Ikuti Blog ini

Koperal Jadi ‘Kambing Hitam’ PDRM

           Bukti gambar yang telah tersebar di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR, 9 Okt-Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai “kambing hitam” memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu. “Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam.

“Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?” kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider.
“Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat,” kata Chin.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.

Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas.
“Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar,” kata beliau.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lalu menyebut siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar SOP dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.



                          Lagi bukti gambar yang telah tersebar di seluruh dunia.

Sidang akhbar PEMBOHONGAN Menteri Kesihatan dan Lembaga Pengarah Hospital Tung Shin.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata, anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin.

“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata beliau.

Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu.

“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital,” kata beliau lagi.

Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.
“Berlaku lontaran ‘bom asap’ oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina,” kata beliau.

Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina.

“Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada Disember 2011,” katanya lagi.
Oleh Lisa J. Ariffin
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .