Ikuti Blog ini

Menyayat Hati- 5 Sekeluarga Mati Serentak Dalam Satu Kemalangan


LAWAS – Hari Raya Aidifitri yang dijangka disambut pada Ahad ini memberi makna yang memilukan buat sebuah keluarga apabila lima ahlinya menemui ajal selepas van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 5, Jalan Sundar-Terusan di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.50 petang itu mengakibatkan Mohd. Tafia, 45; Nur Khairunisa Nazwa Omar, 17; Zaimah Mohd. Taib, 12; dan Nurul Husna Izzati Imbran, 17, maut di tempat kejadian manakala ibu Nur Khairunisa Nazwa, Mariah Awang, 37, meninggal dunia di Hospital Lawas.

Kesemua mereka menaiki sebuah van jenis Toyota Hiace bersama tujuh ahli keluarga lagi yang dipandu Mohd. Tafia.

Kemalangan berlaku apabila van itu terbabas lalu merempuh sebuah pembetung air yang terletak di bahu jalan.

Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Awat-Awat di sini selepas membeli kelengkapan raya di pekan Sipitang. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 50 kilometer.

Difahamkan, sebelum membeli-belah, Mariah bersama suami, Omar Abdul Rahman, 40-an, pergi ke pekan Sipitang untuk menjemput Nur Khairunisa Nazwa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gadis itu menuntut di Politeknik Kuching, Sarawak.

Sumber: Kosmo

P/S: Kepada Perantau yang pulang berhari raya, berhati-hati semasa memandu kalau mengantuk berhenti tidur dulu..lambat x pe janji selamat..
Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .