Ikuti Blog ini

Rakyat Malaysia Wajib!! Tonton (video hot)




Bukan jawatan PM yang diimpikan PAS

TG Hj.Hadi tidak mahu jawatan PM jikapun Pakatan menang

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi (gambar), yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

“Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini.

Laporan Bernama Online memetik beliau mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Malahan Nazri menegaskan peluang Umno untuk meraih undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang lebih besar selepas PAS menukar dasar parti itu untuk tidak lagi mempertahankan perjuangan membina negara Islam, sebaliknya memperjuangkan ‘negara berkebajikan’ di mana Umno sudah pun melaksanakannya sejak merdeka.

Hadi juga menafikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai liabiliti kepada parti setelah beliau dipilih oleh perwakilan dalam pemilihan pada Muktamar PAS minggu lalu.

“Bagi Umno, Mohamad Sabu adalah satu peluang untuk menjatuhkan PAS. Tetapi bagi PAS, Mohamad Sabu adalah satu senjata untuk menjatuhkan Umno,” katanya.

Hadi turut menafikan bahawa wujudnya anggota parti yang kecewa dengan perubahan dasar perjuangan parti itu setelah beliau mengumumkan belum tiba masanya PAS menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangan parti itu selama ini, sebaliknya mahu memulakan dulu pelaksanaan negara berkebajikan sejajar tuntutan pakatan pembangkang.

Malahan, katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya.

Omong kosong bakal Perdana Menteri Malaysia?

NONERakyat bimbang dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang diwarnai dengan kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan sebagainya. Namun mereka seharusnya lebih gusar jika Tan Sri Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri baru pada satu masa kelak.

Kenyataan-kenyataan Muhyiddin sejak akhir-akhir ini menampakkan seorang pemimpin yang mengharapkan retoriknya dan pengumuman “peruntukan satu dua juta ringgit” ke mana sahaja beliau pergi adalah cukup untuk menarik sokongan rakyat.

Tidak apa jika retorik itu adalah pembohongan semata-mata – contohnya di Sarawak, beliau mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara maju kepada pengundi Iban di rumah panjang. Umum tahu kita masih, lebih-lebih lagi sekarang, dikategorikan sebagai negara membangun.

Di Pahang, bulan lalu, Muhyiddin dengan selamba memberitahu masyarakat petani, kononnya hanya Malaysia satu-satu negara yang membekalkan subsidi kepada rakyat.

tobacco farmers 190505Sekali lagi, beliau lupa masyarakat tani juga mempunyai anak pinak berpelajaran yang tahu sistem subsidi diamalkan di hampir semua negara termasuk Amerika Syarikat.

Semalam pula beliau memberi satu lagi “bola tanggung” - Malaysia menurut Muhyiddin sudah lama menjadi negara berkebajikan kerana menyediakan subsidi untuk barangan dan pendidikan percuma serta rawatan hospital pada kadar yang nominal.

Tempelak PAS

Kenyataan itu dibuat semata-mata untuk menempelak komitmen PAS menubuhkan negara berkebajikan seperti mana yang dituntut oleh Islam.

NONEPersoalan mudah yang perlu ditanya kepada Muhyiddin ialah, jika Malaysia sudahpun menjadi negara berkebajikan kerana memberi subsidi kepada rakyat, maka kenapa subsidi itu kini dipotong dan ditarik balik manakala harga barangan dibiarkan naik?

Oh ya! Kerajaan Umno-BN terpaksa berbuat demikian kerana defisit negara semakin mengembang – 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Persoalan seterusnya: Kenapa defisit dibiarkan begitu tinggi sepanjang zaman pemerintahan Umno-BN? Adakah ia berpunca daripada sikap boros dalam pengurusan kewangan? Bagaimana dengan faktor penyelewengan dan ketirisan?

NONEKenapa kerajaan dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad hingga sekarang terus membiarkan defisit negara ini meningkat, dan subsidi untuk syarikat-syarikat IPP pula dilindungi manakala kadar elektrik untuk rakyat dinaikkan?

Siapakah yang bertanggunjawab di atas kos sara hidup tinggi yang dibebankan kepada rakyat – adakah ia salah Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib atau ketiga-tiga mereka sekali?

Rasanya Muhyiddin akan lebih bijak dan jujur di mata rakyat jika beliau cuba menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur dan mengurangkan retorik.

Mengelak beri maklumat

Rasanya, tidak perlulah beliau mendakwa Malaysia sudah pun menjadi negara berkebajikan selagi rakyat dipaksa menerima pelbagai kenaikan harga barangan manakala kontrak-kontrak lumayan dibolot oleh juak-juak tertentu yang berkait dengan Umno.

azlanSehingga hari ini Muhyiddin dan menteri-menteri lain mengelak daripada memberi maklumat mengenai kontrak yang diikat dengan IPP mahupun kontrak yang dinikmati oleh syarikat konsesi air di Selangor.

Negara berkebajikan bermakna pemerintah yang telus, amanah dan sentiasa mengembalikan nikmat hasil bumi kepada rakyat dan tidak memperkayakan diri.

Negara berkebajikan tidak bermaksud memberi komisyen “atas angin” RM500 juta kepada syarikat kroni kononnya untuk menguruskan pembelian kapal selam yang akhirnya tidak boleh menyelam.

sarawak election muhyiddin at sibu chinese school  110411 give  allocationMasa sudah sampai untuk Muhyiddin memperlihatkan ketokohan, akal minda dan nilai-nilai Islam dan jatidiri unggulnya sendiri jika beliau mahu terus menjual dirinya sebagai seorang yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Sekadar retorik dan menabur pengumuman peruntukan di sana sini sahaja tidak akan memadai.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.-M'kini

Mat Sabu Tegaskan Mustahil PAS Untuk Bersama UMNO

Mustahil PAS Kembali Bersama Umno

SHAH ALAM 7 JUN: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno Barisan Nasional selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.

"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

"Jadi kalau mereka (Umno) buka pintu untuk kita berunding dan bekerjasama, memang tak adalah. Kita memang bersama Pakatan Rakyat. Hubungan individu dengan pemimpin Umno, hubungan peribadi, itu biasalah, kita sesama Islam. Tetapi dalam politik, kerjasama tidak. Kita bersama Pakatan Rakyat,” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa pintu Umno masih terbuka kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Malah kenyataan Muhyiddin itu turut disokong ketua penerangan parti itu, Datuk Ahmad Maslan yang mengajak PAS melupakan memori silam antara kedua-dua parti itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya, yang dipetik dari Mstar Online.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977. -tvsnews



Sepatutnya Tiada Layanan Istimewa Untuk Adik Hisamuddin Hussein

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein.

"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya."

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.

"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia,"
laporan itu dipetik.

Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan. -mk


Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH

Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa.

Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa.

"Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," katanya.

Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang.

Mengulas muktamar itu, Hishammuddin berkata, jarang berlaku dalam perhimpunan agung sebuah parti memfokuskan menghentam kerajaan semata-mata.-mk

Sepatutnya tiada layanan istimewa diberikan kepada Harris Hussin Onn. Kegiatan beliau bersama Hishamuddin Hussein perlu disiasat.

BERSIH akan pastikan hal ini juga dibongkar habis-habisan. -GB

Malaysia Negara Diktator Bukan Negara Berkebajikan Di Bawah Umno

SHAH ALAM 7 JUN : Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata dua pemimpin utama PAS hari ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Mahfuz Omar menyifatkan sebagai dangkal kenyataan Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan.

Kedua-dua pemimpin Umno itu mendakwa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan.

Mohamad Sabu berkata anggapan Najib dan Muhyiddin itu menzahirkan minda cetek mereka dari segi pemahaman konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

“Yang ada sekarang ialah, yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,” beliau memberitahu TVSelangor.

Mohamad Sabu dan Mahfuz berkata negara berkebajikan tidak terbatas kepada mengadakan projek semata-mata atau pun menyediakan subsidi rakyat yang semakin hari semakin berkurangan.

Negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka, tambah mereka.

“Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek. Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara didunia ini adalah negara kebajikan,

“Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.

Mohamad Sabu berkata Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.

“Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap Pas dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang," kata Mohamad Sabu.

Najib hari ini dalam sidang medianya di Astana, Kazakhstan megah berkata UMNO BN sudah lama mengamalkan pemerintahan secara berkebajikan.

Beliau tanpa segan silu turut menyenaraikan jasa kerajaan pimpinannya kepada rakyat termasuklah pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan banyak lagi.

Mahfuz berkata Najib dan Muhyiddin seharusnya memahami dengan jelas konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Konsep negara berkebajikan adalah sebuah negara yang menitik persoalan yang berkaitan dengan kesejahteraan. Apa yang berlaku hari ini adalah, walaupun diberi sesuatu kepada rakyat, rakyat tidak dapat merasai kesejahteraan dan kedamaian dlam kehidupan negara kita ini, umpamanya beban kos hidup makin meningkat," kata Mahfuz.

Mahfuz juga mempersoalkan kenyataan Najib kononnya barisan kepimpinan PAS yang baru dipilih 4 Jun lalu terlalu memfokuskan soal pilihan raya umum akan datang.

"Salah satu hala tuju PAS ialah pilihan raya. Untuk nak terjemahkan hala tuju PAS itu mestilah kena menang pilihan raya. Apa masalahnya kita beri tumpuan pada pilihan raya. Kita mesti dapatkan kuasa untuk laksanakan hala tuju PAS," tegas Mahfuz.

Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.

Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini.

Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.

Mereka termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas, Suhaizan Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir Zakaria.

Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu.

Keputusan itu dibuat pada perbincangan hampir empat jam mesyuarat pertama kabinet baru dewan itu, pada 5 Jun lalu di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia, bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Untuk Jawatankuasa Dewan Harian Pemuda PAS pula, Khairul Faizi Ahmad Kamil kekal sebagai setiausaha dewan itu manakala jawatan bendahari diisi oleh Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khairudin.

Ketua penerangan dewan itu pula diamanahkan kepada Ustaz Riduan bin Mohamad Nor manakala pengarah pilihan raya disandang Mohd Sany Hamzan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas parlantikan AJK baru itu berpendapat dewan itu kini mempunyai kabinet berimbang setelah banyak pihak melihat keputusan pemilihan dewan itu dimenangi majoriti oleh kelompok ulama.

"Struktur organisasi DPP Malaysia sebagaimana biasa disusun dan dilengkapkan secara seimbang dan sepadu berasaskan kepelbagaian tahap upaya dan latar belakang disiplin penguasaan ilmu.

"Saya mengharapkan kabinet ini mampu menghadapi cabaran baru dalam iklim politik masa kini sekaligus menunaikan amanah anggota Dewan Pemuda PAS dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi," ulasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, biarpun sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun beliau yakin kabinet baru itu mampu menggalas tanggungjawab untuk memimpin kebangkitan anak muda dan mendepani Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dalam pada itu beliau juga menyatakan kesediaan untuk ditegur bukan sahaja oleh pimpinan parti malah semua pihak termasuk dari luar PAS.

"Dalam masa terdekat, insyaallah DPP Malaysia akan mengadakan retreat untuk memantapkan roadmap pemuda, mengatur strategi terkini dan menyesuai potfolio serta memperkasakan organisasi DPP Malaysia.

"Sungguhpun keputusan ini mungkin tidak mampu memuaskan hati semua pihak, saya mengharapkan ia adalah skuad yang boleh membantu parti dengan lebih baik dan insyaallah, lebih dari hari semalam," tegasnya.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:

Ketua

Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua

Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob


Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]

1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah


Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]

1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ]
9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]


Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Setiausaha
Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi

Bendahari
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin

Ketua Penerangan
Ustaz Riduan bin Mohamad Nor

Pengarah Pilihanraya
Sdr Mohd Sany bin Hamzan

Kabinet Baru PAS perkasakan PR, kata Anwar




SHAH ALAM : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan 'kabinet' baru PAS yang dipilih dua hari lalu sebagai mantap dan mampu melakar masa depan yang cerah bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke- 13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

"Kini Pas yang dipimpin Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ditunjangi pula Timbalan Presidennya yang baru Saudara Mohamad Sabu, pastinya mengorak langkah yang lebih jauh bersama Pakatan Rakyat mendepani segala tantangan serta cabaran, terutamanya berhadapan Pilihanraya Umum ke 13 yang kian hampir," kata Anwar dalam blognya.

Sehubungan itu, Anwar mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan PAS yang matang dalam menilai dan memilih pucuk pimpinan tanpa dibayangi emosi dan hasad dengki.

"Muktamar kali ini sekali lagi menyaksikan parti tersebut menolak suatu persepakatan politik yang berbaur rasuah serta penyelewengan kuasa pimpinan Umno- Barisan Nasional," kata Anwar.

"Seperti pemilihan sebelumnya, ahli Pas memilih pimpinan untuk memperkasa parti tersebut demi memperkukuh Permuafakatan Pakatan Rakyat, suatu permuafakatan yang zahir dari hasrat menjamin kebajikan serta kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia,"ujarnya.

Anwar berkata, muktamar PAS ke- 57 yang berakhir semalam itu bukan sahaja melabuhkan tirai dengan jayanya bahkan juga mampu mencapai kata sepakat terutama dalam setiap usul yang dibahaskan perwakilan.

Muktamar kali ini yang bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' sekali lagi meluluskan usul, menolak kesepakatan politik berbaur rasuah serta penyelewengan kuasa pimpinan oleh Umno- Barisan Nasional (BN).

Anwar berkata, PAS sebagai parti yang berpengalaman luas dalam politik memiliki sejarah tersendiri dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat, sejak sebelum merdeka.

Jelas Anwar, perjuangan PAS dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman tidak dapat dipisahkan lagi setelah dipimpin tokoh-tokoh ulama seperti Almarhum Dr Burhanudin al Helmy, Almarhum Zulkifli Muhammad dan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Malah ujar Anwar, beliau turut terkesan dengan ucapan dasar yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa tekad dan iltizam hanya untuk terus mara bersama Pakatan Rakyat.

Pemilihan PAS menyaksikan Mohamad Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden baru parti itu manakala Exco Kerajaan Negeri Kelantan Husam Musa juga menang kerusi Naib Presiden.

Pemilihan itu turut menyaksikan persaingan untuk 18 kerusi jawatankuasa kerja pusat. Datuk Seri Abdul Hadi mengekalkan jawatannya sebagai Presiden apabila menang tanpa bertanding untuk penggal ke lima berturut-turut.

Najib dikecam guna program rasmi untuk urusan pribadi

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.

(Gambar: Laporan Harakahdaily semalam)

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan pribadi," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," kata beliau.

Semalam Harakahdaily melaporkan, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Untuk memenuhi hasrat itu, beliau dikatakan meminta program rasmi kerajaan diatur untuk beliau dan rombongan ke sana. Perkara ini dikesali oleh pelbagai pihak termasuk wartawan yang menyertai program beliau itu.

Hasilnya, kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan bukan sahaja untuk beliau berdua bahkan juga menteri, wartawan dan pegawai kerajaan yang terpaksa mengiringi beliau ke sana.

Dalam sejarah Islam, kata Dr Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memadamkan lilin milik negara apabila ada yang datang bertemu beliau untuk berbincang hal pribadi.

"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau dan bakal menjadi suri tauladan kepimpinan BN dan pegawai kerajaan di bawah beliau," katanya.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah dan kini ia berlaku lagi.

Dr Dzul yakin, jika perkara ini diodit oleh jabatan kerajaan tidak akan ditemui kesalahannya berdasarkan ianya mengikut prosedur biasa kerajaan iaitu mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.

"Tetapi dari segi moralnya ia sangat salah," tegas Dr Dzulkefly (gambar).

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah Najib dan Rosmah mengatur program kerajaan ke Kazakhstan untuk memenuhi program pribadinya iaitu menguruskan perkahwinan anaknya.

"Di sinilah masalahnya akan timbul apabila kepimpinan tertinggi menunjuk sikap yang buruk, apa pula orang bawahnya nanti, menteri, ketua setiausaha, OCPD dan sebagainya ...kalau bos kencing berdiri, anak buah kencing berlari," kata beliau.

Jika Najib dan Rosnah benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan pribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," kata beliau.

Najib mesti telus

Sementara itu, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menambah, rakyat boleh menerima sekiranya najib menggunakan wang kerajaan untuk urusan rasmi dan ada hasil terhadap negara daripada lawatan tersebut.

"Sekali lagi saya minta beliau berterus teranglah. Kalau pergi (ke Kazakhstan) atas urusan rasmi itu cerita lain dan kita harap akan dapatlah hasilnya terhadap negara daripada lawatan rasmi ini," katanya. -Hrkh

Harga naik: Rakyat mula mengeluh

NONEPengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.

Pengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.

NONEMahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.

“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.

Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.

Kerja sambilan

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

NONETarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.

Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.

Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.

“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.

NONENamun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.

Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.

Mahu tukar kerajaan

“Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.

Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.

NONEKeadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.

“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.

Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.

Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.

NONELebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.

“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.

'Kerjaaan juga perlu berjimat'

Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.

“Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.

Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar mana”.

NONE“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.

“Kalau boleh turunkan harga barang,” katanya lagi.

Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai. -mkini

JAMIL KHIR SEMAKIN KUAT `MENGIPAS'

JAMIL KHIR nampaknya kurang senang apabila ada perwakilan dan pemimpin PAS yang bercakap tentang `Syaitan bisu' apabila mereka merujuk kepada segelintir ahli ugama di dalam Umno yang `membisu' melihat kemungkaran di depan mata. Hujah paling bijak dari Menteri yang menjaga ugama di dalam Umno ini adalah sekadar menyebut, " Bagi saya, saya melihat (mereka) tak jadi syaitan (bisu)... Itu hak Allah (untuk menghukum)," (Malaysiakini).

Jika begitulah hujah seorang ilmuan Islam, maka apa akan jadi dengan umat Islam? Bukankah perangai `Syaitan Bisu' ini ada digambarkan di dalam Al-Quran yang menggelar mereka sebagai `Ulamak As-su' (ulamak jahat)? Satu dunia tahu bahawa media kita telah mensensasikan video seks beserta gambar-gambar yang penuh mengaibkan dengan memberi bayangan kepada seseorang untuk melakukan fitnah jahat, adakah ini boleh didiamkan sahaja oleh mereka yang berilmu dan dianggap Ulamak?

Jika mereka tidak mahu memuji atau menyokong mana-mana tokoh pembangkang sekali pun, wajarkah tokoh itu diaibkan sedemikian rupa tanpa dapat membuktikan sebagaimana yang diajar oleh Islam? Jamil Khir orang yang berpendidikan agama dan beliau adalah bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), walaupun beliau gagal memartabatkan Islam di dalam kehidupan dan kerjaya tentera, beliau tidak perlu menjadi pencacai agama yang murahan di dalam Umno. Di dalam Umno, golongan agama tidak akan ke mana.

Cuba sebut siapa tokoh agama yang berjaya naik di dalam Umno? DS Anwar dahulu walaupun bukan Ulamak, tetapi berjiwa Islam semenjak dari ABIM lagi hanya berjaya ke peringkat nombor dua di dalam Umno dan Kerajaan. Itu pun Umno `sembelih' tokoh ini dan sehingga kini dendam kesumat tidak berkesudahan. Siapa lagi selepas Anwar? Di mana bekas Imam Besar Masjid Negara, Firdaus? Setakat mana hebatnya Hamid Othman, Hamid Zainal Abidin, Yusof Nor, Mashitah dan bekas Naib Presiden PAS iaitu Us Nakhaie Ahmad? Setakat tukang baca doa makan dan Imam Tahlil atau doa selamat semasa perhimpunan Umno sahajakah?

Di mana yang bunyinya dulu hebat `40 Ulamak Muda' itu? Tiada seorang pun yang berani menegur dan membantah keras kelakuan media yang dikuasai oleh Umno itu untuk melakukan kemungkaran. Hanya seorang yang berani mengulas tentang isu video seks yang kini semakin dijaja ke merata kampung sehingga ke pintu masjid, itu pun sekadar mengulas tanpa ada tindakan tegas atau membantah keras pemimpin Umno.

Umno berkali-kali menyebut tidak terlibat di dalam video seks berkenaan. Kita mahu percaya atau tidak, terpulang kepada kita setelah kita melihat betapa media-media yang mereka kuasai terus menayangkan sedutan atau babak lucah berkenaan. Kita juga boleh berfikir dengan waras mengapa sehingga kini Trio Datuk `T' masih bebas tanpa didakwa atas kesalahan menayang video lucah walaupun mereka telah mengaku melakukannya. Umno boleh melepaskan tanggungjawabkah apabila semakin meluas kegiatan pengedaran video seks ini? Bukankah Umno tunjang kerajaan dan pihak berkuasa di bawah kerajaannya?

Buat Jamil Khir, cukup-cukuplah jika ingin membodek pemimpin. Jawatan Senator tanpa perlu bertanding dan dipilih oileh rakyat itu sudah memadai buat beliau. Tidak guna beliau mengipas kuat pemimpin Umno kerana di dalam wadah Umno, golongan agama tidak diperlukan. Sejarah ada bukti kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

Pemikiran seorang TPM Umno/BN

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membelasah Pas apabila Pas tidak membincang isu video lucah dalam muktamarnya. Menurut akal Muhyiddin Pas sepatutnya membincang untuk mempastikan siapa watak dalam video lucah berkenaan. Mulanya saya tidak percaya kalau sedangkal itu pemikiran seorang timbalan perdana menteri. Tidak ada kualiti langsung.

Kalau Muhyiddin seorang pemimpin berkualiti dan rasional politik dia tidak akan menyerang Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah. Tetapi mungkin kerana beliau terlalai atau pun menjadi tidak rasional bila Dewan Ulama Pas menolak isu video lucah, menyebabkan beliau berfikiran begitu. Gelap otak.

Kalau Muhyiddin cerah otak beliau tidak tergamak untuk memberi pandangan seperti itu. Dua perkara yang beliau kena fikir sebelum bercakap mengenai perkara itu, bukan bercakap dulu sebelum fikir. Pertama muktamar Pas adalah persidangan atau forum Pas membincang perihal partinya. Adapun isu video lucah bukan termasuk dalam agenda utamanya.

Tidak ada keperluan dan kepentingan untuk Pas membincang hingga lebur mengenai isu berkenaan. Inilah bezanya Pas dengan Umno. Kenapa tidak ada keperluan kerana isu itu adalah isu politik yang direstui oleh Umno. Mahkamah atau pihak berkuasa polis belum menentukan siapa lelaki berkenaan.

Pas tidak akan percaya kalau setakat Ibrahim Ali atau Zulkefli Nordin atau Datuk T yang mengesahkan itu Anwar kerana kredibiliti dan intergriti mereka juga tidak boleh dipercayai. Ibrahim Ali boleh menafikan dan mengatakan itu 300 peratus bukan Anwar kalau takdir Anwar jadi perdana menteri kelak. Dan begitu juga dengan yang lain kerana mereka adalah species yang sama. Apakah Muhyiddin mahu Pas mahu menjadikan mereka itu sebagai nabi?

Jadi apakah Pas mempercayai akan persaksian oleh manusia fasik? Lainlah kalau mahkamah atau polis atau badan yang berautoriti mengesahkan watak itu adalah Anwar mungkin Pas boleh membincang dan mengambil pendirian dalam hal video lucah berkenaan. Kalau tanpa pengesahan tetapi Pas ikut membincangnya maka standard Pas samalah dengan Muhyiddin saja.

Maka apabila Muhyiddin mengkritik Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah maka samalah kepala dan gaya politik Muhyiddin dengan Ibrahim Ali, Zulkefli Nordin dan juga Rahim Tamby Chik dan gengnya. Kerana Muhyiddin harus meletakkan maruah dirinya serendah itu, berpolot dengan sampah sarap. Apakah kerana Muhyiddin sudah merasakan Umno dalam keadaan desprate maka beliau terpaksa merendahkan maruah dirinya?

Seorang pemimpin bakal menjadi perdana menteri seharusnya mempunyai pemikiran dan pandangan politik yang tinggi dan jauh ke depan. Misalnya Muhyiddin boleh mengulas isu-isu lain yang tidak disentuh oleh Pas, seperti usaha untuk mengukuhkan sokongan Melayu (nasionalis) dalam parti berkenaan.

Apabila beliau bercakap dan mengajak Pas membincangan isu video lucah orang akan boleh menilai bahawa politik Muhyiddin juga politik lucah. Di sinilah ketinggian budi Pas sebagai parti yang berteraskan prinsip dan dasar Islam. Mereka tidak akan sama terheret dengan isu-isu maksiat dan fitnah kerana ia dilarang oleh Tuhan.

Hendaknya Muhyiddin akan meralat singgungannya itu dan berilah komen lain yang mencerminkan bahawa beliau mempunyai daya intelektual politik. Dalam hal ini nampaknya Najib lebih unggul dari Muhyiddin. Bagaimana pun sama-sama kita tunggu ulasan Najib mengenai kemenangan Mohamad Sabu.- MSO

Rakyat Sangsi Dakwaan Kadar Jenayah Turun

Dakwaan Jenayah Turun Adalah Cerita Dongeng, kata Teresa

SHAH ALAM : Dakwaan kerajaan kononnya kadar jenayah susut 10 peratus empat bulan pertama tahun ini adalah "dongeng" kerana rakyat masih mengkhuatiri keselamatan diri, kata Exco Selangor, Teresa Kok.

Teresa berkata desakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat perlu mengubah persepsi keselamatan diri jelas menunjukkan beliau gagal memahami perasaan orang awam.

Muhyiddin membuat dakwaan kononnya jenayah susut hanya untuk mencanang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai satu kejayaan walaupun hakikat adalah sebaliknya, kata beliau.

" Kebiasaanya bila Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor dan pemimpin negara kita menggunakan statistik NKRA untuk membuktikan bahawa kadar jenayah telahpun turun orang ramai memang tidak akan percaya," teresa memberitahu TVSelangor.

"Ini kerana ramai antara mereka merupakan mangsa jenayah khususnya di kawasan-kawasan bandar. Jadi kita tak tahu macam mana polis dan NKRA perolehi data statistik sebegitu,”kata beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata, kerajaan dan Polis mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kadar jenayah dalam membentuk keyakinan masyarakat terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan.

Menurut beberapa pihak hakikat disebalik penurunan kadar jenayah itu adalah kurang orang melaporkan kes jenayah kerana hilang keyakinan terhadap polis.

Manakala semakin banyak penduduk kawasan perumahan mengadakan rondaan bersama untuk mengekang kecurian dan pecah masuk rumah yang semakin meningkat.

Muhyiddin bagaimanapun mendakwa kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, jenayah keseluruhan menurun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. -tvsnews


Muhyiddin: Kadar jenayah sudah menurun

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin berkata demikian dalam satu sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kelmarin.

Katanya, secara keseluruhan kadar jenayah menurun 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini berdasarkan kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jenayah jalanan juga menurun kepada 45 peratus berbanding tahun lepas, manakala keseluruhan indeks jenayah tahun lalu pula mencatatkan penurunan 15 peratus berbanding pada 2009.

'Angka itu sudah menunjukkan kadar jenayah memang dah turun. Jadi langkah kita sekarang ini adalah bagaimana mahu perbetulkan persepsi mereka,' ujarnya.

Selain itu, kata Tan Sri Muhyiddin, kajian itu turut menunjukkan bahawa masyarakat puas hati dengan keselamatan berikutan bertambahnya kehadiran polis meningkat 20 peratus daripada 35.3 peratus pada 2009 kepada 55.8 peratus tahun lalu.

'Itu petanda yang baik tapi belum cukup kukuh dan masih ada ruang untuk kita perbaiki. Kita tahu PDRM telah pun mengatur gerak kerja seluruh negara.

'Saya percaya kalau ada kerjasama yang rapat dengan pimpinan masyarakat di peringkat PDRM dengan pasukan yang digerakkan di kawasan panas, kadar jenayah dapat diturunkan kepada peratusan yang rendah sekali,' katanya.

Tambah beliau lagi, sebagai memastikan orang ramai dapat sentiasa merasakan kehadiran dan penglibatan polis, jumlah pegawai dan anggota polis yang dikerahkan akan dipertingkatkan.

'Oleh itu, seramai 7,400 pegawai polis telah pun ditugaskan daripada 'back office' ke 'front office'. Seramai 4,013 penjawat awam pula dipindahkan balai PDRM untuk menjalankan tugas di 'back office'.

'Seramai 14,222 pegawai PDRM ditempatkan untuk tugas rondaan di 50 lokasi panas jenayah. Seramai 8,140 anggota Pasukan Gerakan Am dari PDRM turut ditugaskan memerangi jenayah di kawasan panas berdasarkan kawasan,' katanya. -- Bernama.

Baru rakyat tahu kenapa Ani Arope tinggalkan TNB

TEMERLOH : 15 tahun yang lalu, Tan Sri Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akhirnya rakyat hari ini tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan mereka, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja. Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya dalam membantah perjanjian yang sangat tidak adil antara TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik),” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Ani sebelum ini di laman Facebooknya menyelar tindakan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik baru-baru ini sebanyak 7 peratus 1 Jun yang lalu dengan mendakwa ia berpunca daripada perjanjian yang tidak adil dengan IPP dan TNB.

“Anda tidak perlu pergi ke sekolah bisnes yang canggih untuk memahami mengapa kita memerlukan peningkatan tarif – Cuma perlu tengok balik syarat-syarat yang diberikan kepada IPP.

Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

“Bagus EPU — Unit Penyamun Ekonomi,” tulis beliau di laman Facebooknya minggu lalu.

Ani mencetuskan kontroversi 15 tahun yang lalu apabila beliau lebih rela melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Ani turut berkata TNB tidak boleh dipersalahkan atas hal ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.

“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.

Kata Tuan Ibrahim, yang juga merupakan bekas Naib Presiden PAS, apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan Barisan Nasional berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak.

“Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion utk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat.

"Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan Umno Barisan Nasional ini,” tambah Tuan Ibrahim.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus bermula Jun 1 itu adalah sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara ekoran keputusan kabinet untuk menaikkan harga gas asli kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan, dari RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016. -Hrkh

Menjawab kekeliruan Umno terhadap perjuangan PAS

Sesungguhnya Umno menyambung kerja Inggeris, sebab itu mudah bagi dia untuk mempengaruhi rakyat yang sekian lama terdidik secara sekular. Kita, PAS pula menyambung kerja Nabi Muhammad SAW sehingga semua manusia yakin kerja politik dan agama tak boleh dipisahkan. Sebab itu Umno marah kepada PAS kerana melaksana kerja Nabi yang berlawanan dengan ajaran sekular. Pagar kita diceroboh oleh ayam kambing mereka. Kita kena tutup pagar kita daripada diceroboh, walaupun dimarah oleh Umno.

Persoalannya, apakah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu serupa dengan kehendak sekular (agama lain, politik lain). Kalau serupa dengan kehendak sekular, tidakkah tindakan Nabi Muhammad menyampaikan salam perjuangan, buat perjanjian, mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua-ketua kerajaan di Eropah itu adalah semata-mata untuk menyampaikan dakwah Islam. Menunjukkan Islam yang dibawa oleh Nabi itu bukannya ajaran serupa sekular yang menjadi pegangan Umno.

Nabi dan politik bernegara
Demikian pula, Nabi sendiri ada cop mohor (cincin). Ia suatu lambang kuasa dalam urusan kerajaan dan politik bernegara. Dan di dalam al-Quran sendiri menyebutkan masalah muamalat, jenayah dan pemerintahan. Bukan hal spiritual sahaja. Hal kerajaan, peperangan dan perdamaian. Malah ketika peperangan turut dijelaskan aturan dan peraturan yang boleh dan tak boleh (do’s and don’t). Misalnya, ada pantang larang tak boleh bunuh orang tua, kanak-kanak, hatta golongan ‘ahbar’ yang berada di dalam gereja/biara tak boleh dibunuh semasa peperangan.

Kalau Islam untuk spiritual sahaja apa maknanya, sampai Allah pelihara Nabi selama 23 tahun menjalankan dakwah dan dan bertugas sebagai nabi dan rasul. Nabi telah menempa segala macam ujian dan rintangan serta penentangan daripada pelbagai pembesar Quraisy dan pihak berkuasa.

Sementara Umno sejak dari PAS ditubuhkan, malah sebelum itu sebuah gerakan Islam bernama Hizbul Muslimin, sentiasa menjadi serangan fitnah. Kelihatan sangat, Umno begitu dengki kepada PAS, kerana PAS boleh buat apa yang dia tak boleh buat, iaitu melaksanakan apa yang Islam suruh dan mencegah apa yang Islam larang.

Islam di sisi Umno
Sebenarnya, Islam di sisi Umno adalah ‘pecah-belah’ dan kita tidak sepatutnya terperangkap dengan tuduhan liar dan fitnah yang dicanang oleh mereka itu.

Umno sepatutnya terima Islam, kalau benar dia parti yang dipimpin oleh orang Islam, dan kalau nak jadi parti yang mewakili umat Islam. Apakah yang susah sangat bagi Umno nak ubah dasar? Tak kena di mana Islam, berbanding dengan dasar kebangsaan mahu pun demokrasi.

Bab demokrasi pula, benarkah Umno yang memerintah negara sekarang ini benar-benar melaksana demokrasi? Lihat saja apa yang berlaku, sampai ke peringkat parti pembangkang tak terasa, bagaimana demokrasi sebenar.

Demokrasi tempang
Sebaliknya, setiap kali pilihan raya, berlaku keadaan ‘padang tak sama rata’ kerana Umno dan parti-parti di bawah BN mendapat segala kemudahan atas nama kerajaan untuk berkempen. Sedangkan kita PAS dan rakan Pakatan Rakyat ditekan dan dinafikan hak berkempen secara bebas. Natijahnya tiada kebebasan bersuara, berkempen dan terlalu berat sebelah. Munasabahnya demokrasi kita ini adalah demokrasi tempang––demokrasi pun tidak Islam jauh sama sekali––diamalkan oleh Umno sekarang ini.

Malah, melihat kepada amalan demokrasi di beberapa negara jiran, mereka lebih berjaya. Demokrasi subur di Indonesia, Thailand dan Kemboja. Sedangkan mereka negara baru dalam dunia demokrasi. Amalan demokrasi di negara tersebut, mereka lebih telus, terbuka dan hak parti bertanding dilayan secara adil dan ada kebebasan serta keamanan berkempen termasuk dalam media milik kerajaan. Misalnya, dalam isu daftar pemilih peraturannya mudah, pengundi boleh mendaftar di saat akhir menjelang pilihan raya dan boleh mendaftar melalui wakil badan pilihan raya di tempat mereka akan mengundi.

Bandingkan dengan tempat kita, peraturan yang ada menyulitkan kerana dilaksana secara berpusat, masanya panjang, paling cepat empat bulan lepas mendaftar baru sah sebagai pemilih. Kenapa susah sangat nak pinda peraturan pendaftaran pemilih? Nampak sangat Umno guna ruang daftar pemilih sebagai penyelamat kuasa. Perkara ini boleh dijadikan modal dan penjelasan seluas-luasnya kepada rakyat sebagai asas menolak Umno dalam pilihan raya nanti.

Minta PAS berbaik
Justeru kita perlu menegaskan, Islam sentiasa mengutamakan hak rakyat sebagai pendukung utama kepada sistem yang adil. Maka pihak yang berkuasa perlu melaksanakan apa sahaja keadilan untuk semua rakyat sebagaimana diajar di dalam Islam.

Seperkara lagi, Umno kebelakangan ini nampak sangat cemas dan kalut. Sehingga guna orang tertentu dan NGO, minta PAS berbaik dengan Umno atau minta masuk BN. Setengahnya pula kata PAS yang beria-ia nak berbaik.

Kita kena katakan kepada mereka, sejarah dulu bukan PAS yang beria-ia masuk BN. Masa itu, yang datang pujuk adalah Tun Razak. Atas maslahat masa itu, kita terima pujukan. Tapi apa yang terjadi budi kita tidak dikenang, selepas mereka kuat kita ditendang keluar.

Atas prinsip ini, kita harus tegaskan bahawa PAS dan Umno adalah tak sama. Hatta Rais Yatim pun satu ketika dalam Semangat 46 dulu menyebutkan slogan PAS dan Umno adalah tak sama. PAS ada prinsip akidah perjuangan Islam, Umno pula kebangsaan Melayu. Jika masuk Umno, maknanya kita bersama kebangsaan Melayu dan ketika itu mungkin Islam diketepikan. Ia mustahail bagi sebuah gerakan Islam. Melainkan Umno sedia tukar dasar perjuangannya dan terima Islam.

PAS bersama semua
Sekarang pula, PAS semakin mendapat sokongan golongan bukan Islam. Selain itu, kita berjaya tubuh dewan himpunan PAS yang dianggotai rakan kita, orang bukan Islam, kita juga sudah berkawan rapat dan berjaya merapat jurang hubungan antara kaum melalui parti DAP. Paling penting ialah DAP yang sebelum ini ditohmahkan sebagai anti-Islam, kini sudah menyokong perjuangan PAS. Malah boleh duduk bersama memerintah Negeri. Tunggu masa, insyaAllah boleh bersama memerintah Negara!

Kesemuanya adalah nikmat yang diraih oleh PAS setelah bertahun-tahun bersendirian berjuang melawan Umno untuk membuktikan keadilan Islam. Mungkin atas dasar itu, Umno sekarang berminat kepada sokongan PAS. Malah Umno dilihat semakin dengki kepada PAS kerana berjaya menganjurkan program keagamaan seperti sembahyang hajat perdana dan munajat anak muda.

Hakikatnya, Umno tak layak menganjurkan program sebegitu kerana akan menjadi bahan ketawa orang. Meskipun bersama mereka ada menteri bahagian agama dan ulama muda. Masakan nak bermunajat dan sembahyang hajat, sedangkan dasar perjuangan Islam mereka tolak. Mereka ambil perjuangan sekular.

PAS berbeza dengan Umno
Semua perkara yang dinyatakan ini adalah hakikat berbezanya perjuangan Islam di bawa PAS dengan perjuangan kebangsaan-sekular Melayu dibawa oleh Umno. Atas dasar berbeza itu, kini PAS semakin mendapat sambutan pelbagai lapisan rakyat.

Justeru pengalaman PAS di Kelantan hari ini cukup jelas untuk Umno berfikir. Bahawa PAS bukan lagi parti ‘tok lebai’ seperti yang disyarahkan oleh tukang syarah Umno. Dalam mengurus Negeri (menjalankan kerajaan) di Kelantan, ia merupakan gandingan mantap mereka yang pakar dalam pelbagai bidang. Ada doktor, loyar, pensyarah, bekas tentera, aktivis ABIM, JIM yang cukup berwibawa. Di manakah kurangnya PAS berbanding Umno? Sebaliknya Umno itu dianggap kurang kerana tidak mahu terima Islam sebagai dasar parti dan dasar pemerintahan Negara.

Tambah lagi, dalam Islam ada segala-galanya, termasuklah Islam mengajar umatnya tentang hari akhirat yang ada pembalasan. Prinsip pembalasan di akhirat ini turut dipakai dalam perjuangan PAS. Justeru kita PAS yakin atas semua perkara yang kita perjuangkan menerusi PAS ini akan dihisab nanti di akhirat. Inilah PAS dan itulah Umno yang tidak menerima prinsip adanya pembalasan di akhirat. Maka apa jaminan Umno untuk berdepan dengan kiamat, syurga dan neraka. Jika menghayati peringatan Allah SWT dalam persoalan ini, sebagaimana firman-Nya (surah Al Infitaar ayat 13-15):

(Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang. Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan.

Apakah persoalan hari pembalasan sebegini termasuk di dalam perkiraan Umno? Apakah dasar Umno dapat melepas diri daripada bakaran Neraka Allah?Demikian pula firman-Nya (surah At Takweer ayat 25-29):

Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Demikian sedikit gambaran dari Allah SWT tentang kedudukan kita ketika di akhirat. Apakah Umno sedia memasukkan agenda akhirat ini dalam perjuangannya. Bahawasanya, perjuangan Islam sahaja yang layak bercakap mengenai urusan akhirat kerana akhirat itu salah satu rukun iman yang dijulang dan diyakini oleh setiap perjuang Islam. Bagaimana pula Umno menilai diri/partinya mengenai akhirat?

Akhirnya, beringatlah kita semua, ‘bila jiwa (roh) di langit masuk balik ke dalam tubuh’ maka akan berhadapanlah kita di padang Mahsyar. Hanya Allah yang Maha Adil atas setiap perbuatan hamba-Nya. Firman Allah (surah az-Zilzaal ayat 7-8):

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”

Semoga kita semua berada di landasan kebaikan dan sentiasa menjauh diri daripada kejahatan. Demikian jaminan Allah untuk kehidupan yang hasanah di dunia dan akhirat.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .