Ikuti Blog ini

Perenang Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa nih?

Persoalan timbul apabila melihat gambar yang disiarkan oleh Kosmo! ini mengenai tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) ini yang sedang berdoa sebelum memulakan latihan di Dover, England pada 14 September lalu.

Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung projek itu.

Najib dalam satu perutusannya yang telah disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, pada taklimat ringkas di Varne Ridge, Channel Swimming Holiday Park and Bungalow.

Najib Tun Razak mahu perenang daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengharumkan nama negara dalam usaha untuk menawan Selat Inggeris.

Berbalik kepada tujuh berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa agaknya mereka itu?

BATAS-BATAS AURAT LELAKI

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.

Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;

1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.

Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

Dengar pula apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum memakai seluar pendek..


Mungkin mereka dari ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia sekadar mencontohi isteri pemimpin mereka yang mendedahkan aurat ketika mebaca Al-Quran ini kot...



"Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat" sila baca di ( SINI )

GAMBAR YANG MENYENTUH JIWA DAN MENAIKKAN SEMANGAT JUANG UNTUK MENUMBANGKAN UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI!!!



Inilah sekeping gambar yang cukup menyentuh jiwa admin.

Keberanian yang dipamirkan beberapa anak muda yang berikhtizam mau menumbangkan UMNO/BN.

Pro-M menang 7 kerusi tanpa bertanding di UKM




KUALA LUMPUR: Kumpulam Pro-Mahasiswa, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) semalam memperolehi kemenangan percuma di tujuh kerusi seawal hari penamaan calon semalam.

Kesemua kerusi itu dimenangi tanpa bertanding selepas tidak dicabar oleh mana-mana calon sehingga tamat sesi pencalonan dan bantahan semalam.

Kerusi tersebut di Fakulti Sains Teknologi, Ekonomi, Pengajian Islam, Pendidikan, Farmasi, Perubatan dan satu kerusi di peringkat umum.

Menurut Pengerusi GMUKM, Saudara Afif, biarpun memperoleh kemenangan awal kali ini, ianya tidak bermakna mereka akan memandang mudah tentangan daripada Aspirasi.

Selain itu beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu memaksa mahasiswa UKM untuk bertanding atas tiket Aspirasi pada pagi hari penamaan calon.

"Kita mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Pentadbiran seharusnya menjadi pengadil yang baik. Tidak boleh berat sebelah menyebelahi mana-mana pihak," tegasnya dipetik Mahasiswakini.

Sebanyak 28 kerusi menjadi rebutan antara kumpulan GMUKM dengan Apsirasi pada pilihan raya kampus itu kali ini.

Dengan kemenangan tanpa bertanding di tujuh kerusi, bermakna 21 kerusi lagi bakal menyaksikan persaingan antara kedua-dua kumpulan tersebut sepanjang tempoh kempen kali ini.

Hari pengundian bagi pilihan raya kampus kali ini ditetapkan pada 25 September ini. -Hrkh

(Gambar) Beranikah Pemimpin Umno-Apco Buat Macam Nih?



KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.
Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.
Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.
Bantahan  yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang. ~harakahdaily

P'raya UM: Siswa adu polis, dakwa 'salah guna kuasa'


Kumpulan antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis terhadap jawatankuasa pilihan raya kampus yang didakwa "menyalah guna kuasa" dengan menerima pencalonan mahasiswa tidak layak.

Mereka mendakwa jawatankuasa itu menerima enam pencalonan daripada pasukan lawan Penggerak Mahasiswa - kumpulan yang cenderung kepada aspirasi pemerintah - yang tidak mempunyai baki pengajian mencukupi walaupun setelah dibantah.

"Tujuan saya membuat laporan polis (kerana) tidak puas hati dengan perkara ini di mana berlaku penyalahgunaan kuasa...," laporan polis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Syis Abdul Kadir itu dipetik.

Syis membuat laporan itu di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur tengah hari semalam. PMIUM dianggap sebagai antara persatuan "tulang belakang" dalam gabungan longgar Pro-Mahasiswa.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Edikuop Lakip Sediyanto berkata, usaha mereka mendapatkan penjelasan berhubung penerimaan enam calon pada Khamis malam (hari pencalonan) juga tidak mendapat layanan sewajarnya.

Pilihan raya kampus UM akan berlangsung pada 25 September ini, serentak dengan 14 universiti lagi, termasuk di beberapa universiti utama di Lembah Klang.

Pada pilihan raya kampus lalu, Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di UM, Penggerak Mahasiswa memperoleh 16 kerusi, sementara calon bebas dua kerusi. -M'kini

TAHNIAH PENCINTA NABI, TERIMA KASIH YANG MENJAYAKAN

KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
TAHNIAH PENCINTA NABI, TERIMA KASIH YANG MENJAYAKAN
05 Dzu al-Qa'idah 1433 bersamaan 21 September 2012


Xpresi Hijau Kasih Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendapat respon positif daripada seluruh rakyat Malaysia. Xpresi rasa cinta kepada Junjungan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah dizahirkan di hadapan Kedutaan Amerika usai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji hari ini.

Ekspresi ini ternyata memberikan satu semangat kepada umat Islam untuk mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dari dijadikan bahan mainan oleh musuh-musuh Allah.

Tahniah kepada ribuan peserta “Xpresi Cintakan Nabi” yang hadir. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, semua peserta yang hadir mempunyai satu pendirian yang jelas dan menyatakannya dengan tegas kepada mereka-mereka yang cuba menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan Islam.


Isu penghinaan ini ternyata bukanlah satu sifat dan sikap yang bertamadun. Justeru, penghinaan yang dihamburkan oleh Sam Bacile ini mendapat kutukan dari seluruh rakyat Malaysia termasuklah daripada cina dan india.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada YB Tian Chua [PKR] yang mewakili rakyat cina di Malaysia dan juga Saudara N Surenden [PKR] yang mewakili rakyat india di Malaysia. Di samping itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Xpresi Hijau Himpunan Aman Cintakan Nabi antaranya ;

YB Salahuddin Ayub
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Dr Dzulkifli Ahmad
Ustaz Idris Ahmad
Saudara Hanipa Maidin
YB Nurul Izzah Anwar [PKR]
Wakil Angkatan Muda Keadilan [AMK]
Cikgu Azmi [MAPIM]
Wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir [ILMAM]
Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia [GAMIS]
Angkatan Belia Islam Malaysia [ABIM]
Abby Abadi [Artis]
Pihak Polis
Wartawan [Media]

Juga terima kasih tidak terhingga dari Dewan Pemuda PAS Malaysia mewakili sekalian peserta Xpersi HIjau Cintakan Nabi kepada Jabatan Amal yang sedaya upaya mengawal himpunan kali ini dari sebarang provokasi dan juga kekecohan.

Seterusnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta setiap negeri untuk mengadakan munajat dan kempen “Cinta Nabi” pada jumaat depan untuk memupuk kecintaan setiap ahli kepada batang tubuh Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Tahniah buat sekalian pencinta Nabi yang berakhlak di medan. Teruskan perjuangan di landasan yang telah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggalkan. Mari kita semarakkan rasa cinta dan rindu terhadap Baginda. Mudah-mudahan Allah akan membuka jalan dan memberikan kemenangan terhadap Islam.
Bi al-Ruuh, bi al-Daam nafdiika Ya Rasulallah.


Disediakan oleh;
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Didakwa Membunuh


Pengasas Utama Pewaris Malaysia Dato' Seri Jaafar Shaari bersama Tan Sri Omardin di Majlis yang dianjurkan oleh Penawar Satu Malaysia
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga air bulan lepas.

Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.

Jaafar dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari pula adalah ibu saudaranya.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan. - Bernama





SIAPA DATUK SERI JAAFAR B SHAARI?



Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.

Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.

Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

Sila baca:




Kini orang yang meminta Nik Aziz meletakkan jawatannya itu rupa-rupanya adalah suspek utama kes bunuh!

Kebenaran dan keadilan terserlah lagi: Ada pembunuh dalam parti itu!

[VIDEO] Puak Syiah Cuba Ambil Kesempatan Berarak Sama

Di dalam perarakan umat Islam membantah dan mengecam filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad saw, ada pula puak Syiah yang cuba mengambil kesempatan dan cuba membuat onar dengan membawa bendera tertera "Ya Husin".

Namun ada peserta Unit Amal yang perasan dan berlaku sedikit pergelutan bagi gpemuda Syiah itu daripada cuba untuk mengeruhkan keadaan dan menimbulkan kekecohan.
TAHNIAH UNIT AMAL

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .