



Assalamu'alaikum WMWB.
Semoga sejahtera selalu hendaknya.
Tuan/Puan,
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong" (Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2).
Seperti yang sama-sama kita maklum, menegakkan Islam itu perkara logik dan wajib. Ini kerana kita menumpang bumi Allah yang sepenuhnya dicipta oleh Allah. Jika dimisalkan, perintah ini samalah juga dengan sembanhyang. Sebagaimana sembahyang itu wajib maka apa jua perkara yang berkaitan dengan persiapan untuk menegakkan sembahyang turut menjadi wajib. Wudhu' untuk sembahyang itu wajib. Menggali telaga dan memasang paip itu wajib.
Demikian jugalah dengan keaedah menegakkan Islam di zaman ini. Zaman sekarang, orang menegakkan Islam dengan mengambil alih kuasa melalui pilihanraya. Ini yang timbul kerja mengundi melalui pilihanraya.
Oleh kerana undi itu hak mutlak diri, tiada ada siapa berhak merampas, mengugat dan memaksa. Apabila dihubungkan hak kebebasan mengundi ini dengan tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam, maka tunaikanlah hak yang satu ini dengan penuh iman. Biar bagaimana rahsia sekalipun undi pada 17 Januari 2009 ini, ia tetaplah akan terakam sebagai amal makruf. Sebagaimana menggali telaga dan memasang paip untuk menyempurnakan wudhu' itu wajib kerana sembahyang itu wajib, MAKA mengundi sebuah parti yang mahu menegakkan Islam itu juga adalah wajib.
Oleh itu, tunaikanlah tanggungjawab kita dengan sehabis amanah. Gunakan senjata undi masing-masing di hari itu yang sekira-kiranya bila ditanya oleh Allah SWT kelak, tuan/puan boleh kata bahawa tuan/puan pernah membela Islam melalui sepangkah undi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sewaktu di dunia dahulu - sekurang-kurangnya. Wassalam
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Mursyidul Am PAS.












 dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.
dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.    
  Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin.
 Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin. 
 
 Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Markas Tarbiyah Kuala Terengganu baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Markas Tarbiyah Kuala Terengganu baru-baru ini. "Tetapi hal itu tidak seharusnya berlaku, kerana kita mahu perjalanan pilihan raya yang aman dan adil.
"Tetapi hal itu tidak seharusnya berlaku, kerana kita mahu perjalanan pilihan raya yang aman dan adil. Hal ini katanya, secara tidak rasmi rasa takut di kalangan rakyat Kuala Terengganu tetap ada.
Hal ini katanya, secara tidak rasmi rasa takut di kalangan rakyat Kuala Terengganu tetap ada.




 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
