Ikuti Blog ini

PRESIDEN PAS DITUDUH PENGGANAS - MINTA PENJELASAN PIHAK KERAJAAN


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.

Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah Pengganas.

PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama. Tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Zahid Hamidi.

Pada tahun 2007 Presiden PAS memenangi samannya ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror. Akhbar ini telah bersetuju meminta maaf kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda. Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk “AL-QAEDA – Abdul Hadi” dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

PAS tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta ini selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba mengugat PAS sebelum ini. PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti ini.

Pas yakin fitnah ini juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan Pas. Ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas, maka musuh Pas cuba menggambarkan Presiden Pas sebagai pengganas. Pas yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini.

Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin Pas bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas.Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama Umno, dan tidak mustahil kewujudan tuduhan ini akan dijadikan peluang oleh Umno untuk mengamit beliau bersama parti itu bagi mengelakan ancaman ISA. Ini adalah tidak profesional dan memalukan.

PAS menuntut agar Zamihan, PDRM dan Kerajaan meminta maaf kepada Presiden PAS dan mereka yang terlibat. Pihak Polis perlulah melengkapkan siasatan mereka sebelum tuduhan sebegini dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit.

PAS tidak mahu imej Polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional. Orang yang tidak bersalah ditangkap sedangkan orang yang bersalah membunuh Nurin Jazlin, Norita dan sebagainya masih belum ditangkap hingga ke hari ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

JI Isu Yang Sengaja Diwujudkan Tanpa Bukti – MP PAS

PAS: Prove JI threat or we’ll tell all

PAS today called upon the government to prove its stand and explain its repeated allegations of terrorist activity in local universities, failing which the party will reveal evidence that the government is lying about the whole matter…M'kini

GMJ Hantar Memorandum Pada Najib, Minta Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke 221 Bincangkan Isu Judi

Lebih 40 NGO serah memorandum kepada PM bantah lesen judi

PUTRAJAYA: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) dan individu, hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.

Penyerahan memorandum itu, yang diketuai Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, diterima oleh Penolong Setiausaha Pejabat Perdana Menteri, Nasrul Hakim Jamaludin di luar Bangunan Putra Perdana di sini, kira-kira 3.30 petang.

Mohd Azmi berkata GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.

Beliau berkata GMJ membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.

"Kami membuat pendirian tidak setuju dengan sebarang lesen judi. Semua bangsa dan agama menolak judi," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Memorandum yang sama juga akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 3 Julai ini. - BERNAMA

VIDEO POLIS KANTOI TERIMA ROSWAH 50 Hengget!

Seperti yang dijanjikan,
Ini rakaman VIDEO POLIS KANTOI TERIMA ROSWAH 50Hengget!

Jangan Risou, TUN HISHAMUDIN pasti tak amik ape2 tindakan!...

TUN HISHAMUDIN pasti akan kata POLIS JUGA MANUSIA BIASA...

Manusia Biasa!? Biasa rasuah? cilok dari sini

JI: Kerajaan enggan beri jawapan rasmi di Parlimen

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Datuk Wira Abu Seman Yusop tetap enggan mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat walaupun beberapa Ahli Parlimen PAS mendesaknya supaya mendedahkan bukti-bukti emperikal berhubung kewujudan semula gerakan Jemaah Islamiah (JI) di tanah air.

“Saya berasa saya tak mahu respons persoalan-persoalan Pasir Puteh,” tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkali-kali, petang tadi.

Keengganan Wira yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah itu gara-gara tindakan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussain meminta kementeriannya mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan JI, sebagaimana yang didedahkan oleh Polis Cawangan Bukit Aman dalam suatu program bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Apakah motif kerajaan dalam menyiarkan gambar-gambar Marang (Abdul Hadi) dan Timbalan Mufti (Mohd Asri) dalam program KPT sebelum ini.

“Adakah kerana kedua-dua tokoh ini dilihat salah atau terbabit dengan gerakan JI sekarang atau mengamalkan ajaran sesat?” soal Muhammad.

Menjawab soalan tersebut, Abu Seman menyifatkan soalan-soalan Mohammad itu sebagai khabar angin semata-mata.

Lantas itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula bangkit mempertikai jawapan timbalan menteri itu.

“Saya rasa ini semua bukannya ‘khabar angin’, apa yang dijelaskan oleh Pasir Puteh itu adalah suatu taklimat Polis Bukit Aman pada Kementerian Pengajian Tinggi,” tegas beliau.

“Yang dikaitkan adalah seorang bekas Mufti, seorang Mufti Perlis dan Marang (Abdul Hadi) sendiri, sebab itu Dewan yang mulia ini nak tahu mengapa gambar-gambar mereka ini dikaitkan dengan JI.”

Beliau turut mempertikai kredibiliti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana tidak berani hadir di Dewan Rakyat membuktikan kononnya Jamaah Islamiah kembali aktif di tanah air.

Melihat pada tindak tanduk menteri dan timbalan menteri, beliau tidak menolak kemungkinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan seakan mendapat nasihat yang salah dalam menangani isu keselamatan tersebut.

Turut mendesak KDN di Dewan Rakyat adalah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor). -Hrkh

Pilihanraya Mengejut Sarawak?

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan akan bermesyuarat pada hujung minggu ini yang segera menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan negeri mula bersiap sedia bagi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal sebelum penggal sekarang berakhir pada Julai tahun depan.

Beberapa pemimpin BN mengesahkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan hujung minggu ini.
Namun mereka menutup mulut tentang agenda mesyuarat.

"Ya, kami akan bermesyuarat munggu ini, tetapi ia bukan untuk liputan media," kata seorang pemimpin negeri.

Namun sumber parti memberitahu, mesyuarat itu akan memfokuskan kepada persediaan ke arah kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri pada tahun ini, selepas Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) iaitu parti terbesar dalam komponen BN Sarawak, selesai berkampung atau melakukan retreat di Mulu yang bermula Isnin lalu dan berakhir Jumaat ini.

PBB memiliki 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebanyak 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak sembilan kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebanyak lapan kerusi.

Hanya SUPP dan PRS hilang kerusi DUN kepada pembangkang dalam pilihan raya negeri terakhir sebelum ini pada 2006 sementara PBB dan SPDP menang semua kerusi.

SUPP diperuntukkan 19 kerusi, tetapi hilang lapan kerusi terutama kepada DAP sementara PRS yang diperuntukkan 10 kerusi, kalah kerusi Ngemah kepada Bebas.

Sarawak mempunyai 71 kawasan DUN.

Sejak akhir-akhir ini timbul cakap-cakap bahawa pilihan raya DUN mungkin diadakan tahun ini juga walaupun BN baru sahaja tewas dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu di mana calon SUPP gagal mempertahankan kerusi tersebut setelah tewas kepada calon DAP.

Cakap-cakap itu menjadi lebih hangat diperkatakan selepas Ketua Menteri dan Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada minggu lalu berkata bahawa "beliau telah memutuskan pilihan raya negeri akan datang akan diadakan pada `satu hari Sabtu' tanpa mengulas lanjut maksudnya itu kepada pihak media.

Namun beliau menolak spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober berikutan terdapat beberapa pendapat dari pakar feng shui bahawa angka 10/10/10 atau 10 Okt 2010, merupakan satu hari Ahad yang sesuai untuk diadakan pilihan raya negeri Sarawak.

Sudah pasti ramai pihak yang menunggu-menunggu hasil mesyuarat pada hujung minggu ini.

-BERNAMA

Dr Asri dan Dr Juanda dakwa "BN Bohong"



KUALA LUMPUR : Di tengah-tengah cerita bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama 100 ulama akan menyertai Umno Jumaat ini, beliau bersama rakannya, Dr Juanda Jaya yang kini Mufti Perlis menyifatkan BN bohong dalam mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.


Dakwaan ini dibuat kedua-duanya dalam satu kenyataan bersama yang diberikan tajuk "Mengapa Kerajaan BN Berbohong?" bagi mengulas langkah kerajaan BN yang cuba mengaitkan isu ancaman pengganas di negara ini dengan mereka berdua.

(Gambar: Empat yang didakwa ada kaitan dengan Wahabi oleh ILIM, Shahidan, Asri, Juanda dan Abdul Hadi)

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya adalah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford Universiti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula adalah Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis dan kini Pensyarah Pengajian Islam USM.

Kedua-duanya mengulas laporan yang mengaitkan mereka berdua, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas MB Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan JIM dengan pengganas.

Kaitan itu dibuat dalam satu taklimat keselamatan negara anjuran Polis dan diberikan oleh Zamihan Mat Zain dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang diadakan di Bukit Aman 21 Jun lalu.

Sebelum ini, Presiden PAS juga menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan yang didakwa itu.

Setiuasaha Agung Umno sebelum ini mendakwa, Dr Asri akan menyertai Umno Jumaat ini bersama dengan 100 ulama lagi.

Dr Asri dan Dr Juanda berkata, apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

"Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu," kata kenyataan bersama itu.

Buktinya, kata mereka, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara.

Penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu Presidan PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Shahidan Kassim, mereka berdua berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan Wahabi dan pengganas JI.

Pertubuhan JIM pula dikaitkan dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

"Dakwaan ini sangat jahat dan jelas sengaja diada-adakan" kata kenyataan bersama mereka berdua.

"Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

(Gambar: Dr Asri bersama pimpinan PAS di muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu baru-baru ini)

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," katanya.

Justeru itu, kedua-dua berkata, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

"Bagi kami YB Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini," kata kedua-duanya.

Mereka juga membela Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," kata mereka.

"Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, mereka mendesak pihak polis memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini.

"Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf.

"Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan," kata mereka berdua.


"Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas," katanya lagi.

Dengan ini, kata mereka, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni," tegas mereka berdua.

Di samping itu, mereka menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit. -Hrkh

Heret Speaker Pandikar Amin pula?

Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri. Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar.

Panel tiga hakim - Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk KN Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan. K
eputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing. Panel tiga hakim juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman ADUN Tronoh itu. Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.

Dalam perbicaraan hari ini, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan DUN adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi uminiti.

Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian. Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan.

Katanya pada hari ini, DUN telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker. Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker.

Mesranya Tok Guru Haji Hadi Dengan Husam Musa

Akrabnya mereka ini walaupun berlainan jawatan. Ini gambar semasa majlis sambutan pemimpin luar negara yang datang ke muktamar di rumah Husam Musa. Memang daripada gambar ini, terserlah kemesraan dua pemimpin besar PAS ini..(kredit buat perisik rakyat)
Husam Musa hidangkan tok guru nasi
Husam Musa duduk berhampiran dengan tok guru haji hadi
Kelihatan pemimpin PAS yang lain antaranya Dr Dzulkefly
Husam Musa melayani tetamu dari luar negara
'Jemput tok guru, makan,' mungkin itu kata Husam Musa
Memang besar jamuan malam tu...kambing bakar
Subky latif turut bertandang ke rumah Dato Husam
Dato Mahfuz menjenguk kambing yang sedang dibakar
Dengar cerita banyak juga kambing yang dibela Husam Musa..padanlah banyak kambing 'tumbang' hari tu
Tetamu luar negara tiba ke rumah Husam Musa
Dr Lo' lo dan Dr Siti Mariah pun ada sama
Dr Hatta Ramli turut kelihatan

sumber dari Topeng Perak

PAS Lenggong desak Ust. Zulkifli dibebaskan.

Haji Muhammad Zakaria (baju puteh), Isteri Ustaz Ibrahim (tudung muka), Haji Mahfudz dan Haji Razman

9 Rejab 1431H.

Khairul Azman Sakri

LENGGONG: PAS kawasan mendesak kerajaan Malaysia melalui Menteri Luarnya menangani isu penahanan seorang rakyat negara ini, Ustaz Muhamad Zulkifli Zakaria, 41, oleh pihak berkuasa Mesir, secara serius kerana mangsa pergi ke negara itu untuk urusan pelajaran.

Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, berkata Ustaz Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ibrahim tidak mempunyai rekod yang beliau terbabit dengan sebarang kegiatan bertentangan dengan undang-undang negara dan tidak menyertai mana-mana jamaah yang diharamkan di negara ini.

Katanya, pemergian Ustaz Zulkifli hanya atas urusan untuk menyambung belajar di Universiti al-Azhar bagi peringkat Master, bagaimanapun ketika proses penerbangan balik pada 13 Jun lalu beliau ditahan pihak berkuasa Mesir.

"Semasa proses check out di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, sewaktu beliau berurusan dengan pihak imigresen, beliau ditahan sedangkan isteri dan dua anaknya tidak tahu apa-apa.

"Akhirnya apabila kapalterbang berlepas, beliau tidak bersama dengan isteri dan dua anaknya yang baru berusia dua dan tiga tahun," katanya sehari selepas pulang dari menemui Ahli Parlimen Pokok Sena, Yang Berhormat Datuk Mahfudz Omar dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Parlimen 21 Jun lalu.

Haji Razman berkata, penahanan oleh pihak berkuasa Mesir langsung tidak dimaklumkan kepada keluarga beliau di Malaysia, malah kerajaan sendiri tidak memaklumkan kepada pihak keluarganya.

Katanya, berikutan itu, 20 Jun lalu beliau ditemui bapa Ustaz Zulkifli, iaitu Haji Muhammad Zakaria Abdullah, 62, mengadu hal anaknya, membawa kepada pertemuan dengan Datuk Mahfudz dan Menteri Luar.

Selepas pertemuan itu, katanya Menteri Luar membuat kenyataan akhbar dan berita mengenai penahanan Ustaz Zulkifli yang juga bekas Calon Parlimen PAS Kawasan Lenggong itu disiarkan akhbar arus perdana hari ini (22 Jun).

"Saya mewakili PAS Lenggong, mendesak kerajaan Malaysia menangai masalah Ustaz Zulkifli dengan serius sehingga beliau dibebaskan oleh pihak berkuasa Mesir kerana Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak itu tidak bersalah.

"Saya juga berharap supaya keluarga Ustaz Zulkifli bersabar atas ujian yang dihadapi dan berdoalah supaya Ustaz Zulkifli dapat pulang segera ke pangkuan keluarga," katanya.

Turki Batal Perjanjian Air, Beku Rancangan Bekal Gas Kepada Israel

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/mavimarmara.jpgEkoran serangan terhadap armada Kebebasan ‘Freedom Flotilla’ yang mengorbankan 9 warganegaranya, Turki telah mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel

(Gambar - Kapal Mavi Marmara yang diusahakan oleh sebuah NGO Turki IHH, sebelum diserang tentera Zionis Israel)

Terbaru, Turki telah membatalkan perjanjian membekalkan air dengan rejim tersebut untuk jangkamasa 20 tahun yang ditandatangani pada tahun 2000.

Akhbar nasional rejim Israel menegaskan pembatalan perjanjian tersebut adalah hukuman bagi negara haram itu, yang telah menolak permintaan masyarakat antarabangsa supaya ‘memohon maaf’ kerana menyerang konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Negara haram itu juga telah menolak dan tidak mahu membayar sebarang pampasan kepada keluarga yang syahid dalam kejadian tidak berperikemanusiaan itu.


Menurut perjanjian air terbabit, Turki akan menjual sekitar 1.75 bilion kaki padu air setiap tahun kepada Israel.

Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa pembatalan projek air bukanlah tanda pertama kemarahan Turki atas insiden Freedom Flotilla.

Turki turut membekukan rancangan untuk membekalkan Israel dengan gas alam dari Rusia menggunakan paip bawah laut. -ikhwannet

Faekah ganti Nik Nazmi sebagai Setpol MB Selangor

SHAH ALAM : Setiausaha Politik (Setpol) kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Faekah Husin dilantik sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan perkara itu pada Majlis Makan Malam Menteri Besar Selangor Bersama Media di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Nik Nazmi bakal menjalankan tugas baru sebagai Pegawai Penerangan dan Komunikasi di Ibu pejabat PKR mulai 1 Julai ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Khalid berharap perlantikan Nazmi akan memberi perubahan baru kepada parti itu yang bercita-cita untuk membawa reformasi di dalam negara ini.

Nazmi yang juga Adun Seri Setia mengucapkan terima kasih kepada Khalid dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Faekah, 45, yang masih menyandang Setpol kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pernah memegang beberapa jawatan utama dalam PKR Selangor.

Beliau yang memulakan karier sebagai peguam sejak April 1991 menjadi ahli Parti Keadilan Nasional sejak mula ditubuhkan pada 1999 yang sekaligus mengetuai wanita parti itu di Kuala Langat sehingga kini.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita PKR negeri dan Bendahari Wanita negeri selepas itu.

Faekah yang membuka firma sendiri bersama seorang rakan kongsi dengan nama Faekah & Choung pada 2 Mei 1994 pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004. -Hrkh.

Gempar!! Obama adalah Osama Bin Laden?



sila saksikan video ini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .