Ikuti Blog ini

selamat hari raya qurban dari muslimeen united



PUASA HARI ARAFAH & TAKBIR HARI RAYA

PUASA SUNAT PADA 9 ZULHIJJAH
Kaum muslimin disunatkan berpuasa pada hari ini disebabkan hari ini adalah hari yang dikenali sebagai hari Tarwiyah/PUASA HARI ARAFAH.

Dalil tentang puasa ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sabda Rasulullah s.a.w :
صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية ومستقبلة وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
(رواه الجماعة إلا البخاري والترميذي)
Maksudnya :
Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas.

TAKBIR HARI RAYA

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .


Memalukan, Kelab Golf Terkenal Disita Gara-Gara Gagal Lunaskan Hutang RM40 Juta !!

KUANTAN - Satu berita yang amat mengejutkan berlaku, Astana Golf & Country Club Kuantan telah disita hari ini. Ia berikutan kegagalan pihak pengurusan terbabit untuk melunaskan hutang berjumlah RM40 juta kepada Agro Bank Sdn.Bhd. Menurut maklumat semua pekerja tidak dimaklumkan akan hal ini, namun semua kegiatan telah dihentikan. Kami difahamkan bahawa semua pekerja terbabit akan mengadakan "piket" esok dihadapan pintu masuk ke lokasi terbabit. Kami menantikan laporan terkini berkenaan perkara ini. Jika benar laporan ini, maka ia bukanlah satu fitnah semata-mata seperti yang dikatakan oleh puak-puak "Cyber Trooper UMNO" terhadap Pahang Daily Online selama ini. Kami amat terkejut dengan perkara ini, tambahan pula krew kami selalu mengadakan program dan acara di kawasan terbabit. Sememangnya kawasan tersebut begitu eksklusif dan amat menarik. Bagaimana harus mereka gagal membayar hutang sebanyak itu?. RM40 juta bukannya jumlah yang sedikit. Jika lokasi tersebut disita, ini bermakna ia akan memberi impak yang negatif kepada para pelancong untun datang ke Pahang selepas ini. Apsek pelancongan harus diambil kira, tambahan pula Astana Golf & Country Club Kuantan adalah salah satu pusat pelancongan rekreasi dan merupakan antara kelab golf yang terunggul di bandar ini.

Jika hutang RM40 juta kepada Agro Bank menyebabkan pusat rekreasi ini disita, maka bagaimana pula dengan Kerajaan Negeri Pahang selepas ini. Hutang RM60 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn.Bhd masih belum dilunaskan lagi. Tambahan pula negeri Pahang juga berada dalam situasi "bajet defisit" yang akan membebankan ekonomi negeri. Bagaimanakah MB Pahang boleh mencari jalan untuk menbayar hutang tersebut. Bagaimana nanti jika negeri Pahang pula disita?. Bukankah ini akan memalukan rakyat Pahang sebenarnya. Justeru itu sesuatu perlu dilakukan segera. Kerajaan Negeri Pahang tidak akan terlepas daripada undang-undang yang telah diputuskan oleh mahkamah. Maka itu, sama-samalah kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku selepas ini. Mungkin juga hutang RM40 juta Astana Golf & Country Club Kuantan itu disebabkan oleh salah pengurusan atau penyelewengan yang berlaku. Justeru itu, pihak BPR diminta menyiasat perkara ini supaya mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan. Begitu juga untuk negeri Pahang ini, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri. Maka itulah kerajaan gagal mendapat keuntungan biarpun sudah 11 tahun Dato' Seri Adnan Yaakob menjadi Menteri Besar Pahang.

[Rakyat Pahang di seluruh negara dan seantero dunia harus sedar dengan apa yang berlaku ini. Kes sita sebuah pusat pelancongan rekreasi seperti Astana Golf & Country Club Kuantan ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku. Begitu banyak hutang yang ditanggung! Mana pergi wang sebanyak itu dibelanjakan. Kenapa tidak dibayar balik kepada pihak bank. Selama ini kita banyak mendengar hutang-hutang pemimpin kerajaan dihapus kira begitu sahaja oleh pihak bank. Namun, kini satu kes yang memalukan berlaku di negeri Pahang. Di mana lagi MB Pahang harus meletakkan mukanya, sudahlah kerajaan negeri disaman RM60 juta tidak berbayar. Kini salah sebuah syarikat yang juga mungkin ada kaitan dengan kerajaan negeri pula berhutang sebanyak RM40 juta. Apakah rakyat Pahang tidak sedar lagi perkara ini].



Tuanku Mizan Sanggup Mencemar Duli – Tidak ‘cemar’kah Wakil-wakil Rakyat UMNO??


http://buletinonline.net/images/berita14/tuankulawatbanjir3.jpg
Kuala Nerus - Banjir di Terengganu semakin buruk berlaku dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara mencecah angka 2,988 orang hari ini.


Daerah Kuala Terengganu dan Marang merupakan dua daerah yang paling teruk dilanda banjir yang disifatkan oleh sesetengahnya penduduknya terburuk sejak 10 tahun lalu.

http://buletinonline.net/images/berita14/tuankulawatbanjir4.jpgDalam daerah Kuala Terengganu, Parlimen Kuala Nerus merupakan kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan jumlah lebih seribu orang penduduknya dipindahkan dari Taman Desa Pusu Tiga, Kampung Tok Jiring, Kampung Tok Jembal dan Kampung Padang Hangus.

http://buletinonline.net/images/berita14/tuankulawatbanjir2.jpgWalaupun kesemua kampung-kampung tersebut dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, namun sebelum hari ini, kedua-kedua wakil rakyat UMNO bagi Parlimen dan DUN berkenaan tidak turun melawat kampung-kampung tersebut.

Sehinggalah hari ini, yang ‘memahat sejarah mencemarkan’ bagi wakil-wakil rakyat tersebut yang terpaksa melawat mangsa-mangsa banjir berkenaan apabila Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Nur Zahirah ‘mencemar’ duli mengadakan lawatan ke pusat pemindahan Banjir.

Baginda berdua memilih untuk melawat pusat perpindahan paling ramai iaitu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, dekat sini, hari ini.

Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri tiba di pusat pemindahan banjir tersebut sekitar jam 12.30 tengahari.

Baginda berdua telah meluangkan selama dua puluh minit bertemu dengan mangsa-mangsa banjir dan mengagihkan sumbangan hamper, tanda ihsan baginda kepada rakyat jelata.

http://buletinonline.net/images/berita14/tuankulawatbanjir1.jpgSuasana ceria menyambut ketibaan Baginda berdua yang berjiwa rakyat tidak pernah membezakan ‘warna dan sokongan politik’, sanggup mencemar duli serta bersalam-salaman dengan kanak-kanak, orang dewasa serta warga emas, bukan seperti yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat UMNO ‘yang cemar’ dengan memilih bulu apabila memberikan sebarang bentuk bantuan.

Turut serta mengiringi baginda ialah Pengerusi Penasihat Pemangku Raja Tengku Badruzzaman, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said serta Ahli Majlis Pangkuan, Dato’ Abdul Kadir Sulaiman.

Beberapa pimpinan PAS juga bersama memeriahkan dan menyambut Baginda berdua termasuk Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah serta Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu Tengku Ahmad Hussein.



Tuan Guru Haji Bidin: Pengasas PAS Terengganu


PAS Terengganu telah mengadakan sambutan Jubli Emasnya di Dungun dua tahun lalu. Sambutan ini dibuat di tempat ia ditubuhkan iaitu Surau Haji Bidin, Sura Gate. Kira-kira 50 tahun sebelum itu, iaitu pada 6 Julai 1956, satu perjumpaan 24 orang pemuda Islam telah diadakan di surau ini yang dikenali juga sebagai Madrasah az-Zainiyah dengan dipimpin oleh Tuan Guru Haji Bidin.

Dalam perjumpaan ini, cawangan PAS yang pertama di Terengganu telah berjaya ditubuhkan dan dinamakan sebagai PAS Cawangan Dungun dengan Tuan Guru Haji Bidin sebagai Yang Dipertuanya. Inilah bermulanya sejarah PAS Terengganu sebelum ia menjadi kubu kuat PAS hari ini.

Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun. Ibunya, Saadiah Jaafar ialah seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia, tetapi kemudian berkahwin dengan Hamzah, iaitu datuk kepada bekas Bendahari Agung PAS, Ustaz Abdul Wahab Yunus.

Haji Bidin menjadi anak yatim semenjak kecil, tetapi mendapat didikan agama daripada ibunya. Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.

Setelah itu beliau berhijah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali. Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi dan Tuan Guru Haji Nik Mat Alim (ayah Mursyidul Am PAS).

Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun. Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok.

Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun. Ketika menjadi imam di sini, Haji Bidin telah berhadapan dengan beberapa masalah amalan khurafat dan ajaran sesat, tetapi berkat usaha gigihnya, beliau berjaya mengatasi masalah ini.

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951. Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin mengajar beberapa cabang ilmu yang penting dalam pengajian Islam seperti fiqh, hadis, nahu, tafsir, balaghah, mantiq dan lain-lain. Antara kitab yang diajar oleh beliau ialah Matan Ajrumiah, Azhari, Qatr, Syuzuz al-Zahab, Ibnu Aqil, Asymuni, Sittin, Fathul Muin, Tahrir, Mahalli, Iqna?, Fathul Wahab, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibni Ibad, Iqaz al-Himam, Jauhar al-Mauhub, Siyarus Salikin dan lain-lain.

Beliau juga berjaya melahirkan ramai murid yang terkenal termasuk Ustaz Omar Shukri Embong (bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Ustaz Abdul Wahab Yunus, bekas Ahli Parlimen Dungun yang juga pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat. Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.

Beliau juga dikatakan boleh mengangkat kayu besar seorang diri. Cerita-cerita kekeramatan beliau ini telah menyebabkan beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Kerana gurunya seorang yang minat politik, Haji Bidin turut mewarisi minat ini di mana beliau semenjak di Kenali lagi sudah mula menulis dalam akhbar Majlis. Beliau tertarik dengan perkembangan politik di Istanbul tetapi keras menolak fahaman sekular yang dibawa oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Sejak muda, kecenderungan beliau adalah politik Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Tetapi pada peringkat awal, beliau menyokong Umno untuk menghalau British, bahkan turut berkempen dalam pilihan raya 1954 untuk menyokong Ustaz Mohd Taib Sabri menentang calon Parti Negara. Tetapi pada 1956, setelah PAS mulai berkembang, Haji Bidin bersetuju dengan gagasan politik yang dibawa oleh Pesuruhjaya PAS Pantai Timur, Datuk Mohd Asri Muda.

Atas usaha gigih beliau mengumpulkan pemuda-pemuda yang berminat dengan politik Islam, maka satu perjumpaan diadakan di suraunya di Sura Gate. Hasilnya, PAS Cawangan Dungun berjaya ditubuhkan sebagai cawangan pertama di Terengganu. Haji Bidin diberikan amanah sebagai Yang Dipertua PAS Dungun untuk satu tempoh yang lama. Beliau melepaskan jawatannya pada 1971 kerana uzur, tetapi terus komited dengan perjuangan PAS.

Enam tahun kemudian, iaitu ketika muridnya yang juga anak saudaranya, Ustaz Abdul Wahab Yunus sedang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Haji Bidin telah jatuh sakit dan meninggal dunia di rumah anaknya, Haji Anuar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun.

Pinjaman Tanpa Faedah untuk pelajar Anak Perak

Kiri ke kanan,Exco YB Su Keong Siong,
Menteri Besar, YAB Dato Seri Mohammad Nizar
dan Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Dato Dr Abd Rahman

Ipoh: Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Rakyat Perak bertuah mendapat kerajaan yang melaksanakan
kebajikan untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan ugama.

Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah.

Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut.

“Saya mendapat pinjaman berjumlah RM25 ribu bagi
tempoh pengajian selama 4 tahun dan saya kena
bayar RM250.00 sebulan sahaja apabila bekerja nanti,” jelas
Lutfi dengan wajah yang ceria.

Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan yang melaksanakan kebajikan untuk rakyat kerana sanggup memberikan pinjaman tanpa mengenakan sebarang bayaran faedah.

“Saya harap rakyat Perak akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat ini,” katanya.

YB Su Keong Siong, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sain, Teknologi dan Komunikasi menjelaskan bahawa 200 pelajar Melayu dan 31 pelajar bukan-Melayu telah mendapat pinjaman tanpa faedah itu dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berhasrat untuk menambah lagi bilangan penerima pinjaman tersebut dimasa akan datang sekiranya ada cukup dana untuk berbuat demikian.


“Ramai yang telah memohon tetapi kerajaan negeri
tidak cukup wang untuk membantu semua pelajar,” katanya.

“Semua permohonan diproses melalui satu jawatan kuasa penapis sebelum keputusan dibuat oleh pihak Lembaga Amanah,” jelasnya lagi.

Beliau berharap agar para pelajar akan membayar kembali pinjaman tersebut apabila mereka bekerja nanti supaya pelajar-pelajar lain akan dapat menikmatinya sama kelak.



Pakatan Rakyat Lengkap bersama Mat Sabu di Parlimen

 Walaupun pihak jawatankuasa PAS negeri belum memutuskan siapakah calon yang sesuai, walaupun jawatankuasa PAS pusat belum mengusulkan nama-nama calon yang layak, nama Mohamad Sabu telah bermain di bibir TG Nik Aziz.

Kelantangan beliau menjadi satu keperluan kepada PAS mahupun kepada Pakatan Rakyat untuk bersama-sama mendesak dan menghancurkan benteng Barisan Nasional di medan parlimen.

Kami begitu merindui kelantangan Mat Sabu di parlimen, yang juga seorang pemimpin berjiwa rakyat, yang juga seorang pemimpin yang turun padang pada setiap medan peperangan jalanan.




Pada PRU yang lepas, Mat Sabu hanya kekurangan beberapa ratus undi sahaja. Kemungkinan undi tersebut telah 'tercuri' oleh nek mun yang juga memperolehi beberapa ratus undi. Adalah menjadi satu resam untuk mencalonkan calon yang sama untuk pilihanraya kecil bersama azam baru, bersama kekuatan yang baru dengan kedudukan BN yang semakin hancur.


Kehancuran Barisan Nasional

Masih terngiang lagi di halwa telinga ini, bagaimana seorang bekas menteri kesihatan yang begitu bangga di atas prestasi seks khalayak umumnya, memperkatakan hal ehwal ketuanan melayu dan kekebalan raja-raja. Bagaimana seorang bekas menteri yang mempunyai aksi seks yang amat memalukan, kini berada dalam pucuk pimpinan sebuah parti komponen utama BN. Inikah sebuah BARISAN terbaik untuk dipertimbangkan ?

Apakah UMNO dan Barisan Nasional benar-benar melaksanakan agenda perubahan setelah memecat seorang menteri yang mengusulkan perubahan? Pemecatan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan agenda perubahan yang diwar-warkan Umno hanya merupakan sebuah cerita retorik dan sinetron politik semata-mata.

Mukhriz pula cuba menjadi hero. Mungkin untuk memancing perwakilan dengan tindakan-tindakan yang berani sedangkan beliau mungkin lupa bahawa berani sahaja tidak cukup untuk perwakilan memilihnya sebagai ketua pemuda. Pada perwakilan, Mukhriz juga harus berani mengeluarkan 'ongkos' yang cukup dan sebaiknya melebihi 'ongkosnya' si khairy.

Oleh demikian, kepada para pengundi yang layak, kepada para pengundi hantu, fikir-fikirkanlah barisan pilihan. Pakatan Rakyat menjanjikan perubahan. Pilihlah dan undilah Pakatan Rakyat.

Berbalik semula ehwalnya calon P36 Kuala Terengganu. Mohamad Sabu adalah calon pilihan untuk mengukuh kekuatan PAS di arena parlimen, juga sebagai satu kelebihan yang besar terhadap Pakatan Rakyat secara keseluruhanya. Saya sokong Mat Sabu sepertimana beliau menyokong perjuangan setiap demonstrasi jalanan yang membawa kepada penangkapan beliau. Itu adalah credit yang harus dipertimbang.

Desas desus juga mengatakan bahawa YB Nasharudin Mat Isa akan mengepalai jentera pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Di manakah pengurusi jawatankuasa pilihanraya negeri Terengganu Mustafa Ali? Mengapa tidak beliau yang sepatutnya menjadi ketua jentera pilihanraya? Atau beliau bakal diletakkan sebagai calon P36?

Tidaklah mahu diulas lanjut sebelum perkara sebenar terungkai, sebelum calon sebenar diwartakan. Namun ingin saya tegaskan di sini, sekiranya PAS begitu berani untuk menurunkan Mustapha Ali sebagai pemain gantian, kemungkinan pasukan Pakatan Rakyat akan dibolosi dengan lebih banyak gol berbanding jaringan.

Dalam perlawanan bolasepak, sekiranya jumlah jaringan kurang daripada jumlah bolos, itu adalah satu ketewasan. Biarlah tewas dengan perjuangan, jangan tewas dengan terancang iaitu tewas sebelum perlawanan dimulakan.

Erdogan atau non-Erdogan, bukanlah sepatutnya jadi masalah. Siapa pun calon PAS, pasti akan mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat. Tetapi pertimbangkanlah untuk tidak memilih Mustapha Ali. Pertimbang-taralah. Apa yang penting, pertambahan kerusi pembangkang di Parlimen adalah menjadi keutamaan. Bonusnya ialah, suara lantang Mat Sabu kembali di Parlimen.

Pakatan Rakyat Sudah Sepakat

http://buletinonline.net/images/berita14/pakatanrakyatsediaprkkt1.jpg
Kuala Terengganu – Gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sudah bersepakat untuk bersama menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu Hj. Yahya Ali berkata semua jentera dan kelengkapan PAS telah diletakkan pada tahap terbaik untuk membolehkan PAS menggempur UMNO/Barisan Nasional, tidak kira siapa sahaja yang menjadi calon.

http://buletinonline.net/images/berita14/yahaya.jpg“Kita bukannya bersedia masa pilihan raya sahaja, tetapi perjuangan kita adalah sepanjang masa bagi berdakwah kepada masyarakat dan menegakkan agama Islam. Proses perjuangan kita adalah jelas,” katanya.

“Kita juga mahu proses pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar dan berakhir tanpa sebarang masalah. Kita akan menjalankan kerja-kerja dengan tenang walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan,” katanya lagi.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu, Fariz Musa berkata, anggota AMK akan membantu PAS dengan kekuatan seratus peratus dalam mengahadapi PRK Kuala Terengganu.
http://buletinonline.net/images/berita14/faris.jpg
Menurutnya yang juga Timbalan Ketua AMK PKR anggotanya berasa sangat teruja untuk datang ke Kuala Terengganu sebaik sahaja mengetahui akan berlaku PRK Kuala Terengganu ketika Kongres Ke 5 PKR berlangsung baru-baru ini.

“Saya dan seluruh anggota AMK amat teruja untuk datang membantu PAS menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu,”katanya yang ketika dihubungi Buletinonline semalam.

“Skuad AMK akan memberikan bantuan menyediakan tenaga pidato bagi memberikan penerangan, tenaga bagi keselamatan dan logistik,”katanya.

Katanya perkara tersebut akan diatur dengan membuka satu markaz besar pada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Dengan itu beliau yang juga Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia berkata kaunter-kaunter pendaftaran sukarelawan AMK akan dibuka dimarkaz-markaz tersebut, terus-menerus sepanjang kempen PRK.

Dalam perkembangan yang sama, Parti Tindakan Demokrasi (DAP) sudah mengatur untuk menurunkan tidak kurang dari 200 orang pemimpin pelbagai peringkat bagi menguatkan jentera kempen PAS.

http://buletinonline.net/images/berita14/chaihing.jpgPengerusi Penaja DAP Kampung China Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata, pihak DAP Pusat telah mengarahkan beliau untuk mengenalpasti dan memilih lokaliti strategik dalam DUN Bandar Kuala Terengganu untuk dijadikan pusat operasi sepanjang kempen.

“Kita akan memilih tiga lokaliti yang strategik, mungkin dua di kawasan Kampung China dan satu di Batas Baru bagi dijadikan pusat operasi kempen DAP,”katanya ketika ditemui semalam.



Semua mahu Mohamad Sabu



 Dalam semua orang menang pada 9 Mac lalu, Mohamad Sabu kalah di Kuala Terengganu. Semua orang yang saya jumpa merasakan kemenangan PR kali ini tidak sempurna tanpa suara Mohamad Sabu di Parlimen. Nik Aziz pun mengaku lidahnya tak setajam Mohamad Sabu.

DAP dah isitihar sokong Mohamad Sabu. Anuar dah istihar sokong Mohamad Sabu


Suhaimi Said aktivis marhein nak berhempas pulas berkempen untuk Mohamad Sabu.

SMS yang saya terima bertanya adakah harapan Mohamad Sabu bertanding di Kuala Terenganu.

Ya, Mohamad Sabu bukan mewakili Kuala Terengganu atau Terengganu tetapi mewakili nadi rakyat Malaysa.

Ya, Mohamad Sabu bisa berbicara di Parlimen.

Ya, Mohamad Sabu bisa memimpin rakyat di jalanan.

Ya, Mohamad Sabu bisa berpidato di pentas ceramah.

Ya, Mohamad Sabu bisa melaksanakan kerja kebajikan

Ya, Mohamad Sabu bisa membela nasib setinggan

Ya, Mohamad Sabu bisa berdailog di pentas Sosialis.

Ya, Mohamad Sabu diminati India dan Cina.

Ya, Mohamad Sabu paling banyak kes politik di mahkamah.

Ya, Mohamad Sabu bisa bicara bersama Hizbullah Lubnan.

Ya, Mohamad Sabu telah mengabdikan diri dalam politik rakyat.


RAKYAT MAHU MOHAMAD SABU, tetapi Pas masih belum membuat keputusan. Kali ini kita mahu melihat adakah Pas Terengganu akan berfikir secara global atau lokal. Ujian sebenar ialah kepada Terengganu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .