Ikuti Blog ini

Laungan 'Jahanam Israel ' berkumandang di Masjid Negara

KUALA LUMPUR - Api kemarahan dan kebangkitan umat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap 'kebinatangan' Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa.

Image

Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sebentar tadi, sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti. Image

Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Support Palestin" di samping laungan penuh benci orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.

Himpunan hari ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku. Image

Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari ini selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

Manakala Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) juga mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan himpunan sama di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini. Image

Pada 30 Disember lalu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.

Dilaporkan setakat ini seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel yang melakukan serangan di Gaza sejak Sabtu lalu. Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA



Satu lagi himpunan membantah serangan tentera Israil ke atas umat Islam di Palestin telah diadakan diperkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, JB pada jumaat 2hb Januari 2009. Kehadiran 200-300 orang. Antara pimpinan yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor Dr. Mahfoz Mohammad, Tim Pesuruhjaya PAS Negeri Tn Hj. Zulkifli Ahmad, Ketua Penerangan DPP Pusat Sdr. Suhaizan Kaiat dan ramai lagi.

Pengumuman


KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN GAMBAR


Biodata Abdul Wahid Endut calon PAS Kuala Terengganu

http://buletinonline.net/images/berita15/wahid.jpg
Kuala Terengganu - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu hari ini.


Pengumuman tersebut dibuat di hadapan kira-kira 10,000 ahli dan penyokong PAS dalam majlis peristiharan calun yang diadakan di Stadium Negeri dekat sini, semalam.

Beliau berkata beliau sendiri yang memilih Mohd Wahid, 51, dan ia telah mendapat restu Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai)dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).

"Sangat susah pilih calon PAS kerana calon-calon yang diketengahkan semuanya baik-baik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya.

Wahid, sebaik sahaja diumumkan sebagai calon kelihatan ‘sebak’ (gambar bawah) dan terus memeluk sahabat-sahabat seperjuangan sebelum tampil untuk berucap.

http://buletinonline.net/images/berita15/wahidsebak.jpgBeliau menyatakan rasa terharu atas pemilihan beliau dan berjanji akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh pimpinan.

Katanya prinsip beliau dalam politik tidak akan mencari musuh namun apabila bertemu dengan musuh, beliau tidak akan lari.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata Mohd Abdul Wahid dipilih berdasarkan kepada ketokohannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam selama lima penggal.

Katanya Abdul Wahid menjadi Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2003, justeru beliau mampu menarik sokongan pengundi dari setiap lapisan masyarakat.

"Calon kami (PAS) mempunyai banyak pengalaman sebagai wakil rakyat... tidak pernah kalah dalam lima pilihan raya umum lepas, dan dia menepati kehendak ramai," katanya.

Beliau berkata Abdul Wahid juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu merangkap Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu yang memiliki Ijazah Sains Marin dan Perikanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM – dulu Universiti Pertanian ).

Sementara itu, dalam sidang media yang sama Abdul Wahid berkata beliau mempunyai banyak isu yang hendak ditimbulkan semasa berkempen dalam pilihan raya kecil itu nanti.

"Tunggu. Banyak masa lagi untuk berkempen. Bila tiba masanya saya akan kupas satu persatu ikut keperluan semasa," katanya.

Mohd Abdul Wahid berkata beliau juga tidak akan menyerang peribadi lawannya ketika berkempen untuk pilihan raya kecil itu.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang merupakan pemimpin peringkat nasional, Mohd Abdul Wahid berkata kedudukan itu tidak menjamin kemenangan seseorang calon.


Berikut disiarkan biodata calun PAS, Mohd Abdul Wahid Endut;


Nama penuh : Haji Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut

Umur : 51 tahun

Tarikh lahir : 29 hb September 1957

Tempat kelahiran : Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu

Tempat tinggal : Kampong Seberang Baruh Kiri,

Jalan Kelantan, Kuala Terengganu.


Keluarga


Isteri : Wan Fatimah binti Wan Abdullah

Pekerjaan Isteri : Guru (P.K. HEM)

Anak : 9 orang – 2 lelaki dan 7 perempuan.


Taraf Pendidikan

1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu

3. Universiti Pertanian Malaysia ( UPM ) Serdang.

Pengalaman kerja

1. Pegawai Tadbir UPM

2. Peniaga

3. Exco Kerajaan Negeri Terengganu – 1999 – 2004

4. ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – hingga sekarang

Jawatan Dalam Parti

1. Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu

2. Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu


Teruja Dengan Pengumuman Calon PRK P036



Kuala Terengganu - Majlis pengistiharan calon Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu di Stadium Negeri Terengganu hari ini dihadiri oleh lebih 10000 penyokong, terdiri daripada warga tempatan mahupun dari luar negeri Terengganu.


Anggota polis yang bertugas mengawal lalulintas di sepanjang jalan serta luar stadium bagi memastikan kelancaran majlis serta mengelakkan sebarang provokasi dan kekecohan timbul.

Penyokong mula membanjiri stadium tersebut seawal jam 7.00 malam untuk sama-sama solat berjemaah serta solat hajat yang diimamkan oleh Presiden PAS. Gerai-gerai jualan yang didirikan di luar stadium turut memeriahkan suasana.


Menurut sumber,sumbangan orang ramai yang mencecah RM8000 semasa majlis ini jelas menunjukkan sokongan serta kesungguhan rakyat Terengganu untuk melihat perubahan pada pilihan raya kali ini.


Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada gerak kerja jentera pilihan raya Dun Kuala Terengganu.


Kata-kata amanat dari wakil komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR disambut dengan laungan takbir penuh bersemangat oleh para hadirin.


Suasana dewan hening sejurus sebelum Tuan Presiden PAS mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil ini. Calon yang dipilih hasil istiqarah serta pandangan semua pimpinan ini, Tuan Haji Ahmad Wahid Endut berjanji akan mendokong amanah yang telah dipertanggungjawabkan.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .