Ikuti Blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim di Klang - Konteks "Pandikutti"



Petikan ucapan Anwar di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."

Media milik BN-Umno heboh dengan cerita bahawa Anwar Ibrahim menggelarkan Najib Razak sebagai "pandikutti" (anak khinzir). Apa yang tidak disebarkan adalah konteks sebenar ungkapan itu diggunakan.

Isu Kristian: Hishamuddin Dan Rais Perlu Dipertanggungjawabkan

Kristian: Konspirasi Umno-Utusan?

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut memberi contoh tindakan terbaru akhbar Umno itu yang meletakkan laporan muka depan bertajuk “Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu.

Hishammuddin juga jelasnya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, yang mendakwa Anwar individu dalam video seks tersebut, sewaktu berceramah kepada guru di sebuah sekolah di Kelantan.

"Tidak keterlaluan saya katakan bahawa ini satu agenda yang di belakangnya Umno, sengaja untuk meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

"Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa isu tersebut adalah termasuk dalam perancangan Umno menjelang PRU-13 iaitu untuk melihat orang Melayu jauh dari PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya begitu hairan bagaimana begitu banyak akta-akta, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, tiba-tiba semacam ada satu konspirasi.

"Sekarang ini waktu untuk ambil tindakan, bukan untuk merai semua pandangan," katanya.

Beliau juga mendakwa trend yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku tahun 1987 apabila ketegangan kaum dimainkan sehingga membawa kepada Operasi Lalang ketika itu.

Dalam operasi itu, sekurang-kurangnya 106 terutama pemimpin pembangkang ditahan.

"Seperti ada kecenderungan ke arah itu," katanya. -HD


PAS gesa Hisham, Rais minta maaf berhubung laporan Utusan

KUALA LUMPUR, 10 Mei — PAS menuntut dua anggota Kabinet pentadbiran Najib memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia, yang menyiarkan laporan didakwa cuba menimbulkan ketegangan antara agama.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sikap diambil Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?”, yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

“Dua menteri ini kena memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesengajaan mereka memberikan respons yang tidak sewajarnya dengan niat menjadikan keadaan ini semakin gawat.

“Sepatutnya Hishammuddin (gambar) menggantung Utusan Malaysia sebagai tanda kita serius kepada perkara-perkara yang mengundang kepada keadaan yang tidak harmoni ini, Utusan Malaysia harus diberikan pengajaran kerana perbuatan Utusan Malaysia ini sudah melampau dan kalau dibiarkan akan berlaku huru-hara dalam negara,” kata Mahfuz pada sidang media di sini.

Tambah beliau, Hishamuddin juga harus menggantung permit Utusan Malaysia bagi “melegakan” rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara.

“Saya minta Hishamuddin hentikan provokasi perkauman, tunjukkan sifat sayangi Malaysia dan bukan sifat sayangi kerusi empuk singgahsana mereka

“Kalau Hishammuddin enggan hentikan saya bersedia untuk berdebat dengan beliau supaya masing-masing boleh bentangkan sama ada betul atau tidak Melayu diancam, biar rakyat adili dan kita akan buktikan Umno adalah pengkhianat yang sebenar,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, laporan Utusan Malaysia itu telah menimbulkan keadaan tidak kondusif dalam negara selain berniat membangkitkan lagi api perkauman dan keagamaan.

“Laporan Utusan Malaysia telah menimbulkan keadaan yang tidak kondusif dalam negara dan jadikan rakyat tidak tenang kerana dirasuk oleh berita yang bersifat jahat, saya kira laporan itu menambahkan api perkauman dan keagamaan sempit yang sering dimainkan media Umno-BN.

“Kita tidak boleh biarkan perkara sebegini dibiarkan, tindakan harus diambil segera,” katanya.

Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Tegas Mahfuz, laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia itu memperlihatkan Umno kini berada dalam keadaan semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

“Laporan seperti ini memperlihatkan politik Umno kini berdepan dengan keadaan sesak nafas yang menyebabkan saluran pernafasan politik Umno semakin sempit sehingga terpaksa gunakan pendekatan yang tidak bermoral, saya anggap apa yang dilaporkan itu menggambarkan Umno-BN sudah menyimpang dari landasan... iaitu sudah bawa negara keluar dari landasan demokrasi yang kita amalkan.

“Oleh itu saya nasihatkan Umno-BN jangan sampai menagih simpati pengundi Melayu dengan merosakkan seluruh struktur negara yang telah kita bina, pemimpin Umno tidak harus ambil pendekatan seperti penagih dadah yang tegar yang sanggup buat apa sahaja termasuk sanggup bunuh ibu sendiri untuk dapatkan dadah,” katanya.’

Malah kata Mahfuz, “jangan sebab nak dapatkan sokongan sanggup rosakkan negara, tidak wajar Utusan Malaysia mengeluarkan laporan yang tidak tepat, laporan itu sangat serius dan Hishammuddin dan Rais perlu ambil tindakan,” katanya. -TMI

Laporan macam ini akhbar Utusan Malaysia tidak akan siarkan sebab Ketua Pengarang dia pembodek!!


Kerajaan Rakyat - KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.
Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu.
“Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.

“Jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi,” katanya.
Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini.
Cynthia berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.
“Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu.
Baru-baru ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Rahsia SPRM Pecah Lagi: Ketua Pendakwa Ajar Saksi Jawab Soalan

RCI: Ketua pendakwa bimbing saksi jawab soalan?

Ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Razak Musa (gambar) hari ini dituduh membimbing para saksi bagaimana hendak menjawab soalan dari suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Pegawai kanan penguatkuasa Azian Umar, yang dipanggil semula oleh Majlis Peguam untuk memberi keterangan dalam siasatan hari ini berkata, Abdul Razak telah mengarahkannya untuk hanya menjawab bila ditanyakan dan jangan jawab jika tidak ditanya".

Perkara itu dibangkit ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee (kiri) menyoal Azian mengenai SMS antara beliau dengan pegawai atasannya, Hairul Ilham Hamzah.

Kandungan SMS itu menjadi perhatian.

Azian pada 17 Julai 2009 - sehari selepas kematian Teoh - nampaknya merayu kepada Hairul supaya tidak mengarahkan para pegawai bawahannya "membuat kenyataan palsu".

Cheow bertanya kepada Azian - yang sebelum ini telah memberi keterangan kepada RCI pada 28 Februari - mengapa dia tidak memaklumkan maklumat mengenai SMS tersebut.

Selepas berhenti seketika, dia berkata: "Ia bukan satu isu (dan) saya tidak mahu menjadikannya satu isu."

Jawapannya berhubung peranan Abdul Razak'menyebabkan pengerusi RCI, Datuk James Foong bertanya kepada peguam SPRM Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau sedar tentang arahan tersebut.

Ulasan GB

Hal ini serius. Bagaimana kebenaran dan keadilan boleh ditegakkan jika saksi-saksi tidak bebas untuk menjawab jika mereka sebenarnya telah diajar untuk menjawab oleh Pendakwa?

GB dari awal meragui prosiding Suruhanjaya dan amat mengesyaki bahawa saksi-saksi ini telah dibimbing untuk menjawab. Maka lantaran itu di satu ketika pak guard SPRM membawa skrip ketika menjawab prosiding, tetapi tiada tindakan diambil. Seolah-olah ada konspirasi untuk menyembunyikan sesuatu "rahsia besar" di kalangan pegawai SPRM.

Satu siasatan dalam siasatan perlu dilakukan supaya Suruhanjaya tidak dikatonkan oleh pendakwa yang bedebah itu. Integriti Suruhanjaya dipersoalkan jika berdiam diri terhadap salah-laku pendakwa yang begitu ketara.

Pak guard SPRM rupa-rupanya telah diajar bagaimana untuk menjawab di depan Suruhanjaya Siasatan Teoh.

Dan GB yakin skrip-skrip ini juga disediakan untuk semua mereka yang dipanggil untuk siasatan.

Sudah ada komplot peringkat tertinggi bagi "menipu" Suruhanjaya Siasatan, dan kita YAKIN, penipuan ini berlaku semenjak sebelum inkues diadakan.


Pakatan Rakyat perlu membela keluarga Teoh dengan membuat laporan polis terhadap Ketua Pendakwa SPRM ini supaya semua rahsia ini dibongkar habis dan Ketua Pendakwa itu ditangkap dan disiasat.

PR perlu ada jawatankuasa khusus untuk isu-isu semasa sebegini. Janganlah tidur dan janganlah asyik berceramah. Ceramah pun kadangkala tak fokus. Buran semacam jer. Nak menang ke nak kalah? -GB

Khianat : Pemandu Peribadi DS Anwar Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini.

Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan Anwar dan keluarga.

Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu.

Sani ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, kejadian itu hampir mendatangkan kemalangan ketika kereta itu dinaiki Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika itu beliau memandu membawa Wan Azizah pulang dari satu program KEADILAN di Chemor, Perak.

“Masa balik dari Chemor dan kereta saya nak potong lori, tiba-tiba pemegang brek caliper terbuka (tercabut). Skru tercabut. Bila ia terbuka, kereta bergegar. Tuhan punya kuasa, mujur tidak kemalangan.

“Selama 28 tahun saya menjadi pemandu Datuk Seri, perkara ini tak pernah berlaku,” katanya yang turut mempunyai bukti gambar bahagian brek tersebut.

Menurut Sani, apabila membawa kereta itu ke bengkel, beliau diberitahu oleh mekanik bahawa salah satu skru pada brek kereta Mercedes model S350 itu, tercabut.

“Kereta ini kali terakhir di hantar ke bengkel bulan 10 tahun lepas, kalau brek longgar pasti ia berbunyi,” kata Sani.Keadilandaily

Panas ! ni dia senjata umno tawan Selangor ?



PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan senjata kotor Umno bagi mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2000 pengundi baru warga Indonesia.

Timbalan pengerusi KEADILAN selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya mendapat maklumat itu berdasarkan surat yang ditulis Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar kepada Menteri Dalam negeri, Datuk Seri HIshamuddin tun Hussien.

“Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2000 orang telah dipilih,” kata Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Zuraida menyifatkan tindakan terbaru itu menunjukkan Umno khususnya di Selangor terlalu terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, nama-nama yang sudah dikenal pasti itu dengan jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Idris dengan jelas menyatakan individu-individu yang dipilih seramai 2000 orang itu akan membantu kemenangan PRU ke-13 nanti.

“Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong. Mereka semua adalah daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan berkerjaya.

“Idris meminta supaya Hishamuddin memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihaknya dapat menguruskan permohonan dengan lancar dan sempurna,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida turut menegaskan bahawa KEADILAN akan membuat laporan polis berkenaan jenayah dan dan salahguna kuasa yang dilakukan Umno itu secepat mungkin.

“Kita akan membuat laporan polis terhadap Hishamuddin dan Idris secepat mungkin. Supaya polis menyiasat perkara ini terutamanya di Hulu Selangor.

“Surat ini kita terima daripada sumber yang menyokong PR pada Jumaat lepas,” katanya.- keadilandaily

Doktor Muda Bersama Jururawat Mati Lemas, Moralnya Apa?

Kuching: Seorang doktor muda sempat mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada ibunya kelmarin, sebelum lemas ketika cuba menyelamatkan seorang rakan yang turut lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika mandi bersama dua rakan lain di air terjun Kampung Giam, Padawan, dekat sini, semalam.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Dr Mohd Azri Dollah, 27, dari Semariang, seorang pakar kardiologi Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak (HUS) Samarahan dan jururawat di Hospital Memorial Rajah Brooke, Norfazillah Abdul Kadir, 23, berasal dari Kampung Baru, Samarahan.

Mereka bersama dua lagi rakan yang juga jururawat, pergi berkelah di air terjun yang terletak kira-kira 35 km dari sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi, apabila Norfazillah yang mandi di tepi air terjun dilihat terkapai-kapai meminta bantuan dan apabila menyedari mangsa tidak pandai berenang, Dr Mohd Azri terus terjun dan cuba menyelamatkannya.

Namun, beliau dipercayai menghadapi kesukaran berikutan arus kuat serta badannya yang ditarik Norfazillah yang panik sehingga kedua-dua mangsa lemas dan hilang di tempat kejadian.

Dua rakan mangsa yang menyaksikan kejadian kemudian meminta pertolongan penduduk kampung yang mengambil masa kira-kira 20 minit mencari mayat mangsa yang tenggelam ke lubuk sungai.

Ibu Dr Mohd Azri, Sharifah Mordiah Wan Abu Bakar, 53, berkata anaknya itu menyatakan hasrat membawanya keluar makan malam sempena Hari Ibu semalam selepas tidak dapat berbuat demikian malam kelmarin.

“Dia sempat memeluk dan mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada saya dan berjanji membawa kami sekeluarga menikmati makan malam hari ini (semalam) selepas mahu menanti semua adik beradik berkumpul bersama meraikan Hari Ibu,” katanya.

Sementara itu, ibu Norfazillah, Latifah Led, 47, berkata anaknya itu mula berubah apabila dia memakai baju kurung dan tudung putih ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara mereka di Samarahan, kelmarin.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa ketika Norfazillah memakai pakaian serba putih ketika menghadiri majlis perkahwinan saudara kami, malah dia kelihatan cukup ceria sepanjang kenduri, termasuk sempat bergurau bersama ahli keluarga yang lain,” katanya. -BH

Salam takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa.

Kepada yang lain jadikan ini satu pengajaran. Apa pengajarannya?

Beberapa kes mati lemas berlaku kebelakangan ini melibatkan pasangan yang belum ada apa-apa ikatan pernikahan bermandi-manda berendam sesama di dalam air (di pantai atau air terjun).

Tanpa bersangka buruk, namun bagi umat Islam perbuatan tersebut melanggar pagar syariat.

Sama seperti kes tragedi Ulu Bendul. Dilaporkan :

Perkelahan empat sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak perempuan berusia dua hingga lima tahun bersama kenalan wanita bapa mereka, berakhir tragedi apabila tiga kanak-kanak itu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di hutan lipur berkenaan.


Ada moral yang perlu digarap di sebalik semua kejadian berkenaan. -GB

STRATEGI PENGHAPUSAN RIBA, STRATEGI HALUS MENJATUHKAN MONOPOLI KUASA AMERIKA


Selagimana penggunaan Wang Kertas di amalkan, selagi itu amat sukar untuk mengelak dari tertempias dengan debu-debu riba. perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Usaha perubahan kepada matawang yang mempunyai nilai pada zat atau ain wang perlu dilakukan; iaitu ke arah mewujudkan mata wang terus kepada emas dan perak, atau dikenali sebagai dinar dan dirham.

Wang kertas menjadi bernilai, apabila ia diiktiraf oleh sesebuah kerajaan. Tetapi, emas dan perak atas nama Dinar dan Dirham tetap bernilai tanpa pengiktirafan kerajaan. Cuma sesuatu negara itu mungkin tidak mengiktirafnya sebagai matawang sahaja.

Kelantan telah melakukan perubahan ini. Ia boleh dianggap sebagai strategi berani dalam usaha mengelakkan diri dari terlibat dengan riba, atau debu-debu riba. Mungkin ada pihak yang menganggap ia sebagai satu perkara yang mustahil, tetapi jika diteliti, ia adalah satu perkara yang tidak mustahil.

Jika dahulu, iaitu diawal kemenangan PAS di Kelantan. Kerajaan Negeri kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengambil sikap berani dengan mengeluarkan segala wang kerajaan Negeri dari bank ribawi, lalu dipindahkan kepada bank Islam. Ternyata tindakan itu menjadi tekanan kepada bank ribawi sehingga mereka memasukkan elemen "anti-riba" dalam bank mereka, malahan berkembang di seluruh Malaysia. Keadaan kini pula,Bank Ribawi sendiri sudah semakin memasukkan elemen Islam dalam bank mereka, sehingga unsur ribawi semakin mengecil dalam bank mereka.

Jika usaha ini dilihat semakin berjaya, waima ia bermula dari tahun 1990. Jadi, ia tidak mustahil jika tindakan memulakan usaha mewujudkan dinar dan dirham di Negeri Kelantan dilakukan. Permulaan mungkin ia tidak dianggap sebagai matawang, tetapi apabila penggunaannya semakin berleluasa, tidak mustahil pihak bank terpaksa mengiktiraf penggunaan ini.

Jika ini berjaya, sebenarnya ia telah menjadi satu usaha yang berkesan dalam mengugat kekuatan amerika yang menjadi bapa monopoli wang dunia, seterusnya menindas negara umat Islam yang kita dapat lihat berlaku pada hari ini.

Sekian

Wallahu 'Alam

Andai PAS keluar Pakatan, BN terus memerintah sampai kiamat - Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Sambil mempertahankan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata, Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak kerana tidak putus-putus menggesa parti Islam itu keluar daripada perikatan tersebut.
Tegas Mohamad, sekiranya PAS bertindak keluar Pakatan Rakyat, secara automatik BN akan terus memerintah negara “sehingga hari kiamat.”

“Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia (BN) tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

“Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat... tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu”, BN kini bergantung kepada kekuatan Umno selepas parti komponen lain dilihat seperti “hidup segan, mati tak mahu.”

“BN sudah hilang tongkat, MCA dan Gerakan seperti hidup segan, mati tak mahu... tongkat BN hanya pada Umno.

“Kalau Umno rebah, rebahlah BN dan kawasan Melayu yang Umno wakili akan jadi milik Pakatan Rakyat... sebab itu saya katakan kalau PAS keluar Pakatan Rakyat sama ada secara bersendiri atau bersama BN selamatlah Umno sebab dapat nafas baru,” kata Mohamad sambil menggesa ahli parti Islam itu tidak terpedaya dengan pandangan dari “nakhoda kapal yang sedang tenggelam” - merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Dr Mahathir yang mengatakan PAS perlu bertindak di luar Pakatan Rakyat kerana gabungan tiga parti perikatan itu adalah palsu dan merugikan orang Melayu.

Dr Mahathir berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi jika PAS mahu bertanding menentang Umno, biarlah parti tersebut berada di luar Pakatan Rakyat.

“Jika PAS mahu kembali kepada BN seperti era 70-an lalu, saya percaya BN akan menerimanya.

“Mahu lawan Umno, mahu pecah undi Melayu, lawanlah, kita tiada masalah. Tetapi kalau boleh PAS jangan bekerjasama dengan PKR dan DAP,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut menegur PAS kerana perjuangan mereka sekarang dilihat amat jauh menyimpang daripada perjuangan asal yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam dengan undang-undang syariahnya sekali.

Katanya, PAS dahulu tidak boleh melihat dan mendengar perkataan DAP tetapi kini parti tersebutlah yang paling hadapan sekali mempertahankan DAP dalam banyak isu.

“Apa sudah jadi dengan pemikiran orang Melayu Islam PAS? Semuanya sudah tunggang-langgang sekarang,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Najib mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Mahathir tidak perlu untuk terlibat dalam politik negara, sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menangani isu-isu sensitif yang berlaku.

“Sebagai bekas perdana menteri, beliau (Dr Mahathir) perlu bertindak sebagai penasihat yang baik kepada rakyat dan kerajaan terutamanya dalam isu kaum dan agama serta isu-isu sensitif, saya pasti dengan pengalaman yang beliau ada, beliau tahu dan faham masalah yang dialami negara.

“Beliau patut bertindak ke arah perpaduan rakyat bukan menyemarakkan lagi api perkauman dan dari sudut PAS kita lihat PAS dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat mula diterima rakyat, malah rakyat sudah mula menolak parti yang bersifat perkauman,” katanya.

Selain itu, menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan yang meminta parti Islam itu keluar Pakatan Rakyat.

“Pada pandangan saya parti komponen BN masih lagi berfikiran lama dengan sikap double standard antara kaum, sebagai contoh bila pemimpin Umno bercakap dengan prang Melayu mereka minta tolak PAS sebab PAS berkawan dengan DAP tapi bila bersama masyarakat Cina mereka takutkan dengan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

“Jadi PAS tidak akan melayan gesaan itu,” katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu adalah untuk menyelamatkan Umno-BN dan bukan untuk selamatkan negara.

“Pertama sekali ia adalah pandangan peribadi dan beliau boleh kata apa sahaja yang beliau nak katakan, bagi PAS apa yang penting bukan apa yang beliau katakan tapi adalah untuk melakukan perubahan dalam negara.

“Itu yang lebih penting daripada mahu mengajak PAS keluar Pakatan Rakyat, saya terkejut bila Dr Mahathir kata seperti itu... orang seperti beliau yang mempunyai pengalaman harus menasihatkan parti politik melakukan perubahan bukan ajak PAS keluar Pakatan Rakyat, itu memalukan diri sendiri sahaja,” katanya

Justeru kata Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

“Apa yang lebih penting bukan soal PAS baik dengan DAP atau PKR tapi apa yang kita lakukan adalah seruan supaya rakyat melakukan perubahan untuk menggantikan Umno-BN.

“Kenyataan Dr Mahathir itu lebih melihat untuk selamatkan Umno-BN bukan nak selamatkan negara, malulah sikit,” katanya. - TMI

Isu Kristian: UMNO BN Tersepit Kerana "Seekor Anjing"

Kristian-Islam: BN perlu pikul kesan laporan Utusan, tegas Guan Eng

KUALA LUMPUR - DAP memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) hari ini bahawa ia perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tidak diingini, yang kemungkinan menimpa komuniti Kristian ekoran tindakan parti itu memperakui dakwaan laporan Utusan Malaysia kononnya pihak berkenaan mahu mengubah status Islam di negara ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perikatan itu sengaja enggan menghukum akhbar milik Umno itu, yang menyebarkan kempen membenci dengan pembohongan terhadap komuniti Kristian.

Dengan kegagalan menghentikan kempen pembohongan Utusan Malaysia yang berterusan, akhbar milik Umno, kerajaan BN, (sebenarnya) mencetuskan kebencian ke atas komuniti minoriti Kristian,” katanya.

Kata beliau, DAP sangat bimbang kerana kempen pembencian terhadap Kristian oleh Utusan Malaysia kemungkinan tidak akan berakhir dengan serangan lisan yang disaksikan sekarang.

“Kerajaan BN perlu memikul tanggungjawab penuh ke atas sebarang kesan tidak diingini terhadap komuniti Kristian di Malaysia berdasarkan kempen pembencian bersifat berbohong Utusan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang juga mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berjanji akan laporan itu akan disiasat tanpa mengatakan bahawa tindakan akan diambil terhadap akhbar harian terbabit yang menyiarkan laporan palsu.

“Sangat jelas, kerajaan BN bukan sahaja telah gagal untuk menghentikan Utusan Malaysia daripada meneruskan serangan-seranganya tidak berasas sedemikian, malah memberi galakan kepada mereka dengan menjanjikan tindakan ke atas pastor-pastor Kristian dan DAP jika mendapati (laporan) adalah benar.

“Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengenakan tindakan tegas ke atas Utusan Malaysia apabila pembohongan Utusan didedahkan?”
soal beliau.

Justeru Lim mempersoalkan sama ada Utusan Malaysia kini menikmati kekebalan penuh untuk menyebarkan dakwaan-dakwaan tidak berasa tanpa berhadapan dengan kemungkinan dihukum kerana laporan palsu.

Katanya, adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab bagi Umno bermain api dengan menyebarkan pembohongan menerusi akhbar Utusan Malaysia hanya untuk menerima sokongan Melayu tanpa mempedulikan kosnya.

“Ramai pemimpin Kristian telah melahirkan rasa tidak senang mereka ke atas pembohongan-pembohongan provokatif dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa kumpulan pastor Kristian bekerja dengan DAP untuk mewujudkan negara Kristian dan melantik perdana menteri (dari kalangan orang Kristian),” katanya lagi. -TMI


Kristian-Islam: Pastor Pulau Pinang kecam laporan Utusan

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Pastor-pastor Kristian Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya laporan Utusan Malaysia kelmarin mendakwa pihaknya berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara dan perdana menteri pula dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, Pastor-pastor Kristian Pulau Pinang berkata DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah meminta pastor-pastor Kristian untuk berdoa meminta keberkatan Tuhan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian ataupun memiliki pengikut Kristian sebagai perdana menteri.

“Pastor-pastor Kristian dan gereja-gereja sentiasa berdoa untuk kebaikan, keamanan dan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian di kalangan semua kaum dan juga kepimpinan yang jujur dan adil,” kata kenyataan bersama itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan pastor-pastor Kristian Pulau Pinang dan Ketua Menteri negeri itu.

Justeru, pastor-pastor Kristian dan Gereja berkata mereka tersinggung kerana pembohongan sedemikian disiarkan dalam media massa.

“Kami dengan tegas dan ikhlas menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menerbitkan dan menyebarkan pembohongan yang bahaya, yang telah mengganggu keharmonian masyarakat, mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Kata kenyataan itu, mereka risau kerana Utusan Malaysia menyebarkan pembohongan-pembohongan merbahaya, yang menjadikan penganut-penganut Kristian bahan kebencian dan menghasut perasaan membenci terhadap komuniti Kristian yang mungkin membawa kepada kesan-kesan tidak diingini.

Kenyataan itu menambah, Lim akan terus mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian, biskop dan pastor sebagaimana beliau melakukan dengan pemimpin-pemimpin agama lain selaku kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. -TMI

Siasat Utusan, gesa GERAKAN

GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku.

Dr Koh yang berfahaman Buddha berkata, berdasarkan pengetahuannya dan kefahaman pemimpin Kristian, penganut agama itu sebenarnya memahami Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun seorang dua individu tampil dengan kenyataan yang boleh disalaherti, ia tidak boleh dianggap mewakili pendirian rasmi persatuan Kristian," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Koh (kanan) berkata, adalah tidak benar bagi sesebuah akhbar melaporkan sesuatu berita hanya berdasarkan khabar angin.

Katanya, tindakan melaporkan sesuatu secara berlebih-lenih boleh mengakibatkan ketegangan antara agama, mengganggung keharmonian dan menggugat perpaduan rakyat.

Sehubungan itu, Dr Koh menggesa semua rakyat Malaysia memelihara Perlembagaan Persekutuan dan memegang teguh falsafah 1Malaysia yang menekankan sifat inklusif untuk mencapai "kesatuan dalam kepelbagaian".

Beliau turut meminta rakyat Malaysia bekerjasama dengan semangat patriotik untuk meminta Malaysia yang aman dan harmoni. -mk

Isu Kristian - yang mula dicanangkan oleh "seekor anjing" bigdogdot.com yang kemudian disebarkan oleh akhbar penyebar fitnah blogger UMNO, Utusan Malaysia, telah menjadi api yang membakar di sana sini.

Kini, isu tersebut telah menikam UMNO BN. Mata masyarakat bukan-Islam terbuka luas sikap hipokrit Najib yang kononnya membawa obor 1Malaysia. Maruah UMNO BN penuh terpalit dengan najis anjing tersebut

Lepas satu-satu fitnah cuba ditaburkan oleh UMNO BN ini, selepas video seks yang gagal, kesemuanya kini menjadikan UMNO BN sebagai parti pemfitnah terunggul negara.

Jika esok pilihanraya UMNO BN pasti berkubur! Dan kalahnya UMNO BN adalah kerana anjing besar itu bersama si Luncai bernama Utusan. -GB

Utusan Gugat Keselamatan Penganut Krisitian, Kata Persatuan Kristian



Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini menggesa Perdana Menteri Najib Razak untuk bertindak terhadap Utusan Malaysia kerana menyebarkan pembohongan berbahaya yang boleh mencetuskan kebencian terhadap penganut agama itu dan menggugat keselamatan mereka.

Utusan Malaysia Sabtu lalu mendakwa paderi-paderi Krisitian bersubahat dengan pemimpin DAP untuk menggantikan Islam dengan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia pada sebuah perjumpaan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan bersama, CFM dan Ketua Menteri Lim Guan Eng menegaskan laporan Utusan itu yang memetik dua blogger adalah fitnah semata-mata dan hanya bertujuan untuk membakar api perkauman di negara ini.

“ Kami dengan tulus mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang mencetak dan menyebarkan pembohongan berbahaya yang telah menganggu keharmonian kepelbagaian agama . (Laporan itu) juga mencetuskan rasa takut dan gelisah di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan penganut Kristian,” kata CFM dalam kenyataan itu.

“ CFM menegaskan bahawa Utusan telah menyebarkan pembohongan yang sungguh bahaya yang boleh menyebabkan perasaan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian yang boleh membawa implikasi- implikasi yang tidak diingini.” tambah kenyataan itu.

CFM menegaskan DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak pernah meminta paderi- paderi Kristian berdoa meminta Tuhan untuk campur tangan dalam usaha untuk membentuk Malaysia sebagai negara Kristian ataupun mempunyai Perdana Menteri Kristian.’

CFM merangkumi Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Gereja Katolik dan National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihaknya akan menyiasat kesahihan dakwaan itu tetapi tidak mengur laporan provokasi akhbar Utusan yang dimiliki oleh Umno.

Pelbagai pihak menegaskan laporan Utusan yang bersandarkan tulisan dua blogger pro Umno boleh mencetuskan huru-hara dan kemarahan terhadap penganut Kristian negara ini.

Pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini mempertahanakan Utusan bersabit laporan-laporan provokasinya termasuk cadangan penubuhan gagasan 1Melayu, 1Bumi, isu Al-Kitab yang tidak berpaksikan kepada fakta dan diputar belit untuk membakar sentimen perkauman pengundi Melayu.

Tidak nampak kebenaran, rakyat terus ditipu untuk tarik sokongan

Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR : "Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak kebenaran," demikian ungkapan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang yang coba mempertahankan kononnya apa yang sedang diperjuangkan semuanya benar , sedangkan bagi saya ini tidak lebih dari usaha menipu rakyat untuk menarik sokongan kepada BN. Demikian penegasan Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham lim semasa ditemui disini pagi ini.

Shafie Apdal menganggap rakyat sepatutnya cakna terhadap kebenaran bahawa sememangnya Dato’ seri Anwar Ibrahim adalah bersalah terhadap tuduhan ketika beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa era beliau.

“Pemimpin BN ini ternyata masih tidak serik dengan usaha berbohong terhadap rakyat Malaysia , pembohongan sebegini tidak sepatutnya berlaku di era maklumat dan persaingan langit terbuika dengan banyak media alternatif yang menjadi pilihan rakyat , maka rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini, katanya .

“Kenyataan Shafie saya lihat tidak lain dari usaha menyakinkan rakyat mengenai pelbagai isu dan fitnah yang timbul yang ternyatra ditolak oleh rakyat” katanya lagi.

Dalam pada itu, YB khalil yang juga Ketua Penerangan Pas Perak menempelak kenyaataan Shafie Apdal bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri.

“Ini kenyataan yang sangat cetek, pemimpin yang cetek pemikiran tidak layak berada di kerusi untuk memimpin rakyat,” katanya.

“Tidak hairanlah mengapa negara mundur disegenap lapisan dan sudut kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diterajui oleh individu yang mempunyai daya fikir yang lemah seperti beliau ,” jelasnya.

“Kenyataan sebegini bukan sahaja telah menggambarkan pimpinan BN ini sebagai individu yang cetek maklumat sebenar, bahkan lemah dalam kekuatan ilmu kerana kayu ukur hilang jawatan digambarkan sebagai tidak diredhai Allah swt adalah hujjah yang sangat lemah dan tidak relevan,” katanya.

“Rakyat perlu bersedia dengan ilmu dan maklumat untuk berdepan dengan kerajaan yang cuba menjadikan rakyatnya selemah umno BN untuk terus diperdaya sebagai bekalan PRU 13,” katanya
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .