Ikuti Blog ini

Mad Said Terlondeh Lagi, Projek Uniform Sekolah Diberi Tanpa Tender

MB T’ganu didakwa beri kontrak uniform sekolah tanpa tender

Dalam perkembangan lain, kontrak uniform sekolah diberi tanpa tender juga berlegar di pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Dipercayai wanita misteri itu bernama Mek Hawa binti Abdul Rahman yang mendapat kontrak tanpa tender selepas mendapat surat terus dari menteri besar.

Di percayai sekitar November 2008, syarikat yang diberi nama Hamie Enterprise menghantar surat terus kepada menteri besar menyatakan syarikat itu membekalkan pakaian sekolah dengan jenama ‘Ganu Kita."

Dalam surat itu, dinyatakan Hamie Enterprise memohon membekalkan uniform sekolah kepada kerajaan negeri.

Surat Hamie yang ditandatangani oleh penama, Azreen bin Ami Nordin telah diluluskan oleh menteri besar sebagai syarikat pembekal uniform sekolah.

Pada November, Ahmad dilaporkan bahawa rundingan memilih Hamie Enterprise untuk membekalkan uniform sekolah untuk 2008 telah berjaya.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Syarikat Malaysia, Hamie Azreen bukan pemilik atau rakan kongsi kepada Hamie Enterprise yang ditubuhkan pada 1994. Mek Hawa binti Abdul Rahman adalah pemilik Hamie Enterprise.

Setelah diluluskan oleh menteri besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal telah mendapat tender amie Enterprise sebagai pembekal uniform sekolah kepada 53,300 pelajar RM7,995,000.

Sejak keputusan dibuat pada akhir tahun, perbelanjaan yang seharusnya dibuat melalui tender oleh kerajaan negeri hanya diberi melalui rundingan.

Berikutan kekurangan masa uniform dan peralatan dibeli dari China tanpa membuat rujukan terhadap keperluan saiz secara mendalam.

Keputusannya, sehingga sekarang, walaupun selepas dua tahun uniform termasuk stokin dan kasut belum habis diagihkan kerana saiz tidak sesuai.

Mengikut laporan pejabat pendidikan daerah Hulu Terengganu, hanya selepas dikira semula 5 Otober 5, 2009, mengesahkan simpanan masih ada di pejabat itu adalah seperti berikut:

Kasut – 5402 pasang
Seluar panjang – 5066 helai
Baju lengan pendek – 4222 helai
Baju kurung putih – 4415 helai
Kain sarong biru – 936 helai
Tudung – 2910 helai

Pembaziran tidak hanya dipersoalkan oleh PAS dam sidang Adun sejak sesi lalu, tetapi oleh wakil kerajaan mengenai kewajaran Ahmad memberikan projek tanpa tender bernilai RM7, 995,000 kepada Hamie Enterprise.

Habis Ahmad Said, terlondeh lagi. Selepas e-book, kini kontrak uniform sekolah.

Itu yang dapat dikesan. Banyak lagi yang masih misteri. Yang akan terbongkar satu demi satu.

Memang dah dasar puak UMNO BN ini apabila memerintah, mereka mentekedarah dan membazirkan wang rakyat.

Jadi, ingat, jangan silap lagi. -GB

Bukti Iklan TV3 Menyesatkan Umat Islam

Berikut aku sertakan hujah yang aku perolehi dari sahabat facebook yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini. Namun, entri aku ini disertakan sekali babak-babak iklan yang telah aku print screen.

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK6FzLMa3I/AAAAAAAAAOI/wrRZPaQTV1o/s1600/scene+1.PNG
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

http://3.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK5M8M3VgI/AAAAAAAAAOA/-1V05LMR6B8/s1600/scene+2+%281,3,4%29.PNG
Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

http://2.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK5MmFDveI/AAAAAAAAAN4/YpjOuCISp0c/s1600/scene+2+%282%29.jpg
Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK5MC5j-UI/AAAAAAAAANw/RuVSIWGXEtk/s1600/scene+3+%281%29.PNG
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK5LyporwI/AAAAAAAAANo/VEzP37l62eQ/s1600/scene+3+%282%29.PNG
Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

http://2.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK5LtMzPzI/AAAAAAAAANg/bQZe-6Rj5q8/s1600/scene+3+%283%29.PNG
Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK3lj1dU3I/AAAAAAAAANY/iqe7BR7xcTQ/s1600/scene+4.PNG
Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK3lb2GjwI/AAAAAAAAANQ/s152uSCirpU/s1600/scene+5+%281%29.PNG
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK3lDnz8RI/AAAAAAAAANI/bhFu4soRE38/s1600/scene+5+%282%29.PNG
Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

http://3.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK3kp1gcVI/AAAAAAAAANA/X-Rgd91WwPc/s1600/scene+5+%283%29.PNG
Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK3kWmeuwI/AAAAAAAAAM4/5vSUrPHNdE0/s1600/scene+6.PNG
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

http://1.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK0r6MttnI/AAAAAAAAAMw/O-AAIZNFKQk/s1600/scene+7+%281%29.PNG
Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK0rDl3pPI/AAAAAAAAAMg/5OZUPMVsNH4/s1600/scene+9.PNG
Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

a) Pulau - Singapore lah.

http://4.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK0q3HY2eI/AAAAAAAAAMY/Hy-wHjJajj4/s1600/scene+10.PNG
Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

http://1.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIK0qQW7toI/AAAAAAAAAMQ/Ti9XYImsoug/s1600/scene+11.PNG
Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab

http://3.bp.blogspot.com/_ZXBhRPjaubU/TIKy3j7QR1I/AAAAAAAAAMI/ONtRdcTGTXc/s1600/scene+12.PNG
Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

sumber : [link]

Umno Guna MAIPP Halang Anwar Sampaikan Tazkirah


BALIK PULAU 5 Sept - Umno dipercayai menggunakan pengaruhnya dan tekanan untuk menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkiran di sebuah masjid di sini semalam.

Tindakan ini didakwa berikutan Umno-Barisan Nasional mempengaruhi Majlis Agama Islam Pulau Pinang supaya melarang khatib jemputan di masjid di negeri itu.

Kebanyakan pengerusi khariah masjid di Pulau Pinang masih terdiri daripada anggota Umno yang dilantik bagi tempuh 2 tahun oleh bekas Yang DiPertua MAIPP, Shabudin Yahya sebelum beliau diganti pada 1 Januari 2010.

Pada kejadian semalam Anwar dihalang menyampaikan tazkirah di Masjid Titi Teras, Balik Pulau oleh pentadbir masjid.

Sebelum itu Anwar menghadiri majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Masjid Pulau Betong dan kemudiannya bertolak ke masjid tersebut untuk mengerjakan solat tarawikh atas jemputan penduduk di situ.

Bagaimanapun selesai sahaja solat tarawikh pentadbir masjid segera menjemput Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke jamuan moreh tanpa diminta memberi tazkirah.

Kejadian itu turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof serta Ahli Parlimen Baling, Taib Azimuddin.

Mansor ketika dihubungi Suara Keadilan berkata beliau akan menyiasat mengenai perkara tersebut sebelum mengambil tindakan susulan.

MB lawat keluarga mangsa dua beranak dibunuh

TUMPAT, 5 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita di atas peristiwa yang menimpa keluarga mangsa Allahyarhamuha Norliza Ishak dan anaknya Amyrul Aiman Mohd Yusof, 11 yang mati dibunuh Khamis lalu.

Menurutnya, sepatutnya bulan Ramadan bulan mulia yang juga bulan kebesaran bagi umat Islam tidak seharusnya peristiwa berkenaan berlaku.

"Namun kerana membelakangkan ajaran Islam, mereka sanggup melakukan perkara itu walaupun dengan membunuh,"ujarnya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, dekat sini.

Tuan Guru juga turut berharap keluarga magsa bersabar menghadapi ujian Allah yang amat besar itu.

Sempena kunjungan itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi kepada suami Norliza , Mohd Yusof Awang Besar.

"Saya ucapkan terima kasih pada Tuan Guru kerana meluangkan masa menziarahi kami dan bertanya khabar walaupun sentiasa sibuk dengan tugas harian," ujar Yusof yang tidak menduga Tuan Guru akan berkunjung ke rumahnya.

Akhbar semalam melaporkan badan kedua-dua mangsa diikat dengan tali serta pita pelekat, manakala mulut ditutup dengan kain sarung ketika ditemui di rumah mereka.

Mayat mereka ditemui kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya oleh rakan dan pihak pengurusan bangunan yang melakukan pemeriksaan selepas mangsa tidak hadir mengajar di sekolah Kebangsaan Port Dickson.

Allahyarham pernah menjalani kursus di Maktab Perguruan Taman Melewar, Negeri Sembilan.

Suaminya Yusof, yang berada di Kaherah, Mesir tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam kira-kira 4.30 pagi bukan untuk beraya bersama keluarga, sebaliknya untuk menguruskan jenazah isteri dan anak.

Jenazah dua beranak itu disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, disini semalam. -Hrkh

PAS lancar "Kempen Balik Kampung"

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Lajnah Penerangan PAS Pusat semalam melancarkan "Kempen Balik Kampung" dalam usaha membekalkan maklumat kepada ahli PAS di Lembah Klang untuk dibawa pulang ke kampung.

Kempen tersebut dilancarkan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut di sini.

"Kempen ini bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada ahli dan penyokong PAS yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk di bawah pulang ke Kampung sempena cuti Hari Raya," kata Idris.

Menurut beliau, ahli dan penyokong PAS yang mendapat risalah ini diharap akan menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat luar bandar yang banyak bergantung kepada media konvesional seperti radio dan televisyen.

Selain ucapan selamat hari raya, risalah ini turut fakta-fakta tentang pembangunan dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas 2 tahun pemerintahan dan penerangan sebenar mengenai hala tuju perjuangan PAS.

Idris turut membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta media melaporkan berita berasaskan fakta, sedangkan laporan media arus perdana banyak yang menyimpang dari fakta sebenar.

"Media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan televisyen banyak memutar belit kenyataan dan maklumat sebenar.

"Oleh itu, dengan risalah yang kita edar ini dapat menyampaikan maklumat sebenar dan tepat kepada rakyat, terutamanya masyarakat diluar bandar" tambah beliau.

Risalah tersebut juga diletakkan di laman rasmi PAS, http://www.pas.org.my bagi memudahkan ahli-ahli PAS diperingkat cawangan, kawasan, dan negeri mengakses dan menyebarkannya di kawasan masing-masing.-Hrkh

Lagi gambar2 Sahur Perdana di Selangor.

































Sumber Gambar: Ambo-Jr@TranungKiteOnline (TKO)

Ramai umat Islam hadir Sahur Perdana Selangor


Umat Islam daripada seluruh Selangor hadir program Sahur Perdana Selangor yang diadakan di Kompleks Belia ,Seksyen 7 Shah Alam Program yang bermula seawal 4 pagi itu dapat sambutan hebat umat Islam seluruh negeri Selangor.

Majlis tersebut sepatutnya diadakan di Masjid Negeri tapi biasa la nanti Umno akan anggap ini program politik bukan agama!

Program besar itu berlaku sedikit kecacatan apabila pemimpin utama Pas dan PKR tidak dapat hadir seperti yang dijangkakan. Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz, Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang dan Anwar Ibrahim tidak hadir dalam program Sahur Perdana Selangor kerana masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan.


Mereka digantikan dengan wakil daripada Kelantan Nik Amar Nik Abdullah, wakil Anwar Ibrahim ustaz Badrulamin dan wakil Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden Pas. MB Selangor, Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad , Exco Negeri Kedah Taulan Rasul dan wakil Pulau Pinang turut hadir meriahkan majlis yang pertama kali diadakan di Selangor itu.

Majlis Sahur Perdana Selangor dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor yang diketuai Exco Negeri Selangor Hasan Ali.

MP Serdang kini popular ‘YB Surau’, sangkal sumbangan ‘hina Islam’


Teo Nie Ching menyampaikan ucapan pada Majlis Mesra Bersama Rakyat Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

KAJANG — Sementara kira-kira 30 kariah menunggu dengan sabar sambil berbual mengenai perkembangan semasa, sekitar pukul 11 malam tadi, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching singgah di Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar berhampiran Kajang.

Wakil rakyat itu sepatutnya berada di surau itu pukul 10 malam untuk bertemu dengan mereka selepas berakhirnya majlis tarawih. Bagaimanapun beliau lewat sejam kerana terpaksa singgah di Madrasah Cheras Perdana untuk memenuhi permintaan saat-saat akhir.

“Maaf, saya tiba lewat. Ada program saat-saat akhir. Mereka memanggil saya datang,” kata beliau dengan tenang ketika melangkah ke Surau At-Tholabiah, yang terletak di tepi Lebuh Raya Sik.

Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.

Permintaan Madrasah Cheras Perdana dan kesungguhan pengurusan Surau At-Tholabiah menandakan Teo yang sudah mula dikenali sebagai “YB Surau” menandakan terus menerusi semangat dan sokongan di sebalik debat mengenai isu ini berterusa.

Dengan berpakaian baju kurung berwarna kuning dengan selendang, yang dihadiahkan oleh salah seorang peminatnya baru-baru ini, Teo berkata: “Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ujian.”

Beliau telah menerima enam selendang setakat ini, termasuk selendang dari Mesir yang dihadiahkan oleh “Datuk Zin”. “Kalau ada jemputan saya akan datang, menjadi tugas saya untuk datang.... saya melakukan ini bukan sahaja ketika Ramadan, tetapi sepanjang tahun... saya pergi bertemu dengan semua orang tidak kira agama dan kaum,” katanya.

Kehadiran di Surau At-Tholabiah adalah persinggahan beliau yang terakhir pada bulan Ramadan. Awal pagi ini beliau bertolak di Sarawak sebagai sebahagian daripada persediaan DAP menghadapi pilihan raya umum negeri itu.

Ahli Parlimen penggal pertama berusia 29 tahun itu tiba-tiba menjadi ‘popular’ ekoran kontroversi yang dibangkitkan oleh Umno dan Perkasa dua minggu lalu.

Dalam ucapannya Penasihat Surau At-Tholabiah Mohd Yusof A. Kadir berkata, “walaupun berhadapan dengan isu kontroversi, kami berharap beliau (Teo) akan terus bersemangat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.”

“Kami berharap semangat YB tidak jatuh, tetapi pada masa yang sama kita akan ikut arahan orang atasan,” kata beliau mengalu-alukan kedatang Teo yang menyampaikan sumbangan pada majlis ringkas yang diadakan di ruang luar.


“Ini duit rakyat,” kata Teo ketika menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi surau Abdul Rahman Mohd Tahir seolah-olah mahu menangkis kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan wakil rakyat bukan Islam menyampaikan sumbangan dan derma di kawasan masjid dan surau.

Ketika ditemui The Malaysian Insider dalam satu pertemuan kira-kira 10 jam sebelum itu, Teo berkata, kunjungan beliau ke masjid atau surau sama sekali tidak harus dilihat sebagai tindakan menghina agama Islam.

“Mengapa saya perlu memberi sumbangan untuk menghina agama lain, tidak... tidak,” kata beliau ketika ditemu bual di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya tengah hari semalam.

“Kalau saya nak menghina, adakah saya hendak memberi sumbangan, saya rasa kenyataan itu (dakwaan menghina) itu tidak masuk akal, tidak betul,” kata wakil rakyat kelulusan undang-undang ini.

Teo mengulangi bahawa Umno dan Perkasa sengaja memperbesarkan isu ini dan menolak bahawa beliau menggunakan kunjungan ke masjid atau surau untuk kepentingan politik.

“Saya juga terkejut. Saya tidak panggil wartawan ke program saya. Ini lawatan biasa,” kata beliau sambil menambah, “saya pergi ke sana dengan niat yang suci dan ikhlas iaitu untuk memberikan sumbangan.”

“Umno memang ada cakap saya telah memperalatkan surau untuk meraih publisiti untuk diri sendiri.

“Tetapi saya tidak berniat untuk buat demikian lagipun pada hari itu juga saya tidak jemput wartawan untuk datang.... kalau saya pergi saya dan bawa wartawan mungkin boleh tuduh saya gunakan surau untuk jadikan saya lebih popular,” katanya.

Selepas isu ini diperbesarkan, Teo mengakui sudah melawat beberapa surau lagi.

“Ini adalah tugas saya jadi saya perlu jalankan tanggungjawab seperti biasa,” katanya lagi.

Sebenarnya kata Teo, kebanyakan program telah disusun sejak sebelum Ramadan lagi dan ada juga jemputan yang baru selepas isu ini tercetus.

“Macam malam ini baru terima jemputan dua hari lalu, mereka tidak takut kerana faham.

“Selain masjid dan surau saya juga ada pergi ke bazar untuk beri buah kurma.

“Respons syang saya terima sampai hari ini agak menggalakkan... ada orang cakap ia bukan satu isu, ada juga yang cakap mereka itu (pengkritik) cemburu,” kata Teo sambil menambah, beliau akan melakukan apa yang sepatutnya perlu dijalankan selaku seorang wakil rakyat.

Menjawab soalan bagaimana beliau menghadapi isu semasa ini, Teo juga berkongsi bahawa pada hari pertama dan kedua beliau memang tertekan dan ada menangis.

Teo berkata, beliau menitiskan air mata semasa dalam perjalanan ke rumah dan ketika berada di rumah sehari selepas Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor murka dan akan mengeluarkan surat amaran.

Malah kenyataan itu menjadi tajuk muka depan media pada Sabtu lalu.

“Hari Sabtu, saya rasa begitu susah,” katanya.

“Memang saya rasa tertekan kerana saya ingat ia salah saya,” kata beliau tetapi mengaku tidak menjejaskan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun kata Teo, beliau seolah-olah merasakan telah membuat satu kesilapan yang boleh menjejaskan reputasi parti dan juga ahli jawatankuasa Surau Al-Huda.

“Memang rasa begitu, tidak senang dan sedih kerana ahli jawatankuasa telah digantung kerana tindakan saya.

“Pada saya, jika pada malam itu mereka tidak menjemput saya masuk ke ruang solat, ia tidak akan jadi satu isu yang begitu besar.

“Walaupun mereka jemput saya dengan niat baik dan ikhlas, layan saya dengan baik dan akhirnya apa yang saya bawa kepada mereka adalah masalah.

“(Oleh itu) saya menangis sendiri bukan depan orang,” katanya.

Teo juga berkongsi bahawa beliau menerima banyak panggilan daripada pemimpin parti dan mereka sebenarnya tidak marah.

“Semua orang hanya simpati dan faham bahawa pada hari pertama dan kedua saya berada dalam satu kedudukan yang sangat sukar.

“Mereka hubungi dan memberi nasihat kepada saya... apabila (Lim) Kit Siang dan Lim Guang Eng hubungi saya, bila mereka hubungi mereka cakap jangan risau, saya rasa ini satu sokongan moral daripada mereka,” katanya lagi.

Teo, antara calon pilihan raya umum 2008 yang menggunakan pendekatan kreatif untuk mendekati pengundi memberitahu beliau tidak sama sekali terfikir untuk meletakkan jawatan kerana isu ini, tetapi rasa takut dan risau kerana “saya tidak mahu membawa masalah kepada parti.”

“Saya rasa begitu ketika itu kerana pada saat itu kita belum terima begitu banyak nasihat, sokongan dan panduan daripada PKR dan PAS lagi.

“Tok guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga ketika itu masih belum keluarkan apa-apa kenyataan pada masa itu,” katanya lagi.

Teo, penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP berkata, beliau sememangnya bimbang sama ada telah buat satu kesilapan yang akan mengakibatkan orang Melayu menganggap DAP sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.

“Ini kerana saya rasa telah mencuba dengan begitu bersungguh untuk meyakinkan masyarakat Melayu bahawa DAP bukan sebuah parti ‘Chinese, Chauvinist dan Communist (CCC)’ sebagaimana didakwa oleh musuh kami,” kata beliau dengan merujuk kepada usaha DAP yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa ia adalah sebuah parti yang berkhidmat untuk semua kaum.

“DAP adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia... memang saya takut bahawa usaha-usaha yang kita lakukan selama ini akan terjejas oleh sebab saya telah lakukan kesilapan atau boleh kata kecuaian yang bodoh,” ujar beliau. Selain menangis, insiden ini juga membawa kepada Teo membeli telefon BlackBerry untuk mengikuti perkembangan semasa dengan lebih dekat.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkongsi pengalaman selepas kontroversi kunjungan ke Surau Al-Huda pada 22 Ogos lalu, antara lain memiliki BlackBerry untuk mengikuti isu semasa dengan pantas. — Gambar oleh Choo Choy May
“Sebelum ini saya tidak guna BlackBerry, lepas insiden tersebut saya beli pada 31 Ogos. Saya perlukan BlackBerry sekarang, pada hari ini saya perlukan BlackBerry untuk dapatkan banyak informasi,” katanya.

Beliau masih melihat ke depan untuk berhadapan dengan cabaran dan tanggungjawab lebih besar sebagai wakil rakyat.

“Selepas melihat komen dan Tok Guru mempertahankan saya dan sudah menjelaskan bahawa dari segi Islam memang tidak salah orang bukan Islam masuk masjid dan surau, dari sana saya telah mendapat kekuatan dan selepas insiden itu, ramai orang telah keluarkan kenyataan mempertahankan saya termasuk (Naib Presiden PAS) Datuk Mahfuz Omar, Dewan Muslimat pusat dan Selangor juga ada datang jumpa saya untuk beri semangat - satu jumpa di Kajang dan satu jumpa di Balakong.

“Saya rasa selepas hari Sabtu, komen daripada masyarakat agak positif. “Ada orang yang kata saya tidak buat apa-apa kesalahan dan kata tiada masalah orang bukan Islam masuk masjid dan surau. “Ada juga fikir bahawa tidak pakai tudung itu adalah tidak sopan kerana saya sepatutnya pakai tudung,” katanya yang mengaku telah meningkatkan pemahaman tentang Islam berbanding Mac 2008.

“Lepas kejadian itu, masyarakat sekarang lebih kenali saya. Saya mengaku walaupun telah jadi wakil rakyat lebih daripada dua tahun tapi masih ramai yang belum kenal siapa saya. “Tetapi selepas insiden ini saya pergi ke bazar mereka sudah tahu siapa saya. “Walaupun tidak dapat sebut nama saya tapi mereka panggil saya “YB surau”, tapi saya rasa mereka peka dengan isu ini dan telah kenal saya,” katanya lagi.

Teo juga merasakan telah menerima banyak simpati daripada masyarakat berkata, beliau sebenarnya merasakan telah menerima sokongan yang begitu banyak. “Hari-hari, sekarang saya terima selendang dari kawan-kawan Melayu dengan mengatakan bahawa supaya mereka (pengkritik) tidak bising “Hari ini saya dapat satu lagi emel - ada pihak yang mahu mendermakan RM5,000 kepada saya untuk membuat satu program di kawasan saya,” kata Teo.


Masih Ada Yang Sayang; 80 Anak Yatim Parlimen Hulu Terengganu diraikan

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/DSC_0008.JPGMARANG - Lapan puluh orang anak yatim dalam kawasan Parlimen Hulu Terengganu akan menyambut Eidul Fitri pada tahun ini dengan berpaikaian serba baru apabila mereka dibantu oleh Unit Amal dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu.

Program 'Masih Ada Yang Sayang' anjuran kedua-dua sayap PAS tersebut telah meraikan anak-anak yatim bermula tengah hari semalam, 4 September, sehingga waktu berbuka puasa.

Setiausaha PAS Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata, program tersebut bermula dengan taklimat dan solat zohor di pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu diikuti dengan membeli pakaian raya mereka di bandar Kuala Berang.

"Anak-anak yatim peringkat Parlimen Hulu Terengganu seramai 80 orang diraikan sejak tengah hari dengan taklimat dan solat zohor, kemudian mereka dibawa ke bandar Kuala Berang untuk dibelikan pakaian raya,"katanya kepada Buletinonline.

Menurutnya, selepas membeli belah, anak-anak yatim dibawa menunaikan solat asar di masjid Sultan Mahmud dan berbuka bersama pimpinan PAS kawasan di sebuah restoran, dekat sini.
http://buletinonline.net/images/stories/berita32/DSC_0011.JPG
Katanya, program dilanjutkan dengan solat Maghrib dan Tarawikh di masjid Rhusila, sebelum mereka pulang dengan dibekalkan kuih muih, juadah hari raya.

Turut meraikan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib dan beberapa pimpinan PAS kawasan Hulu Terengganu termasuk Timbalan Yang Dipertua Ustaz Ismail Osman, Ustaz Razki (Naib) dan Ketua Pemuda, Ustaz kamarizaman Abdullah.

Haji Muhyidin yang juga Bendahari PAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada para muhsinin yang memberikan sumbangan samada berbentuk wang atau barangan.

"Ia menggambarkan keyakinan masyarakat kepada PAS dalam menguruskan kerja kebajikan dan kemasyarakatan,"tambahnya. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .