Ikuti Blog ini

[BONGKAR] Pelakon Filem "Masalah Air Selangor" Telah Dikenalpasti!




Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem "Masalah Air Di Selangor" yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi.

Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!

Baca laporan malaysia kini :

Iklan air masalah air S'gor berjalan 'rahsia' di PJ

Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Selain itu, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.














Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

Royalti: Najib diminta nyata pendirian dalam Bajet


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menyatakan pendiriannya berkaitan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan pada sesi pembentangan Bajet 2013 pada 28 Sept ini.
 Sekiranya Najib tidak berbuat demikian, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) akan mengadakan konvoi beramai-ramai ke Putrajaya.

Konvoi yang dinamakan Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya itu akan diadakan pada 2, 3 dan 4 Oktober ini sempena berlangsungnya perbicaraan kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas, di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.
Presiden R, Nazri Deraman, berkata konvoi berkenaan bertujuan mengajak rakyat Kelantan, Sabah dan Sarawak, Terengganu untuk sama-sama bangkit menuntut bayaran royalti daripada kerajaan.

"Konvoi itu akan bermula dari Kota Bharu ke Shah Alam, dan kemudiannya konvoi ke Putrajaya bagi menuntut pembayaran royalti kepada Kelantan yang tertunggak sejak 2004 yang dianggarkan RM 7 bilion," tegas beliau pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, pihak R juga akan menyerahkan memorandum dan referendum yang mengumpulkan 150 000 tanda tangan rakyat Kelantan dalam usaha menuntut royalti minyak Kelantan.

Sebelum itu, R menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat Kelantan, yang diwakili ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub; Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Machang).

Sementara itu, dalam respons terhadap tuntutan R, Dr. Hatta berkata tindakan kerajaan tidak membayar royalti kepada Kelantan itu satu perkara yang tidak boleh dipertahankan.

"Apa yang dituntut mereka adalah perkara yang 'valid' dan berhemah. Tiada sebarang pelanggaran uneang-undang berkaitan tuntutan mereka," tegas beliau. -Hrkh


PRU 13 "Najib Lemas, BN Cemas" Ceramah Abby Abadi dan Dayangku Intan di Taman Melewar








Gambar-gambar sekitar ceramah "Najib Lemas, BN Cemas" anjuran PAS kawasan Batu di Taman Melewar pada Ahad 23 September , turut hadir memeriahkan lagi ceramah malam tadi ialah penyanyi terkenal era 80 an Dayangku Intan serta Pelakon Abby Abadi, turut serta adun Teratai, Janice Lee daripada DAP , Chegu Ishak Surin serta Dato Tarmizi Mat Jam..

Mengapa penyokong UMNO marah bendera Zionis dipijak?


Marah benar penyokong UMNO ini apabila bendera negara tuan penasihat depa (Zionis APCO) dan pemimpin negara haram Israel itu dipijak oleh Tok Guru Nik Aziz. Padan muka hang Elly Nina Ahmed, muka tokwan tiri tokcai hang kena pijak!

Sebenarnya Elly Nina Ahmed tu bukannya perempuan. Ramai yang tidak sedar strategi dan arahan yang digunakan oleh group Papagomo untuk menjalankan propaganda mereka iaitu menggunakan nama serta foto perempuan untuk menyebar dakyah dan berhujah. Berlambak2 akaun guna nama perempuan tapi menonjolkan isu politik yang 'keras dan pedas' macam lelaki.

Bagaimana strategi itu mereka gunakan... nanti Kedah la akan bongkarkan sebahagian dari kertas kerja depa 'made in' Janda Baik (pusat latihan UMNO).

Kerajaan DAP mahukan nama P.Ramlee untuk lapangan terbang negeri.

Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu.

“Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

 Menurutnya, masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Ia dibuka pada 1935.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa, adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti lapangan terbang yang berhubung kait dengan pentas dunia.

Pada masa yang sama, ujarnya, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang.

 “Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut,” ujarnya.

Justeru, kata Guan Eng, beliau juga berharap Kerajaan Persektuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenal pasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja. 

“Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak,” katanya.

Gambar Terharu & Pelik : Gambar Mana Terbaik Pandangan Anda !!! Jom Lihat


Sekilas pandang kita sendiri dapat memberi jawapan , Perbuatan  mana yang  terbaik dan mengikut tuntutan Agama..sendiri mahu tahu dan fikirlah..Nukilan Abu Luqman

Foto Berbicara : Antara Bini Pemimpin Malaysia Dan Isteri Kerabat Diraja Brunei

 "Isteri Najib,Rosmah Mansor (kanan) bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud (dua, kiri) dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib hadir pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini di Istana Nurul Iman.Foto Bernama.
Hanya bini PM Malaysia dan bini Taib Mahmud lain dari yang lain... mintak Rosmah lihat sekeliling!!Sultan Brunei juga tidak dayus... menjaga aurat tanggungannya....


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (lima, kanan) serta Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (enam, kiri) berkenan bergambar dengan Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di Istana Nurul Iman di sini, hari ini.

Turut kelihatan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Salleh Abdul Rahaman serta anakanda-anakanda Sultan Brunei yang lain lihat juga. Foto Bernama. www.EkELEH.com"
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .