Ikuti Blog ini

Dr Asri: Aku Bukan Musuh Harta.





“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.

“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.


Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.

“Isinya umum dan untuk kesedaran semua pihak, mengapa ada yang rasa bersalah?


“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan. Difahamkan sebelum lagu ini diharamkan, terdapat ura-ura untuk menjadikan lagu ini sebagai kempen untuk membenteras rasuah.

Bangunan UMNO pun masuk PAS


 Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter sah menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.


Turut hadir dalam majlis itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir.

Dalam masa yang sama Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama. Difahamkan pejabat tersebut adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu, Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan.

Memalukan: Media Arus Perdana Takut Untuk Buat Laporan Berita Penyertaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Ke Dalam PAS !!


KUALA LUMPUR - Sungguh memalukan bila banyak akhbar arus perdana seolah-olah menyembunyikan fakta penting yang berlaku hari ini. Berita berkenaan penyertaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan serta pimpinan UMNO cawangan dan bahagian itu menyertai PAS langsung tidak dilaporkan sebagai berita terkini akhbar terbabit edisi internet. Walhal, berita kemasukan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim itu telah dimaklumkan kepada media dalam satu sidang khas yang diadakan hari ini. Dalam kebanyakan media arus perdana langsung tidak disentuh berita tersebut.

Apakah ini bermakna kerajaan UMNO dan Barisan Nasional takut dengan "tamparan hebat" yang mereka hadapi sekarang. Sesuatu yang amat membanggakan apabila seluruh jentera UMNO Bahagian dibubarkan untuk bersama Pakatan Rakyat. Mungkinkah ini bakal memalukan pemimpin kerajaan, lantaran itulah berita berkenaan sengaja tidak dihighlightkan oleh mereka. Mungkin, mereka gusar rakyat akan melihat semua ini sebagai satu petanda kejatuhan UMNO dan BN itu sendiri sebenarnya.

Justeru itu kami juga amat hairan dengan tahap "profesionalisme" media terbabit dalam melaporkan isu-isu berkaitan. Apa yang jelas dapat dilihat, media arus perdana lebih seronok memperkatakan tentang Mahalingam Dipecat Sebagai Bendahari Agung MIC dan Gerakan Bantah Pendirian PAS Mengenai Hudud. Kami amat terkejut dan teruja dengan senario ini. Apapun kami faham bahawa laporan tersebut sengaja disembunyikan oleh kerajaan bagi menjaga "air muka" mereka yang kian tercalar sejak akhir-akhir ini sebenarnya.

[Terkadang, kami pun naik hairan kenapa sampai begini jadinya mendia arus perdana. Apapun, kita tunggu malam ini apakah media yang lain akan menyiarkan berita berkenaan dalam slot berita masing-masing. Rakyat sengaja mahu diperbodohkan dan dihalang daripada mendapat berita yang tepat dan terkini tentang senario politik tanahair. Mereka ingat rakyat boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya. Walhal mereka akhirnya berjaya mendapatkan maklumat tersebut menerusi saluran media siber yang ternyata lebih telus dan berani melaporkan isu yang berkaitan. Apakah zaman kegelapan UMNO dan BN kian hampir?].


Ahlan Wasahlan Kapten Zahar!

KEMASUKAN Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim beserta 13 orang AJK bahagian dan 28 orang Ketua Umno cawangan hari ini merupakan suatu detik yang bersejarah bagi PAS Selangor.

Kapten Zahar digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi Umno berikutan kelantangannya membuat teguran terhadap kepimpinan parti yang didokonginya selama 26 tahun.


Lapan bulan masa diambil untuk berbincang mengenai pro dan kontra menyertai parti pembangkang (yang sudah menjadi kerajaan di Selangor) sesama rakan-rakan Umno di PJ Selatan.

Hakikatnya bagi Zahar, Umno hari ini sudah lari daripada perjuangannya untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Umno sudah lari daripada landasan asal perjuangannya.


26 tahun menganggotai Umno, sebagai Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, banyak lagi faedah, kemudahan sebagainya telah dinikmati beliau dan rakan-rakan. Tiada maknanya lagi kepentingan material bagi beliau.

Keputusannya menyertai PAS tidak didorong sesiapa, tiada permintaan apa-apa, tiada tawaran apa-apa, katanya beliau sudah lama memikirkannya, sejak Mac 2008 lagi.


Beliau dan rakan-rakan yang menyertai PAS, hanya mahu mencari redha Allah dan berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara melalui PAS.

ImageWalaupun mungkin kemasukan Zahar dan rakan-rakanya ke dalam PAS, tidak boleh dijadikan kayu ukur yang menyebabkan kecacatan menyeluruh kepada Umno, namun tidak mustahil ia boleh menjadi titik tolak kepada kemusnahan Umno Selangor.


Kemasukan Zahar adalah manifestasi daripada kelesuan dan kegagalan kepimpinan Umno dari peringkat nasional hingga ke peringkat negeri,

Zahar dan rakan-rakan tidak lagi yakin, Umno layak menjadi platform bagi memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa.


Kemasukan zahar membeli implikasi bahawa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan penggantinya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, adalah pemimpin yang gagal.

Gagal meyakinkan mereka untuk terus kekal dalam Umno. Abdullah gagal sebagai PM dan Presiden Umno. Najib juga gagal menampilkan diri sebagai bakal PM dan bakal Presiden yang boleh mengemudi kapal Umno.


ImageKemasukan Zahar juga adalah hasil daripada kelemahan kepimpinan Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Pengerusi Umno Selangor, sebelum diambil alih oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Jika Umno Selangor pun Khir tidak mampu mengemudikannya, bagaimana beliau mampu untuk memenangi pertandingan Ketua Pemuda?


Dan jika Muhammad tidak mampu meyakinkan Umno Selangor untuk tidak berpecah atau menyertai parti lain, bagaimana Muhammad boleh meyakinkan perwakilan Umno seluruh negara untuk mengundinya ke jawatan Timbalan Presiden?

Tindakan Zahar dan rakan-rakannya ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu busar panah sahaja.


Umno di peringkat nasional 'terpalit tahi', manakala Umno Selangor 'tersembam ke lubuk'.

Zahar dan rakan-rakannya juga menyebabkan Khir Toyo dan Muhammad Taib terpaksa 'menanggung malu' dengan rakan-rakan Umno seluruh negara kerana kegagalan kepimpinan mereka.


Kemasukan Zahar ke dalam PAS bukan perkara kecil. Ianya amat besar bagi Umno, besar bagi PAS juga.

Zahar, 13 AJK bahagian, 28 Ketua Cawangan, mereka bukan keseorangan, mereka ada pengaruh dan pengikut. 26 tahun Zahar dalam Umno, bermula dengan mengetuai bahagian Puchong, sudah tentu beliau cukup dikenali dan ramai rakan-rakan.


Sudah tentu beliau mengenali dan amat arif dengan kepimpinan Umno Selangor, malah beliau juga punyai rakan-rakan Umno dari seluruh negara.

Maka mengambil semangat Maal Hijrah pada 1 Muharram 1430 (29 Disember) ini, Zahar dan rakan-rakannya boleh mula 'berdakwah' dengan mengajak rakan-rakan yang lain sama menyertai PAS.


Bukan sekadar mengajak untuk menyedarkan mereka tentang kepincangan kepimpinan Umno sahaja, malah mengajak mereka untuk mencari redha Allah, berjuang tanpa memikirkan kepentingan diri secara individu.

Bahawasanya duduk di dalam PAS tidak menjanjikan apa-apa kepentingan atau kemewahan dunia.

Jika jawatan diperolehi, ianya adalah amanah. Jika wang ringgit diperolehi, ianya adalah untuk menjadikan kita lebih dermawan untuk membuat pelaburan di akhirat sana.


Marilah sama-sama kita berhijrah untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban bikum!


Zahar sah sertai PAS



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.

Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan.

"Saya dan rakan-rakan dari PJ Selatan berasa kecewa dengan Umno sejak peralihan pentadbiran di Selangor pada Mac lalu lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan selepas menyerahkan borang keahlian dalam satu majlis khas di sini hari ini.

Borang keahlian itu diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.




SYABAS DATO' PADUKA HUSAM MUSA...!

La tahzan...

Jangan sesiapa di kalangan ahli dan penyokong PAS yang kecewa dengan tindakan YB Husam Musa menyatakan PAS akan melaksanakan hukum hudud apabila memerintah kerajaan Malaysia.

Walaupun kita semua tahu, malah YB Husam pun tahu, soalan daripada Khairy adalah soalan perangkap, tetapi apabila sebut tentang prinsip parti dan jamaah, itulah tindakan terbaik bagi YB Husam, pada waktu itu (debat) menyatakan demikian. (Mungkin waktu ini, Khairy berasa sahamnya dah naik semula selepas program debat itu).

Kita pun tahu, selepas itu, pasti akan ada tindakan follow up daripada UMNO dan jenteranya (termasuklah TV dan akhbar) mengenai isu ini. Dan ia memang telah berlaku sekarang . PAS dan Husam diserang bertubi-tubi dan dilaga-lagakan dengan rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP.

Memanglah, jika ditanya kepada DAP (YB Karpal Singh) pasti komen beliau sebagai Pengerusi DAP agak berbeza dengan kita (PAS). Ini kerana, dalam konteks parti (bukan Pakatan Rakyat), DAP sendiri mempunyai dasar dan prinsip yang berbeza dengan PAS. Kalau YB Husam Musa berani menyatakan prinsip PAS maka YB Karpal Singh pun sudah tentu berani menyatakan prinsip parti yang disayanginya, DAP.

Sebab itu wujudnya Pakatan Rakyat. Kita bertemu dan bekerja atas dasar persamaan dalam matlamat iaitu antaranya menentang kezaliman BN/UMNO. Malah kalau boleh menjatuhkan BN di peringkat persekutuan.

Sepatutnya ?

Sepatutnya setiap pihak, terutamanya semua ahli dalam Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) menghormati apa sahaja prinsip parti masing-masing kerana itu adalah hak masing-masing. Kalau PR dapat menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuanpun, rasanya formula yang digunakan di beberapa buah negeri PR akan diguna pakai. Kita ada model seperti Perak, Pulau Pinang, dan Selangor di mana setakat ini wujudnya pakatan yang amat erat dalam erti kata sebuah kerajaan negeri PR.

Sama ada kita sedar atau tidak, ada prinsip dan nilai Islam itu telah dilaksanakan di negeri-negeri PR seperti kebajikan dan keadilan. Malah ini telah disepakati bersama antara PAS, DAP dan PKR dengan baik sekali.

Apapun, syabas YB Dato' Paduka Husam Musa... tuan telah menjalankan amanah sebagai pimpinan PAS (Naib Presiden) dengan baik sekali.


1000 ahli Kelab Penyokong PAS ke Kuala Terengganu

http://buletinonline.net/images/berita15/gerbangkgcina.gif

Kuala Terengganu - Sekurang-kurangnya 1000 orang ahli-ahli Kelab Penyokong PAS Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina dan India akan menyertai perarakan pada hari penamaan calun 6 Januari depan.

Pada malam sebelumnya, 5 Januari, 2009, satu Majlis Makan Besar akan di adakan sempena Perasmian Gerak Kerja Kelab Penyokong PAS yang akan dijadualkan berlangsung di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Ketua Kelab Penyokong PAS dan NGO, Jentera Pilihanraya PAS Terengganu bagi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Hj Hanafiah Mat berkata demikian ketika ditemui di Kuala Ibai semalam.

“Kita (PAS) akan membuka satu markaz besar bagi ahli-ahli Kelab Penyokong PAS di jalan Banggol Kuala Terengganu,

”majlis perasmian akan disempurnakan pada 5 Januari, jam 7.30 malam oleh Yang Berhormat Dr. Mujahid Yusof Rawa,”ujarnya

Beliau berkata seramai 100 orang petugas Kelab Penyokong akan berkempen setiap hari keseluruh pelusuk kawasan parlimen Kuala Terengganu dengan penumpuan kepada DUN Bandar dan DUN Ladang.

Katanya, antara kempen yang akan digerakkan oleh ahli-ahli Kelab ialah menziarahi pengundi dari rumah ke rumah, menziarahi pesakit dan mereka yang tidak bernasib baik selain dari mengadakan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma.

Apabila ditanya, bagaimanakah sambutan masyarakat Cina Kuala Terengganu ketika ini terhadap PAS, Hanafiah berkata ianya sangat positif.

“Mereka yang saya temui masih ingat dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS yang telah melupuskan cukai pintu gerbang yang terdapat di kampung Cina,

“mereka juga amat menghargai dan menyanjung tinggi tindakan kerajaan PAS mengubah semula nama Jalan Kampung Cina, yang telah di tukar sebelum itu oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional di bawah pemerintahan Tan Sri Wan Mokhtar,”kata Hanafiah yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Terengganu.

Beliau memaklumkan para pengundi setempat di Kuala Terengganu boleh membuat semakan daftar pemilih di markaz besar Kelab Penyokong PAS Jalan Banggol setiap hari bermula 5 Januari depan.



Azhan Harap Pengundi Kuala Terengganu ‘Buka Mata’

http://buletinonline.net/images/berita15/azhanatan.jpgKuala Terengganu - Selepas dinobatkan sebagai Juara Akademi Nasyid anjuran TV9, Azhan Atan menjejakkan kakinya kali pertama di Kuala Terengganu atas jemputan Dewan Pemuda PAS Terengganu.
“Ini kali pertama setelah johan akademi nasyid, untuk buat (konsert), tapi kalau pergi Terengganu untuk program-program mesyuarat Unit Amal, itu biasalah,

“ini memang proses penjelajahan saya ke negeri-negeri, Terengganu antara negeri terakhir yang saya lawati,”katanya ketika ditemui sebelum memulakan persembahan dalam Konsert Hiburan Alternatif di Kuala Ibai semalam.

http://buletinonline.net/images/berita15/azhanatan1.jpgMenurutnya, beliau mengetahui dan telah pun bersedia dengan agenda politik dan pilihanraya terutamanya dalam konteks pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

“saya memang tahu program ini bersempena dengan program pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan saya memang telah bersedia dan tidak ada masalah,”kata Azhan yang kini bernaung dibawah Hijjaz Record dan TV9.

Beliau berkata pihak-pihak berkenaan telah sedia maklum bahawa sebelum menjuarai Akademi Nasyid beliau adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai, Johor.

Sehubungan itu, katanya album baru beliau sedang dalam proses rakaman dan akan mula dipasarkan pada Februari, 2009.

“Sekarang ni tengah masuk studio, Hijjaz Record Kota Damansara, dah siap tujuh lagu dan tinggal tiga lagu sahaja,”katanya

Justeru beliau berharap agar para pengundi Kuala Terengganu dapat ‘membuka mata’ agar dapat memilih calun yang lebih (dekat) kepada mardhotillah (keredhaan Allah).

“yang pastinya minta kepada pengundi, supaya sebelum keluar mengundi, malamnya itu mereka membuat (solat) istikharah, meminta Allah menunjukkan calun,

“pada saya (peribadi) saya, beri undi kepada PAS lah, tapi dalam bentuk umumnya, untuk pengundi atas pagar, biar dia fikir keputusan yang dibuat itu adalah didorong oleh ketentuan Allah SWT,”tambahnya.



Pelantikan Anwar: Justifikasi PKR perjuang rakyat Sabah, Sarawak

MENYEDARI betapa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri dilihat satu langkah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail berkata, agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat ini.

"Dengan pelantikan Ahli Dewan Rakyat Permatang Pauh ini, akan menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. "Rombakan dan pelantikan ini adalah bertujuan untuk memacu serta memperhebat jentera parti dalam memastikan setiap agenda perubahan dapat dilaksanakan. "Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab."ujar Wan Azizah dalam satu kenyataan media.

Keputusan pelantikan dan rombakan barisan kepemimpinan PKR negeri dicapai hasil mesyuarat Majlis pimpinan tertinggi parti itu yang diadakan ibu pejabatnya semalam. Selain Anwar, turut disenaraikan kali ini ialah kelibat bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Fauzi Abd Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan baru PKR Pahang menggantikan Zakaria Abd Hamid yang juga Ahli Majlis Pimpinan parti itu.

SENARAI PENGERUSI BARU PKR NEGERI-NEGERI
PERLIS:
Johari Shafie
KEDAH:
YB Ahmad Kassim
P.PINANG:
YB Datuk Zahrain Hashim
PERAK:
Osman Abdul Rahman
SELANGOR/W.PERSEKUTUAN:
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
NEGERI SEMBILAN
YB Datuk Kamarul Baharin Abbas
MELAKA
Khalid Jaafar
JOHOR
Dr Zaliha Mustaffa
PAHANG
Datuk Fauzi Abd Rahman
TERENGGANU
Wan Rahim Wan Hamzah
KELANTAN
YB Abd Aziz Ab Kadir
SABAH/SARAWAK
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim

{Melihat kepada senarai kepemimpinan baru Pengerusi negeri, nampaknya jelas menunjukkan PKR telah lebih awal mendahului rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat merangka persiapan memantapkan jentera parti khususnya transisi peralihan kuasa ke Putrajaya selain memperhebatkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi. Pelantikan Anwar dan Fauzi memungkinkan negeri yang diwakili mereka mampu ditawan pada pilihanraya akan datang}


JKKP Di Kelantan Merosakkan Perpaduan Rakyat

JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.
JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah - MB Kelantan

JKKP lah yang menyebabkan Rakyat berpecah belah Di Kelantan, Kata Nik Aziz

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat.

“JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.

“Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah,” katanya.

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.




PELANCARAN KEMPEN JOM SERTAI PAS






PAS cabar SPR laksana dakwat kekal


KUALA LUMPUR, 24 Dis - PAS mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuktikan ketelusan SPR dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu Januari ini dengan melaksanakan penggunaan dakwat kekal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar ketika dihubungi, berkata "inilah waktu yang tepat untuk kerajaan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bagi membuktikan kononnya perjalanan pilihan raya di negara ini berjalan dengan adil dan bersih".

Tahun lalu, SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan keselamatan.

Beliau menyifatkan tindakan SPR membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Mac lepas mempunyai kaitan yang tidak terpisah dengan 'pengundi hantu'.

Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis.

"Tidak ada salahnya SPR menggunakan dakwat kekal dalam proses mengundi, memandangkan dakwat tersebut telah pun dibeli sewaktu pilihan raya ke 12 yang lepas," tambah beliau.

Mahfuz menyifatkan semua cakap-cakap mengenai penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran itu adalah siri-siri pembohongan yang sengaja direka dan dirancang untuk menipu rakyat.

"Alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat "tidak masuk akal" kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat,

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan dengan jelas ia memang tidak mahu menggunakan tanda dakwat itu kerana takut kepada pilihan raya yang adil dan bersih," katanya ketika dihubungi.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .