Ikuti Blog ini

Pilihan raya kecil: SPR terima notis, mesyuarat khas Jumaat ini


http://buletinonline.net/images/berita14/prkkt.jpg
(Gambar - Senario disebuah 'pos' PAS dalam Piliharaya Umum lalu)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Mesyuarat khas ini akan menetapkan tarikh mengendalikan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang kosong," kata Pemangku Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online, sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil tersebut akan diadakan pada tahun ini juga, Wan Ahmad berkata: "Biar kami putuskan pada mesyuarat itu nanti."

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini memberitahu notis kekosongan bagi kerusi Parlimen tersebut telah pun dihantar ke SPR.

"Ia (notis) telah pun dihantar sebentar tadi," katanya ringkas.



Sementara itu PAS mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan pendirian PAS itu telah disokong oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali berkata, PAS akan meletakkan calon seperti yang diumumkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Mat.

Pendirian kedua-dua pimpinan PAS tersebut telah diperkuatkan dalam ucapan penutup Kongres PKR ke lima oleh Anwar di Stadium Melawati kelmarin.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata memang terdapat banyak cadangan dari ahli PKR supaya parti tersebut meletakkan calon dalam PRK Kuala Terengganu.


Menjawab persolan itu, Anwar berkata walaupun keputusan akhir siapa yang akan bertanding untuk PRK Kuala Terengganu adalah terletak kepada Pakatan Rakyat (PR), perundingan dalam PR adalah merujuk kepada kerjasama membantu antara satu sama lain.
http://buletinonline.net/images/berita14/supkrtrg.jpg

“Pada PRK yang lalu (Permatang Pauh), PAS telah memberikan sokongan padu kepada kita dan sekiranya PAS bertanding, kita akan membalas budi PAS,”kata Anwar yang dipetik akhbar The Edge Daily.

Dalam perkembangan yang sama, PKR Terengganu menyatakan akan memberikan sokongan semaksimum mungkin kepada calon PAS yang akan diletakkan bagi menghadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan PKR negeri, Wan Rahim Wan Hamzah (gambar) berkata, pihaknya akan mengerahkan jentera parti untuk membantu rakan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil tersebut.

“PKR akan menggerakkan jentera parti di seluruh negeri bagi membantu calon Pas memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Kita akan tetap menurunkan jentera pilihan raya bagi memastikan calon Pas menang katanya.





ISA: Komponen BN bersuara,tetapi tidak berani



KUALA LUMPUR, 2 Dis -Parti-parti komponen Barisan Nasional hanya berani untuk bersuara tetapi tidak akan berani untuk melaksanakan apa yang disuarakan.

Demikian kesimpulan yang dirungkaikan oleh Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily apabila mengulas mengenai desakan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP),Dato' M Kayveas untuk keluar daripada BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Tian,kata tegas Kayveas itu tidak akan membawa sebarang makna jika berlaku lagi penahanan ISA sebelum pilihan raya umum.

"Namun pengumuman ini langsung tidak membawa apa-apa makna, sekiranya berlaku lagi penahanan ISA sebelum pilihan raya umum. PPP akan kelihatan menghalalkan penahanan ISA dalam tempoh masa tersebut jika tidak keluar dari BN sekarang.

"Ini adalah sikap parti komponen dalam BN yang sentiasa menyuarakan bahawa mereka tidak setuju tetapi tidak berani untuk menentang,"jelasnya dalam satu kenyataan Harakahdaily.

Semalam, Kayveas mendedahkan pendirian tersebut diambil setelah bahagian-bahagian Wanita dan Pemuda mengemukakan permintaan bagi mansuhkan ISA kepada PPP.

Kata Tian yang merupakan Ahli Parlimen Batu,kini menurut Gerakan Mansuhkan ISA, seramai 64 orang masih di bawah tahanan ISA, malah kerajaan BN tetap menggunakan ISA untuk menahan rakyat baru-baru ini, suatu realiti yang tidak harus diketepikan oleh PPP ketika membuat pendirian keluar BN.

"Bagaimanapun bantahan PPP terhadap akta kejam tersebut tidak cukup tegas apabila Kayveas hanya ingin akta tersebut dipinda, bukannya dimansuhkan, supaya 'ia tidak menjadi undang-undang kejam ke atas warganegara yang tidak bersalah',"katanya.

Tambahnya,pengumuman Presiden PPP tersebut jelas bukan berdasarkan prinsip keadilan sosial, tetapi kepentingan politik parti yang tidak membawa apa-apa perubahan ke atas ruang demokrasi negara.

"Saya menyeru PPP seandainya serius dalam mempertahankan nilai demokrasi, maka seluruh kepimpinan PPP harus mengikut jejak bekas Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Dato' Mohd Zaid Ibrahim yang berani mengambil langkah keluar dari BN untuk menentang kezaliman ISA tanpa ragu-ragu,"tegasnya.


Banjir di Terengganu bertambah buruk

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila lebih ramai lagi mangsa banjir di empat daerah dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata sehingga pukul 7 pagi ini jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu meningkat kepada 3,281 orang berbanding 1,966 petang semalam.

"Kuala Terengganu dan Marang paling teruk dilanda banjir setakat ini," katanya ketika dibunungi di sini hari ini.

Di Kuala Terengganu jumlah mangsa banjir ialah 1,531 orang berbanding 1,147 pada pagi semalam manakala di Marang jumlahnya meningkat kepada 999 orang berbanding 686 orang petang semalam.

Di Besut jumlah mangsa banjir juga meningkat kepada 643 orang berbanding 69 orang pada petang semalam dan jumlah mangsa di daerah Setiu pula meningkat kepada 108 berbanding tujuh orang pada petang semalam.

Jurucakap itu berkata 39 pusat pemindahan banjir telah dibuka di seluruh Terengganu iaitu 17 di Kuala Terengganu, masing-masing sembilan di Besut dan Marang dan empat di Setiu.

Beliau berkata tujuh jalan utama ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam antara 0.5 dan 1.5 meter.

Jalan-jalan berkenaan ialah Jalan Pengkalan Kubur-Kampung Tembila, Jalan Permaisuri Hulu Seladang, Chalok-Telaga Papan, Jalan Marang-Wakaf Tapai, Kuala Terengganu-Kota Baharu, Kuala Terengganu-Kota Baharu (di Lingai) dan Jalan Kampung Bahagia-Kampung Jeram.

Empat batang jalan yang lain pula ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Guntung Luar ke Saujana, Jalan Kampung Padang Air, Simpang 3 Kampung Tepoh dan Bukit Petiti manakala Jalan Bukit Payong kilometer 9 hingga km10 ditutup satu lorong.

Di Kelantan, semua pusat pemindahan di jajahan Jeli telah ditutup pada 10.30 pagi ini tetapi bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan lain meningkat kepada 1,455 orang berbanding 1,208 orang semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata Pasir Mas mencatatkan 1,082 mangsa di 12 pusat pemindahan diikuti Tumpat (271 orang), Kuala Krai (78 orang) dan Kota Baharu (24 orang).

Beliau berkata semua jalan yang ditenggelami air semalam kini boleh dilalui oleh semua kenderaan kecuali Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu.

Jurucakap itu berkata hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya iaitu pada 10.26 meter manakala tujuh lagi sungai utama di Kelantan berada di bawah paras berjaga-jaga.




MB Perlis Bertanding di Parlimen Kuala Terengganu

Memang terkejut bila kita baca atau tonton berita seperti itu. Mana mungkin. Lebih menghairankan lagi beliau bertanding atas tiket PAS. Lagilah mustahil.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak perasan apabila Buletin Utama TV3 29 Nov 2008, menyiarkan laporan berhubung kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Razali Ismail, disusuli dengan ulasan PRU2008 yang dimenangi Razali, TV3 menyiarkan gambar Razali, Md Isa Sabu dan Maimun Ali.


Suatu kesilapan yang tidak professional dengan menyiarkan gambar orang Md Isa Sabu untuk Md Sabu..



isk isk … kan lain tu.

Sekian


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .