Ikuti Blog ini

"Jangan lupa undi DAP" - TG Nik Aziz



KOTA BHARU, 15 Mei: Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.

Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.

Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.

Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.

Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS. - Hrkh

Judi Bola Untuk Tabung Pilihanraya UMNO/Najib Tun Razak




Kalau nak beli Timbalan Speaker Yee pun kena pakai duit Vincent Tan, apatah lagi untuk berhadapan dengan pilihanraya umum kelak. Bayangkan, judi bola sahaja boleh memberi UMNO ribuan juta ringgit bagi mengisi Tabung Pilihanraya mereka. Tak heranlah Najib Tun Razak terpaksa meluluskan lesen judi bola ini. Kalau tidak macamana UMNO hendak cari duit untuk menampung kos pilihanraya umum kelak. -Posted by Tulang Besi

Anwar: Pemimpin BN tolong 'towkay'



Menjelang hari pengundian pada hari Ahad, aktiviti kempen Pakatan Rakyat semakin hangat. Pada malam ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat telah memberi ceramah di Restoran Idaman Café, Kampong Bandung, Nangka.

Anwar bertubi-tubi menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dengan mengatakan sejak 50 tahun merdeka, mereka hanya menolong 'towkay'.

DUN Kedah bubar hanya mainan BN yg gila talak...


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan tidak akan menyembunyikan perkara sebenar dalam pentadbiran negeri termasuk ura-ura kononnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan bubar dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau tidak teragak-agak untuk membuat kenyataan rasmi mengenai isu itu kerana akur pada suara majoriti sekiranya ia benar berlaku.

“Saya juga ada dengar khabar angin itu. Ingin saya tegaskan bahawa jika benar DUN akan bubar, saya tidak akan berselindung dan akan beri maklumat tepat dan umumkan bila DUN akan bubar,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah mengulas khabar angin yang bertiup kencang di negeri ini konon empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk tiga Exco Pakatan Rakyat (PR) akan keluar parti dalam masa terdekat.

Mereka yang dikatakan akan berbuat demikian ialah S Manikumar (PKR - Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR - Sidam), Lim Soo Nee (PKR - Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman).

Dakwaan ini timbul berikutan kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan PR di Perak akan berulang di Kedah dalam waktu terdekat.

Azizan berkata, bagi meredakan khabar angin itu, Kerajaan Negeri akan menganjurkan ceramah khas bertajuk ‘DUN Kedah Bubar?’ pada jam 9 malam 22 Mei ini di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, bagi menjelaskan isu berkenaan kepada rakyat.

“Saya akan menjelaskan pendirian dalam hal ini termasuk beberapa pemimpin PR Kedah serta ADUN yang didakwa akan lompat parti. Biar mereka sendiri beri penjelasan supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak menafikan desas-desus itu menimbulkan kegelisahan rakyat, termasuk senario politik yang berlaku di negeri PR Pakatan Rakyat yang lain.

Azizan percaya, apa yang berlaku hanya perang psikologi Barisan Nasional (BN) yang mahu memecah-belahkan PR Kedah melalui strategi dan fitnah.

“Saya andaikan ini mainan BN sebab mereka banyak kali gagal menjatuhkan Kerajaan Negeri melalui demonstrasi, bantahan yang kononnya mewakili rakyat termasuk membangkitkan soal bidang kuasa Sultan, namun tidak berjaya,” katanya.

Berikutan itu, Azizan menasihatkan BN supaya belajar menjadi pembangkang yang baik di negeri ini, dan sekiranya tidak dapat menyesuaikan diri, pihaknya bersedia berkongsi pengalaman.

“Mulai sekarang, pemimpin UMNO kenalah belajar menjadi pembangkang. Jangan tersasul, mereka bukan pemerintah lagi. Jangan asyik buat kenyataan yang merapu, kelak rakyat pun muak nak dengar,” katanya.

“Saya percaya sebab rakyat menolak BN ialah kerana sudah muak dengan perangai sebenar mereka,” katanya.

PR Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN dengan Pas peroleh 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi manakala BN mempunyai 13 kerusi serta dua wakil Bebas.

Gobala: ‘Hukuman bermotifkan politik untuk diamkan saya’





Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mendakwa kesalahan disabitkan hari ini bermotifkan politik dan bertujuan “mendiamkan” beliau.

Wakil rakyat penggal pertama ini didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang.

Beliau dikenakan hukuman ini ketika seorang lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, Wee Choo Keong dari Wangsa Maju meninggalkan PKR.

Sejak Februari lalu PKR sudah kehilangan enam kerusi Parlimen termasuk seorang dipecat dan gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor bulan lalu.

“Ini (hukuman) sesuatu yang karut dan tidak boleh percaya,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Gobalakrishnan berkata beliau sebenarnya pergi untuk membantu 27 lelaki yang ditahan polis ketika insiden beliau ditahan.

“Saya merayu bagi pihak mereka kepada polis tetapi saya ditahan bersama mereka,” katanya.

Lelaki-lelaki lain tidak didakwa di mahkamah.

Gobalakrishnan bukan sahaja didakwa dan didapati bersalah, kemungkinan hilang kerusinya di Parlimen.

“Saya akan merayu dan berlawan dengan menggunakan semua ruang yang ada,” katanya.

Gobalakrishnan juga berkata tindakannya itu satu usaha pihak berkuasa untuk mendiamkan beliau.

Beliau bertekad untuk mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberitahu rakyat apa yang terjadi.

Mahkamah Majistret mendapati Gobalakrishnan bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.

Majistret Ainol Bashirrah Dona Don Biyajid menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap anggota Parlimen itu.

Gobalakrishnan dituduh dengan sengaja menghalang Cif Inspektor V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20 tengah malam 29 Jan 2002.

Beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong PKR daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.

Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Malaysia, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Ahli Parlimen itu diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu dan dikehendaki membayar denda pada hari ini juga.

Skuad Badminton Kalah kerana Rosmah?



Harapan Malaysia untuk merangkul Piala Thomas di gelanggang sendiri pada tahun 2010 ini hancur berkecai malam tadi apabila Malaysia ditundukkan oleh skuad Badminton Negara China. Dengan situasi bermain di gelanggang sendiri dan dihadapan ribuan penyokong tempatan, pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei tiba-tiba dijinakkan dengan begitu teruk sekali oleh pemain China, Lin Dan. Chong Wei tewas "straigh set" 21-17, 21-8 iaitu satu kedudukan yang amat tidak munasabah sebenarnya memandangkan beliau adalah ranking pertama dunia pada ketika ini.

Tambah memeritkan apabila perlawanan kedua melibatkan beregu pertama Malaysia juga ditewaskan "straigh set" oleh beregu China. Pasangan Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun dan Fu Haifeng 21-15, 21-10.

Wong Chon Hann yang sedang berdepan dengan Chen Jing. Chon Hann tewas diset pertama 16-21 kepada Cheng Jin. Bagaimana pun nampaknya Chon Hann dilihat agak bertenaga untuk mengimbangi pemain China itu berbanding dengan Chong Wei. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila turut rebah di set kedua 6-21, yang menyaksikan Malaysia gagal mara ke perlawanan akhir setelah tewas 0-3.


Kenangan mengerikan bagi Dato Lee Chong Wei di kala hidungnya di celah ketiak Bik Mama


Namun begitu di dalam hal ini, Rosmah Mansur yang juga suami Najib dilihat telah menyumbang kepada kekalahan ini! Mungkin ada hikmahnya pasukan Malaysia kalah kepada China. Jika Malaysia menang pastinya akan berlaku acara peluk memeluk oleh Suami Najib si Rosmah Puaka dengan pemain-pemain yang menang!


Dewan Himpunan Penyokong PAS akan dilancarkan secara rasmi

YB Dr Mujahid bersama Muhammad K.Y. Tiang (kiri) dan
Sdr Mohd Saad Ismail

IPOH :
Dewan Himpunan Penyokong PAS akan dilancar dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang pada 23 Mei nanti di Klang, Selangor.

Demikian dinyatakan oleh YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar dan juga selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat pada sidang media beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak, Ipoh petang tadi. Bersama-sama dengan beliau ialah beberapa orang pimpinan daripada Lajnah Perpaduan Nasional Perak serta pemimpin Kelab Penyokong PAS Perak.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ini yang merupakan satu penaikan taraf daripada Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sedikit masa lalu. Keahlian buat masa kini sekitar 30,000 orang penyokong PAS daripada kaum Cina dan India akan diserapkan secara automatik ke dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai salah satu sayap kepada parti PAS.

Satu kertas garis panduan bagi ahli-ahli DHPP ini telah disediakan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah perlembagaan parti PAS itu sendiri.

Peranan dewan ini sepertimana juga dewan-dewan yang lain di dalam PAS akan mempunyai beberapa jawatan penting bagi menggerakkan aktiviti dewan dan ahli-ahlinya.

Beberapa keistimewaan kini bakal diperolehi oleh ahli-ahli DHPP termasuklah dapat bersama-sama hadir di dalam mesyuarat kawasan mahupun muktamar. Cuma masih ada sedikit kekangan sebagai ahli DHPP iaitu salah satunya ialah tidak dapat mengundi di dalam mana-mana pemilihan kuputusan mahupun jawatan di dalam PAS.

Sidang media yang pertama bagi mengumumkan pelancaran DHPP ini telah dipilih untuk diadakan di negeri Perak kerana sokongan yang diterima daripada pimpinan PAS Perak serta ahli-ahli Kelab Penyokong Pas amat menggalakkan.

YB Dr Mujahid begitu optimistik bahawa keahlian di dalam DHPP akan bertambah berlipat kali ganda di dalam masa yang terdekat kerana kini pimpinan di dalam DHPP ini dapat bergerak lebih aktif dan secara terbuka bagi menyampaikan misi DHPP kepada kaum Cina dan India yang kini lebih bersikap positif di dalam menyatakan sokongan mereka kepada parti PAS.

Apabila ditanya mengenai sama ada akan meletakkan calon di dalam pilihanraya akan datang daripada kalangan pimpinan atau ahli-ahli DHPP, YB Dr Mujahid berkata itu tidak menjadi halangan kerana ianya telah terbukti pada PRU-12 yang lalu apabila seorang ahli Kelab Penyokong PAS iaitu Cik Kumutha A/P Raman yang bertanding di Dun Tiram dengan menggunakan lambang PKR atas tiket PAS. Pada masa akan datang juga, pimpinan DHPP akan mencadangkan mana-mana ahli mereka sebagai calon PAS tetapi perlu mendapat persetujuan daripada pimpinan PAS Pusat terlebih dahulu.

Selepas daripada ini, beliau akan menjelajah ke setiap negeri bagi mengadakan taklimat dan mesyuarat bersama-sama pemimpin DHPP untuk menjayakan lagi misi ini.

Mohd Saad Ismail bersama S. Surianarayanan (Ketua
DHPP Perak)

Pimpinan daripada Bagan Serai

Mohd Saad sedang menerangkan mengenai pertambahan
jumlah ahli DHPP Perak yang kian meningkat

YB Dr Mujahid Yusuf Rawa bersama buku
garis panduan DHPP

Kerjasama erat memastikan kejayaan DHPP

Sdr Muhammad K.Y. Tiang sedang memberikan maklumat
tambahan kepada para wartawan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .