Ikuti Blog ini

Anwar calon pilihan untuk menang



Analisis - Berdasarkan perkembangan terakhir, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menang besar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, esok.

Tidak mustahil majoriti yang diperolehi oleh bekas timbalan perdana menteri itu lebih besar daripada yang diperolehi oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Dr Wan Azizah, yang melepaskan kerusi itu untuk suaminya 31 Julai lalu, mendapat 13,388 undi dengan mengalahkan calon BN Datuk Pirdaus Ismail.

Menurut tinjauan Malaysiakini sepanjang kempen ini sejak 16 Ogos, jentera kempen PKR sangat tersusun dan komited, mereka boleh bekerja siang malam tanpa mengira waktu.

Setiap pelusuk Permatang Pauh terdapat bilik gerakan PKR, malah ada dua atau tiga bilik gerakan di satu kampung.

Petugas-petugas pilihanraya PKR nampak begitu bangga membahagikan risalah perkembangan terbaru pilihanraya kerusi parlimen itu kepada orang ramai.

Isu liwat yang dimainkan oleh BN dalam kempen-kempen mereka juga dijangka tidak berkesan ekoran kejayaan PKR mendapatkan imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi menjelaskan isu itu kepada pengundi mulai malam tadi.

Ramlang muncul di tiga majlis anjuran pembangkang untuk menjelaskan kehadirannya di majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan, 15 Ogos lalu.

Permatang Pauh sememangnya kubu kuat PKR dan ia seolah-olah menjadi kerusi tradisi keluarga Anwar.

Anwar dipilih ahli parlimen Permatang Pauh selama 17 tahun sejak 1982, manakala Dr Wan Azizah mengambil alihnya sejak 1999 setelah suaminya dipenjarakan selama enam tahun mulai 1998.

Malah bapanya Datuk Ibrahim Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh (dulu dikenali Seberang Tengah) selama satu penggal mulai 1969.

Malah pemimpin Umno termasuk timbalan presiden Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Pemudanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri mengakui Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR.

Sangat sukar membayangkan kerusi Permatang Pauh gagal dipertahankan di tangan Anwar esok, khususnya tiada seorangpun tokoh BN sepopularnya untuk memberikan cabaran.

Tinjauan di program-program Anwar menunjukkan ribuan orang hadir bukan sahaja di kalangan penyokong pembangkang tetapi juga dipercayai pengundi atas pagar.

Dalam satu majlis di Tenggiri, Seberang Jaya, ribuan hadir mendengar ceramah walaupun kira-kira 100 meter itu ada majlis ceramah Najib dan naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Meskipun jentera BN turut dibantu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sukar untuk calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah mencapai kemenangan.

Keputusan sama ada Anwar atau Arif Shah yang akan menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun bukan semata-mata ditentukan oleh kekuatan jentera dan kempen pilihanraya parti masing-masing.

Kemenangan salah seorang daripada dua calon besar itu hak 58,459 pengundi berdaftar.

Selain mereka, ia turut dimeriahkan oleh calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat.

Najib aturkan majlis sumpah Saiful

http://buletinonline.net/images/Berita10/anwarpc250808.jpg
Terkini Permatang Pauh - Majlis sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lalu adalah diaturkan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan dalam sidang media yang agak lewat diadakan pada pagi ini.

Apabila dibuka soalan kepada wartwan yang hadir, soalan pertama yang ditanya adalah berkaitan kenyataan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Ramlan Porigi yang telah hadir dan berceramah diatas pentas Pakatan Rakyat semalam.

”Kenyataan Ramlan (Ustaz) membuktikan taktik jahat dan kotor yang dimainkan oleh pemimpin UMNO dalam pilihanraya kecil Permatan Pauh diketuai oleh Dato’ Seri Najib Razak.
Beliau yang juga calon PKR bagi Permatang Pauh berkata Ramlan telah mendedahkan bahawa beliau diarahkan oleh orang atasan untuk ambil sumpah Saiful dan mengatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib yang mengaturkan majlis sumpah tersebut.
Anwar berkata dia tidak perlu bersumpah kerana sebagaimana yang telah diterangkan oleh para ulama termasuk Tuan Guru Nik Aziz dan lain-lain bahawa sumpah adalah sesuatu yang berkait dengan ugama yang tidak boleh dipermainkan.

Anwar telah mengatakan sebelum ini bahawa dbeliau telah merujukkan kes tersebut kepada mahkamah syariah, oleh yang demikian tidak perlu baginya untuk bersumpah.

”Ramlan (Ustaz) sendiri telah mengatakan sumpah itu telah batal,”jelas Anwar menjawab wartawan Berita Harian yang masih menekankan persoalan adakah Anwar akan bersumpah.

Semalam, Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ust. Ramlang Porigi yang mengambil Sumpah Saiful Bukhari pada 15hb. Ogos lalu, telah membuat kejutan dengan muncul diatas pentas ceramah Pakatan Rakyat dan bertemu dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi membersihkan namanya.

Dalam perkara yang sama, Ustaz Ramlan semalam juga menyokong pendapatan kebanyakan ulama dan pimpinan PAS bahawa Saiful tidak perlu bersumpah, kerana beliau adalah orang yang membuat tuduhan.

Ramlan yang turut mengadakan sidang media di Yayasan Aman semalam, menjelaskan kepada media, beliau telah diarahkan untuk hadir dalam majlis sumpah Saiful.

Ramlan juga menyifatkan bahawa cara bersumpah Saiful tidak boleh digunakan kerana menurut syarak sumpah demikian bukan kaedah yang diamalkan Islam.

"Sumpah Saiful adalah bertentangan dengan syarak, hanya bersifat persendirian" jelas Ramlan.

Justeru apabila ditanya media apakah peluang untuk Anwar memenangi pilihanraya kecil kali, beliau menjawab, InsyaAllah beliau akan menang.


http://buletinonline.net/images/Berita10/kenyataanpkrkedah.jpgBeliau menyerus supaya semua pengundi akan keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing esok

Ezam ‘budak yang hingusan’ sudah pandai putar belit.

Pengerusi PKR Kedah, YB Senator Ir. Zamri Yusuf, hari ini menafikan dakwaan Ezam bahawa 10 bahagian dari Kedah telah dibubarkan dan menyertai UMNO.

Beliau menyatakan demikian di Pusat Media, Yayasan Media pagi ini turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian PKR Kedah. Beliau berkata dakwaan Ezam berkaitan saudara Zamil Ibrahim yang dikatakan keluar dari PKR Kedah sebenarnya telah dipecat.

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz

TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

ImageBila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

ImageJelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Pas All Out Bantu Anwar



KESEDIAAN dan kesanggupan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din turun ke Permatang Pauh semalam menguncikan langkah BN. Isu kononnya Pas tidak memberi kerjasama dan membantu calon PKR dalam pilihan raya kecil itu tamat.
Malam tadi Abdul Hadi dan Haron Din berceramah bersama Anwar di Guar Perahu dalam DUN Pasir Panjang. Manakala dari maklumat dan sebaran pihak penerangan PKR, Musyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dan Husam Musa juga akan turun dan berada atas pentas bersama Anwar malam ini. Nik Aziz juga akan turut menghadir munajat di masjid Perda. Dijangka ribuan jemaah akan turut bermunajat bersama Tok Guru berkenaan.
Kehadiran tiga pemimpin utama Pas itu menafikan sama sekali dakyah yang disebarkan oleh pihak BN kononya Pas tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam pilihan raya berkenaan. Tentunya penglibatan sama ketiga pemimpin tertinggi Pas itu mereka lakukan atas kepentingan politik dan perjuangan serta mengenepikan soal-soal peribadi lainnya.
Langkah BN kini terkunci dengan kehadiran itu! BN kena mencari hujah dan alasan lain pula bagi mempengaruhi rakyat kononnya Anwar tidak mendapat sokongan padu dari kalangan rakan Pakatan Rakyat terutamanya dari Pas.
Mungkin kehadiran Abdul Hadi, Haron Din dan Nik Aziz itu sebagai lambang saja atau lebih berkempen dengan mendoakan kemenangan rakyat menerusi Anwar. Namun apa yang dilakukan petugas-petugas Pas di Permatangan Pauh khasnya dari kalangan Pemuda sungguh memberangsangkan dan menyerlahkan semangat kerjasama yang kental.
Penglibatan Pemuda sesuatu yang boleh dibanggakan. Pemudalah yang menonjol membantu kempen, mengedar rialah, tunjuk jalan, ataupun menemani penceramah luar menjejaki ke kawasan pilihan raya. Walaupun ketua mereka Sallehudin Ayub tidak mendominasi kempen Pemuda dan sehingga semalam belum nampak batang hidung namun Pemuda seakan mendapat arahan secara ghaib memastikan kemenangan Pakatan Rakyat!
Apakah Sallehudin akan turun malam ini bersama Mursyidul Am Pas? Ataupun barang kali nama-nama tokoh Pemuda Pas tidak disenaraikan untuk menjadi penceramah utama kerana PKR ingin menunjukkan bahawa mereka mempunyai tenaga penceramah dan kempen yang mencukupi?
Selain daripada Anwar mendapat sokongan padu dari Pemuda Pas, beberapa ahli Jawatankuasa Agung juga turut bertumas di Permatang Pauh. Salah seorangnya ialah Dr lo' Lo' Ghazali yang juga ahli Parlimen Tititwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nampaknya ahli Parlimen ini tidak kecukupan tangan untuk memastikan Anwar akan berada di Parlimen pada 27 Ogos nanti. Saya sempat melihat sendiri bagaimana Dr Lo' Lo' menjelajahi segenap penjuru dalam pasar yang Jalan Tengiri menemui orang ramai dan peniaga memohon agar memilih Anwar Ibrahim. Keseluruhan pasar berkenaan ditakuli jentera kempen Pas.
Dengan diiringi dengan beberapa orang petugas Pemuda yang bertindak menjadi pegawai keselamatannya, Lo' Lo' tanpa sengan dan penuh mengharap setiap orang yang didatangi supaya mengundi Anwar.
"Jangan lupa Anwar Ibrahim, ya... dia pemimpin kita... jangan lupa kita sokong dia.." begitulah pesan Dr Lo' Lo' pada setiap orang yang ditemuinya.
Bukan itu saja, ahli Jawatankuasa Agung Pas ini juga turut sama memasuki ke pejabat-pejabat atau peremis kerajaan untuk berkempen agar memilih Anwar. Walaupun cara itu dianggap sebagai sedikit menyalahi adat, namun beliau tetap mempertahankan tidak menjadi masalah kerana ada juga kalangan pegawai kerajaan, baik negeri dan persekutuan tidak mendapat maklumat jelas mengenai calon, tujuan bertanding dan sebagainya.
Beliau mendatangi pejabat kerajaan dengan rasa tanggungjawab bagi menjelaskan mengenai apa yang berlaku di luar (dalam politik), tegasnya.
Berdasarkan pengamatan Dr Lo' Lo' calon PKR, mempunyai harapan besar untuk memang berdasarkan sambutan orang ramai terhadap kempen-kempen dijalankan. Dr Lo' Lo' juga merasa bangga dengan sikap orang ramai yang terbuka dan sedia menerima pandangan dan penjelasan yang diberikan walaupun ada orang yang didatangi itu jelas tidak sukakan kepada Pakatan Rakyat.

Undi Anwar, tolak kezaliman BN - Presiden PAS


PERMATANG PAUH - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merayu kepada pengundi di Permatang Pauh untuk bangkit menolak Barisan Nasional dengan segala fitnah yang dilemparkan terhadap, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan, pemilihan Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat adalah merupakan langkah yang disepakati parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional dalam hari pengundian pada 26 Ogos ini.
Katanya, erti kemerdekaan tidak akan bermakna jika pemikiran dan jasad rakyat terus dijajah oleh BN sekian lama.
Beliau juga mengajak pengundi-pengundi yang berada di luar Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS untuk pulang mengundi Anwar.
Presiden PAS itu berkata demikian dalam surat terbukanya kepada pengundi Permatang Pauh yang diedarkan hari ini, seperti berikut;
SURAT TERBUKA KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH
Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.
Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.
Syabas dan tahniah! Namun usaha kita masih belum sempurna selagi kezaliman serta penyelewengan masih berkuasa di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Pemilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen di P44 Permatang Pauh adalah satu lagi langkah yang kita sepakati bersama bagi menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional. PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela seluruh nasib rakyat.
Saudara/i yang dihormati sekelian,
Islam tidak pernah menghalang kita untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu keadilan dan kepentingan rakyat, dalam rangka untuk memakmurkan buka bumi ini.
Saya dan seluruh kepimpinan PAS akan sentiasa komited membantu Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.
Dengan pengalaman luas yang ada pada beliau serta komitmen beliau yang telah teruji dan terbukti sehingga kini, saya yakin kita akan dapat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyat daripada ancaman kezaliman politik, penindasan ekonomi serta peminggiran agama, selama hampir 51 tahun kita merdeka.
Erti kemerdekaan yang kita capai tidak bermakna sekiranya minda dan jasad kita tetap dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat serta bernegara dan kita masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecah-belahkan kita.
Bermula dari tarikh 16 ogos 2008 Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mula berkempen di Permatang Pauh.
Pelbagai tomahan dan fitnah telah dilontarkan terhadap beliau demi melemahkan semangat para pendokong kebenaran dan menimbulkan keraguan kepada para pengundi.
Namun kita tidak pernah mengalah dan masih dapat mengekalkan keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap calon kita. Kemenangan pasti akan kita perolehi jika kita membulatkan tekad untuk membentuk suatu kerajaan yang adil dan berkebajikan.
Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadikan tarikh 26 Ogos 2008 tarikh bersejarah bagi menyaksikan pertarungan sengit antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera Parti Barisan Nasional, dimenangi oleh pihak Kebenaran dan Keadilan yang didukungi seluruh lapisan rakyat.
Bangkitlah bersama-sama kita menyokong perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan untuk semua agama, kaum dan budaya di tanah air kita.
Yakinlah kemenangan dan keadilan pasti akan dianugerahkan Allah SWT kepada kita.
Dengan ini saya merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, agar bersama-sama menggembleng tenaga menentang kezaliman, rasuah dan segala penyelewengan kuasa yang sedang berleluasa.
Sehubungan itu juga saya mengajak semua pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi calon Pakatan Rakyat.
Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita dalam kemenangan yang paling bermakna ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin!


Wassalamu alaikum dan Salam Perjuangan,
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Presiden PAS

Imam saksi sumpah Saiful kempen untuk Anwar



"PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar. Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang semalam.
Beliau dijadualkan akan mengaku serta menerangkan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya minggu lalu.
Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya.
Selepas itu, beliau akan ke Padang Ibu Penanti.
Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam ceramahnya malam tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.
Jelasnya, beliau telah diarahkan untuk menjadi saksi pada majlis tersebut.
Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.
Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.
Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.
Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.
Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.
"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.
"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."
Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.
Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdaftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.
"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .