Ikuti Blog ini

Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran


Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

NONEWanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 62 khemah itu ke dalam trak DBKL.

Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.
Hari kelapan demo siswa
Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.
NONEKumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.
Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.
Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.
Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi.  -M'kini


Dataran Shah Alam Jadi Kuning, Laungan SPR ‘Ngapusi’ Bergema



Shah Alam: Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning.

Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.

Bertema ‘Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah’, perhimpunan itu menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu lalang membunyi hon tanda sokongan. Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa hingga penjual tidak menang tangan.

Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah agensi ‘ngapusi.’

Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno, beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu.

Khairul pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki.

“Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki,” katanya. -KD




























Sumber gambar DISINI dan DISINI

1,000 Tolak Anwar di KL?.. 5,000 Sokong Anwar di Permatang Pauh (Gambar)


Malaysiakini telah melaporkan dalam Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

 Di kesempatan itu juga, mereka juga menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia.

Berucap dalam majlis itu, Mursyidul AM NGO TIBAI Zahid Mat Arip berkata perhimpunan mereka sebagai membantah LGBT kerana ia "sangat jijik dan meloyakan" dan tidak mahu negara ditimpa bencana sekiranya amalan itu berleluasa.

"Kalau kita sayangkan kepada negara kita, kita tolak Ambiga dan Anwar Ibrahim. "Kalau kita nak selamatkan negara kita daripada bencana, kita kena tolak Anwar Ibrahim pada bila-bila masa, khususnya dalam pilihan raya," katanya sambil diiringi dengan laungan "Tolak Anwar, Tolak Ambiga - Malaysiakini

Kalau di KL 1,000 berhimpun kerana nak tolak Anwar.. aku rasa tu adalah perhimpunan yang sekadar membuang masa kerana 1,000 yang hadir itu bukanlah pengundi dari Permatang Pauh..

Lihat gambar-gambar dibawah,, lebih dari 5,000 orang hadir dalam Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Permatang Pauh semalam…

5,000 yang hampir keseluruhannya pengundi di Parlimen Permatang Pauh…

Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

"Kenapa Saya Pilih PAS" Penyanyi Aishah Di Kg Layang-Layang Kiri







Shafie Apdal Pernah Tuduh PAS Parti Ajaran Sesat, Siapa Lagi Mahu Tiru Beliau?



Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal yang namanya terpalit di dalam skandal dengan artis, Zahida Rafik, pernah menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat.

Di dalam ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian pada tahun 2010, beliau menyatakan Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti.

“Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu,” katanya.

Kini segala-gala terdedah dan terbongkar siapa yang sesat.

Shafie sehingga kini masih gagal untuk membuat penafian terhadap skandal yang telah didedahkan oleh pemandu peribadi selebriti yang dikaitkan dengan menteri berkenaan dalam satu laporan polisnya.

Di dalam laporan polis itu, Noor Azman Azemi, 38, menyatakan Datuk Shafie Apdhal telah memintanya untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

GB telah mengulas sebelum ini:

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Shafie Apdal - satu-satunya menteri yang pernah dengan celupar mulutnya satu ketika menuduh PAS parti sesat.

Sekarang ini buktinya... kebenaran terdedah... siapa yang telah tersesat di dunia fana ini? Perabis berjuta untuk wanita?


Ucapan Shafie Apdal itu juga pernah dijawab oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di satu ketika dimana TG Nik Aziz menyifatkan dakwaan Shafie bahawa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Nik Aziz berkata tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

Umno sesat sebab lawan perjuangan Islam

KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.

Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.

Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.

Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.

Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.
-harakah 8/7/2010



PAS Parti Ajaran Sesat - Mohd Shafie


KULAIJAYA (Sinar Harian) – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Pas sebagai parti ajaran sesat kerana menurutnya parti itu hanya memperjuangkan kemenangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sebahagian daripada ahli parti itu merupakan ahli UMNO yang gagal mendapat tempat di dalam UMNO dan menyertai Pas untuk mendapatkan kuasa.

“Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti.

“Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian, di sini, semalam.
(5/7/2010)

Sekarang siapa lagi yang berani mahu jadi seperti Shafie dan celupar mulutnya tuduh PAS sebagai parti ajaran sesat?

Silakan...

Biar nanti hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan siapa sebenarnya yang tersesat.. sehingga jadi macam Shafie yang telah terkedu dan tak boleh bercakap apa-apa setelah rahsianya didedahkan Allah swt.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan siapa sebenarnya yang sesat.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. -GB

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff bakal menjadi calon PAS

SEREMBAN: PAS bersedia untuk menurunkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK), Ramli Yusuff, sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, mengumumkan ini malam tadi di ceramah yang dianjurkan oleh PAS di Seremban.

"Saya telah berjumpa Ramli dua hari lepas dan kami telah mengadakan perbincangan yang panjang. Jika semua berjalan lancar, kami bersedia untuk menurunkan beliau sebagai calon kita dalam PRU 13 akan datang. Beliau sendiri bersedia diletakkan sebagai calon PAS, "kata Sallahuddin.


Beliau berkata tiga kes Rahim di mahkamah telah diselesaikan dengan satu lagi belum selesai.

"Ada satu kes mengenai tuntutan gaji dan elaun tertunggak sejak hari penggantungan kerjanya.

"Dia memberitahu saya bahawa sebaik sahaja dia menjelaskan semua cukai dia akan menggunakan wang itu untuk membina sebuah masjid di kampung halamannya di Kelantan," katanya.

Sallahuddin juga berkata bahawa seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Fauzi Shaari, juga telah bersetuju untuk bertanding di bawah panji-panji PAS dalam pilihan raya akan datang.

Polis dan selebriti

Beliau berkata bahawa kehadiran bekas pegawai polis berpangkat tinggi dalam parti pasti akan memperkukuhkan parti dan meningkatkan semangat ahli dan penyokong.

Sallahuddin juga berkata bahawa lebih ramai artis menyertai parti itu dan ini merupakan petanda baik di kalangan generasi muda.

"Baru-baru ini bekas penyanyi popular 80-an dan 90-an Aishah telah turut berceramah setelah beliau menyertai PAS. Seorang lagi penyanyi 80-an Dayang Ku Intan juga telah bersetuju untuk berceramah di pentas PAS.

"Penyertaan artis dan bekas pegawai polis adalah satu petanda baik untuk PAS dan menunjukkan bahawa PAS diterima baik oleh semua pihak termasuk Cina dan India", kata Sallahuddin yang disambut dengan laungan "Allahu Akhbar" oleh 500 penyokong kuat PAS.

Aishah adalah menjadi penyanyi utama dalam "Aishah dan The Fan Club" band yang diasaskan di New Zealand.

Beliau kemudiannya pulang dan merakamkan lagu hit "Janji Manismu". Ia berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk "Juara Lagu" pada tahun 1990.

Dayang Ku Intan yang pernah popular di dalam tahun 80-an dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang".

Sallahuddin untuk Johor

Sementara itu, Sallahuddin juga mengesahkan malam tadi bahawa beliau tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dalam PRU13.

"Saya boleh mengesahkan malam ini bahawa saya akan kembali ke negeri asal saya dan bertanding di Johor kali ini.

"Isu siapa yang akan menjadi menteri besar tidak penting. Itu adalah Perkara kedua. Apa yang penting ialah untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang mungkin.

"Umno memberitahu bahawa saya kembali ke Johor hanya khabar angin dan bahawa saya akan dibelasah di Johor kerana Johor merupakan kubu kuat Umno.
"Malam ini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak takut (Umno) dan saya akan bertanding di Johor sebagai 'Anak Jantan'," katanya kepada kemana "Allahu Akbar".

Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu kerusi DUN atau kerusi Parlimen yang akan ditandingi.

Tetapi menurut maklumat dalaman PAS yang Sallahuddin boleh bertanding di Batu Pahat, Pontian atau Tanjung Piai kawasan Parlimen atau dalam mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan ini.

Sekarang ahli Parlimen Batu Pahat ialah Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno-BN).

Pontian dipegang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan (Umno-BN), dan Tanjung Piai disandang oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng (MCA-BN).
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .