Ikuti Blog ini

Juara program realiti TV 'Imam Muda' bersama Lim Guan Eng dan Karpal Singh!



Oleh: Pria Malaya

Harap penyokong fanatik Umno tidak menuduh Juara Imam Muda 2010 ini sudah 'tidak suci', kena samak (sbb sentuh org bukan Islam) dan pelbagai fitnah dan 'seranah' semata2 beliau bergambar dan berdampingan dengan pemimpin dari DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng...

Jauh dari itu, harapan semoga Saudara Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (rakan penulis) terus maju dan berjaya..jangan ditakutkan dengan ugutan dan sogokan wang demi berundur atau lari dari perjuangan..sesungguhnya rezeki datangnya dari Allah, bukan dari pihak kerajaan atau mana-mana pihak...wallahua'lam...










BIODATA JUARA IMAM MUDA ASTRO OASIS



Nama Penuh: Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan
Asal: Pulau Pinang
Umur: 26 Tahun
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Pendidikan Tertinggi: Ijazah Sarjana Muda Fiqh Usul, Universiti Malaya

Tahniah KDN, Malaysia berjaya kuasai rangking 142 sebagai negara yang tiada kebebasan media


Akhirnya cita-cita Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussien dan abang sepupunya Najib Tun Razak untuk meletakan Malaysia sebagai negara yang terkenal dimata dunia berjaya. Laporan Freedom House 2010, iaitu sebuah badan yang menyelidiki kebebasan disemua negara dunia meletakan Malaysia di rangking 142 dengan rating 64 sama dengan Zambia sebagai negara yang TIADA KEBEBASAN MEDIA.

Memang sangat menakjubkan. Dengan usaha keras KDN yang senantiasa memantau akhbar-akhbar Pakatan termasuk mengantung permit Suara Keadilan, mengugut Harakah dan Roket, akhirnya Malaysia diiktiraf antarabangsa sebagai negara yang tiada kebebasan media.

Kerjasama pihak Polis yang turut turun tangan memantau akhbar-akhbar dan wartawan Malaysia amat memberansangkan. Anda berjaya meletakan Malaysia di satu standard yang begitu membanggakan Najib yang takut dikritik secara terbuka oleh media.

Malah kerjaya wartawan dan media dinegara ini dianggap antara kerjaya yang berisiko tinggi. Bila-bila masa boleh ditahan untuk disoal siasat. Semua akhbar Pakatan hanya dibenarkan dijual untuk ahli dan dijual dalam kawasan pejabat parti.

Tapi akhbar Umno-BN seperti Utusan, Berita Harian dan NST bebas dijual secara terbuka walaupun jelas menyiarkan berita-berita fitnah dan menghasut. Macam-macam sekatan dibuat untuk media Pakatan terutamanya bila musim Pilihanraya.

Tapi rakyat tidak selamanya bodoh. Maklumat tidak boleh ditutup begitu sahaja. Mereka akan cari kebenaran dimana sahaja. Gunalah akta Mesin Cetak atau akta Hasutan sekalipun, namun kebenaran tetap akan sampai pada rakyat.

BN tak mampu buat apa. Walaupun mereka kuasai semua saluran TV dan Radio dan halang Pakatan buat media TV dan Radio sendiri, namun segala-segalanya tidak merugikan Pakatan. Yang rugi hanya Umno-BN kerana keangkuhan dan kezaliman mereka setiap hari ditanyangkan melalui media mereka.

Sikap hipokrit jelas disiarkan untuk rakyat faham bahawa negara ini tiada KEBEBASAN MEDIA!

http://syukran.wordpress.com

Royalti Petroleum & Gas Kelantan: Doa sampai Kerajaan Dacing Terbalik - Husam Musa

Gambar Sultan Kelantan Di Masjid Telipot

Semoga ALLAH melanjutkan usia Tuanku dan memudahkan segala urus tadbir Baginda,
Taqaballahu Minna Wa minkum...











[Sumber]

Gambar Yang Menyebabkan Pimpinan Umno Meracau Dalam Tidurrr..

Gambar ini memaparkan kepada kita akan hormatnya
seorang Raja terhadap seorang ulamak yang selama ini
difitnah dan dibenci oleh pemerintahan BN.

Pernahkah anda melihat sebelum ini,seorang Raja memberi
laluan kepada seorang ulamak seperti gambar di atas..??Maka
dengan kuasa Allah,seseorang itu mampu dinaik dan
dijatuhkan hanya dengan kehendakNya.

Mungkin inilah suasana yang paling memilukan dan menghiris
hati juak-juak Umno dalam misi merampas kembali Kelantan dan
mereka hanya mampu menelan air liur yang selama ini dikulum.

Najib Takut Dengan Ugutan Perkasa

Ku Nan nafi komponen BN ambil pendirian jauhi Perkasa

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan rakan-rakannya dari Barisan Nasional (BN) pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.

Penafian beliau itu muncul sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa.

“Apabila kami bertemu dengan setiausaha agung komponen BN, kami tidak pernah membincangkan langsung bahawa kami mahu menjauhkan diri daripada sesiapa,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN kepada The Malaysian Insider.

“Dasar kami ialah untuk rapat dengan sesiapa sahaja. “Kami harus pergi menemui dan malah, kami juga harus mendampingi ahli-ahli parti pembangkang dan menjelaskan kepada mereka dasar kami sebab mereka telah diberi maklumat yang salah (tentang BN),” kata Tengku Adnan.

Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.

Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.

Tengku Adnan pernah menafikan Umno ada kerjasama dengan Perkasa ataupun menyokong perjuangan Perkasa.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini beliau juga memberitahu bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Tengku Adnan menekankan bahawa BN tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.

Jelas Tengku Adnan, beliau hanya memberitahu bahawa tindakan Perkasa sejak kebelakangan ini memperlekehkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan mensabotaj soal keharmonian kaum di kalagan komponen perikatan itu.

“Saya tidak pernah mengatakan kita perlu menjauhkan diri daripada Perkasa. Saya hanya mengatakan bahawa Perkasa cuba untuk menjejaskan keduudkan BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan memusnahkan keharmonian kaum di kalangan komponen saya (dalam BN),” katanya.

Tengku Adnan juga berkata, beliau tidak pernah meminta ahli partinya agar memutuskan hubungan dengan Perkasa.

Sebaliknya, beliau mendakwa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang membesar-besarkan isu tersebut. Perkasa mendakwa mempunyai sokongan keahlian dalam lingkungan 300,000 dengan 80 peratus merupakan bekas atau ahli Umno semasa.

Tengku Adnan juga menekankan bahawa kenyataan beliau hari ini bertentangan dengan pandangan yang diberikan sebelum ini mengenai kedudukan Perkasa.

“Saya tidak berundur daripada apa yang pernah cakap tentang Perkasa sebelum ini,” katanya.

Tengku Adnan juga menekankan tentang apa yang dikatakan oleh Najib sambil berkata, Umno dan BN tidak harus menjauhkan diri daripada mana-mana NGO tetapi sewajarnya membimbing mereka dengan dasar-dasar BN.

“Saya setuju dengan Najib. Umno tidak harus menjauhkan diri mereka daripada semua NGO.

“Kita harus melibatkan diri kita dengan mereka sehingga mereka memahami apa yang kita sedang lakukan,” kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga berkata, Umno perlu menjelaskan konsep 1 Malaysia khususnya kepada Perkasa memandangkan mereka tidak faham dasar tersebut.

“Saya tidak percaya pada apa yang Perkasa sedang perjuangkan kerana mereka tidak faham konsep 1 Malaysia,” katanya.

Semalam di Kota Baru, Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dengan politik tetapi menyuarakan hak rakyat melalui lunas-lunas perlembagaan.

Beliau mengulangi kenyataan ini bahawa Perkasa bukan parti politik dan juga tidak mendokong mana-mana parti politik termasuk Umno tetapi berjuang atas lunas undang-undang bagi pertahankan hak rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tafsiran pelbagai pihak terhadap perjuangan Perkasa adalah tidak tepat kalau dikaitkan dengan Umno atau BN tetapi apa yang diperjuangkan NGO itu adalah untuk membantu kaum Melayu.

“Ada masa kita tegur dia (kerajaan), ada masa kita kecam, ada juga kita buat laporan polis sekira perlu, semuanya ke arah menimbulkan keharmonian negara,” katanya.

Mengenai dakwaan anggota parti komponen BN bahawa Perkasa adalah pertubuhan yang disokong Umno, Ibrahim berkata pihaknya tidak pernah sekali pun bertemu dengan pemimpin Umno untuk apa-apa tujuan.

Beliau juga menegaskan belum bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik tetapi menumpukan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, Raja-raja Melayu, agama Islam dan perlembagaan negara.

Ibrahim melahirkan perasaan dukacita dengan teguran beberapa individu dalam Umno yang menganggap Perkasa boleh menjejaskan matlamat konsep 1 Malaysia. -TMI

Royalti Hak Kelantan kata Al-Jazeera

Lagi Kes Remaja Ditembak Polis

Remaja dikejar polis kena tembakan

JOHOR BAHRU: Letupan disangka mercun yang memeranjatkan sekumpulan penduduk di Johor Jaya, dekat sini, sebenarnya berpunca daripada bunyi tembakan dilepaskan terhadap seorang remaja belasan tahun yang dikejar polis.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sejurus keluar mereka mendapati remaja terbabit terbaring menahan kesakitan akibat peluru menembusi kaki kirinya.

“Saya terkejut apabila bunyi bising yang disangka letupan mercun dimainkan kanak-kanak sebenarnya tembakan pistol. “Beberapa minit kemudian remaja yang cedera di kaki itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan menggunakan ambulans yang tiba beberapa minit kemudian,” katanya.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai berusia 16 tahun itu dikatakan melakukan jenayah berat dan cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, kejadian itu disiasat dan pihaknya akan memberi kenyataan berhubung kes berkenaan Isnin ini. -HM

Begitulah laporan akhbar. Nampaknya polis terus-terusan berlaku kejam. Jenayah oleh penjenayah sebenar tidak dibenteras tetapi "remaja berumur 16 tahun" yang ditembak hanya dikatakan cuba melakukan jenayah berat.

Rakyat ingin tahu, apakah jenayah berat yang remaja 16 tahun itu cuba lakukan.

Siapa anggota polis yang terlibat dan apakah hasil siasatan polis Johor?

Seluruh rakyat Malaysia akan memfokuskan kenyataan polis Johor hari ini terhadap kejadian malang yang menimpa remaja itu. -GB

PEMUDA UMNO MEMANG CIKAI BILA SUMBER WANG JELAS HARAM, PEMUDA UMNO TIDAK PERTIKAI





Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.

Bila DS Najib luluskan 30 lesen judi, Pemuda UMNO diam meniskus macam tikus almaklumlah benda itu jelas kot? Bila guna atau terima sumbangan wang judi Genting Highland Pemuda UMNO tak komplenpun? Bila Taukeh Genting Highland dapat tanah Goh Tong Raya takkan percuma, dan kalau beli pun kan Genting akan bayar dari hasl judi , so siapa yang dapat wang hasil jual tanah tu?

"Apa hukum Sports Toto syarikat judi yang ternama di negara ini memberi sumbangan kepada orang Islam yang berstatus ibu tunggal dan anak yatim ? Hina sangatkah umat Islam untuk menerima sumbangan hasil judi ? Kalau hukumnya halal, maka eloklah diberi sumbangan tersebut dalam masjid. Kalau hukumnya haram, harap dibuat berita utama dalam akhbar dan tv supaya semua pihak hormat kesucian umat Islam , lebih lagi di bulan Ramadhan.

3 September, SPORT TOTO beri sumbangan raya kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Sg Buluh tapi takder pun Pemuda UMNO yang komen ,,,,mungkin sebab dah jelas kot.

"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.

"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam...penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini, Sabtu.

Lim Guan Eng : Pastikan Anwar Ibrahim Jadi PM dan Nizar Jadi MB

Nizar dan Lim Guan Eng pemimpin harapan rakyat.Kedua-duanya menjadi minat musuh poitik menyekat karier politik mereka untuk melumpuhkan sokongan rakyat kepada PR.

Oleh : Cikgu Din Sisibukit

Ucapan Sdr YAB Lim Guan Eng malam kelmarin cukup menarik,beliau berucap selang seli Bahasa Melayu dan Mandarin.

Beliau menyentuh pemerintah BN yang rasuah dan perkauman. Lim Guan Eng juga memberi penekanan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat boleh direrima rakyat.

Pertama beliau meminta pimpinan kerajaan mendengar suara rakyat. Lim Guan Eng juga meminta kita semua buat kerja rakyat. Di samping Pakatan Rakyat mesti memberi harapan kepada rakyat.

Akhir ucapannya Lim Guan Eng meminta kita untuk terus bekerja .

"Pastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Nizar menjadi Menteri Besar Perak"ucap Lim Guan Eng.

UMNO Terkedu, Hipokrit Terdedah, Kamalanathan Masuk Masjid Pijak Tempat Sujud

Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid

Gambar: Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian Umno-BN dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

"Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. -TMI

Ijtimak Kepimpinan PAS Ke 8 Pada 22 & 23 Oktober

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/ijtimak2009.jpgBatu Rakit, SETIU - PAS Terengganu akan menganjurkan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali ke 8 tahun ini pada 22 dan 23 Oktober depan di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu.

Ijtimak yang pertama kalinya berlangsung selama dua hari itu akan di 'tambah nilai' dengan acara pemuda dan muslimat, bagi menyuntik 'sentuhan kepada masyarakat setempat' sebagai usaha menyemarakkan semangat menawan kembali 'Wisma Darul Iman'.

Menurut Pengarahnya, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, seramai 10,000 orang pimpinan PAS pelbagai peringkat dijangka akan berhimpun untuk menyampaikan pandangan dan buah fikiran meningkatkan gerak kerja parti.

(Gambar - Imbas kembali, Ijtimak Kepimpinan PAS Kali ke 7, 2009, yang diadakan di Markaz tarbiah Kubang Lembek, Mani, Hulu Terengganu) -BO



Rakan Sosilawati ditemui mati

http://utusan.com.my/pix/2010/0919/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_01.1.jpg
SARINA JAAFAR

Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.

Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini.

Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.

"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul.

Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti.

"Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat.

"Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .