Ikuti Blog ini

PRN SARAWAK : NAJIB MENGAKU KALAH

Najib mula sedar bahawa BN menghadapi saat paling getir pada Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini.


Kalau sebelum ini Najib sentiasa bercakap besar bahawa BN akan menang mudah, hari ini nada percakapan Najib kendur sekendur-kendurnya. Beliau berkata bahawa kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sawarak pada 16 April ini adalah satu 'bonus'.


Katanya, ini kerana sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri, yang hanya memerlukan kemenangan majoriti mudah. Setahu kita BN tidak pernah meletakkan sasaran membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada setiap kali pilihanraya.


Kenyataan Najib ini hanyalah untuk mengelakkan BN mendapat malu jika ditakdirkan BN gagal membentuk kerajaan negeri Sarawak dengan majoriti 2/3. Kenyataan beliau hari ini memang di luar dugaan kerana BN sebelum ini sentiasa percaya bahawa Sarawak adalah kubu kuat mereka, amat sukar untuk PR menang walaupun satu kerusi sebelum pilihanraya negeri 2006.


Namun begitu diharapkan jentera PR tidak mudah 'over confident' dengan kenyataan Najib ini. Mungkin beliau mempunyai helah tertentu untuk melekakan PR agar berpuashati dengan penerimaan rakyat sekarang.


Jentera PR mesti terus mara memberikan penerangan kepada rakyat tentang kewajipan menolak BN secara total. Sentiasa inci lubang dan ruang yang boleh diterobos oleh BN dengan cara penipuan dan penyelewengan mesti ditutup dan dikawal rapi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .