









Selamatkan wang negara
Ditanya apakah perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu seperti dalam kes Teoh, Najib berkata biarlah polis menyiasat perkara itu terlebih dahulu.Beliau berkata tindakan SPRM melakukan siasatan adalah bagi menyelamatkan wang negara kerana ia adalah sesuatu yang serius.
"Kerajaan nak bersihkan Kastam dan jimatkan wang rakyat. Jika dapat berkas orang yang terlibat, yang untung adalah rakyat. Tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.
"Kita mesti ingat tujuan siasatan itu dilakukan untuk menjimatkan wang rakyat dan (penyelewengan) dah berlaku bertahun-tahun. Ia mesti dihentikan dan (pihak bertanggungjawab) diberkas sama sekali," katanya.
Perdana Menteri berkata mungkin ada sedikit gangguan dalam tugas SPRM berikutan kejadian seperti itu sudah dua kali berlaku tetapi ia perlu diteruskan demi kebaikan rakyat."Tindakan ini boleh jimatkan banyak hasil negara. Bila hasil negara bertambah, boleh buat banyak program untuk rakyat," kata Najib.
Sementara itu, Bernama melaporkan pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, Najib berkata pemimpin Pakatan Rakyat sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.
BATANG LUPAR, 7 April: Masyarakat di Dun Beting Maro bagai dilanda fenomena baru dengan kehadiran calon anak muda PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Pencalonan Abang Ahmad, 32, atau lebih mesra dengan panggilan 'Abang Mat', bukan sahaja ditunggu-tunggu, malah beliau dirai seperti seorang selebriti oleh masyarakat di sini.
Tinjauan Harakahdaily ketika hari pertama beliau berkempen bertemu rakyat semalam memperlihatkan betapa keterujaan rakyat menerima kehadiran beliau sebagai wakil mereka.
Manakan tidak, keluar sahaja dari kereta, beliau terus diserbu tidak kira golongan tua, muda mahupun kanak-kanak yang tidak mahu terlepas peluang bersalam dengan beliau.
Malah, ada sesetengah mereka yang mencium tangan beliau.
Panggilan 'handsome boy', 'Abg Mat handsome' kini mula dijadikan 'trademark' rakyat kepada calon yang berkerjaya peguam ini.
Satu lagi 'trademark' baru yang sedang dipopularkan di peringkat PAS kepada Abang Mat iaitu simbol dua jari iaitu 'peace' yang turut memberi makna calon nombor dua dalam cetakan senarai atas kertas undi.
Ianya juga sebagai melawan simbol satu jari '1Malaysia' yang dipopularkan BN.
Ditanya tentang sambutan luar biasa masyarakat terhadap beliau, Abang Mat berkata beliau terharu dan optimis akan berlaku perubahan besar di Dun ini.
"Alhamdulillah, sokongan tersangat baik...sepupu sepapat saya ramai di sini, kalau nak list tak cukup.
"Saya pun mula risau, sampai ada yang kata, hari ini tampal poster, esok semua hilang sebab masing-masing ambik simpan dalam almari kat rumah," katanya berseloroh.
Dalam pertemuan rakyat dengan beliau juga, didapati masalah tanah antara perkara yang sering diluahkan.
Tidak hairanlah, peguam muda ini sangat diharap sekurang-kurangnya mampu membawa masalah mereka dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.
Mengulas sambutan rakyat terhadap PAS, beliau berkata sambutan rakyat itu sangat berbeza berbanding pilihan raya negeri 2006 dulu.
"Kalau 2006 dulu kita nak masuk rumah panjang kereta kita disekat dengan parang, tapi kali ini tuai rumah dia sambut kita, hampar tikar untuk kita," katanya yang petah berkata-kata.
"Tapi sekarang, orang muda pun sokong parti PAS sebab mereka nak sangat perubahan.
"Mereka nak bagi pengajaran kepada kerajaan memerintah," katanya lagi.
Ditanya isu yang akan dibawa sepanjang kempen pula, beliau tidak menolak isu tanah menjadi agenda utama.
Selain itu, beliau juga mahu memperjuangkan isu pendidikan kepada masyarakat di sini.
"Kalau diberi mandat, kita akan bagi ilmu kepada rakyat, bukan seperti BN, bagi duit 5 tahun sekali," katanya.
Mengulas pendekatan kempen pula, beliau yang mempunyai 15 orang adik beradik mahu menggunakan pendekatan mesra keluarga kerana majoriti masyarakat di sini mengenali keluarganya.
"Saya menganggap calon lawan itu, sebagai abang saya. Kita akan kempen dalam bentuk kekeluargaan dan tidak akan serang calon lawan.
"Yang penting, rakyat dahagakan perubahan," katanya.
Pada pilihan raya kali ini, Abang Mat ditentang calon BN, Razaili Gapor.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS mengetengahkan calon daripada kalangan ustaz, Alem Din yang tewas di tangan calon BN Bolhassan @ Ahmad Di dengan majoriti 895 undi. Kawasan Melayu Melanau itu mempunyai keseluruhan 7,868 pengundi. -Hrkh
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun parti komponen BN,
SUPP, menurunkan beberapa muka baru dengan latarbelakang yang baik, tetapi musuh sebenar Pakatan ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah begitu lama berkhidmat.
“Calon-calon SUPP memang berbakat... di atas kertas, mereka memang layak diundi. Tetapi apa yang kita mesti tanya kepada mereka ialah: Adakah muka-muka baru ini menyokong 'pek mor'?" tanya Guan Eng menggunakan istilah penduduk Cina Sarawak, yang merujuk kepada Taib yang merambut putih.“Bolehkah muka-muka baru SUPP ini menjawabnya? Jika mereka kata
'ya', maka mereka akan menyinggung para pengundi. Jika mereka kata 'tidak', ia akan mengecewakan Taib dan akibat adalah lebih buruk.
Guan Eng menyifatkan muka-muka baru SUPP itu sebagai “wain lama dalam botol baru”, sambil menambah bahawa “wain lama” adalah "racun' kepada pengundi.
Dia turut menyindir Taib dan timbalannya Tan Sri George Chan, yang juga presiden SUPP, berhubung janji mereka untuk meletakkan jawatan.
“Chan menggunakan muslihat yang sama pada 2006. Adakah dia meletakkan jawatan? Sebaliknya dia kahwin lagi, sama seperti Taib. Adakah anda fikir mereka ingin berundur?” soalnya, sambil disambut gelak ketawa hadirin.Di Miri pula, ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata sambutan terhadap ceramah di DUN Piasau kali ini mendapat sambutan lebih baik daripada pilihanraya 2006.
Pastikan siasatan kematian pegawai Kastam adil
Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Salahudin Ayub, berjanji akan mempastikan siasatan yang adil dilakukan ekoran kematian seorang pegawai kanan Kastam pagi ini di perkarangan bangunan SPRM Kuala Lumpur.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS dan anggota Parlimen Kubang Kerian memberi reaksi segera terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
"Sebagai salah seorang Anggota Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak yang berwajib bagi memastikan satu penyiasatan yang adil dapat dilaksanakan dengan segera ke atas kes ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Bagi beliau, kematian seorang pegawai Kastam yang membantu siasatan kes rasuah yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini sangat menyedihkan.
"Sebagai anggota Parlimen, saya akan memastikan ia disiasat dengan cara yang telus dan diberikan penjelasan yang wajar oleh SPRM.
"Kita bimbang, ketika kematian Teoh Beng Hock masih lagi sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, kematian pegawai Kastam ini akan memberikan persepsi yang lebih buruk kepada SPRM," kata Salahudin. (gambar bawah)
Kematian pegawai kanan Kastam yang dikatakan jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM ke gelanggang badminton berhampiran pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur mengejutkan banyak pihak.
Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak berbayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.
Pengarah Penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu di Klang berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, dia kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.
Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya hari ini, kata Mustafar lagi.
Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.
Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam itu sudah tidak ada.
Mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi, kata Mustafar.
Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.
Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.
Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.
Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya. -HD
![]() |
Hampshire House, 12 Hyde Park Place - The Taibs occupy the spacious ground floor flat |
![]() |
Gracious interiors - worth RM45 million (£8.5 million) |
![]() |
Christina Chew Wang See - DAP-Pakatan Rakyat N 13 Batu Kawah |
![]() |
Noraini Hamzah - PAS-Pakatan Rakyat N 15 Muara Tuang |
![]() |
Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus - PAS-Pakatan Rakyat N 24 Beting Maro |
![]() |
Norisham Mohamed Ali - PKR-Pakatan Rakyat N 49 Nangka |
![]() |
Baru Bian - PKR-Pakatan Rakyat - N 70 Ba'kelalan |