Lebih 200 dipercayai peneroka Felda kebanyakan kaum wanita berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan, Shah Alam menghantar memorandum bantahan berhubung isu 237 yang bertajuk 'Felda Bankrap'.Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia itu kemudiannya bertindak membakar organ rasmi parti KEADILAN, Suara Keadilan.
Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala kereta peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.
Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.
Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib ditemani Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudiannya menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.
Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab.
Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.
Kelihatan juga kesemua kumpulan berkenaan diberi makanan dan minuman percuma ketika menuju ke kenderaan yang disediakan.
Setidak-tidaknya itulah perspektif masyarakat bahawa pengurusan FELDA yang kini tertekan dengan pendedahan penyelewengan dana tepaksa mendalangi satu demonstrasi yang dihadiri hanya 200 orang dengan berkenderaan 6 buah bas.
Alahai FELDA... telur dah pecah...-GB




SHAH ALAM, 30 Jun: Kerajaan negeri Selangor menyifatkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil dua Adun PKR Selangor untuk memberikan keterangan sebagai satu lagi serangan baru kepada mereka.






Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Pemuda Umno kononnya nisbah pengundi baru antara Melayu dan bukan Melayu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu adalah 1 Melayu nisbah 40 bukan Melayu.


