MIRI:
 PAS melancarkan manifesto ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak 
Yang Maju dan Berkebajikan’ untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan 
Raya Umum (PRU) akan datang ini. 
‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang 
dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah 
menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; 
Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum.
PAS juga menawarkan Lebuh 
Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi
 Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama 
Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua; 
Dalam
 bidang pendidikan pula, Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
 Semua; Meningkatkan Ro-yalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus;
 Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan 
Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.
Terjemahan praktikalAbdul
 Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak 
Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal Agenda Negara 
Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang 
dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat 
persekutuan sejak sekian lama.
Katanya dokumen tersebut juga 
merupakan ‘blueprint’ politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi 
asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib rakyat 
Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.
“Semoga dokumen ‘12 Tawaran
 PAS Sarawak’ ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja 
parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya 
Umum akan datang,” katanya.
Abdul Hadi dalam ucapannya pada 
majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri 
Sarawak yang diadakan di sini, malam kelmarin mengajak seluruh jentera 
dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk 
bekerjasama dan berkongsi ‘kekuatan’ menum-bangkang BN yang disifatkan 
beliau sebagai ‘gajah’ dan mereka umpama semut. 
Tentera semut
“Seekor semut tidak dapat menumbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerja-sama kita mampu menumbangkan gajah.
“Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang,” katanya.
Beliau
 dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar 
konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan
 bantuan kepada semua lapisan masyarakat. 
“Adil untuk semua sama
 ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil 
kepada semua, ia adalah haram,” katanya.
“Bantuan kemiskinan kita
 bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli 
babi, itu hak dia (bagi bukan Islam).
“Bantuan pelajaran kita 
beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau 
bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang,” katanya
 dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.
“Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah.
“Undang-undang
 jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah 
semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua 
berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah 
undang-undang sebegitu,” kata-nya memberi contoh, andai PAS (melalui 
Pakatan Rakyat) berkuasa di Sarawak.
“Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza,” katanya.
Rashidi Lobo serta PAS
(Rashidi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Abdul Hadi)
Terdahulu beliau menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS 
oleh sekumpulan masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh Ramba 
Asun, dari Kuap, Sungai Bakas, Sibuti dan borang keahlian daripada wakil
 masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Lobo Abdullah yang berasal 
dari Lundu.
Ustaz Muhammad Rashidi yang berbangsa Bidayuh dan 
merupakan penulis buku ‘best seller’ untuk Travelog Syahadah: Jejak 
Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada 
Hidayah Kepada Dakwah, merupakan seorang pendakwah terkenal yang tidak 
asing lagi di Semenanjung Malaysia.
Walaupun sudah menetap di 
Kuala Terenggau, namun beliau kini kerap balik ke Sarawak dan mulai 
aktif menjelajah seluruh negeri ini dengan membawa mesej perubahan 
kepada rakyat Sarawak, sejak setahun lalu.
Program ‘Himpunan 
Hijau ke Putrajaya’ itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri 
(ADUN) Piasau Alan Ling, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua
 Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak 
merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri 
Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo..
.The Borneo Post