Tok Guru Nik Aziz (TGNA) berkata di Kelantan semalam yang beliau
tidak akan meletakkan jawatan dan berundur kerana desakan dari
pihak-pihak yang tidak kena mengena dengan PAS. Beliau akan berundur
jika desakan itu datangnya dari PAS.
TGNA mengulas desakan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, yang meminta
TGNA berundur kerana kesihatan beliau tidak membolehkan beliau mentadbir
negeri Kelantan.
TGNA berkata beliau akan hanya mempertimbangkan
untuk berundur jika PAS mendesak beliau untuk meletakkan jawatan dan
jawapan TGNA ini kepada saya adalah jawapan yang tepat dan benar.
Di Kelantan yang menentukan siapa yang menjadi MB itu adalah PAS
kerana rakyat Kelantan telah memandatkan PAS untuk mentadbir negeri
Kelantan sejak tahun 1990 dahulu dan parti-parti serta pihak-pihak yang
lain tidak ada hak untuk menuntut beliau meletakkan jawatan itu.
TGNA
adalah seorang MB dan Ketua yang diberikan tugas untuk memantau
kerja-kerja dan tanggungjawab pelaksana, iaitu pegawai-pegawai kerajaan
negeri dilaksanakan dengan baik dan telus. Bagi saya TGNA adalah
benar-benar seorang MB yang difahami dalam erti kata yang sebenarnya.
Beliau tidak masuk campur di dalam pelaksanaan tanggungjawab kerajaan
tetapi ‘accountable’ terhadap apa yang dilakukan oleh pihak pelaksana
iaitu pegawai-pegawai dan penjawat awam di negeri itu.
Beliau
tidak bersekongkol dengan pelaksana yang rasuah seperti yang dilakukan
oleh MB-MB di negeri-negeri tadbiran UMNO. Banyak negeri-negeri tadbiran
UMNO pelaksana dan penggubal dasar termasuk Menteri-Menteri Besar nya
mengarah dan masuk campur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan
ia telah membawa kepada kegiatan korupsi yang meluas.
Jika
penggubal dasar terutamanya MB hanya mengambil tugas sebagai pemantau
kepada perlaksanaan dasar-dasar yang telah di gubal dengan baik, maka
budaya rasuah tidak akan berlaku dengan mudah.
Rasuah berlaku di Kementerian-Kementerian Persekutuan di sebabkan
penggubal dasar yang di ketuai oleh Menteri-Menteri dalam
kementerian-kementerian itu tidak melaksanakan tugas dengan betul, iaitu
untuk memantau segala tugas perlaksanaan kementerian itu dilaksanakan
mengikut apa yang telah di gubal.
Sebaliknya menteri-menteri
menyalahgunakan kedudukan mereka dengan bersekongkol untuk melakukan
kerja yang bertentangan dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka
iaitu untuk mempastikan pelaksana tidak melakukan rasuah dan sebagainya.
Jika menteri-menteri melaksanakan tugas yang sepatutnya dilakukan
tidak mungkin rasuah berlaku dalam kadar yang sangat membimbangkan
sehinggakan rakyat sudah hilang kepercayaan mereka kepada penggubal
dasar yang diberi mandat oleh mereka.
Bagi TGNA beliau telah
memberikan jawapan dengan betul. Yang penting ialah kesihatan pemikiran
bukan setakat sihat tubuh badan. Jika pemikiran seorang MB seperti TGNA
itu masih sihat, tidak ada apa masalah untuk terus menjadi MB dan pihak
UMNO, Perkasa atau pihak-pihak lain tidak berhak untuk membuat
tuntutan untuk beliau berundur.
Ramai pemimpin di dalam UMNO itu
masih sihat tubuh badan mereka tetapi pemikiran mereka telah uzur. Jika
mereka masih mempunyai pemikiran yang tidak uzur, segala rasuah dan
salah guna kuasa tidak akan berlaku. Pemimpin yang rasuah itu
melambangkan pemikiran yang tidak sihat.
Jika pemikiran mereka sihat mereka akan tahu yang rasuah itu salah
dan pemikiran yang sihat akan memberitahu mereka yang rasuah itu amat
bersalahan dengan syariat agama dan satu dosa yang amat besar di sisi
Tuhan. Itu sebabnya saya berulangkali mengingatkan semua yang pemakan
rasuah itu sama lah seperti orang yang memakan daging saudaranya
sendiri.
Bagi saya TGNA adalah seorang pemimpin yang paling sihat
kerana beliau masih mempunyai pemikiran yang kuat untuk memberitahu
beliau dan kepimpinan beliau itu yang rasuah itu adalah kesalahan besar.
Sesungguhnya pemimpin-pemimpin UMNO lah yang sudah uzur kerana tidak
dapat menahan dari melakukan rasuah besar-besaran.
Pemikiran TGNA
masih terlalu sihat kerana beliau tidak mahu tunduk kepada desakan
untuk membuat kekayaan dan duduk di rumah-rumah yang besar dan
berglamor. TGNA masih sihat pemikiran beliau kerana beliau tidak
membelikan isteri beliau cincin yang puluhan juta harganya.
TGNA
tidak menggunakan wang rakyat untuk membayar bil kenduri perkahwinan
anak beliau dan tidak berbelanjakan wang rakyat untuk mengadakan majlis
sambutan hari jadi beliau. TGNA tidak terlibat dalam isu ber‘dating’
dengan teman wanita dengan membayar wang sejumlah ratusan ribu ringgit
setiap kali ber’dating’ seperti yang dilakukan oleh seorang Menteri
Persekutuan. Setakat yang kita semua tahu TGNA tidak ada teman wanita di
luar rumah.
Pemikiran TGNA masih sihat kerana beliau tidak pergi
berpeleseran di pusat-pusat karaoke dan membayar GRO-GRO dengan
menggunakan wang rakyat dan beliau tidak pernah pun pergi bersukaria di
pusat-pusat hiburan tempatan atau antarabangsa.
TGNA tidak
seperti seorang MB yang kurang sihat pemikirannya yang terlibat dengan
jenayah menghantar wang sebanyak RM10 juta ke-London melalui sebuah
pengurup wang yang begitu ‘dubious’ kedudukannya.
Jika kita
timbang-timbang dengan secebis tulisan saya ini kita boleh membuat
andaian yang ‘conclusive’ yang TGNA adalah seorang pemimpin yang paling
sihat dan belum uzur lagi. Disebaliknya pimpinan BN dan UMNO lah
kumpulan pemimpin yang telah uzur kerana mereka tidak dapat menggunakan
pemikiran mereka untuk menentukan yang mana satu yang tidak baik dan
yang mana satu yang baik untuk dilakukan atau untuk tidak dilakukan.
Oleh
kerana keuzuran pemikiran pimpinan BN dan UMNO inilah yang menyebabkan
kerajaan pada hari ini menjadi persoalan besar oleh rakyat jelata.
Bagi
saya, secara peribadi TGNA perlu terus bertanding dalam PRU ini kerana
tidak ramai lagi pemimpin yang masih sihat seperti TGNA dan Tok Guru
Hadi Awang dan beberapa orang pimpinan besar dalam DAP dan parti-parti
yang lain. Mereka ini masih sihat kerana tahu yang mana baik dan yang
mana buruk.
Pendeknya kalau kita hendak tahu mana satu pemimpin
yang masih sihat ialah mereka yang belum terlibat dengan banyak dosa dan
noda yang memercukan syariat agama dengan sesungguhnya.
Sesiapa
yang tidak memercukan syariat yang diperintah Tuhan itu adalah mereka
yang tidak sihat dan perlu direhatkan untuk membina kembali kesihatan
mereka mengikut sudut agama dan syariat agama yang kita anuti.
Salah
satu dari sebab PAS mendapat sokongan ramai hari ini ialah kerana
kesihatan kepimpinan dan pemikiran pemimpin mereka. Kerana kesihatan
pemikiran mereka itulah rakyat sedang berlumba-lumba untuk menyokong
pemimpin-pemimpin yang sihat sekarang ini.
Aspanalias