Ikuti Blog ini

DAP tidak setuju burukkan hudud



Terkini..SMS Pang Chow Bikin "Sebak" Penyokong PAS..

Baru terima sms sebentar tadi dari Mr Hu Pang Chow, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP berkaitan laporan Surat Khabar Sinar Harian.

"Saya Hu Pang Chow (Ketua DHPP Pusat) menafikan dengan sekeras-kerasnya mengatakan DHPP enggan sokong parti (PAS) jika hudud dilaksanakan dan ancam tinggalkan PAS yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini. Sebagai salah seorang pengasas Kelab yang kini jadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian, umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit didapur."- Parlimen Kota Raja

JuRaGan : Gua Tabik sama luu..Hebat braderr Pang Chow ni.Harap para
blogger siasat dulu sebelum kita hentam orang yang telah banyak
berjasa seperti beliau..Jangan kerana nila setitik,rosak gulai se kawah.
Umno Haprak sentiasa menangguk di air keruh!!


KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.

Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).

"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak  ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.
Selesai melalui mesyuarat
Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.

Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.

Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

"Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

"Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim.

"Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah  pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata beliau dalam kenyataan itu.

Oleh yang demikian, katanya, Pang Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti.

"Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli DHPP," katanya.

Sebagai contoh pada 8 Oktober 2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk anjuran kerajaan negeri Kelantan.

Ia dihadiri oleh wakil-wakil DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan. -Hrkh

Kerana Bantahan MP Pakatan Rakyat Kerajaan Batal Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin menarik balik cadangan kenaikan gaji dan elaun bagi kemudahan 222 ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan penarikan semula cadangan berkenaan dibuat berdasarkan bantahan empat pemimpin utama pembangkang.

Menurut beliau, penarikan tersebut membabitkan peruntukan kira-kira RM30 juta daripada Bajet 2012.

"Cadangan kenaikan berkenaan dibantah keras oleh pemimpin utama pembangkang, jadi saya mengambil maklum bahawa mereka bercakap bagipihak ahli Parlimen lain daripada parti masing-masing.

"Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Menurut Mohamed Nazri, empat Ahli Perlimen yang membuat bantahan keras berkenaan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; SetiausahaAgung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun ahli Parlimen sekiranya mendapat sokonganpenuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan bebas.

Gaji semasa seorang ahli Parlimen di Malaysia berjumlah RM6,500sebulan iaitu paling rendah jika dibandingkan dengan negara jiranseperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Dalam pada itu Mohamed Nazri berkata, pembatalan kenaikan berkenaanturut membabitkan kajian berhubung peruntukan elaun pegawai penyelidikdan pembayaran kos sewa pejabat wakil rakyat.
"Pembangkang 'buka mulut' (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskankandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahanyang sememangnya diperlukan oleh seorang wakil rakyat.

"Sebenarnya kenaikan kaji ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitubanyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskanmengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik,bayaran pejabat, serta gaji pemandu.

"Saya faham kebanyakkan wakil rakyat junior menghadapi masalah untukmenjalankan tugas mereka. Apa yang pasti kenaikan yang dicadangkan inibukan bertujuan mengkayakan wakil rakyat...kita tahu gaji merekadigunakan untuk rakyat dan pengundi di kawasan masing-masing,"katanya.

Ditanya sama ada cadangan mengenai kenaikan berkenaan akan dibawasemula kepada Parlimen menerusi Bajet 2013, Mohamed Nazri berkata iabergantung kepada persetujuan ahli Parlimen.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab akan terus berusahamembawa isu berkaitan kebajikan ahli Parlimen pada masa-masa akandatang," katanya. -Mstar

Giliran Anwar Belasah!!! Najib..!!!



Dakwa Ekonomi Rancak :Anwar bidas Najib

KUALA LUMPUR 10 OKT : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ekonomi negara berkembang baik dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakikatnya kata Anwar ekonomi negara masih rapuh dalam suasana ekonomi global tidak menentu.

Perdana Menteri meuar-uarkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010 dan separuh tahun pertama 2011.

Kata Anwar, beliau (Najib) hanya menyebut prestasi Malaysia semata-mata tanpa perbandingan dengan aliran pelaburan sejagat atau prestasi-prestasi negara-negara pesaing di rantau ini.

"Prestasi pelaburan asing yang masuk ke Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik. Peningkatan enam kali ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi tahun 2010 adalah kerana nilai pelaburan yang sangat rendah dalam tahun 2009, maka angkanya nampak lebih gah bila dibandingkan dengan asas yang sebegitu rendah,” katanya ketika membahas belanjawan 2012 di parlimen hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan “FDI Global Outlook Report” yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011.

Dalam laporan itu Malaysia tidak termasuk dalam senarai.

Sebaliknya lima negara dalam senarai teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan adalah China, India, Singapura, Australia dan Thailand.

Malah kata Anwar lagi, jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam dalam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, berbanding jumlah RM29 bilion yang diperolehi negara dalam tahun 2010.

"Jika Malaysia mensasarkan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi, kita semestinya ketinggalan jauh berbanding Singapura dan Australia,” katanya.

Tambahnya, jika Malaysia ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan dan perkilangan, kita ditewaskan pula oleh Vietnam dan Bangladesh.

”Oleh itu, dewan perlu lebih berhati-hati dengan data-data yang dipersembahkan Perdana Menteri kerana ia mengenepikan gambaran keseluruhan kedudukan ekonomi negara. Sebab itu mungkin, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai keadaan hutang negara yang semakin meruncing.

"Jumlah hutang negara yang telah mencecah RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti angka rasmi Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah Malaysia,” katanya.

Laporan Majlis Kewangan Negara 2010 mukasurat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara di antara tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90an hingga mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9% pada tahun 1997. - TVSNEWS

Laporan "Media Perdana" Di Sangkal, Himpunan Hijau 109 Sebenarnya "Dapat Sambutan" Rakyat, Lagi Foto Serta Bukti Kukuh Sokongan Tersebut !


Rakyat Malaysia di seluruh dunia digesa tidak terpedaya dengan laporan berita media perdana seperti Astro Awani dan TV3 yang mengatakan kononnya Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora, Kuantan semalam gagal mendapat sambutan. Alasan yang diberikan kononnya himpunan itu tidak berjaya menghimpunkan jumlah peserta seperti yang dirancang.

Demikian dijelaskan oleh beberapa orang peserta perhimpunan yang ditemui lewat malam tadi. Mereka terkejut dengan kenyataan Astro Awani dan TV3 itu yang jelas cuba menipu rakyat dan memesongkan fakta sebenarnya yang berlaku. Tindakan mereka adalah terlalu biadap dan jelas cuba memperbodohkan jutaan penonton yang menyaksikan siaran berita tersebut.

Soalnya, benarkah himpunan tersebut tidak mendapat sambutan atau sengaja digagalkan oleh pihak yang berkenaan?. Untuk makluman lebih dua ribu peserta telah hadir sejak jam 6.00 pagi lagi untuk bersama memberi sokongan program tersebut. Biar pun kehadiran mereka penuh dengan "ranjau yang berliku" akibat sekatan jalanraya oleh polis trafik dan gangguan terhadap program itu sendiri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun ternyata orang ramai berjaya merempuh sekatan dan terpaksa berjalan dalam jarak yang jauh untuk hadir ke program itu semalam. Media terbabit mungkin memaparkan gambar-gambar ketika himpunan terbabit sudah selesai, kemudian mengatakan ia tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Semua ini bagi menutup kebenaran dan mengampu pihak tertentu bagi kepentingan "periuk nasi" mereka. Semua ini sememangnya sudah pun boleh dinilai oleh rakyat.






[Nampaknya, media arus perdana berlumba-lumba untuk mengelirukan rakyat dan menolak kebenaran sekarang ini. Trend terbaru yang dilihat akan menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat dengan media perdana sebenarnya. Apapun, jika tiada sebarang provokasi oleh pihak berkenaan, ramai lagi yang sepatutnya boleh hadir ke lokasi terbabit.

Sekatan jalanraya yang dibuat oleh pihak polis menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik. Soalnya sekarang, kenapa pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menarik balik permit secara tergesa-gesa sedangkan ia diadakan secara aman. Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri bersedia membenarkan perhimpunan aman diadakan ketika mengumumkan pemansuhan ISA baru-baru ini.

Undang-undang sudah jadi carca merba bila ada campurtangan politik. Kedaulatannya sudah tercemar dan melanggar prinsip demokrasi itu sendiri. Oleh itu, rakyat diseru bangkit untuk menolak BN pada PRU-13 ini nanti jika mahu melihat perubahan besar berlaku dalam sistem pentadbiran di negara kita]

Tengokk..Demo Terkini "Penjilat-penjilat" Melayu..


Hari tu desak minta maaf...Maka LGE pun minta maaf,sekarang puak-puak melayu bangang ni nak suruh LGE mengadap Sultan minta ampun pulak...agak-agak la bro..jangan jadi penjilat 1 Malaysia beb,sebenarnya kaum cina memerhatikan tingkah laku bodoh lu orang,mereka hanya menunggu PRU13 untuk ajar kesamsengan bodoh melayu Umno ini!!

Ekonomi Johor lebihkurang 80% dikuasai oleh orang cina Malaysia dan Singapura..apasal Orang Melayu tak bangun untuk membantah...kalau berani lu buatlah demo..sudah tentu puak cina akan kata "Ini Melayu Umno manyak mengong hoo..cakap manyak keleja takmau.mau cupat kaya,sumua balang pun mau juai"


Kosmo : Kemarahan rakyat Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih belum reda apabila lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan satu perhimpunan bertujuan mendesak beliau mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memohon ampun.

Lima NGO yang mengadakan perhimpunan dinamakan Himpunan Aman Melayu Muda itu ialah Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa Malaysia (Prowaris), Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia, Gerakan Belia 4B Segamat, Persatuan Belia Batu Anam serta Persatuan Belia Bestari Bistari Kampung Paya Lebar, Segamat.

Perhimpunan secara aman itu diketuai oleh Presiden Prowaris, Feriz Omar.

Feriz menegaskan, Guan Eng perlu meminta ampun berikutan kebiadabannya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan fitnah terhadap keamanan dan kesejahteraan negeri Johor.

Beliau berkata, tuduhan Guan Eng bahawa Johor tidak selamat untuk pelaburan adalah satu fitnah terhadap kemajuan dan kesejahteraan yang dinikmati negeri itu selama ini.

“Justeru beliau perlu mengenepikan egonya agar segera mengadap Sultan Johor untuk meminta ampun.

“Beliau juga perlu menarik balik kenyataan fitnahnya itu dan seterusnya memohon maaf kepada rakyat negeri Johor,’’ katanya.

BN sembunyi dapat dana sehingga PRU13?

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)?

Begitulah reaksi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) terhadap bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat yang lalu.

Bajet 2012 yang diumumkan Najib memperuntukkan jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan buat 14 tahun berturut-turut, dengan anggaran defisit 4.7 peratus bagi tahun 2012 berbanding 5.4 peratus bagi tahun 2011 yang merupakan unjuran yang sangat optimistik berbanding situasi suku ketiga 2011 yang ditampung oleh impak kenaikan pendapatan hasil daripada sumber komoditi dan bahan asli.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim telah memberikan prediksi dan menyuruh rakyat untuk berwaspada kerana beliau telah menjangkakan bahawa bajet Umno-BN untuk 2012 akan berupa satu suntikan morfin yang melalaikan rakyat seketika.

Jangkaan beliau tepat, apabila Umno BN membentangkan satu bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat dalam langkah mendapatkan kembali sokongan rakyat untuk menghadapi PRU13 yang dijangka tidak lama lagi.

“Seperti yang dijangka, BN telah membentangkan satu bajet morfin yang bersifat kesenangan sementara. Kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morfin hilang.

Dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet oleh PM ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan mereka mengenakan tekanan kepada kerajaan BN dalam PRU lalu.

Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Walaupun bajet ini kelihatan mengutamakan rakyat, Tuan Ibrahim menasihatkan rakyat agar terus mengenakan tekanan politik kepada BN.

“...kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya,” terang beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menjangkakan keadaan kali ini akan lebih teruk daripada dahulu kerana bajet Umno-BN kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak.

“Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan.

Berapakah bajet susulan yang sudah ada dalam perancangan BN yang bakal dibentangkan lagi untuk menampung perbelanjaan morfin ini?” soal beliau.

Apa yang pasti, kata Tuan Ibrahim ialah sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6 peratus cukai telefon prabayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU13.

Selain itu, kata Tuan Ibrahim, Najib kali ini bertindak untuk tidak mengumumkan apa-apa peruntukan untuk Permata yang diketuai isteri kesayangannya Rosmah Mansor semata-mata untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang PRU-13.

“Akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU13, peruntukan untuk Permata akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan,” hujah beliau.

Tegasnya, segala apa yang diberi sekarang yang kononnya atas nama ‘negara berkebajikan ala Umno BN’ hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat.

“Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar,” terang beliau.

Namun, semua langkah ‘menelan’ ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan, yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk 5 tahun akan datang, tambah Tuan Ibrahim lagi.

“Pengalaman lampau mengajar kita bagaimana setelah selesai PRU kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini dan terus menggunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia,” seru beliau. -Hrkh

Majlis Fatwa dah lama dah pun bagi kebenaran bab celop jari guna dakwat nie..!!

TUNAIKAN INI DULU

NOTA:
sila baca surat dari permbaca ini terang jelas.

terima kaseh atas penerangan ini:

SURAT DARI PEMBACA:

salam tt, ni keputusan majlis fatwa: Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia, Keputusan: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja. Keterangan/Hujah: Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi.

Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .

Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum. Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari.

Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam. Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.

Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak. Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.

Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah : تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

Najib wajar masuk PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam)

Perdana Menteri, Najib Razak wajar menyambung pelajarannya di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kerana tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang menjadi slogan dan manifesto terbaru PAS. Kalau tidak faham jangan bercakap nanti ditertawakan oleh budak PASTI.

Najib melihat bahawa Negara Berkebajikan hanyalah sebuah kerajaan yang membela rakyat dengan memberi bantuan kepada mereka sedangkan konsep Negara Berkebajikan jauh dari itu iaitu mencakupi persediaan pemimpin dan rakyat dari dunia hingga Akhirat.

Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Presiden PAS menggariskan beberapa perkara penting yang mesti ada pasa sebuah Negara Berkebajikan :
Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.
Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.
Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan.

Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.

Oleh itu, rakyat harus sedar bahawa ‘Negara Berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh Pas bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata.
Oleh Sofi Wahab

Bajet 2012 tidak mendapat sambutan, Najib tangguh pembubaran Parlimen....

PRU-13 tak akan di November selepas Bajet gagal mendapat sambutan

Pemimpin PKR tidak menjangka bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada hari Isnin, menunjukkan tiada sambutan bagi Belanjawan 2012 walaupun pelbagai tarikan menarik yang ditawarkan untuk "membeli pengundi”.

"Tidak seperti negara berdemokrasi matang, di mana tarikh pilihan raya umum adalah tetap, di Malaysia, ia mengikut suka hati PM dan isteri beliau, Rosmah Mansor. Pakatan Rakyat akan kekal berjaga-jaga tetapi terdapat tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa mereka akan berpaut dengan kuasa yang dimiliki pada masa yang lebih lama, " Naib Presiden PKR dan Pengerusi MCA Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Jui Meng sebenarnya merujuk kepada isteri Najib, Rosmah yang terkenal kerana memainkan peranan yang sangat besar di sebalik tabir. Ada juga yang menganggapnya sebagai kuasa di sebalik takhta Najib.

Sambutan kurang menggalakkan merupakan tanda tenggelamnya kredibiliti Najib

Pada Jumaat lalu, Najib mengumumkan bahawa Belanjawan RM232 juta yang ditambah dengan bantuan wang tunai dan bonus yang disediakan bagi pengundi Umno, seperti peneroka tanah di bawah skim Felda dan pekerja di bawah perkhidmatan awam menjadi penerima utama dan masyarakat selebihnya diabaikan.

Walaupun propaganda besar telah diselaraskan dari arus perdana media dan TV yang dikawal kerajaan , tindak balas berkurangan kerana rakyat Malaysia sendiri telah menjangka Najib untuk mengambil langkah-langkah sedemikian.

"Sekarang saya percaya bahawa Najib tidak akan cukup yakin untuk membubarkan Parlimen. Pilihanraya umum ke-13 akan diadakan pada bulan Februari atau Mac selepas rakyat telah menerima 'duit saku' daripada Belanjawan 2012. Ia sebenarnya adalah satu gambaran yang menyedihkan dan sesuatu yang Umno harus perhatikan ialah - rakyat tidak lagi percaya akan beliau dan walaupun mereka akan mendapat bantuan wang tunai, mereka cukup berpendidikan untuk mengetahui bahawa ia adalah wang mereka, "Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Anehnya, walaupun pencabar utama Najib bagi jawatan presiden Umno, Muhyiddin Yassin, enggan menafikan bahawa Belanjawan 2012 merupakan suatu pilihan raya. Bukan seperti Najib yang mengkritik orang yang menunjukkan kelemahan dalam pelan perbelanjaan beliau, Muhyiddin berkata bahawa ia bergantung kepada rakyat untuk menentukan bagaimana mereka mahu menilai Belanjawan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga menghantar amaran tertutup mengenai perbelanjaan keterlaluan Najib, menunjukkan bahawa Malaysia danseluruh dunia berada dalam krisis kewangan yang besar yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih daripadanya. " Kita akan mengalami krisis kewangan yang besar untuk tempoh masa yang lama. Walaupun ia dapat diselesaikan, proses pemulihan adalah sangat perlahan bagi kewangan pihak Barat, "Mahathir menulis di dalam blognya pada hari yang sama Najib mengumumkan Belanjawan 2012.


Pelabur asing sedar akan kecacatan pelan perbelanjaan 2012 Najib

Program jangka masa panjang bagi rancangan struktur termasuk pemulangan integriti dan ketelusan dalam sistem kehakiman Malaysia benar-benar tiada, dan ini akan diperhatikan oleh pelabur-pelabur asing dan agensi-agensi penakrifan. Sudah terlalu lama institusi di Malaysia dikritik kerana tunduk kepada rentak politik Umno dan bukannya untuk mengikuti haluan undang-undang dan meletakkan kepentingan masyarakat dan ekonomi terlebih dahulu.

Ini telah merosakkan imej Malaysia dengan pantas, serta skandal rasuah Najib mengenai kapal selam Scorpene dan pembelian palsu rancangan berita bersifat positif. Program ini dimasukkan kepada rangkaian TV antarabangsa supaya mencipta satu imej palsu mengenai kepimpinan dan projek-projek Najib, dan walaupun pentadbiran beliau untuk menutup mata pengawal selia UK dari menyiasat, pendedahan percubaan beliau untuk melakukan perkara tersebut telah mencalarkan kredibiliti Malaysia dan warga asing sekarang meragui apa yang mereka lihat dan dengar mengenai negara ini.

"Umno akan jatuh di pilihanraya umum jika mereka tidak menjalankan reformasi sebenar. Mereka telah cuba untuk menipu rakyat dengan reformasi palsu tetapi rakyat tidak tertipu," naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

"Mereka tidak memberi fokus kepada ekonomi sebaliknya mereka terus memberi tumpuan kepada menyerang dan menindas pihak pembangkang. Sebagai contoh, percubaan Mahkamah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cara percubaan tersebut dikendalikan tidak meningkatkan keyakinan pelabur kerana kredibiliti badan kehakiman juga telah memberikan kesan ke atas ekonomi. "

Surendran menambah bahawa pihak pelabur hanya akan yakin jika Malaysia memulihkan sistem negaranya apabila Najib atau sesiapapun pengganti beliau, melancarkan reformasi politik teguh yang segera menghukum perasuah dan mengembalikan kebebasan kepada badan kehakiman.

Malaysia Chronicle

Seorang Jemaah Haji Wanita Malaysia Maut Jatuh Tingkat 9


Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pejabat Tabung Haji ditempatkan di hotel ini - GB

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.

Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tengokk..Pemimpin Mana Punya Isteri Macam Ini...???

Inilah isteri Presiden PAS Datuk TG Abdul Hadi Awang
( Nombor 4 dari sebelah kanan) Dihadapan rumah
MEWAH beliau..kah3
Dan ni pulaaa...siapa ya..?? Kalau dilihat dari Dahinya macam sama dengan
dahi si Samy Vellu..Ooo baru ku kenal,inilah wanita Bangsawan al Cendawan Datin
RosMewah isteri kepada Presiden UmnoPorn..hu3

JuRaGan : Yang terbaik dan yang terbalik...
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .