KUALA LUMP
UR, 8 Okt:  Setelah mendengar Budget 2012,  akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para  bekas anggota tentera sama ada  balu, duda dan sebagainya akan mendapat  'durian runtuh' sebanyak RM3,000  setiap keluarga secara one-off.
 
 
Begitulah  antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di  dalam  beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana  Menteri,  Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.
 
“Itulah  jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak  ditimbulkan  isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan  ni.
 
“Dan  mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana  mengutarakan  isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka  terbela,” tulis  seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite  online yang ditulis  perkataan penuh Harakahdaily.
 
Seorang  lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua   baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot   atau ada agenda di sebaliknya.
 
“Bajet  kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat   bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?”   satu lagi pandangan yang dilontarkan.
 
Najib  mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi  sumbangan  RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan  keselamatan  serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang  untuk  membantu meringankan kos sara hidup.
 
"Mereka  yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk  berkhidmat, telah  menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih  48,000 bekas  anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah  berkhidmat menjaga  keselamatan negara semasa zaman darurat.
 
"Mereka  terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra  Police  Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women  Special  Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib.
 
Komen  yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang   mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas   dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara   semasa zaman darurat mendapat faedah.
 
“Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya.
 
Pandangan  lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu,  kerajaan dah  bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom  pun kerajaan  Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya,  undilah  Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya  terbela,  termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...
 
Antara komen lagi:
 
“Di  sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak  pandang  kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia.
 
“Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...”Hrkh