PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk
minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula
menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada
kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.
Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk
melindungi pejabat majalah tersebut.
Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak
serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah
beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk
gambar bogel.
Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan.
Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap
filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent
Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan
telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat
diplomatik di negara-negara Islam.
Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan
nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut. "Ia
adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya.
"Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo,
seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah,
mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya.
Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.
"Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya
lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku
sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau.
"Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api
yang sedang marak," katanya. Majlis Islam Perancis turut memohon umat
Islam agar bertenang. ~sinarharian
Addin :
Kepada semua umat Islam, ramai-ramai kita turun ke himpunan sejuta umat
Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of
Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad
s.a.w. Tunjukkan kepedulian dan sensitiviti kita pada agam yang kita
cintai ini.. Allahu akhbar!!