Ikuti Blog ini


Arif Shah Dan Kesalahan Pilihanraya

PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 22 Ogos - SPR dan MAFREL akan dimaklumkan berhubung salah laku pilihanraya oleh Calon BN, YB Arif Shah berhubung kenyataannya apabila beliau mengakui memberikan wang kepada bukan petugas pilihanraya sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah akbar Cina Sin Chew Jit Poh semalam.

Kenyataan Arif Shah telah dipetik semula oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, YB Tian Chua dalam sidang akhbar pagi tadi.

Saifuddin dan Tian, memberi taklimat berkenaan kesalahan pilihanraya

Menurut Tian, Arif Shah mengakui memberi bayaran berkenaan dan bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya, malah menurut beliau kenyataan itu boleh menyebabkan Arif Shah terbatal sebagai seorang calon pilihanraya ini.

Pegundi yang boleh tinggal secara muhibah berhubungan itu, pihaknya akan mengemukan aduan berkenaan bersama-sama senarai nama pengundi di dalam sebuah rumah yang begitu mencurigakan.

Mengikut pengiraan SPR, adalah diperakui penanda aras untuk setiap rumah hendaklah dihuni 5 orang.

Bagaimanapun, seramai 83 pengundi termasuk 72 orang India dan 11 orang Melayu boleh tanggal bersama dalam satu rumah di DUN Seberang Jaya.

Manakala di DUN Penanti terdapat sebuah rumah yang diduduki 9 orang Cina, 5 orang india dan seorang Melayu.

SPR harus membersihkan perkara ini lebih awal memandang senarai ini adalah yang terbaru yang dikeluarkan pada bulan Ogos, 2008 untuk pilihanraya ini.

PMTG PAUH : KESIAN ZAHID CERAMAH KEPADA KERUSI, ORANG TAK RAMAI

Samy Vellu Dicabar

Ceramah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 'Ustaz' Zahid Hamidi malam tadi dihadiri lebih ramai oleh orang yang bernama Encik Kerusi daripada orang yang bernama orang sebenar. Kesian kepada 'Ustaz' Zahid.Saya cadangkan 'Ustaz' Zahid kembalilah menyokong Anwar kerana sewaktu Anwar di dalam Umno dulu 'Ustaz' merupakan salah seorang tukang bodek Anwar nombor 'wahid'. 'Takkan dah lupa kot.'

Inilah senario yang berlaku kepada ceramah-ceramah BN pada kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Malam tadi BN sekali lagi menggunakan kemudahan awam untuk berkempen iaitu Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti. Namun ianya tetap tidak dapat menarik minat rakyat untuk mendengar fitnah dan janji-janji kosong pemimpin parti jijik tersebut. Mungkin rakyat tidak bersetuju dengan tindakan BN yang tidak habis-habis memfitnah Anwar dan juga rakyat meluat kerana BN menggunakan kemudahan awam tanpa segan silu.

Sesungguhnya rakyat sudah meluat dan menyampah dengan BN dan pemimpin-pemimpin BN. Ianya berbeza dengan program yang dianjurkan Pakatan Rakyat, ribuan rakyat akan turun padang serta kerusi tidak akan mencukupi untuk menampung kehadiran.

Namun apa yang terjadi malam tadi di satu program Barisan Nasional yang dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi hanyalah kira-kira 50 orang sahaja yang hadir.

Lawatan ke MAHA 2008, hebatnya Tuan Guru Presiden kita


Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang, ke tapak MAHA 2008 atau Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park di Serdang, Selangor.

Pameran MAHA 2008 ini merupakan pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta FAMA. Turut serta dalam rombongan kami adalah Timbalan Presiden. Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok, SETPOL Presiden dan Setiausaha Sulitnya.

Sejurus tiba Tuan Guru Presiden telah disambut oleh para pegawai kanan kementerian diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian Dato' Rohani Abdul Karim. Seluruh para pegawai kanan ternyata kelihatan begitu gembira meraikan kehadiran Tuan Guru dan rombongan.

Dato' Rohani dan pegawai kanannya telah memberikan taklimat ringkas berkenaan pameran ini dan tapaknya sebelum rombongan dibawa ke tapak-tapak yang dikenal-pasti.

Ternyata kehadiran Tuan Guru ke pameran ini didorong oleh minat beliau yang begitu kuat terhadap sektor pertanian khususnya yang melibatkan penternakan dan perikanan.

Saya memerhatikan pengunjung MAHA yang begitu ramai, kebetulan dimusim cuti sekolah ini, begitu senang hati kerana tidak menyangka dapat bertembung dengan Presiden PAS di tapak pameran ini.

Ianya menjadi sungguh meriah sehingga Tuan Guru tidak dapat memberikan perhatian penuh kepada taklimat yang diberikan oleh pegawai-pegawai pengiring apabila para pengunjung yang hadir tidak putus-putus bersalaman dan mohon untuk bergambar dengan beliau dan Timbalannya.

Ada yang mengambil kesempatan berpelukan dengan beliau, anak-anak kecil mengucup tangan beliau dan yang berjabat tangan termasuklah dari pengunjung Cina dan India.

Seorang pegawai pameran berbangsa Cina malah menyatakan beliau kagum melihat Tuan Guru sudi mengunjungi setiap tapak pameran yang beliau dibawa melawat, sedangkan menurutnya VIP yang lain sebelum ini tidak pun berbuat begitu.

Bagaimanapun pelawaan untuk menjamu Presiden oleh pihak penganjur dan mereka yang mengendalikan pameran tidak dapat dipenuhi oleh Tuan Guru Presiden oleh kerana beliau berpuasa.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa sebelum PRU ke 12 lalu Tuan Guru telah bernazar akan berpuasa sejumlah hari bersamaan dengan bilangan kerusi yang dimenangi PAS dalam PRU itu.

Dalam PRU ke 12 PAS memenangi 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN, bermakna beliau perlu berpuasa sebanyak 106 hari. Agaknya berapa orang pemimpin PAS yang bernazar sedemikian?

Bagi Tuan Guru industri pertanian adalah suatu industri yang paling kritikal dalam negara kerana kita perlu bebas dari bergantung kepada negara luar bagi bekalan makanan kita.

Industri pertanian juga jika dimajukan akan menjadi penjana ekonomi yang besar buat negara. Tuan Guru mengharapkan agar kerajaan akan dapat memberikan insentif bagi mereka yang menceburi industri ini agar sektor ini akan dapat terus maju dan berkembang.

Menurut Tuan Guru lagi pameran seperti ini perlu diberikan galakan kerana ianya berguna dan bermakna bukan hanya bagi mereka yang terlibat dalam industri ini malah ia akan mampu memberikan ilmu dan kefahaman kepada anak-anak kita yang boleh tertarik dengan pameran-pameran yang disediakan.

Tuan Guru menghabiskan lebih dua jam melawat tapak pameran yang mempamirkan hasil-hasil ternakan, pameran perikanan dan jentera pertanian.

Banyak lagi tapak yang tidak dapat dikunjungi oleh kerana kesuntukkan masa. Kesimpulannya, lawatan ini sangat bermakna buat semua yang hadir kerana banyak ilmu dan maklumat yang telah dapat dikumpul sepanjang lebih dua jam itu.

Bagi saya yang lebih bermakna adalah ukhuwah dan kemesraan yang dapat dijalin oleh pemimpin nombor satu PAS itu dengan para pegawai kerajaan, kakitangan biasa, mereka yang terlibat dalam industri ini serta orang-ramai yang berkunjung disamping wartawan yang turut hadir membuat liputan.

Saya yakin kalau ada kesempatan lagi Tuan Guru pasti mahu berkunjung lagi.

(Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS).

Pesanan dari Mursyidul Am PAS


Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.
Tuan/Puan,
Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Pembebasan Exco Perak Bukti Awal Wujudnya Konspirasi

Friday, 22 August 2008

http://buletinonline.net/images/berita9/usailibebas.jpgKuala Terengganu - Pembebasan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak dan empat yang lain yang ditahan reman oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) bukti awal konsprirasi terhadap penahanan mereka memang berasas.

Agensi Bernama melaporkan, Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO yang juga ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada pukul 5.20 petang semalam, sehari lebih awal daripada tempoh reman tiga hari yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh kelmarin.

Turut dibebaskan adalah Kapten (B) Usaili Alias anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah ditahan BPR kerana dikatakan terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta Seri Iskandar yang tidak pernah diluluskan oleh kerajaan negeri Perak.

Keputusan pembebasan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim selepas mendengar permohonan dari lapan peguam yang mewakili kesemua yang ditahan, untuk penyemakan semula perintah tahanan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret.

Ridwan dalam keputusannya berkata mahkamah berpendapat tempoh dua hari sudah mencukupi bagi BPR menjalankan siasatan.

Beliau juga berkata tidak ada kesilapan dalam keputusan Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari itu dan ia dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

"Majistret dibekalkan dengan laporan yang berkaitan dan setiap laporan mempunyai maklumat mengenai pembabitan setiap suspek.

Tetapi, tugas penyiasatan oleh BPR mestilah diseimbang dengan hak kebebasan individu...dengan melihat kepada dasar-dasar berkenaan, tidak wajar tahanan reman selama tiga hari. Apa-apa tindakan mesti dibereskan sebelum tiga hari," katanya.

Keputusan berkenaan disambut gembira oleh kira-kira 100 penyokong Pakatan Rakyat dari DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenuhi mahkamah.

Perintah tersebut bagaimanapun tidak melibatkan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan yang juga ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi yang turut ditahan BPR kelmarin, namun dikenakan tahanan reman dua hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh pagi semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik mengesahkan memang terdapat konspirasi dan perancangan pihak tertentu memerangkap Exco kerajaan Perak.

“Saya menghubungi Menteri Besar Perak, YAB Mohd Nizar Jamaluddin dan beliau mengesahkan adanya perancangan pihak tertentu bertujuan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzwan,” kata beliau ketika berucap dalam suatu ceramah yang diadakan di Pekan Batu Enam semalam.

Menurutnya, Nizar memberitahu beliau, ketika exco kerajaan Perak yang ditahan tersebut sedang minum di sebuah gerai, dua orang yang tidak dikenali menghampirinya, bertegur sapa dan kemudian meninggalkan sebuah beg.

Ustaz Abu Bakar berkata, tidak berapa lama selepas itu, beberapa pegawai BPR dating dan menahan exco terbabit dan apabila diperiksa, dalam beg yang telah ditinggalkan oleh orang yang tidak dikenali tadi terdapat wang tunai yang banyak jumlahnya.

Beliau juga menambah, penahanan Exco kerajaan Perak dari anggota PKR itu juga adalah perancangan jahat untuk mengalahkan penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi calon PKR dan sedang berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

CERITA SEBENAR "Rasuah" Exco Perak

"Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

aPERMATANG PAUH - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman semalam.

Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.

Lalu dua orang tersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya.

Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya.
Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.


"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua.

Dalam sidang media itu juga tuduhan tawaran seks ke atas dua exco juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej sementara sumber yang diterima adalah tidak sahih.

Sementara itu semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.

Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.

Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan.

Sementara Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapan itu berbaur politik di saat-saat pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.


Ujarnya, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan justeru Syed Husin meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .