Ikuti Blog ini

Usul PM itu Adalah Kemunafikan Politik – Mahfuz

Mahfuz sifatkan Najib ‘munafik politik’

Muslimat lulus usul tergempar kecam rejim Israel

KOTA BHARU, 10 Jun: Usul tergempar Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk kekejaman rejim zionis Israel terhadap umat Islam Palestin diluluskan sebulat suara dalam Muktamar tahunan parti itu kali ke-50 sebentar tadi.

Usul yang dibentangkan oleh Umu Aiman Athirah Al-Jundy yang turut mendesak kerajaan Malaysia supaya konsisten terhadap usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu itu disokong sebulat suara para perwakilan tanpa bahas.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja usul tergempar itu tamat dibentangkan oleh Aiman, laungan Allahuakhbar bergema di Dewan Duyung, Perdana Resort disamping laungan kutuk kekejaman Israel ‘jahanam yahudi, jahanam Israel, tentera Muhammad pasti datang, selamatkan Gaza' berkumandang silih berganti.


Serentak itu, juga muslimat yang diketuai ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh, sambil diiringi timbalan dan naibnya turut membakar bendera Israel dan Amerika sebagai simbolik kuasa negara terbabit yang menghalalkan kezaliman terhadap bumi Palestin.

Aiman Athirah ketika membentangkan usul berkenaan memberitahu, memandangkan muslimat menginsafi betapa ramai umat Islam Palestin dan aktivis sukarelawan kemanusiaan antarabangsa ramai yang terkorban, Israel melakukan kezaliman yang tiada hentinya, Dewan Muslimat PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis itu.

Sidang muktamar hari ini katanya, menyokong penuh perjuangan para wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan Islam.

Sambungnya, muslimat juga turut menyokong tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuat pendedahan berhubung isu APCO di Malaysia.

Pada masa yang sama, muslimat berharap PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai usaha penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza bersama negara lain. - Hrkh

Rentetan Perjalanan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke- 51








5.30 petang - Sufian Ibrahim, Negeri sembilan menyatakan Pemuda Kawasan harus bersedia dilatih utk melaksanakan arahan Pemuda Pusat.

YB Salahuddin Ayub, bekas ketua Pemuda PAS Pusat dilihat melangkah masuk ke dalam dewan muktamar dan disambut oleh beberapa perwakilan.

5.10petang- Ustaz Musa dari Tangga Batu,Melaka - memperkasakan Unit AMAL kerana Unit Amal semakin dikenali sebagai tentera merah. Contohnya, keluarga Beng Hock menggunakan unit amal utk mengawal upacara pengebumian Beng Hock.

Program perkaderan graduan universiti seolah-olah mati pucuk kerana golongan tersebut memberi pelbagai alasan untuk tidak terlibt dalam Pas. Sokongan bukan Melayu terhadap PAS, jangan terlalu ghairah untuk meraih sokongan sedangkan kita masih belum menguasai pengundi-pengundi Melayu yang tenggelam dalam sentimen perkauman UMNO, mahu PAS lebih fokus kepada isu-isu orang Melayu.

Bagi memperkasakan 10 badihiyat yang dikemukan oleh Lajnah Tarbiyah PAS, beliau menyarankan 4 perkara, antaranya memastikan Setiap kawasan menjayakan manhaj tarbiyah dan pemantauan terhadap perlaksanaan manhaj tarbiyah drpd PUSAT pelaksanaan di setiap negeri.

4.54 petang - Perwakilan dari Petrajaya, Sarawak, Azman Fawaz - BN masih belum memasukki Bumi Kenyalang, oleh sebab itu, Pemuda PAS Sarawak ingin mengembangkan sayap PAS di sana dengan lebih cergas maka bantuan dan sokongan diperlukan daripada semua pihak. Dakwah kita bukan sekadar di masjid sahaja tetapi merangkumi orang-orang yang bukan Islam di rumah-rumah panjang di Sarawak.

4.39 petang - Perwakilan dari Perlis, Mohd Iqbal Syarif pula melihat program "Jom Sertai PAS" dan "PAS Bersama Orang Muda" sebagai hangat-hangat tahi ayam sedangkan ianya menarik perhatian orang muda untuk menyertai PAS kerana tiada usaha yang berterusan dilakukan oleh PAS Pusat.

4.24 petang - Perwakilan dari Selangor, Khairul Fahmi Maksum membentangkan peratusan pengundi Melayu di Gombak yang merupakan majoriti di kawasan Gombak yang perlu dimanfaatkan oleh PAS. Kewujudan Dewan himpuanan peyokong PAS memberi ruang dan peluang bagi masyarakat bukan Melayu menyuarakan pendapat mereka kepada pimpinan PAS dan mencapai kesefahaman dalam mendepani isu-isu semasa.

Pemuda perlu bersedia memahami ilmu politik, berfikir dalam konteks yang lebih besar, Beliau juga menganjurkan PAS supaya menyemak semula gagasan ulama muda kerana masih belum melihat kesan ulama muda dalam kelompok yg lebih besar.

3.50 petang - Perwakilan Ketua Pemuda Pas Kelantan memulakan perbahasan. Sesi seterusnya perbahasan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas dimulakan pada 3.50 petang.

3.15 petang - sidang kembali bersidang kembali setelah berehat untuk makan tengahari serta solat.

sesi menjawab dan menerima laporan disambung. Pengerusi tetap telah digantikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Aris Awang

Kelihatan Hu Pang Chow dari Dewan Himpunan Penyokong Pas turut bersama-sama mengikuti perjalanan perbahasan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Perwakilan Jerai mencadangkan menerima laporan tahunan kewangan dengan pindaan, disokong Perwakilan Paya besar dan diterima seluruh dewan.

11.59 pagi - dewan kembali bersidang dengan agenda pembentangan Laporan Tahunan & Penyata kewangan oleh Bendahari Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhd Adram Musa diikuti komentar oleh perwakilan dari Kota Melaka, Aidil Azim menyatakan komen pada mukasurat 45 dan 46 yang tidak dinyatakan objktif lajnah tersebut dan adakah ada ajk-ajk tertentu, begitu juga dengan muka surat Lajnah Tarbiyah.

Parit dan Larut, Perak yang menggesa agar pemuda mengambil peluang menjana ekonomi di zaman kegemilangan.

Beliau juga mendakwa Pemuda di peringkat pusat seolah-olah membiarkan pas negeri perak menangani isu di perak, sehingga apabila dijemput barulah rakyat di Sabah tidak mahu bersama.

Perwakilan dari Tawau menyuarakan masalah kenapa rakyat di sabah tidak mahu bersama yang disebabkan pemuda pernah berjanji untuk turun setiap bulan.

Diikuti perwakilan Perak, selayang dan Gopeng yang bertanya mekanisme perlaksanaan kebajikan Pasti jika pendapatann digunakan untuk bnda lain?

10.51- ucapan dewan oleh ketua pemuda tamat.

kehadiran bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Mohd Asri Zainal Abidin dialu-alukan

pelancaran produk : brg-brg keperluan seperti kopi, teh, ubat gigi dan lain2 lagi. stokis dan agen pengedar dialu2kan. produk dewan pemuda bsama TG4 ALL-myk wangi caliph mecca n medina berasaskan air zam-zam dan alkohol yg dibenarkan .penyampaian anugerahan Pengurusan Pasti terbaik, Ketua pemuda Pas Pusat diiringi Pengarah Pasti menyampaikan anugeraH pengurusan PASTI terbaik

kategori C jatuh kepada PASTI Negeri Perlis,manakala Pengurusan Pasti manakala kategori B, Pasti negeri Perak(al-fadhil ustaz Nuri), anugerah Pasti kategori dan kategori A A Selangor Darul ehsan (ustaz hasbullah, ketua Pemuda Negeri Selangor)

pelancaran buku2 kopasti- islam adalah penyelamat(ustz Nasruddin at Tantawi), Cinta di langit Gaza,ustz Riduan mohd Nor dan memoir tragedi Memali dan Sepahit Sadam (ust nik mohd abduh), tokoh2 grkn islam ust zainudin hashim dan ridhuan mohamad Nor

Antara tetamu dari luar negara yang turut hadir ialah daripada negara Maldives dan juga dari Hamas Palestin.

9.19- ucapan dasar oleh ketua dewan pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi bermula

9.10 pagi : Ucapan mengalu-alukan kedatangan para perwakilan dari setiap negeri sambil mengucapkan terima kasih kepada yang menepati masa.

Pengerusi turut menegur perwakilan dan pimpinan yang hadir tidak menepati jadual yang telah ditetapkan sambil berjenaka mahu melanjutkan sidang dewan sehingga dua hari lamanya sekiranya masalah kelewatan kehadiran ini berterusan.

9.08 a.m ucaptama alu-aluan oleh pengerusi panitia mktamar(kamaruzzaman mohamad)

9.00 pagi : Majlis kini telah dimulakan majlis dengan Ummul Quran, Al-fatihah.Sedikit pengisian turut diberikan diikuti doa Rabitah, mengingatkan
kita akan keterikatan ukhuwah antara para pejuang yang mesti disemat di dalam hati.

8.50 pagi : Pengerusi tetap mengumumkan untuk memulakan majlis, sambil mengingatkan perwakilan bersegera mengambil tempat mengikut kawasan masing-masing.

Pengerusi juga mengingatkan tentang syarat dan peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan Ahli Pas bahawa siapa yang diberi kelayakan menjadi perwakilan dan pemerhati.

8.45 pagi : Ketua Pemuda PAS Pusat bersama saf pimpinan Dewan Pemuda mula mengambil tempat masing-masing.

Kira-kira 648 perwakilan dijadualkan hadir daripada sejumlah 678 kawasan kesemuanya telah memenuhi dewan. Setiap perwakilan dibekalkan bahan ucaptama Ketua Pemuda dan buku program.

Muktamar PAS Lakar Sejarah ; DHPP Hantar Perwakilan



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/PrkHs%20035.jpgKOTA BHARU – Muktamar Tahunan PAS mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya selepas 65 tahun perjuangan PAS, orang bukan Islam akan menjadi perwakilan.

(Gambar - Perarakan masuk Dewan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz)


Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian dalam ucapannya selaku Pengerusi Panitia Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 56 di Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan-dewan tersebut di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Menurutnya, Muktamar kali ke 56 tahun ini juga akan melihat satu perkembangan baru dalam PAS dimana ia akan turut dihadiri oleh perwakilan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Secara rasminya, Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru ditubuhkan pada 23 Mei lalu.akan menjadi peserta Muktamar PAS,”ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS kerana turut melakar sejarah baru dalam perjuangan PAS sepanjang 56 tahun.

Buat kali pertamanya, kata beliau, ketiga-tiga Dewan yang menjadi sayap utama PAS itu menempa sejarah apabila ia dirasmikan sekaligus, secara serentak oleh Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu, menurutnya, Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah apabila buat kali pertamanya dihadiri oleh para perwakilan bukan dari negeri-negeri tetapi mewakili kawasan-kawasan dari seluruh Negara.

“Belum pernah sebelum ini, ketiga-tiga Dewan, dirasmikan secara serentak, sekaligus, (dalam satu majlis),

“dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah pada kali ini, buat kali pertamanya perwakilan bagi dewan-dewan tidak mewakili negeri-negeri, tetapi mewakili kawasan-kawasan,”jelasnya.

Dengan kehadiran para perwakilan dari kawasan-kawasan tersebut, Dato’ Mustafa berkata, ia akan memberikan ruang dan peluang yang lebih luas kepada ahli-ahli menyuarakan pandangan mereka. -BO

Bendera bulan purnama mulai 'tenggelamkan' Kota Bharu





KOTA BHARU, 9 Jun: Wajah bandar Kota Bharu kini semakin ditenggelami dengan warna hijau apabila bendera ‘bulan purnama’ dipasang di jalan-jalan utama menjelang muktamar PAS kali ke-56 Jumaat ini.

Banner yang tertera gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang boleh dilihat di jalan-jalan utama.

Papan iklan gergasi bagi mengalu-alukan kedatangan perwakilan dan pemerhati dipasang di beberapa lokasi di bandar ini dan sekitar Pengkalan Chepa.

Perasmian serentak Dewan Ulamak, Muslimat dan Dewan Pemuda akan diadakan pada malam ini bertempat di dewan utama Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa.

Manakala muktamar penuh ketiga-tiga dewan diadakan di tempat berasingan. Dewan Ulamak di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, Machang.

Dewan Muslimat di Perdana Resort dan Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre. Muktamar penuh akan diadakan di Putik mulai Jumaat.

Kerja-kerja akhir mempersiapkan dewan besar Putik kini selesai sepenuhnya. Manakala tempat pameran agensi kerajaan dan swasta juga disiapkan.

Ekspo di luar kompleks Putik sudah bermula. Khemah di tapak ekspo menyediakan sebanyak 278 ruang perniagaan bagi barangan kering dan gerai makanan.

Kawasan sekitar Putik mulai meriah dan bergemerlapan cahaya pada waktu malam. Perwakilan dan pemerhati tiga dewan mulai kelihatan sekitar Putik.

Manakala jualan di tapak ekspo bermula malam tadi. Di tapak itu juga diadakan ceramah pembukaan oleh anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan annggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Masa Depan PAS Bersama Pakatan Rakyat Bentuk Malaysia Baru




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencipta sejarah dengan membuka muktamar tahunan ketiga-tiga sayapnya serentak sambil menegaskan, masa depan politik adalah bersama Pakatan Rakyat untuk membina Malaysia baru.

Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu mengisi keperluan tersebut dengan tidak mengasingkan bidang agama dan politik sebagaimana dilihat oleh Umno-BN dan negara-negara lain.

Nik Aziz juga meminta supaya PAS bersama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat agar menarik pengundi Melayu dan bukan Melayu dengan mengambil kira perkembangan ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

“Dengan ini akan membentuk satu kerajaan yang memenuhi aspirasi rakyat,” kata beliau yang genap 20 tahun memerintah Kelantan Oktober ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini sebentar tadi.

Nik Aziz berkata beliau melihat kehadiran DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat ini semacam satu kifarah Allah SWT kepada kita semua pejuang PAS.

“Ini kerana setelah beberapa lama alim ulama kita termasuk tok-tok guru di pondok-pondok tidak melaksanakan tugas dakwah menyebarkan Islam kepada kumpulan bukan Muslim (Cina, India, Siam atau Orang Asli) menyebabkan sebaran dakwah baik di pondok atau di sekolah-sekolah Arab hanya berkisar di kalangan sesama Islam sahaja.

“Melayu ajar Melayu sahaja. Maka secara politiknya kita berpakat, namun pakatan itu hendaklah bersama tugas dakwah. Sekarang rakan kita adalah madu kita,” kata beliau.

Kata beliau, strategi sebegini amat penting kerana nilai perjuangan suci PAS adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat, lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang menimbulkan pelbagai kekalutan kepada rakyat dan negara.

“Berlaku semakin serius gejala maksiat, buang bayi, pembunuhan, rompakan, rasuah, kemelesetan dan sebagainya,” kata beliau.

Atas alasan inilah, tegas Nuk Aziz, beliau mahu PAS dan Pakatan Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum nanti.

“Pilihan raya tidak berlaku empat atau lima tahun sekali,” katanya.

“Bagi orang yang beragama, pilihan raya berlaku setiap saat antara nafsu ammarah, lawwamah dan mutmainnah.

“Kita mahu eratkan hubungan dengan DAP dan PKR dan kita mahu rakyat memberikan mandat kepada kita,” katanya.

Justeru itu, kata Nik Aziz, PAS hendaklah berani menawarkan alternatif terbaru – Pakatan Rakyat dan sedia berikrar kepada semua rakyat termasuk Cina, India, Siam dan seumpamanya bahawa “kita akan membuang semua unsur-unsur kerosakan yang ada di dalam kerajaan Umno pada hari ini dan menggantikannya dengan amalan pentadbiran bersifat urus tadbir baik iaitu berintergeriti, adil, bermoral, cekap, telus dan bertanggungjawab.

“Kerana memang begitu ajaran Islam, itulah kelebihan kita bergerak di atas landasan Islam. Ia turun daripada Allah bukan diseludup masuk daripada Eropah.

“Kita yakin dengan tawaran ini, misi kita bersama-sama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, bakal membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memenuhi aspirasi semua lapisan rakyat. Kerana tidak asatu pun ajaran Islam yang boleh memudaratkan manusia tanpa mengira bangsa,” katanya.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau amat berharao agar pihak parti dapat menterjemah sebaik mungkin apa-apa langkah dan usaha atau strategi yang berkesan ke arah memastikan realiti PAS adalah sebenar-benar memimpin perubahan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Nik Aziz juga berkata, pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu.

“Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu,” kata beliau.

Nik Aziz mengingatkan agar memerhati perkembangan itu dengan serius.

Ini kerana menurut beliau, PAS sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas dalam meraih sokongan pengundi Melayu.

“Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan ‘Ketuanan Melayu’ yang merupakan dongengan pemimpin Umno.

“Orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin Umno itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka.

“Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri,” kata beliau.

Justeru, menurut beliau, demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama kita dalam pelayaran bahtera perubahan ini, PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar dterima rakyat.

“Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran.

“Usaha ini dilakukan setiap masa, bukan lima tahun sekali tatkala menjelang pilihan raya,” katanya. -TMI

Majlis perasmian muktamar Ulamak, Pemuda dan Muslimat.










PENGKALAN CHEPA, 9 Jun: Majlis perasmian muktamar tahunan bagi Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat berlangsung serentak malam ini.

Perasmian akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

9:15 pm: Para prwakilan dan pemerhati sedang menunggu ketibaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru Nik Aziz telah pun tiba jam 9 tadi.

9:45 pm: Tok Guru Nik Aziz selesai memeriksa perbarisan unit amal dan majlis perasmian baru bermula.

Pimpinan utama berada di atas pentas.

10:00 pm: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sedang berucap.

Beliau dlm ucapannya sebentar tadi berkata muktamar kali ini mencipta sejarah apabila pertama kali merasmikan ketiga-tiga dewan secara serentak dan perwakilan bukan sahaja mewakili negeri tapi mewakili kawasan dan akan ada perwakilan dari dewan himpunan penyokong PAS.

10:15 pm: Mursyidul am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dlm ucpn perasmian menyeru ketiga-tiga dewan agar menyediakan plan strategik dlm langkah menuju ke Putrajaya.

Tuan guru nik aziz juga menyeru dewan ulama menyediakan pelapis muda sebagai persediaan memantapkan parti.ini kerana ujarnya pas menjadikan golongan ulama sbg rujukan,berbeza dgn umno yg menggunakan golongan ulama untuk meraih sokongan.


Ustaz Hassan Syukri menerima anugerah tokoh pemuda manakala Ustazah Jamilah Ibrahim menerima anugerah tokoh muslimat manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima anugerah emas.

10:50 pm: Majlis perasmian berakhir selepas acara penyampaian anugerah dan akan bersambung dengan muktamar ketiga-tiga dewan esok pagi. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .