Ikuti Blog ini

Tengku Razaleigh Bidas Kerajaan Pusat Yang Tidak Mematuhi Akta Petroliam 1974


Royalti : Sejarah Yang Di Nafikan Hak Oleh UMNO@BN...!!!

Gambar: Majlis tandatangan Akta Kemajuan Petroliam 1974 -
Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi PETRONAS) dan Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan)


Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti bagi “Pemunyaan Hak” yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum.

Maka Tengku Razaleigh pun bertanya di dalam FBnya:

Isu sebenar gagal bayar royalti, bukan JK khas


KOTA BHARU: Isu sebenar kegagalan Kerajaan Persekutuan dan Petronas melunaskan pembayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan berjumlah RM7 bilion sejak 1975 ‘dialih’ dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas mengkaji isu pembayaran royalti petroleum.
Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (Royalti) Nazri Deraman menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu merupakan satu ‘helah politik’  bagi ‘meredakan’ keadaan.

“Isu yang sebenarnya Kerajan Persekutuan dan Petronas telah gagal membayar royalti kepada Kerajaan Kelantan berjumlah RM7 bilion bermula tarikh perjanjian, 1975.

“Dan kita tidak akan menunggu selama itu lagi, dan juga tidak akan menunggu selama enam bulan atau enam bulan campur 80 hari," katanya pada sidang media khas di pekarangan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.

Ini, ujarnya kerana justifikasi masa tersebut itu enam bulan campur 80 hari adalah bersamaan dengan tempoh akhir wajib pihak Kerajaan Persekutuan perlu mengadakan Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).

Badan itu menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menjelaskan bayaran royalti yang telah tertunggak sebanyak RM7 bilion itu kepada Kelantan dengan kadar segera sebelum PRU13.

“Kita menolak penubuhan jawatankuasa khas itu kerana ianya merupakan satu proses pembayaran normal kepada mana-mana kerajaan negeri terbabit yang termaktub dalam perjanjian ditandatangani pada 9 Mei 1975 khususnnya di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Petronas," ujarnya.

Rombongan diketuai Nazri itu berkumpul di pekarangan JPP untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri melalui  JPP. -Hrkh

Fauzi: Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah


Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID).

NONEIni kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.

"Itulah pihak yang bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID  (macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu banyak.

"Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam, FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID).

"Ini kerana, (sebelum ini) mereka tidak membuat tugas yang memerlukan buka fail, banyak urusan tulis-menulis (dan) fokus kepada follow through investigation," katanya ketika diminta mengulas statistik penempatan polis terkini.

NONEMenurut statistik 2011, sebanyak 5,050 ditempatkan ke SB, lebih 32,656  di bahagian keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam (termasuk FRU) dan hanya 9,346 untuk bahagian siasatan jenayah.

Hal demikian dipertikaikan oleh pembangkang yang menganggap agihan tersebut tidak seimbang dan kurang berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah yang didakwa membimbangkan.

Dulu perlu CID dua kali ganda


Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Fauzi yang juga bekas ketua polis Selangor berkata,  tugas CID bukan senang dan mengambil masa yang panjang.

Malah, Fauzi berkata, pegawai CID juga berdepan pelbagai proses siasatan, antaranya mencari maklumat, mengesahkannya, merekod keterangan dan membawa saksi ke mahkamah sebelum menutup sesuatu kes.

"Setiap hari fail baru dibuka. Memang dalam CID, isu utama dalam polis ini adalah jenayah. Kalau kamu boleh berjaya, bukan sahaja selesai kes, tapi kamu boleh cegah statistik daripada kejadian itu meningkat.

NONE“Rakyat akan membuat satu persepsi bahawa polis berkesan (dan) berjaya (melaksanakan tugas)," katanya lagi.

Tegas Fauzi, pengalamannya pada 2005 dan 2006 semasa masih mengetuai jabatan mendapati, pihak polis memerlukan pertambahan dua kali ganda bagi menyiasat kes jenayah.

“Sekarang saya tidak berani (komen), hampir tujuh tahun tinggal dunia ini,” katanya.

Keperluan SB di suasana kurang perkauman


Mengulas dakwaan SB memberi fokus terhadap gerak kerja pembangkang dalam politik sehingga dianggap senjata kepada BN, Fauzi mengakui tugas mereka "menguruskan risikan dan maklumat".

“Kita kena hargai tugas polis. Memang polis Cawangan Khas, mereka melakukan intelligent procurement banyak kepada unsur-unsur politik dan ketenteraman awam,” katanya.

NONEBagaimanapun, Fauzi mempersoalkan keperluan jumlah SB sedia ada memandangkan suasana masyarakat sekarang telah berubah berbanding zaman komunis yang lebih “perkauman”.

“Kita kena akur, dulu lebih serius dan mengancam. Tapi sekarang, rakyat sekarang ini banyak berubah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyusunan semula bagaimanapun memerlukan fakta yang jelas terlebih dahulu.

“Kecuali kita ada fakta yang jelas, kita boleh hujah balik, kita boleh bagi syor, OK, kamu boleh kurangkan (anggota SB) 15 peratus, atau 20 peratus, atau 50 peratus.

“Kita tidak tahu. Jadi apa yang kita boleh gesa, pihak pengurusan polis sendiri lebih arif dan lebih tahu, adakah suasana sekarang memerlukan sedemikian,” katanya dalam wawancara panjang di rumahnya di Shah Alam. -M'kini

Wajib tumbangkan Kerajaan Zalim.. (video)


[GEMPAR] Rumah ADUN AJIL Hangus Terbakar!


Malam tadi selepas waktu berbuka puasa, rumah ADUN AJIL, Dato' Hj Rosol Wahid terbakar.

Dipercayai habis ranap rumahnya..

Syukur Alhamdulillah, semua kaum keluarganya selamat.

Ucapkan semoga YB Dato' tabah menghadapi suasana begini. -omakkau

Terhangat Minggu Ini!: Pemelihara Agama Islam Gemar minum kencing Setan?

Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng'amin'kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Mo√ęt & Chandon.  Baca cerita selanjutnya di sini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .