Ikuti Blog ini

Panas!! Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat


Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.

Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.

“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.
Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.

Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.

Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.

Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.

Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.

Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.

Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.

Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. ~jalan pulang

PRU13: Mengundi 5 Mei, penamaan calon 20 April

(Sidang media yang dibuat oleh SPR)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.

Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.

Jumlah itu termasuk pengundi biasa, tentera dan pasangan, polis dan pasangan, pasukan gerakan am dan pasangan serta pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.

Daftar pemilih induk 2012 akan digunakan untuk pilihan raya ini.

379 pegawai SPR akan memantau pilihan raya ini dengan 243,000 petugas akan mengendalikan pilihan raya ini.

RM400 juta telah diperuntukkan untuk mengendalikan pilihan raya ini. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .