KUALA LUMPUR:
Senator Pakatan Rakyat menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri
Selangor untuk mengambil alih pengurusan operasi Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Senator Syed Hussein Ali daripada PKR
berkata, keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
tepat pada masanya kerana Syabas gagal menguruskan air di negeri itu.
"Apa yang dikatakan krisis air di Selangor boleh dipertikai kerana bekalan air di kawasan simpanan air masih mencukupi.
"Kerajaan
Pusat sengaja menjadikan isu air ini sebagai alat politik untuk
merampas Selangor," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari
ini.
Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pusat
untuk meneruskan pembinaan Langat 2 yang menyediakan air mentah daripada
Pahang.
Ini kerana katanya, kos pembinaan loji tersebut akan menggunakan wang rakyat.
"Walaupun
kerajaan kata mereka akan biayai kosnya, tapi kerajaan negeri juga
terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang
bagi air mentah tersebut. Ini melibatkan wang rakyat.
"Bagaimana kerajaa negeri mahu beri air percuma jika terpaksa tanggung kos ini," katanya.
Sementara
itu, seorang lagi senator daripada PKR, Syed Shahrir menegaskan,
masalah sebenar bukan kekurangan air mentah sebaliknya Syabas gagal
merawat air mentah menyebabkan air bersih tidak dapat dibekalkan kepada
penduduk negeri itu.
"Syabas yang bertanggungjawab kerana bersikap acuh tak acuh dalam operasi merawat air. Air mentah ada tapi tak diselenggara.
Menurutnya juga, Syabas didapati menanggung hutang sebanyak RM2.8 bilion.
Angka ini merupakan jumlah yang harus dibayar kepada kepada operator rawatan air.
Syabas sebelum ini bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.
Namun perkara itu belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri. -
Hrkh
Exco: Semua 7 empangan S'gor penuh air
Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor, Ronnie Liu.
Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air.
![azlan](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/500/311x388xb623b25d20ff40675a73372344488c62.gif.pagespeed.ic.xP7v8kgDEk.png)
Liu
yang memegang portfolio kerajaan tempatan berkata, beberapa ketua
kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan
mendapati ia masih penuh.
Wakil rakyat DAP itu kemudian
mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku
kekurangan air seperti didakwa.
"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air.
"Kenapa
perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air
secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada
Malaysiakini.
Beliau
menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat
konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih
operasinya. -
M'kini