Ikuti Blog ini

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu : Termahal


[p6.JPG]Pengalaman PAS menyertai pilihanraya dirasakan inilah antara pilihanraya termahal dan terlampau yang pernah dihadapi .

Pengerusi Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya ( NIEI ) En. Yunus Ali telah membuat kenyataan hasil kajian dan pemantauan mereka sebagai sebuah badan bebas sejak 6 January hinggalah hari pembuangan undi pada 17 January baru - baru ini .

Ketika mengadakan sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor semalam , Yunus berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan lengkap berhubung rasuah dan penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

najib tun razak 030105


Antara kos yang didakwa oleh En. Yunus ialah :

a.] Wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.

b.] Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina

c.] Penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.
d.] Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

e.] Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

f.] Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.

g.] Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

h.] Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

i.] Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

j.] Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

k.] Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

l.] Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

m.] Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

n.] Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

o.] Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

p.] Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

q.] Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Senarai tersebut perlu ditambah dengan kos membawa lebih 10 ribu anggota polis yang siap dengan khemah martel dan khemah yang aircondition sebagai penempatan sementara pihak polis selama mereka mengepong Kuala Terengganu .

Begitu juga kos yang melibatkan menteri - menteri kabinet , menteri besar dan ketua menteri yang turut turun berkempen . Apakah mereka menggunakan kenderaan peribadi dan wang poket hasil gaji mereka atau peruntukan wang kerajaan atau wang rakyat .

Termasuklah penglibatan Kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti .

Bayangkan betapa besar wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan UMNO dan BN hanya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang saya kira nak cari 100 ribu pun payah nak dapat .

Saya melihat , andai sebesar itu kos yang dibelanjakan oleh BN dan UMNO pun gagal untuk menewaskan PAS , ertinya tanpa memiliki kos sebesar itu kemungkinan besar UMNO dan BN terdedah kepada risiko hilang deposit sebagaimana BEBAS yang turun bertanding tanpa kos yang setanding dengan UMNO dan BN .

Apakah UMNO akan Tunai Janji

Pilihanraya telah selesai dan janji telah dimeterai . Apakah selepas ini UMNO dan BN akan tunaikan janji yang telah dihamburkan selama ini ? sedang mereka masih kerajaan yang memerintah . Berdasarkan pengalaman lalu , tentu sahaja janji itu akan terus terlipat dalam memori harapan rakyat .

Cuma terlebih malang , masih ada mereka yang tergamak memberi sokongan kepada UMNO dan BN walaupun secara terang - terangan UMNO dan BN menipu mereka malah menggula - gulakan mereka .

Saya berharap sangat agar rakyat segera insaf dan sedar . Mereka juga mesti mengajar kerajaan UMNO dan BN yang tidak sudah - sudah memperdayakan rakyat hanya semata - mata kerana mahu mengekalkan survival kuasa politik mereka . Jom lah kita melakukan perubahan besar terutamanya rakyat Pahang . Moh kite !
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi



perghhh... macam nie punya pulun..macam tak jumpa setahun..
kat Maiden pon belambak takpon kat Hok Khee Seng tuu..
Modal RM8 jee... tak banyak mana pong..!!!

Ceramah Perdana Meraikan Kemenangan P.036

http://buletinonline.net/images/stories/berita/ceramahmenang.gif

Kuala Terengganu – PAS Terengganu akan menganjurkan satu ceramah Perdana sempena meraikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Hj. Muhyidin Abd Rashid memberitahu, majlis tersebut bertujuan untuk meneruskan momentum PRK Kuala Terengganu disamping memberikan penerangan berkaitan isu-isu semasa.

Majlis Ceramah Perdana tersebut akan di adakan seperti ketetapan dibawah;

Tarikh ; 21 Januari, 2009/ Rabu Malam Khamis

Tempat; Belakang Astaka, Tanjung, Kuala Terengganu.

Masa ; 9.15 malam

Penceramah ;

1. Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aiz Nik Mat, Mursyidul Am PAS
2. Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
3. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
4. YB Lim Kit Siang, Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP)
5.YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari PKR Pusat
6. YB Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih bagi pihak Lajnah Penerangan PAS Terengganu dan Jabatan Penerangan PAS Terengganu kepada semua petugas-petugas yang bertugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang dalam PRK Kuala Terengganu baru-baru ini.



Pro-Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya



universiti malaya um campus election 200109 protesting briberyKUALA LUMPUR - Pro-Mahasiswa menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya(UM) selepas berjaya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.


ImagePro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.


Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.

Image

Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004.


Manakala di Universiti Putra Malaysia pula, Pro-Mahasiswa berjaya membaiki prestasi mereka apabila memenangi 13 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.


Ia adalah rekod baru mengatasi keputusan lalu iaitu tujuh dengan bilangan calon yang dihantar seramai 18 orang pada kali ini.


Pilihan raya kampus kedua-dua kampus tersebut dijalankan serentak semalam dengan menyaksikan peningkatan sokongan di kalangan mahasiswa kepada kumpulan yang dilihat membawa imej perjuangan kebajikan dan akademik kepada warga kampus.


Kini hanya tinggal sebuah lagi kampus iaitu Universiti Islam Antarabangsa yang akan menghadapi proses pembuangan undi pada 22 Januari selepas melalui proses penamaan calon semalam.

universiti malaya um campus election 200109 04

CERAMAH INTIFADAH PALESTINE DAN SEMARAK KEMENANGAN KUALA TERENGGANU

palestinian


MALAYSIA-POLITICS/

Penceramah:
YB. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Pas

YB. Tuan Salahuddin Ayub
Ketua Pemuda Pas

YB. Tuan Mohd Abd Wahid Endut
Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Tuan Shamsul Iskandar Mat Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan

Tarikh & Masa :
23 Januari 2009 (Jumaat)
9 Malam

Tempat :
Markaz Tarbiyyah Pas Taman Melewar

Anjuran :
Dewan Pemuda Pas Pusat




Kenangan Di Kuala Terengganu

Adik ni pung nak gi ngundi sama!

Wan Mutalib cuba nak ambil hati si Tajol
bergambar sama

Senyuman Tajol tidak semanis Wan Mutalib...

Ration makan dah sampai...untuk petugas

Redup dibawah naungan purnama

Kanak-kanak berbasikal juga turut memeriahkan keadaan

Sejuk dan nyaman mata memandang...

Kanak-kanak yang bermain belon pun tidak mahu ketinggalan

Meriah kehijauan dimerata-rata

Ada juga setompok dua kebiruan

Tapi yang jelas terpampang ialah kehijauan...



Tiga Isu Besar Masih Belum Selesai

http://buletinonline.net/images/stories/berita/datowanmajliskesyukuran.JPG
Kuala Terengganu – Kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu memberikan isyarat yang jelas kepada perubahan politik namun terdapat tiga isu besar khususnya untuk negeri Terengganu yang belum selesai.(Gambar - Dato' Wan Mutalib berucap pada Majlis Kesyukuran Kemenagan di Pasir Panjang semalam)

Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong menyifatkan kemenangan PAS sebagai satu lambang kepada kata hati dan kebersamaan rakyat dengan PAS serta Pakatan Rakyat.

"kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat bersetuju dan menyokong saranan Pakatan Rakyat," katanya.

Namun menurutnya terdapat tiga isu besar yang masih lagi belum berjaya diselesaikan oleh BN.

"Isu pertama merupakan kes rampasan royalti yang menyebabkan rakyat hampa sejak lapan tahun lalu," ujarnya.

Selain itu katanya, isu kedua yang belum diselesaikan adalah menyentuh penderitaan rakyat Terengganu yang terbelenggu dengan kemiskinan akibat penyelewengan wang kerajaan negeri.

"Golongan miskin ini tidak mendapat pembelaan kerana wang royalti telah diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Dalam pada itu, Wan Mutalib berkata isu kemudahan awam juga menjadi fokus utama aspek kegagalan kerajaan BN Terengganu.

"Sebagai sebuah bandaraya, Kuala Terengganu tidak langsung mempunyai ciri-ciri sebuah bandar apabila kemudahan asas dan perhubungan tidak menepati kriteria sebuah bandaraya," ujarnya lagi

Sementara itu, kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan menjadi penanda aras atau indikator pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata, indikator itu berdasarkan kepada beberapa perkara terutama berhubung kemungkinan berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

“Yang kedua, ia menggambarkan Pakatan Rakyat (PR) adalah pakatan yang perlu dimantapkan,” katanya, semalam kepada Sinar Harian.

Berhubung kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, beliau berkata, PAS akan melaksanakan analisis bagi mendapat laporan penuh berhubung perkara tersebut.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan semua pemimpin pembangkang dalam memastikan gerak kerja menyeluruh dalam kempen parti sehingga membawa kejayaan dengan majoriti besar.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih-lebih lagi dapat menghubungi mereka secara terus sepanjang tempoh kempen,” katanya.



Kemenangan itu adalah anugerah atas kesabaran dan keulitan jiwa jihad mereka


Antara undang undang dan sunnah Nabi

ISU SERBAN BUKTI KEPINCANGAN PERUNDANGAN NEGARA



Seorang pelajar pondok, Ahmad Nasir Darus memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Ahmad Nasir memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Kes ini menyebabkan saya tertanya-tanya salah ke pakai serban masa bawa motor? Masa kat universiti dulu saya biasa pakai serban bila jalan-jalan sekitar bandar Geogetown dan keliling Pulau Pinang dengan menunggang motorsikal. Malah saya masih ingat lagi dalam Muktamar Pas di Masjid Rusila Terangganu pada tahun 1995 saya memakai serban sepanjang perjalanan masa bonceng motorsikal Yamaha RXS dari Marang Terangganu sampai ke Pulau Pinang! Saya dan rakan melintasi beberapa sekatan jalan raya, tapi polis tak tahan pun!

Adakah sebabnya polis tersebut menganggap saya lebai ketika itu? Mungkinkah juga polis tu penyokong Pas? Mungkinkah juga polis tersebut keturunan pak lebai?

Kes ini membuktikan bahawa sistem perundangan negara kita yang berdasarkan Pelembagaan Lord Reid mempunyai kepincangan yang nyata.

Saya yakin isu ini akan menjadi polemik dan perdebatan. Isu ini bakal menimbulkan pertikaian jika tidak diperhalusi dengan baik lebih-lebih lagi bagi mereka yang emosional.

Apa yang berlaku adalah berpunca tidak ada satu peruntukan yang jelas dalam sistem perundangan negara berkaitan dengan Akta keselamatan jalan raya yang tidak satu penjelasan dan peruntukan bagi mereka yang memakai lebai/serban apabila menunggang motorsikal.

Siapa lebai dan siapa tidak lebai? Mampukah sebenarnya mahkamah menjelaskannya?

Kadang-kadang saya pun tertanya-tanya bagaimana hakim boleh membuat keputusan orang ini lebai atau tidak? Adakah alasan penghakiman majistret boleh diketahui umum dalam kes ini?Adakah selepas ini bagi mereka yang memakai serban terpaksa tanggalkan serban bila menunggang motorsikal? Bagaimana pula dengan kaum lelaki berbangsa singh yang memakai turban? Perkara ini mesti dijelaskan kepada umum supaya tidak timbul kekeliruan dan pertikaian yang lebih besar pada masa akan datang.

Apa yang pasti jika mahkamah yang lebih tinggi mengekalkan hukuman denda atau penjara dalam peringkat rayuan nanti, ini merupakan satu hari malang bagi umat Islam yang prihatin.Kes pertama seumpama ini pasti akan dijadikan rujukan pada kes-kes yang ada persamaan pada masa akan datang.

Menyedari kepincangan yang berlaku ini, sewajarnya umat Islam terutamanya, kembali kepada sistem perundangan Islam yang sebenar yang tidak terhad hanya hudud sahaja tetapi ada qisas,diat dan takzir.Apa yang pasti sistem perundangan Islam yang terbaik dan lebih adil dan saksama kepada sesama manusia.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .