Ikuti Blog ini

KT: Bilik Gerakan DAP Diarah Tutup - BN tertekan


KUALA TERENGGANU - Setelah melihat sokongan pengundi Cina yang mendapat sambutan luar biasa, Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan tertekan sehingga memaksa mereka 'menutup' bilik gerakan DAP yang terletak di Kampung Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Kejadian tersebut berlaku pada 12 Januari lalu, apabila bilik gerakan tersebut yang terletak di No.44, Jalan kampung Cina diarahkan pimpinan BN kerajaan negeri Terengganu ditutup.


Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, pihaknya telah mengadakan perjanjian dengan pemilik bilik tersebut untuk dijadikan markas DAP bermula dari 6 sehingga 17 Januari ini.


"Saya sendiri telah menyelesaikan sewa yang berjumlah RM3500 kepada pemiliknya, namun kami hanya sempat menggunakannya selama seminggu sahaja setelah diarah keluar oleh tuan punya premis," ujarnya.


Bagaimanapun pihaknya yakin dengan insiden tersebut akan menambahkan lagi rasa benci pengundi cina kepada Umno-BN.


"Bagi saya, ini bukan masanya untuk bertegang dengan pihak lawan. Kita keluar dengan lunak dan mendapat simpati daripada masyarakat Cina setempat yang menyaksikan sendiri tindakan kerajaan negeri yang tidak 'fair-play' ini.


"Kenapa semasa kami mohon sewa stadium untuk pengisytiharan calon dibenarkan dan yang ini dihalau keluar pula?" ujarnya lagi.


Ini menunjukkan BN berada dalam keadaan yang sangat tertekan dengan sokongan pengundi setelah mereka dapat menilai sendiri sekatan oleh kerajaan Umno-BN terhadap kemudahan yang ada, katanya.


"Hal ini sekaligus akan menguatkan lagi sokongan para pengundi cina secara tidak langsung," katanya lagi.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .