Ikuti Blog ini

Ceramah Ir. Mohammad Nizar Di Chinese Assembly Hall




Mohd Nizar: New Politics vs Racial Politics (Part 1)




Mohd Nizar: New Politics vs Racial Politics (Part 2)





Mohd Nizar: New Politics vs Racial Politics (Part 3)




Mohd Nizar: New Politics vs Racial Politics (Part 4)





Mohd Nizar: New Politics vs Racial Politics (Part 5)








Bebalnya Zambry, Berkokok Di Kandang Harimau!!

Sesetengah orang ghairah bercakap hingga melupai dia berada di gelanggang mana. Kerana berjawatan besar dalam agensinya, ada isteri yang menganggap dia juga adalah boss dalam rumah tangga, sedangkan mengikut Islam, suami adalah ketua keluarga.

Begitu juga ada Menteri yang terbawa-bawa dengan jawatannya sebagai ketua politik menganggap dia juga boleh menentukan urusan masjid, tetapi apabila diminta mengimamkan solat terketar-ketar memberi pelbagai alasan.

Dan hari ini, Menteri Besar Kudeta Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan. Beliau berkata persidangan berkenaan akan tetap diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun Speaker V. Sivakumar masih tidak memberi kata putus mengenai tarikh tersebut.

Sepatutnya Zambry perlu sedar dia cuma ketua pentadbiran negeri yang bertanggung jawab untuk mengemudikan perjalanan kerajaan negeri, manakala urusan DUN pula adalah di bawah tanggung jawab Speaker. Apabila Menteri Besar bercakap bagi pihak DUN dia kelihatan bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan eksekutif, yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini.

Sebagai warga sebuah negara demokrasi kita sangat kecewa dengan gelagat Zambry yang nampak jelas bertindak secara bebal dengan tidak menghormati kuasa Speaker yang masih sah di sisi undang-undang.

Zambry perlu sedar dalam DUN dia cuma ADUN biasa. Kuasa Speaker melebihi kuasa Menteri Besar di dalam DUN dan kuasa Perdana Menteri dalam Parlimen. Speaker boleh menentukan perjalanan DUN mengikut bidang kuasa yang ditetapkan kerana beliau adalah pengerusi yang mengemudikan mesyuarat DUN. Mesyuarat DUN tidak sama dengan Mesyuarat EXCO di mana Menteri Besar adalah Pengerusi Mesyuarat EXCO.

Oleh itu Zambry tidak perlu bercakap lebih-lebih melebihi kuasa yang ada padanya. Apabila berada di dalam kandang harimau mengaumlah, jangan berkokok, nanti semua harimau akan membaham anda!



Manohara Odelia: Pembohongan Ke Atasnya Hampir Berakhir

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (dua dari kiri) dan isterinya, Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasangan mempelai Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin pada majlis perkahwinan mereka.
BERSAMA… Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isterinya, Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan anak Datuk Husam Musa di di Kampung Kota, Kota Bharu semalam.

Manohara Odelia didakwa ‘didera’ muncul bersama Tengku Temenggong Kelantan



Pasangan diraja hadir majlis perkahwinan anak Datuk Husam Musa



PETALING JAYA: Pasangan diraja Tengku Temenggong, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, yang juga model terkenal Indonesia - yang sebelum didakwa mengalami masalah rumah tangga dengan Manohara didera, muncul di khalayak pada satu majlis di Kota Bharu semalam.


Mereka menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS.


Akhbar-akhbar tempatan melaporkan kemunculan pasangan berkenaan yang sejak kebelakangan menjadi tumpuan media khususnya media Indonesia bahawa pasangan tersebut mengalami masalah rumah tangga dengan Manohara didera secara fizikal dan mental.


Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyebut, kehadiran mereka berdua yang tiba pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota, Kota Bahru pada 1.40 tengah hari semalam, menarik perhatian orang ramai yang memeriahkan majlis tersebut.


Laporan itu menambah, pada majlis tersebut Tengku Mohammad Fakhry dilihat berpegangan tangan engan isterinya, malah mereka juga kerap berbual sambil tersenyum kecil.


Selain itu, pasangan berkenaan tidak melepaskan peluang bermesra dengan rakyat jelata dan bersalam-salaman dengan tetamu.


Kisah Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas ibunya, Daisy Farajina mendakwa anaknya itu telah ‘diculik’ oleh Tengku Mohammad Fakhry dan dilarikan dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari lalu.


Manohara turut pernah muncul pada majlis-majlis rasmi diraja sebelum ini.


Pada 31 Mac lalu, Manohara telah mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa, Kota Bahru sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.




FINAL FA CUP : Gambar-Gambar Yang Tak Ada di Akhbar Tempatan









Umno Selangor terpaksa dipimpin anak Pahang




Umno Selangor makin parah. Silap hari puaka yang menyerang Umno Kelantan juga akan berjangkit pada Umno Selangor. Selepas hilang negeri ini kepada Pakatan Rakyat, Umno kelihatan tidak mampu bangkit-bangkit lagi. Dollah Badawi dulu cuba mengusung bagi membangkitkan tubuh Umno Selangor yang layu itu. Dilantiknya Mat Taib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan ganti Khir Toyo yang dirampas takhta MB darinya itu.

Mat Taib dilantik juga Ketua Penerangan, dilantik Senator dan diberi jawatan Menteri. Tapi Umno Selangor tak maju-maju ke hadapan, sebaliknya makin menggelongsor ke belakang. Sementara itu geng Mat Taib bercakaran dengan geng Khir Toyo, itu belum masuk geng Noh Omar, Zain dan lain-lain.

Mat Taib yang telah ditolak rakyat itu seakan di “recycle’ untuk mengetuai Umno dan BN Selangor, tapi hampa.

Dalam pada itu orang Umno di Selangor semakin resah. Ada yang mula meneroka dan merintis jalan keluar, antaranya Kapten Zahar Hashim, Ketua bahagian PJS, keluar beramai-ramai menyertai PAS. Ini diikuti dengan rakan-rakan lain samada secara bersendirian atau berkumpulan dan ada sehingga satu cawangan. Masing-masing mahu keluar dari suasana lemas dan gelisah dalam Umno. Masing-masing cenderung bersama PAS, kerana ternyata Parti Islam ini sahajalah yang mampu melangsungkan agenda perjuangan ummah.

Mat Taib, Khir Toyo, Noh dan lain-lain terus berusaha melebarkan jaringan kelompok masing-masing. Yang diperjuangkan kini hanya kepentingan kelompok mereka. Sedang mereka lupa mereka kini bukan lagi parti kerajaan di Selangor. Perjuangan agama, bangsa dan negara entah kemana. Kerana itulah Mat Taib dan Khir ditolak dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Dan kini untuk mengesahkan memang Umno Selangor bercelaru dan bermasalah, Najib selaku Presiden Umno dilantik pula menggantikan Mat Taib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri! Tiada lagi anak Selangor yang mampu dan berupaya memimpin parti “separuh mati” ini, lalu diambil anak Pahang, yang jawatan ditangannya sahaja sudah padat untuk memungkinkan beliau tentu tidak dapat beri tumpuan pada negeri bermasalah buat Umno ini.

Kerana itu PR khasnya PAS perlu segera bergerak. Dekati kawan-kawan kita dalam Umno. Pelawa mereka berhijrah beramai-ramai. Ayuh kita pastikan kerusi-kerusi DUN Umno yang ada ini nanti berpindah ke tangan PAS, mengapa? Sebab Umno sudah tidak berupaya lagi, penyakitnya tidak kebah-kebah kini puaka pula menghantui. Nasib dan masa depan umat Islam dan bangsa Melayu di Selangor termasuklah bangsa-bangsa lain akan hanya terbela ditangan emreka yang ikhlas, jujur dan komited seperti PAS.

Tahniah Umno kerana melantik Najib, tahniah Mat Taib, tahniah Khir. Yang lain ayuh kita berhijrah ke PAS, insyallah semua selamat.


Berundurlah Zambry! Tak malu pada rakyat Perak ke?

BUATLAH MACAM MANA PUN ZAMBRY,
KAMU TETAP MENTERI BESAR HARAM!
Baru tambah logo Dato' Seri, perangai
dah macam budak-budak ....
Bukankah kamu yang mintak tolong mahkamah isytiharkan kamu MB?
Jadi, selagi mahkamah tak isytihar apa-apa, APA HAK KAMU nak
berlagak ibarat MB Perak? Tapi, mahkamah tu pun, kalau ikut
trend yang lepas-lepas, faham-faham saja lah....




Mahfuz Hantar Memo Berkaitan Imej Najib Kepada Majlis Raja-Raja

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar akan mengorak langkah menghantar satu memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu minggu depan bagi memohon penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan terhadap Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak.

Suruhanjaya tersebut juga dilihat perlu bagi mengatasi krisis kewibawaan Datuk Seri Najib yang kredibiliti dan kepimpinannya kini semakin dipersoalkan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Ketika dihubungi TV Antara beliau berkata perkara berhubung imej Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia sangat serius dan memerlukan tindakan segera dan konkrit daripada Raja-Raja Melayu sebagai payung keutuhan dan kestabilan negara

"Rakyat mempertikaikan kredibiliti Perdana Menteri negara kita malah media barat turut menyiarkan laporan berita yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.

"Perkara ini sangat serius kerana masyarakat antarabangsa sudah bercakap mengenainya dan ini boleh menjejaskan imej negara.

"Oleh sebab itu saya berpendapat satu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat segala dakwaan terhadap Datuk Seri Najib dan membersihkan namanya sekiranya beliau tidak bersalah," kata beliau lagi.

Datuk Mahfuz menambah sekiranya Perdana Menteri didapati tidak bersalah Suruhanjaya Diraja tersebut wajib menyaman media barat yang memfitnah beliau.

Walaupun beliau menyifatkan langkah menghantar memorandum ini sebagai sebagai inisiatif peribadi beliau sebagai Ahli Parlimen Datuk Mahfuz berharap rakan seperjuangan daripada Pakatan Rakyat akan turut bersama-sama menghantar dokumen tersebut kepada pihak Istana Negara.



KITA JUARA KITA JUGA NAIB JUARA


Penantian sejak 2005 Selangor sekali lagi berada didepan dengan menjuarai Piala FA melalui tendagan penalti. Tamat masa permainan kedua pasukan seri dengan jaringan 1-1. Gol Selangor dijaringkan oleh Mohd Amri Yahyah (minit ke-101) dan gol Kelantan oleh Mohd Nor Farhan Muhammad (minit ke-93).

Di atas kertas ramai meramalkan Kelantan mempunyai harapan lebih cerah terutama dengan harapan mencipta sejarah kemenangan pertama dan dengan kehadiran Indera Putera serta Khalid Jamlus yang begitu serasi. Nasib tidak menyebelahi mereka bermula dengan kegagalan Indera Putera menjaringkan penalti.

Berita gembira buat semua pemain dan pegawai Selangor. Mereka bakal menerima RM 15,000.00 setiap seorang sebagaimana dijanjikan oleh Dato' MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media semalam.

Apa pun keputusan permainan kita sebenarnya adalah juara dan naib juara pertandingan, kerana kedua pasukan tersebut datangnya dari negeri Pakatan Rakyat.


Perlantikan Hishamudin Tidak Akan Padamkan ‘Dendam’


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/pelantikanhisham.jpgKUALA TERENGGANU - Perlantikan Menteri Pertahanan Dato’ Hishamudin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu tidak akan memdamkan ‘api dendam’ dikalangan pemimpin UMNO yang bertelagah terutamanya dari kem Dato’ Seri Idris Jusoh.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyambut pelantikan Hishamudin dengan tangan terbuka, dan sedia bekerjasama dengan beliau dalam memajukan negeri Terengganu.

Sifat ‘pongoh’ Idris Jusoh dapat dilihat dengan terus menyerang Ahmad Said dalam kenyataan pertamanya mengalu-alukan perlantikan Hishamudin.


Idris memainkan irama yang sama, dengan 10 ADUN yang ponteng sidang ADUN, dengan berkata Hishamudin akan dapat menyelesaikan masalah pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan masalah pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-kedua perkara tersebut adalah ‘zikir’ antara 18 perkara yang di dedahkan oleh ‘10 ADUN pemberontak’ yang diketuai oleh Dato’ Rosol Wahid, kononnya sebagai “Laporan Tingkah Laku Dato’ Ahmad Said Setelah Dilantik Sebagai Menteri Besar Terengganu”,

Laporan tersebut buka sahaja ditujukan kepada Putrajaya, namun telah disebarkan ke merata ceruk dunia melalui internet, yang didakwa menjadi kelemahan Ahmad Said.

Apabila Idris mendendangkan lagu yang sama, rakyat kini boleh melihat sejelas-jelasnya, siapa sebenarnya Idris Jusoh, dan apa peranannya di sebalik ‘Kemelut Politik’ negeri Terengganu.

Walaupun sebelum ini Idris menafikan beliau yang menjadi ‘dalang’ kepada 10 ADUN yang memberontak, namun sikapnya yang sentiasa ‘terburu-buru’ telah memecahkan tembelangnya sendiri.

Idris mula menonjolkan diri apabila Hishamudin dilantik, mengambil alih suara 10 ADUN pemberontak dan memainkan peranannya sebagai orang yang terkehadapan dengan menghantar SMS kepada pihak media.

“Saya percaya pentadbiran parti akan jadi lebih baik dan tersusun,” kata Idris dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini.

SMS Popular Di zaman Idris

Arahan dan Komunikasi melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) amat popular di zaman pentadbiran Idris.

Para pegawai dan kakitangan pada masa itu agak ‘kecut’ apabila mendengar telefon bimbit mereka berbunyi dengan nada dering SMS.

Kepada pegawai yang diminati oleh Idris, semakin banyak pesanan SMS yang diterima oleh mereka.

Manakala pegawai yang suka ‘mengampu’ pula sering menunjuk-nunjuk dan me ‘war-war’kan berapa banyak SMS yang beliau terima dari Idris selaku Menteri Besar pada masa itu.

Sejak minggu lalu, SMS juga tiba-tiba menjadi popular pada zaman Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Populariti SMS sebagai kaedah komunikasi lebih hebat dari zaman Idris kerana pada minggu lalu, SMS digunakan sebagai ‘alat untuk ugutan bunuh’.

ADUN Permaisuri, Abdul halim Jusoh yang menerima SMS ugutan bunuh berkata penghantar SMS tersebut adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Terengganu masakini.

Namun selepas seminggu berlalu, dan penyiasatan di lakukan oleh pihak polis, akhirnya bukan Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Said yang dicari polis, tetapi sebaliknya bekas Setiausaha Politik Idris yang sedang diburu.

"Beliau dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga Adun itu menerima SMS ugutan berkenaan.

"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada beliau turut menerima SMS berkenaan atau sebaliknya kerana beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri kepada pihak media semalam.

Mungkin Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Said tidak berapa pandai bermain SMS kerana Ahmad tidak menjadikan SMS sebagai alat komunikasi dan arahan pentadbirannya.

Namun, memang bekas Setiausaha Politik Idris cekap bermain SMS kerana sudah biasa menerima arahan, berkomunikasi dan menghantar arahan dengan menggunakan kaedah tersebut.

PAS Akan Tetap Menjadi Pembangkang

Sesiapa pun yang menjadi pengerusi perhubungan UMNO negeri tidak memberikan banyak kesan kepada PAS Terengganu, berbanding ‘siapa’ yang menjadi Menteri Besar Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terenggau Dato’ Ustaz Harun Taib berkata demikian ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Menurutnya PAS yang menang dalam lapan kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum 2008 akan terus menjadi pembangkang kerana jumlah wakil rakyat yang sedikit.

Mengulas perlantikan Hishamudin beliau berkata sehigga kini hanya pertukaran pengerusi perhubungan UMNO sahaja yang berlaku, belum ada ura-ura untuk menukar Menteri Besar Terengganu.

Beliau berharap Ahmad Said dapat dikekalkan sehigga tamat penggal ini, memandangkan usaha-usaha yang diambil oleh beliau untuk merakyatkan pembangunan Terengganu dan melaksanakan agenda pembangunan berdasarkan ‘acuan’ negeri Terengganu.

Negeri Terengganu di Tadbir Oleh Kerajaan Pusat

Ustaz Harun berkata, sejak Barisan Nasional (BN) mengambilalih pentadbiran negeri Terengganu daripada kerajaan PAS pada tahun 2004, Terengganu tidak ditadbir sendiri oleh pimpinannya.

Sebaliknya, kata beliau, semua projek dan perbelanjaan ditentukan oleh kerajaan pusat, termasuk semasa pemerintahan PAS, wang royalti di uruskan oleh kerajaan persekutuan atas nama ‘Wang Ehsan’.

“Tahun 2000 hingga 2004, waktu kita perintah, wang royalti dirampas oleh Pusat, diberi nama ‘Wang Ehsan’ dan disalurkan melalui kerajaan persekutuan.

“tahun 2004 hingga 2008, semua projek mega seperti Monsoon Cup, Pembangunan Pulau Duyong, Taman Tamdun Islam adalah datang terus dari kerajaan Pusat, bukan perancangan Dato’ Idris,”jelasnya.

Katanya, sejak Ahmad Said mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, Ahmad cuba mendisiplinkan pembangunan Terengganu mengikut kehendak dan keprluan negeri Terengganu

Mengulas isu yang sama, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata pelantikan Hishamudin memberi tamparan yang hebat kepada pimpinan UMNO Terengganu, samada dari kem Idris Jusoh ataupun Kem Ahmad Said.

Katanya pelantikan seseorang daripada ‘pusat’ menerajui UMNO Terengganu menunjukkan bahawa UMNO Terengganu menghadapi krisis politik yang meruncing.

“Ia sedikit sebanyak akan menjejaskan kewibawaan pimpinan UMNO Terengganu,”ujarnya ketika ditemui semalam.

Beliau melahirkan sedikit kebimbangan, dengan perubahan tersebut katanya, ada kemungkinan peruntukan-peruntukan persekutuan akan disalurkan melalui UMNO dan tidak melalui jabatan-jabatan terutamanya yang melibatkan sektor pembangunan luar bandar.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Chukai, Hj Hanafiah Ramly berkata ahli-ahli UMNO di daerah Kemaman melihat pelantikan Hishamudin sebagai petanda awal akan berlakunya rampasan kuasa keatas Menteri Besar Terengganu.

Beliau yang dihubungi semalam berkata, sebaik sahaja menerima berita pertukaran tersebut beliau menghubungi beberapa rakan-rakan pemimpin pertengahan UMNO sekitar Kemaman.

Beliau dimaklumkan memang wujud satu ‘usaha yang kuat’ untuk menggantikan Ahmad Said dengan seorang tokoh yang juga dari daerah Kemaman.

“Sekiranya ia berlaku, UMNO akan terus bergolak, para penyokong Ahmad said sedang merancang untuk mengambil tindakan balas, sekiranya Ahmad digugurkan,”katanya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .