, momentum PRK itu mungkin melonjakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Soalnya, apakah jika tarikh PRU13 melewati hujung tahun ini, maka mahasiswa terus dinafikan hak untuk berpersatuan selama hampir setahun? Waduh! Mengapa sanggup memperjudikan kepentingan dan kebajikan pelajar dengan alasan tidak munasabah dan terlalu sarat dengan motif politik?

Sepanjang mengikuti perkembangan politik kampus sejak tahun 80-an, saya tidak pernah menjangka pemimpin Umno-BN akan bertindak sebebal ini. Jika anak-anak muda kita di kampus pun dipolitikkan semahunya, apakah anda masih mengharapkan PRU13 ini akan berjalan secara adil, bersih dan bebas?

Bekas timbalan pengarah Jakim masuk PAS


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS.

Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat.

Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini,  Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS.

Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi.

Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu.

Selepas dua tahun berkhidmat dalam Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Koh Tsu Koon, Yusuf berpindah ke Jakim kerana beliau merasakan tidak serasi dengan Ketua Menteri terbabit yang dilihat terlalu BN.

Ekoran itu, beliau hanya bertahan selama dua tahun sahaja dengan kerajaan Pulau Pinang sehingga akhir 2004.

"Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya.

Penyerahan borang keahlian PAS hari ini, Yusof menyifatkan apa yang disyaki oleh rakan-rakan sekerjanya sebelum ini adalah tepat.

"Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti. Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya.

Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi.

Bagaimanapun beliau menafikan penyertaannya dalam PAS hari ini ekoran fenomena ramai individu termasuk artis dan selebriti secara terbuka menyertai  parti Islam itu.

"Tidak, bukan kerana ramai yang mula menyertai PAS, saya pun masuk PAS. Sebenarnya hasrat itu sudah lama lahir dari lubuk hati saya," katanya.

Turut bersama ketika penyerahan borang keahlian itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Sallehen Mukhyi serta beberapa wakil PAS Selangor. -Hrkh

KGT: Husam minta Awang Adek teliti sebelum ulas

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa mendakwa Awang Adek Hussin sebagai pemimpin mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa dalam isu membabitkan pengurusan Kelantan Golden Trade (KGT), dinar dan dirham Kelantan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS Pusat mendakwa tindakan Timbalan Menteri Kewangan itu berpijak kepada ‘habuk-habuk fitnah’ dalam membuat kenyataan.

“Bahkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, tidaklah wajar bagi Awang Adek terburu-buru memberikan kenyataan tanpa memeriksa fakta kes termasuk apa laporan, apa isi laporan polis dan apa komen polis (dalam isu berkaitan).

“Tiba-tiba terus terburu-buru, (justeru) seakan-akan memberikan implikasi adanya ‘penyelewengan’ dalam KGT,  dinar dan dirham Kelantan.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan bercakap kepada pemberita selepas menerima Plak dan Memorandum Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) di depan Kota Darulnaim di sini pagi tadi.

Penyerahan plak dan memorandum pada pukul 10.49 pagi itu diketuai Pengerusi ROYALTI Nazeri Deraman dan pimpinan ROYALTI Kelantan.

Husam mendakwa sehingga hari ini tidak ada fakta kes diketengahkan.

Sehubungan itu, Husam menasihati Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu, lain kali jangan berpijak kepada ‘habuk-habuk fitnah’.

“Sebagai Timbalan Menteri Kewangan dia kena ada fakta-fakta kes.

“Dan apabila dia enggan berdebat dengan saya, saya anggap beliau seorang pemimpin yang membuat kenyaan ‘tanpa usul periksa’.

Media hari ini melaporkan Exco Keajaan Negeri itu mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin mengenai isu didakwa penyelewengan berlaku dalam KGT.

Terdahulu, Awang Adek mendakwa supaya Kerajaan Negeri menyiasat skandal membabitkan KGT.

Husam memberi tempoh 21 hari bagi Awang Adek memberi jawapan sama ada bersetuju perdebatan itu diadakan menerusi forum terbuka di televisyen.

Husam mendakwa, sejak seminggau lalu ‘serangan’ terhadap KGT dilakukan tanpa maklumat yang jelas khsusunya apa yang didakwa berlaku 'penyelewengan' membabitkan pengurusan dinar dan dirham Kelantan.

Timbalan Menteri Kewangan itu meminta supaya Husam tidak melenting dengan kenyataannya sebelum cabaran perdebatan dengan Husam itu dipertimbangkan.

Terima memorandum Royalti

Mengulas ‘perhimpunan aman’  kira-kira 3,000 orang di depan Kota Darulnaim di sini pagi tadi, yang disertai kumpulan NGO ROYALTI dan kumpulan disertai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Husam mendakwa kumpulan ROYALTI telah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan.

Ekoran surat itu Husam diarahkan oleh Tok Guru Menteri Besar mewakili Kerajaan Negeri menyambut plak itu serta penyerahan ‘memorandum’ berkaitan tuntutan royalti petroleum Kelantan.

“Dan  saya bagi pihak Tok Guru dan Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada semua anak-anak muda negeri Kelantan yang telah bertungkus-lumus bekerja, mempunyai kesedaran tinggi untuk menuntut hak (royalti petroleum) dan hak rakyat Kelantan seluruhnya,” kata Husam.

Difahamkan satu kumpulan lain itu berdemontrasi tetapi mereka tidak pernah menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan.

Justeru Husam tidak diarahkan meneriman apa-apa daripada kumpulan  itu.

(Video) Pejuang Revolusi Mesir Mahukan PAS di Malaysia



Beliau berbahasa Melayu, sokong Tuan Guru Nik Abd Aziz, mahukan PAS naik memerintah Malaysia Tanah Airku.

Tempat: Medan Tahrir, Kaherah
Masa: Lewat petang, selepas pengumuman Dr. Mursi m'jadi Presiden Mesir

Mad - tuan punya hp
Akasyah & amp; Mat Luq - peneman

Arab Spring: Mahathir gabra, cemas Umno-BN kalah teruk dalam PRU-13

Sejak muktahir ini, Mahathir Mohamad semakin galak memberikan kenyataan untuk membantu Najib Tun Razak mempertahankan kuasa. Tetapi kenyataan lebih menggambarkan "ketakutan" dan "kebimbangan" beliau menongkah arus politik baru yang bakal melakar sejarah. Mahathir dengan sengaja memain dan memutarkan isu 'Arab Spring' bagi menakut-nakutkan rakyat melakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama lagi.


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini. Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat, lapor Sinar Harian Online.

 
"Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata Anwar. Mahathir tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu.
Difahamkan, dalam satu kenyataan 25 Jun lalu, Dr Mahathir berkata, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah. Mahathir berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.


"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.
"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya. Jika begitu keyakinan Mahathir, dia tidak perlu bimbang kerana demokrasi di sini jauh lebih sihat daripada di dunia Arab. Kenapa Mahathir harus gabra? Mengapa pula Mahathir berasa cemas, jika demokrasi sebelah sini lebih baik? -DETIK DAILY

Mahathir setuju bayar komisyen pembelian Scorpene?


KUALA LUMPUR: Laman web Asia Sentinel (AS) melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju dengan pelan untuk menyalurkan komisyen pembelian kapal selam Scorpene melalui Perimekar.

Sumber AS adalah kertas pendakwaan skandal Scorpene yang kini berlangsung di Mahkamah Paris, Perancis.

AS melaporkan bahawa apabila kontrak pembelian kapal selam Scorpene hampir menjadi kenyataan, Razak Baginda dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri pertahanan ketika itu telah cuba mencari pelbagai helah.

Mereka mencari cara bagaimana untuk mendapatkan habuan terbaik untuk mereka sendiri dan Umno dengan menubuhkan pelbagai syarikat di mana dana tersebut akan disalurkan.

“Aktiviti mereka termasuklah penubuhan beberapa syarikat, termasuk Perimekar pada tahun 2000 sebagai satu alat untuk menyalurkan komisyen berjumlah Euro 114.9 juta (atau RM500 juta) kepada Razak Baginda dan yang lain, dengan isteri Razak Baginda sebagai pemegang saham utama.

Pelan tersebut nampaknya mendapat kebenaran Mahathir.

Satu kabel diplomatik kepada Menteri Luar Negara  berkata, "Syarikat yang dipilih oleh kerajaan untuk projek kapal selam ialah Perimekar.

"Pilihan ini adalah subjek dalam satu kenyataan rasmi Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pertahanan.

"Nota – keputusan Kementerian Kewangan ini adalah diambil ketika perdana menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, selepas Tun Daim keluar,” lapor AS.

Laporan penuh AS yang ditulis oleh John Berthelsen, 25 Jun 2012 boleh dibaca di sini:


http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=4626&Itemid=178

Dokumen-dokumen pendakwaan pula dapat dibaca di sini:


http://www.scribd.com/collections/3678742/The-French-Malaysian-Submarine-Scandal-the-Documents


Selain itu, bukti-bukti pendakwaan turut menyatakan bahawa mangsa pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak pernah menjejakkan kaki di Perancis.

Bagaimanapun AS mempertikaikan bukti tersebut dengan satu artikel yang dipaparnya pada tahun 2007 berserta dengan gambar-gambar Altantuya di Perancis sebagai bukti.

Gambar-gambar Altantuya di Paris dapat dilihat di artikel AS, bertarikh 5 Disember 2007 di sini.

http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=916&Itemid=178

Penyokong Royalti Dipukul Semasa Berhimpun Di Pejabat SUK -updated


Suasana tegang di hadapan pejabat SUK

KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya. -HD













Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .