Ikuti Blog ini

K'jaan gugur rayuan, Ramli dapat ganjaran RM730,000


Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM730, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.

Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya.

"Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya.

"Saya telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata bekas pegawai tinggi polis itu.

Awal hari ini, SPRM menarik balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
-M'kini

Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta & 2 Motorsikal



Kuala Lumpur - “Tolong jaga anak saya baik-baik,” itulah pesanan terakhir Allahyarham Siti Noor Edayu Roslan, 26, kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya, Mohd Hafeeze Mohd Hanafi, 30, maut dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU3, Keramat, di sini, pagi semalam.

Gambar: Di sebelah adalah gambar kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat semalam. Kanak-kanak kecil ini bernama Mohd Hanif Hafezee dan baru berumur 2 tahun.

Bapa Allahyarham Siti Noor Edayu, Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil, berkata dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir anaknya setelah dimaklumkan oleh penjaga cucunya.

Menurutnya, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.

“Kali terakhir kami sekeluarga berbuka puasa bersama pada Isnin lalu, Allahyarham ada memberi sejumlah wang untuk diadakan majlis kenduri pada hari raya Aidilfitri,” katanya.

Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Mohd Hanif Hafeeze berusia dua tahun.

Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, Hafeeze bersama Edayu Roslan (gambar) yang hamil tujuh bulan, baru menghantar anak sulungnya di rumah pengasuh.

Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Edayu yang berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat di Cheras.

Kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang oleh sebuah bas semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, berkata mangsa dirempuh bas yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.

“Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu,” katanya.

Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Hafeeze maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Kita masih menyiasat kejadian tersebut. Ia berkemungkinan berpunca daripada kegagalan sistem brek bas terbabit,” katanya.

Beliau berkata, mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, saksi Saiful Azhar Ismail berkata, kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.

Menurutnya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan itu.

“Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta jenis Mercedes, lalu merempuh motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas,” katanya.

Menurutnya, kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.










berita:sinar harian
foto:ondscene.my

LAGI DIFITNAH edisi fitnah yang kantoi dari puak Umno..

 
Gambar fitnah MB Kedah dicekup SPRM tersebar

Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit.

Lihatlah edisi kantoi dari puak parti penfitnah nombor satu di negara Malaysia gambar edit super impose mereka gagal lagi .Ini semua kerja bodoh dari ahli parti songkok tinggi untuk menjatuhkan kredibility MB Kedah serta kerajaan Pas Kedah.

Fitnah sebergiini amat dikesali kerana melampaui adab dan batas agama.Maka tak hairanlah lagi kuat puak umno buat kerja fitnah lagi terserlah kebodohan mereka.

'UMNO PARTI TIPU DULU KINI DAN SELAMANYA"

Laman sesawang NFC digodam

Sumber maklumat diambil daripada MiLo SuaM.

Rujuk: http://nfc.com.my/

WELL.PLANNED.CORRUPTION "Rafizi Ramli Adalah Wira Rakyat! Orang sepatutnya yang kamu tangkap ialah Shahrizat anak beranak. Amaran dari Kami! jangan memperbodohkan rakyat ! Seluruh Rakyat Malaysia akan tentang UMNO BN habis-habisan!" - Hacker SGP Cyber Army

AWAS!!! SINDIKET TABUR SKRU DI JALANRAYA


Kelihatan deretan skru yang tertusuk ke dalam tayar.

UNTUK PERHATIAN SEMUA

Kini terdapat sindiket menabur skru di jalanraya bagi merosakkan tayar kenderaan. Sindiket jahat ini mungkin didalangi individu atau bengkel kenderaan tertentu.Mohon pihak berkuasa menjalankan pemantauan bagi mengelakkan tragedi yang lebih teruk berlaku.

Terbaru seorang pemandu yang melalui selekoh Jalan Duta berhampiran Tol Jalan Duta mendapati tayar keretanya terkena 16 batang skru pada kedua-dua biji tayar.Beliau terpaksa menukar kedua-dua tayar keretanya kerana terlalu banyak lubang pada tayar dan sukar ditampal lagi.

Sebelum ini pun terdapat kes yang sama terkena pada penunggang motosikal.

Harap semua berhati-hati terutama di musim perayaan bagi mengelakkan tragedi.

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .