Ikuti Blog ini

AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA



Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.


Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

pc.com

Kontroversi Hudud Dedah Kejahilan & Kebiadaban Ahli UMNO Terhadap Hukum Allah




Demikianlah jahil dan biadabnya golongan ini terhadap hukum Allah. Inikah yang diajarkan oleh pemimpin UMNO kepada ahli-ahlinya?

Ini lagi:



Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.


Sekalipun kitab Mestika Hadith itu diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri Malaysia sendiri telah menolak hudud.





Firmanullah swt yang bermaksud

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan mukminah bagi yang perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu hukum, maka ada pilihan untuk mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al-Ahzab:36)

Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (al-Qur'an) kepadamu dengan terperinci Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa al-Qur'an itu diturunkan dari Rabbmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah Al-An'am:114)

Kuliah Jumaat Presiden PAS 6 Julai 2012


Cubaan JAKIM Memalukan Najib?


Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah.Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu.
"Ada... adalah itu (proses perbincangan). Saya tak boleh beri apa-apa kenyataan sebab ia berkaitan dengan jabatan. Tengok sahajalah nanti."Ada aduan, sekarang Jakim dalam proses tindakan. Tunggu sahajalah dua tiga hari nanti," kata Aizam kepada Malaysiakinisemalam ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan ke arah itu.Mohd Aizam berkata, perkara itu dipertimbangkan setelah menerima aduan terhadapnyaMalaysiakini difahamkan, Ura-ura pengharaman itu mula diperkatakan sejak 6 Jun lalu dalam wacana isu-isu akidah anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Shah Alam apabila terdapat pegawai Jakim dikatakan tampil menyeru orang ramai membuat laporan polis.

Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran penerbitan karya-karyanya.Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu di Kuala Berang diharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari lalu.

Sebongkah Batu di Kuala Berang dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan. Ia antaranya membentangkan teori lain kemasukan Islam di Asia Tenggara.Penulis yakin 'jangka hayat' tinggiPenerima Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin.Sementara itu, Faisal (bawah) dalam reaksinya kepada Malaysiakini berkata, beliau yakin novelnya kali ini akan mempunyai "jangka hayat yang tinggi" memandangkan perdana menteri baru sahaja menjamin kebebasan berkarya kepada penulis.

"Perdana menteri malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddin el Afghani sebagai tanda aras. Novel Perempuan Nan Bercinta turut dilancarkan oleh beliau kemudiannya," kata Faisal merujuk kepada pelancaran novelnya bersama 29 lagi karya judul asli penulis di Putrajaya pada 3 Julai.Buat masa ini, beliau akan terus menulis dan meneruskan kajian serta kerja akademiknya seperti biasa, kata pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.Perempuan Nan Bercinta mula beredar dalam pasaran minggu ini dan dijual dengan harga RM35 senaskhah.

Buku setebal 410 halaman itu mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.Dalam novel ini, watak Dr Ali Taqi kemudiannya menjadi sasaran dan buruan pihak berkuasa agama.

Faisal dijangka menyentuh ura-ura pengharaman itu dalam sidang medianya di Shah Alam petang ini sempena penyertaannya dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan - satu-satunya persatuan untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Melayu - pimpinan penulis Uthaya Sankar SB.-M'kini

Akhbar Kanada Dakwa Najib Tangguhkan PRU Kerana Skandal Scorpene



Kanada 4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene.

Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.

Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.

“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.

“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.

“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.

“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.

7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.

Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. -KD

Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS


JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.


Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran.

Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.

“Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah,” katanya.

Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang.

Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. -Hrkh

Video Uncleseekers Tak Takut Langsung Kena Tahan Polis!



Kat atas ni adalah sedutan video berkenaan penahanan blogger pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali dengan nama Uncleseekers semalam.

Dari riak wajahnya jelas terpancar kepuasan kerana pendedahannya sudah mula digeruni pemimpin yang kununnya mahu dipuji dan dipuja setiap kali sebelum solat Jumaat padahal kejahatannya nauzubillah lebih teruk dari syaitan!

Uncleseekers ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), satu lagi akta warisan tinggalan penjajah yang digunakan untuk menangkap sesiapa yang membocorkan dokumen atau rahsia sulit walaupun ia benar.

Sebelum ini ura-ura Uncleseekers ditahan di bawah Akta Hasutan meleset sama sekali kerana dokumen yang dipaparkan di blognya adalah dokumen yang boleh menyebabkan rasa senak peut dan tak tidur malam buat sang rejim penguasa.

Kedengaran juga suara Uncleseekers dalam video ini mengatakan, "Tak sempat dedah dokumen dah ditahan pihak berkuasa" jelas menunjukkan ada lebih ratusan dokumen sulit lain dalam simpanannya masih belum didedahkan termasuk skandal yang lebih besar melibatkan beberapa pemimpin yang takut hilang kuasa di Putrajaya.

Kini sebenarnya rejim penguasa takut akan bayang-bayang sendiri dan kita akan tahu siapa sebenarnya anjing suruhan yang dimaksudkan si cicak mengkarung yang kemaruk gila publisiti hingga berani mencederakan Tunku Nadzimuddin kerabat diraja Negeri Sembilan, tiga tahun lalu.

JALALN PULANG


Petikan Malaysiakini:

Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas susulan penahanan lelaki tersebut di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas pengendali blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Perintah tahanan reman juga dikeluarkan ke atas seorang wanita berusia 26 tahun yang turut ditahan dalam operasi tersebut, lapor Bernama.

Menurut polis, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak ketika dihubungi Malaysiakini berkata pasangan tersebut ditahan pada kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.

Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.

Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.

Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.

Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.

Ahli Umno: Asalkan Bukan Najib!

KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan dua buah buku kontroversi melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertajuk, “Najib PM terakhir” dan “Kesalahan-kesalahan Najib”, penulisnya, Shahbudin Husin kini menerbitkan buku terakhir beliau sebagai ahli Umno bertajuk “Asalkan Bukan Najib.”
Shahbudin yang berusia awal 40-an itu menjelaskan buku terbarunya itu merupakan kesinambungan daripada dua bukunya sebelum ini yang telah pun mendapat tempat di hati masyarakat, terutamanya generasi muda yang gemar melihat perkembangan politik di negara ini.
Karya terbaru dengan 300 muka surat ini dikeluarkan demi mengajak pembaca dan rakyat Malaysia untuk menilai semula rasionalnya Najib sebagai perdana menteri malaysia dengan begitu banyak isu yang dilihatnya tidak diselesaikan, sebaliknya Najib lebih gemar menggunakan pendekatan “tunggu dan lihat”.

“Banyak perkara yang Najib ambil tindakan hanya setelah setelah sesuatu isu menjadi parah. Contohnya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) ... bila sudah semakin parah baru beliau masuk campur, dan mengambil tindakan terhadap (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil).

“Malah, banyak lagi perkara saya telah sentuh dalam buku terbaru ini, yang mana mengajak masyarakat Malaysia menukar perdana menteri ... tidak kira daripada Umno mahupun Pakatan Rakyat (PR), tapi bukan Najib,” jelasnya dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Antara tokoh yang Shahbudin merasakan lebih layak menjawat jawatan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran Umno dan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah, dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Mereka ini adalah antara yang paling layak menjawat jawatan perdana menteri. Bukan Najib,” tegasnya lagi.

Buku 32 bab ini turut dihasilkan dengan mengambil kira Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

“Kita sudah tidak perlu tegur Najib, kita perlu tukar. Najib PM yang lemah.”

Menjelaskan keahliannya sebagai bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju, Shahbudin menjelaskan, beliau mendapat berita bahawa kemungkinan tindakan tatatetib akan diambil terhadapnya ekoran penerbitan buku-bukunya itu.

“Saya ada mendengar berita mereka akan memanggil saya untuk menghadap Lembaga Tatatertib dan Disiplin Parti, namun sampai sekarang masih lagi tiada sebarang perkembangan.

“Bagaimanapun, saya masih lagi belum putuskan untuk menyertai mana-mana parti lain buat masa sekarang,” tambahnya yang melihat ini adalah karya terakhirnya sebelum meninggalkan parti terbesar Melayu itu.

Bekas wartawan ini juga menjelaskan,” kalau bebas pun boleh juga, dua-dua pihak saya boleh kritik.”

Dalam buku terbarunya itu lagi, Shahbudin menjelaskan ramai rakyat yang ingin meninggalkan Umno namun terikat dengan rasa “sayang kepada parti” yang mana menghalang mereka daripada meninggalkan parti.

“Mereka rasa terhutang budi kepada Umno, namun ada juga rasa tidak puas hati. Tapi atas sebab “sayang” itu, mereka tetap bersama Umno,” tambahnya lagi.

“Tapi kalau Najib tidak pernah nak berubah, tiada sebab kita perlu sokong beliau lagi,” tegasnya.

Antara tajuk utama yang menarik dalam buku ini adalah: Najib sebagai PM paling lemah, Anwar dan Muhyiddin sedang ‘Mengepung’ Najib, Asalkan Bukan Najib, 75 Alasan Najib Patut Ditukar, Bagaimana Umno Nak Berubah Najib Pun Tak Berubah, Surat Tamrin Tun Ghaffar Kepada Najib, Dari Pemimpin Menjadi Penggemis, dan banyak lagi.

“Buku ini lahir atas kesedaran kepentingan untuk rakyat dari rakyat,” katanya lagi.
Oleh Mohd Farhan Darwis - Malaysian Insider

Sedih: Kanak Kanak Sebesar Ini Sudah Terpaksa Memikul Senjata


Di kala kanak kanak dan remaja di Malaysia leka dengan PS2, FB, Shuffle & melepak tak tentu arah, anak semuda ini sudah terpaksa memikul senjata di Syria.

Foto menunjukkan seorang dewasa sedang menenangkan remaja yang terbabit yang kelihatan sangat tertekan setelah beliau menyaksikan ramai pemuda pemuda Syria terbunuh oleh serangan serangan tentera Syria didepan mata.




Demi melihatkan keadaan kawasan kejiranannya di Homs, Syria telah dimusnahkan dan beribu ribu penduduk disana telah dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Bashar Al Assad .. Apakah pilihan yang tinggal untuk kanak kanak itu selain dari turut mengangkat senjata ?? 

Moga kekejaman di Syria tidak berlanjutan dan semoga rejim yang bongkak dan zalim yang diketuai oleh Bashar dapat dinyahkan dari bumi Syria .. Allahuakbar~!!

Panas !!! Promosi Arak di Pasaraya , pada Bulan Ramadhan..apa tindakan pihak berkuasa & menteri agama?

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.



Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.harakahdaily


nota : awat ada orang Islam minum arak dibulan Ramadhan ka..ini satu penghinaan kepada umat Islam ,.mesti ditentang..
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .