Muhyiddin  Bimbang Tengku Razaleigh - Nama Tengku Razaleigh Hamzah disebut khusus  oleh Muhyiddin dengan harapan Tengku Razaleigh tidak ber'onar'Jangkaan  Pilihantaya Kecil (PRK) akan diadakan berikutan kekosongan kerusi Dewan  Undangan Negeri (DUN) Galas menjadi suasana politik semakin 'hangat'.
PAS  membuka langkah dengan menyarankan supaya Barisan Nasional (BN)  berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya  kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha  Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi  perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan  antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah  wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil  itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi  agenda utama negara.
"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi  itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh  calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui  pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman  pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.
Takiyuddin  berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan  kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil.
Isu Semasa Dan Sentimen Tempatan Jadi TumpuanSehubungan  itu, penasihat jentera pilihan raya Pas Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim  Wan Abdullah berkata isu semasa dan sentimen tempatan dijangka menjadi  tumpuan pada PRK DUN Galas yang bakal diadakan
Katanya kemenangan Pas pada pilihan raya umum sebelum ini pun banyak bergantung kepada kedua-dua isu itu.
"Sebab  itu, kita menganggap pilihan raya kecil kali ini adalah suatu medan  ujian penting kepada Pas dan Barisan Nasional," katanya kepada Bernama  hari Selasa.
Wan Abdul Rahim berkata sentimen setempat di Galas  berdasarkan kepada komposisi pengundi kerana kawasan itu mempunyai ramai  pengundi daripada kalangan Orang Asli.
Polis Kelantan sediaDalam  pada itu, Polis Kelantan dilaporkan bersiap-sedia bagi menjaga  keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil  sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa  terdekat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata,  terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan  pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia  berjalan lancar.
"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota  mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan  raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya
Abdul Rahim  berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan  berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terbabit dalam suasana  aman dan harmoni.
Pemimpin Umno Tuduh Pengundi DUN Galas Silap, Ahli  Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa pengundi  di Dewan Undangan Negeri(DUN) Galas, Kelantan telah melakukan kesilapan  dalam pilihanraya umum lalu.
Beliau berkata, kononnya pengundi  DUN Galas tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon  daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang  akan diadakan.
Beliau menambah tohmahannya, ramai pengundi di DUN  tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis  mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.
Kononnya,  kata Sabri lagi, sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di  Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN).
Umno akan Letak calon tempatan
Umno tidak ada pilihan kecuali akan akur dan meminta restu daripada Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Timbalan  Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. menyebut secara khusus, Umno  akan meletakkan calon tempatan dari Gua Musang yang diketuai oleh Tengku  Razaleigh
Katanya, beliau berharap dan percaya, Tengku Razaleigh  akan membantu Pengerusi Perhubungan Umno Dato' Mustapa Mohamad,  memenangkan BN dalam PRK DUN Galas.
"Apabila pilihanraya kecil  diumumkan, kita akan pilih calon dari Gua Musang, yang diketuai oleh  Tengku Razaleigh (Hamzah), kita percaya Tengku Razaleigh, sebagai ketua  bahagian akan membantu Datuk Seri Mustapa (Mohamed), selaku Pengerusi  Perhubungan Umno bagi memastikan kemenangan BN,"kata Muhyiddin selepas  menyampaikan ucapan di Forum International Herald Tribune.
Muhyidin  berhati-hati dan berharap Tengku Razaleigh tidak menjadi halangan  kerana Tengku Razaleigh sering mengeluarkan kenyataan kontra terhadap  dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. 
(Baca Blog Ku Li)
Tengku  Razaleigh berterus terang menyebelahi kerajaan negeri Kelantan dan  Terengganu dalam isu royalti petroleum bahkan beliau sanggup menjadi  saksi dalam saman kerajaan Kelantan dan Terengganu terhadap Petronas dan  kerajaan Persekutuan.
PAS Yakin Menang
Naib  Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan  kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil  diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman semalam.
Beliau  melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi  dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah  bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.
“Parti  sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi  pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang  kemungkinan.
“Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas.
“Malah  kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan  persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh,” kata beliau  pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Pilihan raya  kecil DUN Galas dijangka diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri  (Adun) kawasan itu Che Hashim Sulaiman, 46, meninggal dunia di Hospital  Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.
Hashim yang  menghidap barah usus menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga  kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas dimasukkan ke hospital itu  beberapa hari lalu.
Jenazah beliau dikebumikan di Tanah  Perkuburan Islam Kampung Kuala Betis, Gua Musang lewat malam tadi sebaik  tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam.
Pada pilihan  raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan  calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. 
-BO