Ikuti Blog ini

Kalau Kerajaan Hari Ini Betul.., Buat Apa Saya Pilih Masuk Pas?


Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong mendedahkan konspirasi berhubung rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009 lalu dalam wawancaranya yang dipetik melalui PerakDaily.


Katanya, tindakan itu adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan dan tidak berupaya untuk mengelak.


“Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

“Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontroversi itu.

“Daripada kenyataan itu juga, sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan dihalang memasuki dewan,” katanya dalam wawancara itu.

Tambahnya, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan.

“Dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan beliau tidak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya,” katanya.

Jelasnya, jika mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

“Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihan raya semula diadakan,” katanya.

Ketika mengulas insiden Sivakumar diusung keluar ketika sedang menjalankan tugas sebagai Speaker, Abdullah berkata Umno-BN ketika itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa sepenuhnya di dewan.

Bagaimanapun, Umno-BN tidak menghiraukannya malah mereka tidak ‘nampak’ ada satu lagi institusi ataupun jawatan Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

“Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan ketika itu masih Pakatan Rakyat jadi bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

“Malah semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN.

“Tetapi secara tiba-tiba Timbalan Speaker, Hee Yit Fong mengadakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik,” katanya.

Abdullah menjelaskan mengikut Peraturan Tetap Dewan, tiada satu pasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku dan itu menunjukkan Peraturan Tetap Dewan dilanggar.

“Saya tidak pasti siapa yang mengusung Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ia bukan kakitangan dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

“Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain,” katanya

Tan Sri Rozali Terima Gaji RM8 Juta Tahun Lalu

 

MALAYSIAN BUSINESS SURVEY: Top 20 companies forked out RM534.95m last year. Di antara 20 Syarikat, Puncak Niaga paling seronok.

Puncak Niaga adalah syarikat induk Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Tan Sri Rozali Ismail sebagai ‘Executive Chairman’ telah menerima lebih RM8 juta tahun lalu.

Kenapa dikatakan paling seronok, kerana antara 20 syarikat yang disenaraikan Malaysia Bussines, semuanya adalah syarikat yang sememangnya berhempas-pulas berniaga sebagai teras untuk mencari keuntungan. 

Ini amat berbeza dengan Puncak Niaga, melalui air yang menjadi keperluan rakyat, bil air yang dipungut dari rakyat, Tan Sri Rozali ‘makan’ bayaran sebanyak itu. Seronok dengan keperluan rakyat untuk mendapatkan air.

Ini sebabnya Puncak Niaga ingin pertahankan bisnes air untuk rakyat Selangor. Banyak dan senang untung ma!! Rujuk :Malaysian Bussines

Perghh... Klasik betoi lagu raya neh [Tengok]

Menyayat Hati- 5 Sekeluarga Mati Serentak Dalam Satu Kemalangan


LAWAS – Hari Raya Aidifitri yang dijangka disambut pada Ahad ini memberi makna yang memilukan buat sebuah keluarga apabila lima ahlinya menemui ajal selepas van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 5, Jalan Sundar-Terusan di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.50 petang itu mengakibatkan Mohd. Tafia, 45; Nur Khairunisa Nazwa Omar, 17; Zaimah Mohd. Taib, 12; dan Nurul Husna Izzati Imbran, 17, maut di tempat kejadian manakala ibu Nur Khairunisa Nazwa, Mariah Awang, 37, meninggal dunia di Hospital Lawas.

Kesemua mereka menaiki sebuah van jenis Toyota Hiace bersama tujuh ahli keluarga lagi yang dipandu Mohd. Tafia.

Kemalangan berlaku apabila van itu terbabas lalu merempuh sebuah pembetung air yang terletak di bahu jalan.

Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Awat-Awat di sini selepas membeli kelengkapan raya di pekan Sipitang. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 50 kilometer.

Difahamkan, sebelum membeli-belah, Mariah bersama suami, Omar Abdul Rahman, 40-an, pergi ke pekan Sipitang untuk menjemput Nur Khairunisa Nazwa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gadis itu menuntut di Politeknik Kuching, Sarawak.

Sumber: Kosmo

P/S: Kepada Perantau yang pulang berhari raya, berhati-hati semasa memandu kalau mengantuk berhenti tidur dulu..lambat x pe janji selamat..
Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Pengasas Ketuanan Melayu Suspek Utama Kes Bunuh Di Seri Kembangan


Susulan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas, polis kini sedang mengesan 2 orang lelaki Jaafar b. Shaari @ Ayah Pak alamat terakhir dikesan di no. 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan Ahmad Jiwari Jaafar @ Wari beralamat di Lot 141 Kampung Batu 4, Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan di Facebook Polis Selangor, kedua-duanya suspek dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit Serdang Report : 5714/2012 dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.


SIAPA DATUK SERI JAAFAR B SHAARI?



Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.

Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.

Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

Sila baca:



Kini orang yang meminta Nik Aziz meletakkan jawatannya itu rupa-rupanya adalah suspek utama kes bunuh!

Kebenaran dan keadilan terserlah lagi: Dalam UMNO ada pembunuh!

Ceramah Power Terkini!!!! Khalid Samad Jawab Undi DAP Haram!! (video)






Kejadian aneh : Kubur Seorang Petani Bercahaya Sehingga Ke Langit

Cintakan Al-Quran, Kubur Bercahaya Hingga Ke Langit

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi.

Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa.

Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.

Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?. Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya.
Kubur Bercahaya Sehingga Ke Langit
Gambar Sekadar Perhiasan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya. Kubur Bercahaya Sehingga Ke Langit Gambar Sekadar Perhiasan Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa .

Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran.

Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam.

Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an.

Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu.

Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali.

Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua -tranungkite-

Mujahidin Taliban Mendakwa Tembak Jatuh Helikopter Yang Mengorbankan 11 Tentera Musuh


KANDAHAR - Sebuah helikopter milik tentera ISAF terhempas di selatan Afghanistan pada hari ini (16/8/2012), mengorbankan sekurang kurangnya 11 anggota tentara ISAF-Afghan, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita tempatan - Pajhwok.

ISAF mendakwa pesawat miliknya itu terhempas akibat dari kerosakan, perkara ini juga disahkan oleh jurucakap gabenor Kandahar. Menurut laporan awal, 7 orang tentera AS terkorban termasuk pegawai pemerintah tentera AS, turut dilaporkan terkorban ialah 3 orang tentera boneka Afghan berserta seorang penterjemah Afghan.

Namun dalam masa yang sama, pihak Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (Taliban) mendakwa bahawa mereka menembak jatuh helikopter musuh itu di sebuah desa di pinggiran Tirinkit, ibukota wilayah Uruzgan.

Jurucakap Taliban, Qari Yusuf Ahmadi melaporkan kepada Pajhwok bahawa Mujahidin menembak jatuh helikopter itu dengan sebuah roket di daerah Chinartu. Semua yang berada dalam pesawat itu terkorban setelah helikopter tersebut dikatakan telah terbakar sejurus selepas terhempas.

Sementara itu, pihak Mujahidin belum melaporkan maklumat lebih lanjut berkaitan operasi ini, ini adalah disebabkan laman web rasmi mereka menghadapi masalah teknikal sejak beberapa hari yang lalu.

Jangan Pergi Dulu Wahai Ramadhan....


Rasanya.. Masih banyak ibadah yang harus dibenahi.. masih banyak dosa diri, ingin mengisinya dengan sesuatu berarti.. ramadhan jangan pergi!

1. jangan dulu pergi.. wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. #ramadhan

2. jangan dulu pergi.. Wahai bulan orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.. #ramadhan

3. jangan dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka #ramadhan

4. jangan dulu pergi.. Wahai bulan mustajabnya doa.. #ramadhan

5. Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.. #ramadhan

6. jangan dulu pergi... Wahai bulan segala pahala kebajikan digandakan.. Wahai bulan keberkahan.. #ramadhan

7. jangan dulu pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya.. #ramadhan

8. jangan dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.. #ramadhan

‎9. jangan pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih..

‎10. Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci.. #ramadhan -oki setiana dewi

Artis Abby Abadi Selepas Menyertai Pas

SHAH ALAM - Penglibatan selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Sejak itu dia hanya banyak menjawab pandangan dan kritikan menerusi alam siber Twitter.

Selain itu pandangannya hanya dapat diketahui menerusi pentas ceramah atau forum anjuran parti politik.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena sebagai ahli Pas.

Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak mengambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda dekat sini malam tadi.

Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.

Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.

"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.

"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.Apabila soal kahwin disentuh, Abby hanya tergelak.

Dia yang dilaporkan berbaik semula dengan bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri barunya, Memey awal bulan ini memberitahu:

"Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya."

"Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

"Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi kalau ia berlaku, itu kuasa Tuhan," katanya, yang sebelum ini turut menafikan spekulasi bahawa akan merujuk semula dengan Norman. Norman juga pernah mengulas isu yang sama kepada Sinar Harian Online lebih dua minggu lalu.

Abby juga berkata, ketiga-tiga anaknya akan menyambut Aidilfitri bersama Norman dan Memey di Kuantan, Pahang.

Awal minggu ini Abby ada menulis menerusi Twitter bahawa Norman memang ada mengajaknya menyambut Aidilfitri di kampungnya.SH
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .